Tuesday 31 January 2012

INFO : AWAS KEPADA PEMILIK HAMSTER!!!

Hui... Assalamualaikum...

Berita mengejutkan aku beberapa hari yang lepas, sekali lagi mengejutkan aku hari ni. Perkara yang tak disangka2. Dalam seminggu yang lepas, aku dikejutkan dengan berita kematian pakcik aku kat Kulim. Berumur 57 tahun. Dan tadi aku diberitahu puncanya disebabkan oleh KENCING TIKUS!.

Arwah pada mulanya demam. Disangkakan demam biasa. Tapi tak lama lepas tu, arwah tak sedarkan diri, dan koma. Katanya doktor jangkitan kuman dalam darah. Then kuman tu menyerang hati sampai hitam hati dia. Last sekali, merebak ke otak. 

Beberapa orang pakar, menyoal selidik keluarga arwah untuk kenal pasti punca penyakit sebelum tahu penyakit sebenar dia tu terkena dimana. Siasat punya siasat, si isteri teringat....

'Rumah mereka diami memang banyak tikus. Dan arwah memang suka pasang perangkap tikus.  Dan beberapa hari sebelum kejadian, sekor tikus terkena perangkap. Dan mati dibunuh. Bangkai tikus diletakkan dibawah rumah berhampiran pili air. Kebetulan berhampiran bangkai tikus tu ada satu bekas buah-buahan. Arwah makan buah tu bersama isteri, tapi si isteri sempat basuh. Manakala arwah terus makan tanpa basuh.'

So, kat situ la terkena jangkitan tersebut!. Oh... Rupanya tikus kat rumah pun sangat beracun la! Ingatkan tikus hutan or tikus yang jarang2 kita jumpa aja. 

Menurut pakar tu lagi, sekarang ni semua jenis tikus adalah bahaya kalau kita kena jangkitan kuman dia. Malah!!! Hamster yang comel kecik2 cute2 tu pun sekarang para pakar dah tak galakkan untuk membela!!!

Serius!!!??????

Ye!!! Pakar tu sendiri yang cakap pada my makcik a.k.a isteri arwah! So, disuruh sampaikan pesanan kepada kaum terdekat dan kawan2. Andainya ada bela hamster or apa2 jenis binatang peliharaan yang bersekutu dengan tikus, berhati2. Bukan nak suh bunuh depa, or buang depa tu. Tapi lepas main, or lepas sentuh depa, PASTIKAN BASUH TANGAN SEBELUM MAKAN!!! 

Dan lebih baik basuh tangan SELEPAS pegang binatang peliharaan tersebut! Mana la tau kot depa ada kencing ke kita tak pasan, kita sentuh2 then makan gula2 lak ke kan. Kalau demam biasa tak pe, kalau kena kencing tikus???? Nauzubillah....

So, beringatlah... Aku hanya menyampaikan...

kecik, kadang2 comel tapi BAHAYA!!

Monday 30 January 2012

KISAH BENAR : DITIPU KERANA BLACKBERRY (JUAL BELI ONLINE)

Yuhu!! Assalamualaikum...

Hemmm... Arini aku ( nak guna ganti nama diri aku lak pas ni, mudah ) nak kongsi sikit cerita pasal kes penipuan di alam maya ni. Penipuan yang menzalimi orang yang tak bersalah, dan bersenang lenang dengan kezaliman tersebut. Ambik lah ikhtibar dan berhati2 dengan KISAH BENAR ni...


Berlaku awal tahun 2012, Januari 2nd kalau tak silap. Sahabat aku, Suria ( bukan nama sebenar) tetiba aje teringin nak tukar henpon blackberry. So dengan perasaan membara nak tukar dah 2, 3 kali dia ajak aku ke Mydin Mall, nak survey harga hp tu. Harga second hand punya Bold, dalam RM550-RM650 macam tu la.

Beberapa hari lepas tu, dia diam2 bukak website pengiklanan yang pemes di Malaysia ni iaitu mudah.com. Usha punya usha, ada la orang offer henpon BB tersebut dengan harga RM 550. Suria sangat hepi, hajatnya mungkin akan tertunai untuk memiliki BB. Lantas tanpa berfikir panjang, Suria menghubungi penjual berkenaan dengan details yang dipaparkan. Nego punya nego, dapat lah harga RM500. Penjual tersebut betul2 nak pakai duit time tu. So, dapat kurang harga setakat harga tu aje la. 

Deal!!

'U boleh buat payment la kat no. akaun i, then akan pos kan barang kat U...'

Suria dengan tak sabar, mintak no akaun penjual tersebut untuk di 'bank in' kan duit bayaran sebelum barang di poskan... Apa yang meyakinkan Suria ialah....

'Kalau U ragu2, i boleh poskan barang dulu, then i scan resit pos, i akan attach pic tu pada email U, then boleh la U buat payment secepat mungkin...'

Wah, bagusnya... Then esoknya, satu SMS diterima untuk menyemak email, resit pos dah di emailkan menandakan 'barang' telah dipos pada Suria. Yup! memang terpampang resit pos laju telah discan, tercatat nama pengirim, alamat pengirim, no hp pengirim. Semua betul! Dan ruangan penerima tercatat nama, alamat, dan no. hp penerima. Tepat! Dan yang penting, cop poslaju! Sah! memang telah diposkan! 

