Thursday 30 August 2012

KISAH BLACKBERRY DAN SI PEMAKAN BABI

Assalamualaikum...
Ni 1st time taip entry lepas raya haritu...Skarang dah susah nak online pakai lappy. Sbb broadband encik suami dah terminated. Memandangkan encik suami pn xpakai tenet sgt. Juz gne henpon aje, kebetulan pulak hp sony rosak teruk so pkai le 'semak' fon ni...

Say GUDBYE to SONY XPERIA
Alkisah la pasal 'semak' fon ni, org len dh tukaq fon cggih mnggih aku bru la nak tergedik2 nak tukaq jgak. Dh kecewa dan fedap dh dgn hp touch screen sony xperia (aku nk habaq kat ang tok sah la beli hp ni). Now encik suami adiahkan 'berry hitam' ni pd isterinya yg kian kuat merungut ni kan. Pegi survey dlm 4,5 buah kedai. Last2 kami terpedaya dgn si 'pemakan babi' tersebut.

Kena Bayar Deposit
Serius cakap aku tak penah sejarah dlm idop ni beli barang, kena bayaq deposit sebelum tokey tu pi amik brg. If kena order or makan ms beberapa hari logik la. Ini dlm almari tu je kot! Memula ingt dia nak pi amik kt kedai lagi satu ke. Tup tup cehh!! Deposit RM50 okey. So ksi je la sbb terpedaya dgn mulut manis mybe manis kot ye daging babi..

Dah Mula Diputarbelit
Bila dh dikuarkan hp, tetiba katanya kena tambah RM50 utk updated version. Then kalo nk casing dgn screen protector kena tambah lagi RM30. Means kena tambah RM80 utk updated version, casing dan sreen protector. Hangin tak?? Encik suami plak mcm nk kasi, tp bila  si 'pemakan babi' tu ckp :
'I juz offer,nak boley xnk xape..tp jgn komplen if hp hang or lembap' dgn nada poyo gile! Then aku kasitau kt si 'pemakan babi' tu xpyh updated version, no casing and no screen protector... Boleh upgrade sndiri n boleh beli kt pasar malam la casing tu

Tak Nak Rugi
Bila aku btegas xnak. Xlama pas tu dia ckp 'I offer u RM20 for casing n screen protector' pk pnya pk ok la kan. Tp kekurangan ajar tu mmg aku hangin. Kalau hgpa nk tau bila blik umah, encik suami godek2 rupanya hp tu version dh upgrade. Now blackberry pnya version 6 kn. Ceh nasib baik aku bijak xnk upgrade kan. Dia nk upgrade version 7 ke?? hahahaha,...

Bateri Problem
Malam tu syok la aku godek bb (blackberry) ni kan. Last2 bateri dh kurang. Bila masuk charger, nampak dh masuk tapi bateri tak naik2. Sampai la ke esok paginya. Encik suami balik keje terus dtg opis amik hp bwak pegi kedai balik. Tengok encik suami mcm hangin gila. Memula xnk ikot tp nak tgk gak sjauh mna dia nk ngamuk. hahahahaha...

Kena Tambah Duit Lagi
Sampai sana teruss ke kedai tu. Si 'pemakan babi' smlm xde. Ada org lain. Xsampai 24 jam gna dh rosak apa kes maaaa.. Katanya kena tambah RM30 kalo nak tkar hp baru. Hangin tak?? And kt situ baru aku tau yg laki aku garang gak orgnya. Tapi si 'pemakan babi' xnk rugi gak.. Nak jgak dia RM15 pn. Hambik la. Malas nak wat hal. Then laki aku bgtau kt dia jgn gerak, duk depan2, laki aku nak cek full nk install wasap,bbm dpan dia,cas dan sbgainya. Dh ok bru balik. So aku dpt hp baru la lagi skali. Ok je cuma keypad dia berbunyi kuat skit.

Lagi Sekali Bateri Buat Hal
Esoknya... Sampai opis aku tgk bateri dh merah. Padahal subuh tu dh cas dah. Ahhh sudah... Call encik suami. Kebetulan dia ada area situ terus dtg n bawak blik opis dia nak godek2. Kalo x ok ptg bru pi kdai tu balik. Tengahari tu aku sms laki aku with another hp, dia ckp dh ok dh. Bila aku tnya ape mslh n dia wat mcm mana, dia xjwp. Suspen sungguh aku...

