Wednesday 31 October 2012

BEDAK MIYAMI DAN PIXY!

Assalamualaikum
Hai, hari ni nak share tentang bedak muka yang aku guna. Aku bukan la retis nak promote bedak2 ni. Tapi ada 2 bedak yang fungsinya macam sama tapi sangat berbeza . Haaaaa.... Sama tapi sangat berbeza. Juz review aje sebenarnya.

Bedak Miyami.
Bedak ni dulu aku guna. Bedak yang mengandungi foundation sekali. So, pakai bedak ni tak payah pakai foundation dah. Tempek aja. Memula pakai tak rasa pelik. Rasa macam lawa aje. Tapi bila ambik gambar muka, tudiaaa!! Bedak bertempek. Tak rata! Sapu banyak2 kang macam tepung gomak pulak. Tapi aku pakai aje sebab bedak ni agak mahal kot, harga dalam RM28 camtu. 

So, kesimpulannya, Miyami bedaknya muka cepat berminyak, tak rata dan dia cepat hilang kesannya. Means kalau berpeluh2, kau sapu pakai tisu, bedak tu melekat kat tisu tu! Kalau pakai tudung, melekat kat tudung!

Then lepas tu aku try bedak Pixy!
Bedak ni cover dia cantik! Dan juga agak murah. Dalam RM 12 kat sesetengah tempat. Bedak ni pun two way cake. Sangat mabeles ok! Sebelum pakai kat muka, lembapkan muka dulu dengan air. Tak pun basahkan span dia. Baru apply bedak. Sapu la tebal mana pun, lama2 bedak tu sekata dengan muka. Lagi lama pakai, lagi dia cantik melekat kat muka.

Berpeluh macam mana pun, dia tak tanggal. Lap pakai tisu pun tak melekat. Ambik gambar pun muka tak berminyak. Sangat superb!

So, dapatkan Pixy dipasaran! heheheheheh

Salam Sayang,

Tuesday 30 October 2012

TEH BUNGA KEKWA (CHRYSANTHEMUM)

Assalamualaikum
Ini adalah teh bunga kekwa. Kak Miza yang selalu buat air ni masa bulan puasa. Jenuh mintak abang carikan. Tapi tak jumpa. Last2 lepas raya haritu Kak Miza pos kan. Selang sehari rebus air ni, sampai la habis teh kekwa tu. Then aritu kawan abang dari Ipoh nak balik raya sini, so i now lah kat Ipoh memang banyak kedai ubat cina. So, memang mudah nak dapatkan. Ape lagi, terus mintak dia belikan kat sana. So semalam buat lagi. 

Abang sangat suka air ni. Dia kata rasanya sebijik macam air kotak Chrysanthemum tu haaa. He's rite. Memang rasanya sangat sama! Dan abang panggil ni dengan nama 'air kotak' =.='

Salam Sayang,

Monday 29 October 2012

BABY 19 MINGGU

Assalamualaikum
Hari ni semua dah kembali bekerja. 3 hari sebelum ni asyik berkepit aje, hari ni tetiba sunyi pulak sebab kena tinggal sebab dah start kerja. Facebook pun dah kembali ceria. Hahahaha. Mentang2 raya semua pakat buat2 bizi nak sembelih lembu. Cett...

Diari untuk hari ni, baby dah masuk 19 minggu. Kalau ikut jadual minggu depan checkup untuk 5 bulan! Wah baby dah 5 bulan, cepatnya baby membesar kan? Perut pun dah montel sikit. Kalau keluar memang orang syak ada baby kat dalam ni ha... Kikikiki.... 