Duit di 'bank in' kan! RM500 tunai!

Waktu tu hari Khamis, Suria kasi alamat opis. So, Ahad ni ( Ganu ) baru keje. Dia terpaksa tunggu 3 hari lagi untuk memiliki BB. Tanpa rasa curiga, tanpa rasa ragu2. Dan tanpa rasa instinct apa2 pun. 

Ahad menjelma....

Pukul 9, masih belum sampai. Pukul 10 pun masih belum sampai barangnya. Then pukul 12... Suria cek no siri resit pos dan cek online. Memang sepatutnya dah sampai. Tapi agak pelik, alamat yang dikasi dari Kota Bharu, Kelantan. Tapi on9 punya cek adalah dari Rawang! Then Suria call pejabat pos cawangan Kuala Terengganu....

'sepatutnya barang tu dah sampai cik, sebab semua posmen dah keluar hantar surat dari pagi tadi lagi...'

Then tak lama lepas tu, baru la salah seorang pekerja opis tersebut datang hantar satu bungkusan atas meja Suria. Oh! barang depa hantar direct ke Unit HR. Patutla lambat....

Tapi......

Bungkusan tu, meragukan Suria.

(pic hiasan ) pinjam pic dri SINI

Kecik sangat! Logik ke BB duk dalam kotak kecik macam tu? Selamat ke? Tak terhentak ke?? Hati Suria mula berdebar2 lah! Takot nak bukak... Risau BB barunya tu dah pecah berderai.... Risau BBnya rosak!

Kotak dibuka dengan nervous....

Sah! Suria ditipu... Suria menerima kejutan buat kali kedua. Kali pertama tentang size kotak, dan keduanya tentang 'barang' yang berada di dalam kotak tersebut. Bukanlah sebuah henpon BB, tapi....


Sebuah buku nota a.k.a notepad yang harga tak sampai pun RM2!! Kejam !!! Dan sehingga sekarang no.hp yang dihubungi tak dapat dikesan! Dan statistik menunjukkan terlalu banyak kes penipuan di mudah.com. Mereka dah salah gunakan medan pengiklanan untuk kepentingan diri sendiri...

Di sini saya sertakan nama dan no. ic serta no akaun maybank penjual yang kejam tu. If anda nak berurusan dengan insan tersebut, hati2 lah. 

Nama : THILIPKUMAR A/L YEJAIKOMARI
i/c : 850814025970 (fake no. ic, coz no akhirnya 0 (genap). So, WANITA...
Maybank : 164146507097

p/s : Dan kepada insan tersebut, if U nak saman i sebab dedahkan nama U, ic U, dan no akaun U, silakan.... Kami dah buat police report pasal U...

Sunday 29 January 2012

TRANSFORMASI DIRI

Huiiii....

Semakin hari, diri ni rasa semakin lain pulak. Berubah2 macam alien kah? Hulk? Tak la.... Bila difikirkan balik, sekarang ni jauh beza la dengan dulu2. Alhamdulillah, perubahan ke arah positif. Itu la yang diingin2kan... 

Eh? Kenapa... Dulu teruk sangat ke perangainye....

Akuilah, dulu perangainya teruk la sikit. Apa yang dibuat, semua tak puas hati. Rasa macam ada something yang tak lengkap dalam hidup ni. Semua benda nak komplen. Kalau makan pun, mesti nak makan banyak2 sampai lupa diri. Rasa macam nak kenyangkan perut sendiri. 

Macam tu jugak berblog. Dulu kalau buat entry wajib sehari 3, 4 entry berupdated. Kalau tak updated, rasa tak lengkap. Then bila dah tak ada idea, dari 3, 4 entry sehari turun pada sehari satu entry. Lepas tu, bila dah tak ada entry, rasa tension gila babas. Stress dan sangat emosi. Sehinggalah suatu hari, keputusan mendelete blog dilakukan. Ekekekeke...

Itu namanya terlalu taksub dengan sesuatu perkara. Memang dulu kalau buat sesuatu sangat taksub. Terlalu taksub pada blog. Terlalu taksub pada dunia sendiri. Terlalu taksub pada perasaan sendiri. Sehinggakan lupa pada orang disekeliling. 

Sekarang,

Selepas mentransformasi diri sendiri, barulah Cc paham erti kehidupan sebenar. Erti bersederhana. Erti bersahabat. Erti perasaan. Dalam apa semua benda yang kita buat, jangan terlalu fikirkan tentang diri sendiri. 

Walaupun blog ni baru aje lahir. Followers pun xsampai 10 orang, itu baru followers, belum readers lagi. Template pun pakai yang free punya kat template design, header pun ala kadar buat sendiri. Tapi alhamdulillah, dengan kesederhanaan yang dimiliki ni, Cc sangat bahagia, sangat gembira.

Dan syukur jugak, dengan mentransformasi diri sendiri, jiwa semakin tenang, semakin mendekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta, rezeki pun semakin baik, keluarga makin bahagia, kawan2 semakin ramai dan banyak hikmah yang diberikan.....


p/s : nak kasitau header tu buat sendiri aje sbenarnye... menjela pulak mengarutnye!huh!

special thanks for 'abg demok' sebab dari kata2 beliau lah, Cc terkecik hati dan mula fikir pasal diri sendiri. Walau terkecik hati, tapi terlalu besar impaknya.... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...