Malu Sendiri
Balik umah bru laki aku ckp dh ok dh. Puncanya bateri tu tak letak elok. Kena tekan sikit sbb xrapat sgt. Hehehehe... Aku rasa konpem yg smlm pnya pegi tkaq bru tu masalah yg sama. Sebab memang benda yang jadi. Hahahahaha... Sengal tak? Skarang dh xde masalah. Masalahnya satu je, AKU TATAU NAK BBM NGAN SAPE... hhahaha

Friday 17 August 2012

SELAMAT HARI RAYA!

Assalamualaikum,

Mungkin ini adalah entry terakhir before raya. Esok2 dah sibuk nak buat persiapan nak balik kampung. Memandangkan encik suami seorang pembuat keputusan secara tiba-tiba. Maka keputusan yang dibuat mungkin tak akan dijangka dek kerana kerja. =.='

So, dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua blogger dan readers yang berkunjung ke blog HATI TERDETIK ni... Poyo kan... Kalau ada tersilap kata, terkasar bahasa, ampun dan maap dipinta dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Peace no war!!

Tahun ni beraya kat kampung halaman encik suami di Negeri Sembilan. Then petang tu terus ke Bangi. Esok or lusa nya baru kami sekeluarga gerak ke Kulim. Hope perjalanan semuanya selamat! Bye!!
Salam Sayang,

Wednesday 15 August 2012

ALMOND LONDON KAMI


Assalamualaikum,

Semalam buat biskut raya Almond London. Sibuk la encik suami masuk dapur bila bau badam di goreng. Then tengah duk sibuk mix adunan, sibuk jugak dia masuk dapur. Sekejap2 masuk dapur, sekejap2 masuk dapur. Tengok2, dah surut pulak badam yang goreng tadi. Adoyai. Geram sungguh. Then konon buat2 marah la kan, tapi tak boleh. Asyik nak tergelak aje. Eeeiii...

Bila time nak menggentel, sibuk pulak dia nak menggentel sama. Tapi okey la, boleh sembang2 sambil kami menggentel2. Maksud saya, gentel adunan bersama badam ye. Pasang pulak lagu raya. Aduh... Tapi sikit aje la yang dapat. Dalam 100 biji aje. Kalau badam2 tu boleh diselamatkan, mungkin dapat lagi dalam 50 biji ekstra.

Adunan lebih terpaksa tekap dengan pentekap kuih tu. Encik suami punya idea, suh gentel sama bentuk macam almond london jugak. Katanya, nasib la sapa yang makan tak ada badam. Huhuhu tak baik mentipu. Tak ape la, kalau tak cukup nanti boleh buat lain. Isteri dia ni kan, raaaajinnnnn....
Ini dah siap dibakar. 
Yang hangit itu, harus ada!
Salam Sayang,

Tuesday 14 August 2012

RAYA KANAK2 DULU LEBIH HAPPENING!!


Assalamualaikum,

Raya dah nak mai dah ni. Hari ni dah 25 Ramadhan. Lagi 4 hari lagi nak raya. Sangat 'eksaited' nak smbut raya tahun ni. Awat 'eksaited'? Aahh, bape kali nak cakap... Tapi walau 'eksaited' mcm mana pun, raya sekarang sangat tak sama dengan raya zaman kecik2 dulu. Boleh tengok suasana kanak2 raya dulu lebih meriah, happening dari raya kanak2 sekarang ni. Betui dak?

Bunga api
Kalau dulu, lepas terawih semua kanak2 keluaq main bunga api. Anak2 jiran semua join sekali. Mak ayah pun sonok aja sembang2. Main bunga api yang batang dia merah yang biasa tu. Banyak asap. Sampai semput. Ada jugak main yang keluar banyak2 kaler tu. Dan paling cun yang besi tu. Kalau malam raya lagi meriah. Tapi laaaa ni, lepas terawih kanak2 balik duk umah diam2. Duk tengok anak2 jiran ni, senyapppp aja. Tak dak pun main bunga api dalam kawasan rumah. Haih, pelik sungguh. Tak feel sungguh raya!

Malam raya
Malam raya lagi seronok. Kami kumpul telur busuk (tembelang) sebanyak yang boleh awal2. Malam raya tu buat team. Kalau tak dak telur busuk, rembat aje telur dalam peti ais sorang 3, 4 biji kat rumah. Mana mak ayah pasan. Kumpul2, then main perang2. Memang jenuh la lari satu kampung. Balik rumah konpem kena bebel sebab busuk gile!! Tapi laaaa ni, malam raya tak seindah dulu. Tak ada lagi kanak2 duk meriah lari sana sini. Semua duk dalam rumah. Kalau ada pun duk kat laman main elok2. Tak feel sungguh raya!

Hari raya
Kalau pagi raya, balik smayang raya terus berkumpul salam2 dengan sanak sdara yang berkumpul. Then makan2. Pastu sepupu sepapat yang sama baya pegi beraya rumah ke rumah. Rumah tak kenai pun pegi redah aja. Tapi depa tak halau. Tapi laaaa ni, lepas makan pagi raya semua duk terbaring depan TV tengok drama raya. Kalau nak pegi beraya pun juz dengan parents. Kalau ada budak2 kampung mai raya, diorang buat layan tak layan aja. Kadang2 hulur duit ikut celah pagar. (oh sebab tu la kot dah tak ramai budak2 jalan raya satu group. tak dilayan rupenye ye... kesian). Tak feel sungguh raya!

Duit raya
Dulu pegi redah raya selalu dapat 20sen, 50sen. Dan aku penah dapat 5sen! Caya jangan tak caya. Memang kena kutuk la. Hahaha. Siyes. Memang tak ada la orang kasi RM1. Kalau ada pun if pegi dengan parents. On day way balik rumah tu purse dah berat dengan syiling. Walaupun tak la sampai beratus2, tapi seronok sangat! Duit tu kira2, masuk plastik ikat getah then simpan dalam almari. Tapi laaaa ni, RM1 tu dah tak ada nilai. Paling koman RM5 la. Tu pun if pegi dengan parents. Duit tu habis buat beli topup aja. Tak dak la nak simpan2. Tak feel sungguh raya!
yang bestnya kalau kat kampung uwan dan pakcik2 akan mtk kami undi sendiri angpau raya dalam kotak. sorang amik satu. tapi isinya ikut sapa bertuah. if ada yang dapat rm1 nasib la. yang paling banyak dalam tu rm50 sapa yang dapat, untung lah!!

Makanan raya
Tapi apa yang lebih meriah berbanding tahun dulu2 pada zaman laaaa ni, ialah bab MAKANAN!! Kalau dulu pegi raya rumah orang, juz kuih-muih semperit aja. Pastu sirap. Kalau yang advance sikit bawak keluaq ketupat. Rendang pun jarang bawak keluaq. Simpan aja la korang kat dapur tu. Memang jarang emmm tak dak la tuan rumah angkat keluaq bihun ka, laksa ka... Tak dak! Tapi bila pi mak ayah punya la sembang lama. Sampai kembung dah perut duk telan kuih. Tapi laaaaa ni, tu diaaaaa macam2 ada. Kadang2 kuih raya pun kadang2 aja ada. Yang banyak kek lapis, kek itu, kek ini, nasi minyak, nasi itu, nasi ini, sate ayam, sate arnab, sate beruang semua ada!!. Tapi, pas makan, terus lesap. Mai nak makan aja. Betui dak. Tak feel sungguh raya!

p/s : rindu sungguh la zaman raya dulu2. sangat rindu. wahai adik2 and generasi moden zaman laaaa ni, tersangat la rugi kamu semua, tak menikmati zaman kami2 akak2 ni masa kecik2 dulu. dan kepada kamu kamu kamu bebudaks bandar. tersangat la rugi kamu tak menikmati raya cara raya budak kampung. walaupun zaman dah berlalu, tapi sempat la aku menikmati saat2 indah tu. yang penting, enjoy!!!!

Salam Sayang,

Monday 13 August 2012

TIPS : PIKAT HATI MERTUA


Assalamualaikum,

Hari ni nak kongsi macam mana nak ambil hati mertua, bakal mertua, atau orang tua. Baru2 kawin ni, ramai yang agak2 segan dengan keluarga belah mertua kan. Kita tak tau apa yang mertua kita suka, tak suka. Suka tak suka seseorang tu tak sama. Tapi, common sense nya yang kita patut tahu ialah...

Buah tangan
If kita pergi ke rumah mertua, bawak la buah tangan yang mertua kita suka. Macam kuih2 tradisional ke. Buah2 ke. Kalau boleh, kuih tu buat la sendiri. Airtangan sendiri kat lebih bermakna. Pastu baru la ada topik nak menyembang. Tapi jangan tipu. Kang kalau ditanya resipi, habis kauuu...
walaupun bukan kategori buah, 
tapi tetap dipanggil buah tangan bila dibawa ke rumah orang lain. 
hehehehe. 
Masak
Mana2 mertua pun mesti suka menantu yang pandai masak. Kalau yang tak pandai masak tak apa. Tapi kena rajin tolong mertua kat dapur. Jangan la pulak mertua kat dapur, tapi menantu tengok TV. Walaupun adik2 ipar tengok TV, kita mesti kat dapur dengan mertua. Walaupun mertua cakap tak payah tolong, but u have to! Tapi at least, masak la sejenis lauk yg simple2. Kan?

Rajin
Kena rajin. Tolong masak, potong2 sayur. If mertua cakap santan habis ke, jangan la pegi panjat pokok kelapa pulak. Offer diri nak pegi beli. Hehehe. Tapi konpem mertua tak kasi ke kedai. Tapi juz offer2 ayam aje. Hehehe. Tunjukkan kita ni sanggup buat ape saje.

Menyembang
Kalau mertua suka menyembang. Memang kena jadi kaki sembang. Kalau mertua kaki tak sembang, buat2 la sembang. Buat2 la tanya macam mana nak buat tu, nak buat ni. Walaupun dah tahu. Orang tua suka sangat la kalau kita puji masakan dia, then buat2 excited nak tau resipi. Konon best sangat la tuh. Padahal GOOGLE kan ade... Hahahaha...


Murah hati
Selalu la belikan mertua tu baju ke, tudung ke, tak perlu mahal2. Tapi cukup sebagai ingatan kita untuk dia. Bukan bodek okey. Haruslah ikhlas... :)

Jangan gedik
Walopon kau dah berlaki, jangan buat2 romantik depan orang tua or family diorg. Means tak payah la nak gedik2 duk bertenggek or landing atas riba laki korang time tengok TV walaupun kat rumah selalu bertenggek. Berbulu mata tau. Dan tak perlu nak berdarling2, berhoney2 sangat la. Saya awak pun dah cukup if berada di khalayak ramai. Kang ada yang muntah hijau. Macam la kauuu sorang aje yang kawin. Tak payah la nak gedik sanggaaaaatttttttt... (tone pemes kat opis).
geli mak nokkkkk!!!
Salam Sayang,

Sunday 12 August 2012

UWEK OH UWEK :(


Assalamualaikum

Hari ni mungkin dah start cuti sampai la hari raya. Sepatutnya hari ni dan esok masih kena kerja. Hari selasa baru start cuti. Tapi memandangkan petang semalam duk pening muntah-muntah macam orang keracunan makanan, sampai lembik badan ni. Nak angkat tangan pun tak larat, so terpaksa encik suami angkut pergi klinik rawatan keluarga (klinik panel).

Dah doc cakap dehydrate. Dah pulak kena cucuk masuk air. So, semalam dan harini, saya tak posa! Kehkehkeh... Ikutkan doc suh pi hospital besar, tapi saya sungguh2 tak nak. Kalau pi, konpem masuk wad paling kurang 1 malam. So, doc juz masukkan air. Balik rumah nak on lappy, terus kena bebel. Jadi terus tido sambil nangis2 kena bebel.

Sekarang muntah2 sangat kerap. Tak boleh bau hanyir ikan yang belum siang. Tak boleh bau sebarang benda busuk. Dulu elok aje boleh tahan bau busuk, now bau dari jauh pun dah start uwek2. Encik suami pun macam dah cuak. Hukhukhuk. Sedih. Saya bukan saja2 nak ngada2 uwek-uwek pun awak. Ingat best ke uwek-uwek. Sakit otot2 perut tahu. Kepala pun sakit.

Ni tetiba pulak pening tengok screen lappy. Silau. Tak tau la lepas ni dapat online ke tak. Ok la, off dulu. Gulk gulk gulk (sambil teguk twister). Hehe sempat lagi nyakat kan. Tata!!!

Salam Sayang,

Friday 10 August 2012

TIPS : CARA URUSKAN URI BAYI


Assalamualaikum,

Terjumpa lagi info menarik untuk para ibu bapa sekalian. Cara untuk uruskan uri bayi. Aku pun ekceli tak pernah amik tau pasal uri. Masa mama lahirkan adik aku, uri tu nurse kasi kat abah, dalam kertas tisu warna hijau. Then tak tau abah buat ape =.='. Masa kakak lahirkan anak dia, arwah uwan yang buat itu ini. Itu ini pun aku tak tau buat ape. 

Bagi ibubapa yang tak tau pasal uri, mungkin parents jauh so kena handle sendiri, sila lah baca tips ni. Moga2 tak ada lah yang blur2 macam aku ni ha....

Dan khas buat KAK ISTERI ENCIK BARD... Yang bakal dapat baby bulan depan. Hehehehe.... Semoga semuanya dipermudahkan ye. Insyaallah. 

Salam Sayang,

PROJEK BUNGA CINA/DAHLIA LAGI


Assalamualaikum, 

Hari ni misi buat KUIH BUNGA CINA dah selesai. Tapi esok2 mungkin nak buat lagi. Kena buat banyak sikit tahun ni, nak bawak pergi rumah mertua2 jugak. Ni sume gara2 encik suami bagitau nenek dia yang aku pandai buat KUIH BUNGA CINA ni. Nak tak nak, kena la buat jugak untuk diorang. 

Yang buat hari tu, dah habis licin. Encik suami lepas satu2 dia duk makan. Tadi buat lagi. Siap salotape dah bekasnya. Hope sempat la untuk raya. Hehehe... Tapi apa pun aku tak la zalim sangat sampai dia tak boleh nak makan langsung yang kali ni punya. So, dah simpan sikit untuk dia...

Jeng jeng jeng....

p/s : baik kan bini dia??? kehkehkeh...

Resipi boleh KLIK SINI... TQ

Salam Sayang,

Thursday 9 August 2012

LETUP2 RAMBUT (SAKIT KEPALA)



Assalamualaikum,


Selalu aku sakit kepala kat kolej dulu, ada member yang pandai tarik rambut kasi bunyi 'pop'. Dalam 2, 3 kali buat, ringan sikit. Maybe banyak angin kot. Suka sangat kalau ada org buat macam tu. Tapi sekarang tak tau sapa yang pandai. Aritu sakit kepala, cuba buat sendiri. 1st buat jadi. 2nd, pehhh!!! Nak tercabut kepala...


Salam Sayang,

Wednesday 8 August 2012

AUNTIE ATAU KAK??


Assalamualaikum,

Saja tak ada kerja. Dah selamat 'keluarkan' semua. Baru la lega sikit. Ringan kepala ni ha. Hari2 macam ni, kadang2 bangun sahur pun sebab nak buat bekalan untuk 'dikeluarkan'. Kalau tak, sakit isi2 perut nak keluarkan benda yang tak ada.

Now baby sihat-sihat aja. Baru dalam kurang lebih 6, 7 minggu macam tu. After raya baru nak pegi check-up. Sekarang masalah2 pelik2 tak dak lagi. Cuma pening2 tu ja. Ari2 pun terasa senak if banyak sangat berjalan. Tapi doc cakap normal.

Selera makan fuh! Mabeles... Selepas mengidam nak murtabak awal2 posa dulu, dah tak dak nak makan apa2 dah. Encik husband pun pelik. Tak kan murtabak ja kot? Haih, sabaq la sat. Kang lama2 ada la tu. Setakat ni tak rasa nak makan pelik2 pun. See, bukan saja2 nak makan itu ini.

Tadi Kak Na (staff) datang hantar surat berhenti. Nak ikut suami ke Sarawak after raya. Datang bawak anak buah dia sekali umur setahun. Lupa pulak nak tanya nama apa. Comel! Ingatkan lelaki, rupanya pompuan. Dan... Aku masih tak dapat nak bahasakan diri dengan panggilan Auntie... Duk lekat nak sebut Kak jugak... Tak sedaq diri betul kan...

Salam Sayang,

SHARING IS CARING - KHAS BUAT WANITA


Assalamualaikum,

Tadi buat kerja sambil dengar masjid berdekatan ada buat ceramah. Kuat. Sampai dengar kat opis. Tapi kebetulan jugak aku ada kat hall bawah. Ada kerja kat situ. Sambil2 dengar banyak jugak la yang aku merempit salin kat kertas ni haaa...

Kata ustaz tersebut :

'Selepas peristiwa israk-mikraj, Rasulullah pernah menyampaikan satu khutbah khas untuk wanita. Kata baginda, majority penghuni neraka adalah kaum wanita... '

Sebab kenapa ramainya wanita dalam neraka hanya 2 :
Mengumpat
Mengumpat ni biasalah kan. Semua orang tahu pompuan suka mengumpat. Mana2 pegi ada aja benda nak diumpat. Tak payah pergi mana2, duk diam2 kat kerusi 3 jam pun boleh dapat dosa mengumpat. Kat FB pun berlambak boleh dapat dosa mengumpat. Ye dak??
Menidakkan kebaikan suami (tak bersyukur)
Suami punya la baik, buat itu buat ini, tapi langsung tak dipandang. Malah lagi memburukkan suami. Kira isteri derhaka la ni. Kadang2 berdosa dengan suami bukan nak tunggu nak sepak terajang, maki, tengking suami baru dikira derhaka. Tapi since dia terkecik hati, terasa hati dengan kita pun, kita boleh dapat dosa tau! Walaupun cuma sebab benda yang kecik. 

Ramai yang langsung tak dapat pengajaran kalau tengok drama pasal isteri derhaka. Yelah, dalam drama duk tendang2 laki, tengking2, bolot harta. Baru orang kata isteri derhaka. Then duk pikir, diorg tak buat macam tu. Dimakinya pulak isteri2 derhaka tu. Padahal diri sendiri buat suami kecik hati tak sedar! Kan...

So, pesanan Rasulullah pada kaum wanita sebanyak 3 kali dalam khutbah tersebut...

'Bersedekahlah, bersedekahlah, bersedekahlah...'

Kerana bersedekah itu, dapat mengurangkan keinginan mengumpat dan dapat mengurangkan dosa mengumpat.

p/s : so, memperbanyakkanlah menderma dan bersedekah. jangan kedekut sangat okey. benda yang baik, dan untuk kebaikan diri sendiri dan juga orang lain. sharing is caring!! 

- maafkan sy if ada kesilapan dalam info. sila betulkan ye.

Salam Sayang,

Tuesday 7 August 2012

MEE KARI KUAH CAIR


Assalamualaikum...


Buat mee kari ni lupa dah bila. Tapi dah lama la. Rasanya awal2 seminggu puasa kot. Tapi malas nak menaip. Sedap? Boley lah. Cuma kuahnya cair sikit. Ekekeke... Pastu lupa beli tauhu. Dan siap sume baru teringat tauhu tak ada. Ini buat banyak sikit sebab kawan husband katanya nak mai singgah.




p/s : menyampahnya tengok kuah diaaa.... hishhh..

Dan minggu lepas ade buat lagi sekali. Kuahnya tak la secair ni. Bahan2 sume cukup. Sedap dan pedas! slurppp... Buat cukup2 untuk 4 orang makan. Yela, aku dua, dia dua... So, 4 lah... Errr... Resepi google ye...


Salam Sayang,

SEGALANYA TENTANG RAYA


Assalamualaikum,

Kesihatan raya
Hari ni dah 18 Ramadhan. Terasa lama pulak tak menaip tentang diri sendiri. Selama 18 hari puasa ni, belum miss sahur walaupun sehari. Kesihatan alhamdulillah. Semua baik2 saja. Cuma pening2 tu tak boleh nak elak. Cover2 dengan minyak cap kapak aje. Satu2 nya minyak yang paling wangi aku rasa waktu ni. Hehehe...

Persiapan raya
Persiapan raya tahun ni, biasa2 aje. Walaupun agak excited nak beraya dengan gelaran isteri and mom to be. Hehehe. Dah bantai baju kurung moden yang dah siap (macam jubah tapi ada shape2 gitu). Encik husband pulak katanya tak nak. Dia nak pakai baju melayu time nikah aritu aje. So, kena beli baju yang sama kaler. Alah, putih aje pun. Kasut belum beli lagi. Takpa, sempat...

Kuih raya
Setakat ni dah buat sejenis saja. Bunga Cina/Dahlia. Atas permintaan encik husband. Veteren kan? Hehehe. Buat satu adunan, dapat satu bekas aje. Tapi tadi bangun sahur, tengok dah licin dah bekasnya. Amboi suka benar dia dengan kuih tu. Takpa, nanti boleh buat lagi. Tapi kena buat lewat2 sikit. Kang habis lagi =.='. Then nak buat Almond London jugak. Kalau ada masa lebih, boleh buat kuih lain jugak. :) 

Duit raya
Hah!! Tahun ni, buat pertama kalinya aku kena siapkan duit raya. Tahun2 lepas  mana la cukup duit lagi. Tahun ni have to la. Sebelah family sendiri tak tau la mcm mana. Majlis kat kedah belom proceed lagi. Tak kisah la raya kat mana-mana pun. Cuma excited nak beraya dengan family baru. Hurm...

Balik raya
Kita raya 19 Ogos kan, ikutkan 13 Ogos tu aku dah start bercuti. Tapi encik husband tak konpem lagi. Kalau tahun lepas, esok nak raya, hari ni dia masih ada kat opis lagi. Haaaa... Tahun ni macam mana pun entah. Ikut aje la. Janji beraya kat kampung. Merempit malam raya pun best juga kan? Sambil pasang lagu 'Balik Kampung' kuat2. 

Okey, setakat ini dulu hal2 raya. Raya anda bagaimana puleee... Kat maneee... Dengan sapeee... Hehehe... tata!

Salam Sayang,

Monday 6 August 2012

HAPPY ANNIVERSARY FOR 2 MONTHS


Assalamualaikum,

Happy 2 months anniversary for me and my lovely husband. Semoga bulan kedua perkahwinan ni, menjadikan kami lebih tabah, lebih memahami erti alam rumahtangga. Sangat banyak yang perlu dipelajari lagi. Dari segi mental terutamanya. 

Mai nak habaq kat hang, perkahwinan ni memang seronok. Tapi jangan kahwin sebab nak seronok saja. Sangat banyak benda yang kena cover lepas kahwin. Jangan pulak lepas kahwin merungut itu dan ini. Kalau sekarang mak bebel sebab tak reti masak, malas kemas rumah dan macam2, fikirlah balik. Lepas kahwin, semuanya kena buat sendiri. Tak ada mak mak lagi dah.

p/s : maafkan saya, andainya sepanjang 2 bulan ini, layanan saya, kasih sayang saya untuk awak masih belum memadai... saya akan cuba buat terbaik dan sehabis baik untuk semuanya. hope sama2 boleh berubah ke arah yang positif :)

Salam Sayang,

Sunday 5 August 2012

MENGUAP!!


Assalamualaikum,

Salam Sayang,

Saturday 4 August 2012

KUIH BUNGA CINA/DAHLIA


Assalamualaikum,

Tadi pagi kuar pegi klinik. Then pegi beli sikit2 baju nak wat raya. Orang ramai jugak tapi tak seramai dekat2 nak raya jap lagi. So, baik beli siap2. Segar bugar mata bila tengok lelong2 sale sampai 50%. Yang monyok encik husband yang kena beratur kat kaunter, hehehee haruslah bayar sekali kan.... 

Balik dia suh buatkan yang dia request. Kuih raya BUNGA CINA. Bahan2 semua dia dah beli 3 hari lepas. Aku aje bertangguh. 1st time nak buat, rasa tak yakin. Tapi cuba jugak lah. Nampak macam senang aja. 

belum dibakar... 
picit pun ade kecik ada besar...

siap tadaa!! pink putih... lawa tak?? ehehehe...

Ini ori punya kaler. putih.

yang hangit wajib ade. tak sah kalau tak ada. 
hahahahaha...
Resipi :
- 100 gram mentega
- 90 gram gula halus
- 1 biji telur (gred A) tapi aku guna gred B
- 2 cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung ubi

Caranya :
- Pukul mentega dengan gula halus sampai kembang.
- Masukkan telur. Pukul lagi.
- Masukkan tepung jagung + tepung ubi sikit2 sampai habis.
- Siap.

Untuk dapatkan belang2 pink tu. Asingkan sikit untuk dibancuh pewarna. Masukkan adunan putih sikit, pink sikit aje, putih lagi, pink lagi, selang seli... Then baru picit.

Salam Sayang,

Friday 3 August 2012

SEKSINYA PUTERI MANDI


Assalamualaikum,

Hari ni sang suami request mintak buatkan 'Puteri Mandi'. Kuih ni femes kat pantai timur aje kot. Banyak kali jugak la encik suami belikan kuih ni kat bazar. Suke. Lagi sedap dari 'Onde-onde' a.k.a buah melaka. Sebab Onde2 tu bila letak kat peti ais, lama2 dia jadi keras. Puteri mandi ni tak. Lagi sedap.

seksikan puteri mandi aku?? hehehe.... kalerfull gitu... berlekuk2... yaww!!

Resipinya : 
- 1kg tepung beras pulut
- Garam sikit
- 1/2 sudu kecik kapur
- Air secukup rasa
- Pewarna
- Kelapa
- Gula melaka (bulat)
- Gula

Caranya :
- Tepung + Garam + Air + Kapur (bancuh air) uli hingga jadi doh dan senang di gentel2 jadi bulat.
- Siap gentel2 masukkan dalam air yang didih. Kalau timbul, maknanya dah masak boleh angkat dan masukkan dalam bekas air paip kasi sejuk. Toskan.

Untuk inti kelapa : Masakkan gula melaka yg bulat tu dengan secawan air. Masukkan kelapa, gula dalam satu senduk. Ikut kemanisan yang disukai. Masak sampai kering sikit. Then gaul2 la dengan yang bulat2 tadi. Siap!!

p/s : Maaf le, tak reti nak mengajar. Hahahaha. Ini aku explain ape yang aku buat tadi. So, jangan kata entry ciplak pulak... Pokk kang...

Salam Sayang,

TAUHU SOS TIRAM



Assalamualaikum,

Lupa dah bila masak benda alah ni. Ada balance tauhu (kedah panggil tohua) dalam peti ais. Aku ni kadang2 suka reka2 benda pelik2. Kadang2 ikut sedap aje nak letak ape pun. Tapi simple2 aje la. Tak la macam chef2 tuh. Apa yang ada dalam peti ais, itu le yang aku masak. Tauhu ni aku selalu masak sambal. Oleh kerana cili boh dah habis, malas nak pi beli, so tetiba pulak idea jadi macam ni.. Hehehehe...


Petua :
Elakkan tauhu berbau masam, sebelum simpan dalam peti ais, cuci bersih dan simpan dalam bekas berair dan taruk sedikit garam. Tapi if beli tu dah berbau, sebelum masak cuci dengan air garam. Bau hilang, kadang bila potong dia mcm melekit sikit, lekit pun boleh ilang. Ini tauhu simpan dah sebulan lebih kot. Boleh tahan lagi.

Resipi :
- 4 keping tauhu (dipotong2 dan siap digoreng)
- 1 bijik bawang besar (potong 6)
- 1 ulas bawang putih
- 3 biji cili padi
- Rempah (cengkih, bunga lawang, kayu manis.. sikit2 aje)
- Sayuran lain (carrot, bunga kobis etc)
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu kicap
- 1 sudu sos tomato (kalo xde xpe)
- Gula, garam, perasa
- 1 biji tomato (potong ikut suka)


Cara :
- Tumis bawang putih, bawang besar, rempah2 tadi. 
- Bila naik bau, masukkan carrots. 2 minit.
- Masukkan cili api
- Masukkan sos tiram, kicap, sos tomato, gula, garam, perasa.
- Masukkan tauhu yang digoreng.
- Tutup api then baru masukkan tomato.
- Siap!!

Salam Sayang,

Thursday 2 August 2012

JARI NENEK SIBONGKOK TIGA


Assalamualaikum...

Tadi rasa sejuk. Duk gosok2 tangan tetiba rasa kering aje. Tengok tapak tangan. Hurm... Kulit kering. Dulu duk gelak kat mama (gurau2) cakap tangan mama dah tak lembut. Kasar. Macam nenek2 sibongkok tiga. Sekarang... Hurm... Itu je la yang aku mampu cakap... 

Tahun lepas baru aje opismate dulu salam dengan aku, puji cakap tapak tangan aku lembut macam baby. Bila bagitau mama, mama cakap, yelah, tak baby macam mana kalau satu kerja pun tak buat kat rumah. Sekarang ni, hambek kawww... Tangan macam hape dah. Sume kerja kena buat. Nasib baik ada encik suami yang rajin tolong. 

tgk, kering sampai merekah mcm kena pisau.
tgk garis2 halus kat jari tu. mcm makcik2.

p/s : nenek2 sibongkok berapa nak kasi ni... =.='

Salam Sayang,

AISKRIM BUATAN SENDIRI... SEDAP WALAUPUN TAK JADI


Hari tu ada duk tengok Kakakecik dengan Kak Lydia Miza buat eskem buatan sendiri. Dah lama nak buat tapi tiap kali pi kedai mesti lupa beli susu segar. So semalam pegi beli barang dapur list siap2 susu. Semalam terus buat. 


Resipinya amik dari Kak LM. Thanks akak sudi kongsi. 


Bahan2 dia : 
- 1 tin susu pekat manis (500 g) - aku guna 3/4 tin aje.
- 1 kotak susu segar (300 ml)
- 1 tin air suam (guna tin susu pekat tadi)
- 2 sudu ovallate
- 1 biji telur
- perasa


Campur semua pukul pakai mixer sampai kembang dan likat. Sejukkan. Makan.

Kak LM guna susu Dutch Lady, tapi aku guna Goodday. 
Sebab Dutch Lady bau susu kuat sangat. 
Goodday ni kurang sikit bau susu nya :)

Ini Kak LM punya eskem... Aku konon nak buat belang2 macam gini la... 
Tapi hancussss harapan....


Ini aku punya. Sebelum dibekukan. Nak belang2 tapi jadi macam ni. 
Ntah kemana hilangnya perisa strawberry tuh. 
Geram sungguh! 


Haaa, ini real aku punya selepas dibekukan. Bahagian atas jadi hancur gitu. Tapi tekstur dia lembut. Tapi bahagian bawah keras! 
Mungkin sebab aku mix sekejap. 
Sebab tu adunan eskem tak jadi belang2 
dan tak likat aku dah tuang...!


Yang pastinya.... SOOooooooDAPPPPP!!!


credit to : KAK LYDIA MIZA

Salam Sayang,

Wednesday 1 August 2012

ERR.. KETAT SANGAT?


Assalamualaikum...

Dah tak de keje nak buat. Kertas recycle pun banyak sangat. Duk test signature, lukis2, tulis nama... Tup2 jadi lukisan ni... Hahahaha... Layan je lah! Oii, aku tak tiru Zackzukhairi okeh... Ini memain punye...



Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...