Kesihatan mummy ngan baby okey sihat alhamdulillah. Cuma aku sekarang selalu lenguh2 betis, pinggang. Dan kaki selalu aje kejang (cramp). Sakit sangat. Dan tiap2 kali cramp abang selalu urut2 kasi lega tak kira la siang malam atau pukul berapa sekalipun. Maceh :)

Menurut apa yang aku google, ibu hamil selalu akan mengalami kaki cramp . Itu adalah disebabkan kurangnya kalsium. Sebab kalsium yang ada dalam badan aku ni baby dah serap. Ooooo baby curik kalsium mummy yeeee.... Hehehehe.... Tak apa lah, untuk baby, amik la banyak mana kalsium pun k sayang. Asalkan baby sihat. So, mummy kena banyak minum susu lagi untuk tambah kalsium kita sama2. 

p/s : baru tau pengorbanan seorang ibu. walau susu tu tak sedap, tapi kena minum juga untuk kesihatan anak. kalau untuk diri sendiri, harem la aku nak minum.... huhuhu

Salam Sayang,

Sunday 28 October 2012

AKU TAK BALIK RAYA!!

Assalamualaikum
Selamat Hari Raya Aildiladha.... Huii lamanya tak updated blog ni kan. Sibuk beraya ke? Hahaha tak ade lah. Aku tak balik raya pun. Macam yang aku cakap dulu2 abang seorang yang workaholic. Mungkin sebab dah lama hidup membujang, so apa yang dia fikir hanya kerja aje. Sehari sebelum raya, dia whatsapp, 'kalau nak balik cepat siap2, nanti balik kerja terus gerak...' mana la sempat nak kemas baju. Aku ni pulak bukan jenis tinggal rumah sepah2. Sebelum kuar gi mana2 mesti kena pastikan rumah kemas dan baru senang hati nak berjalan.

So, amik keputusan untuk tak balik. Lagipun nak merasa beraya berdua di rantauan orang... Poyokan? Jadi hari raya pertama kami adalah dirumah dan dirumah mak angkat abang. 

Sambutan hari raya kat sini (Terengganu) sorry to say, sangat tak meriah. Tak ade pun nampak orang kampung heret lembu. Semua lembu naik lori. Kalau kat Kedah, pagi2 boleh tengok budak2, orang kampung heret lembu bawak pi padang. Meriah. Pastu berkunjung2 ke rumah saudara2 macam hari raya puasa juga. Walaupun tak semeriah hari raya puasa, tapi amalan kunjung mengunjung tu tetap ada. Rasanya lagi best kot sebab sana sini kenduri korban la, aqiqah la, cukur jambul la....

Gitu aje lah pengalaman raya kami. Cuma makan dah terlebih, macam dah lama sangat tak jumpa daging. Hahahahaha....

p/s : nak tergelak bila abang usik budak gurl tu 'uihhh besarnya beg duit dia, raya haji tak kasi duit raya tau....' 

Salam Sayang,

Thursday 25 October 2012

TART TELUR CUBAAN PERTAMA

Assalamualaikum,
2, 3 hari lepas teringin nak buat blueberry cheese tart, tapi semalam pi cari bahan cream cheese tapi tak ada. Tengahari tadi pegi MydinMall sorang2 cari. Tapi ade yang kotak besar la pulak. Filling blueberry pun tak ada. So bergerak ke Pasaraya Giant pulak. Sebelah Mydin aje. Nasib baik ada kotak kecik. Tapi filling blueberry tetap tak ada. 

So cepat2 untuk masak tengahari tapi untuk makan malam. Masak awal supaya abang balik keje tak dapat kesan yang bini dia ni hilang pi MydinMall tengahari tadi. Kikiki. Kalau dia tau konpem dia tak kasi pergi. Tapi time nak kuar dari Giant tu terserempak dengan staff lama aku dulu yg skrg ni staff abang (dulu aku satu opis dgn asben). Tapi last2 dia tau jugak. Yelah, semalam tak ada cream cheese, skrg ade mana nak dapat pulak kan...

Oleh kerana terlalu eksaited nak buat tart, tak dapat buat blueberry cheese tart, dapat buat tart telur pun jadi lah! So buat la adunan dia. Ikut resepi suruh simpan semalaman dlm peti ais. Tapi malam ni tak sabar, terus buat. Kikikiki.

So terhasil la tart ade yang tebal ada yang nipis, ade yang elok dan ade yang hangus. Ini saiz kecik, besar muffin aje ni. Aku pun xpenah makan kecik mcm ni huhuhuhu...

Dan macam biasalah, yang hangus dan hangit mesti ada....

Resepinya...
Untuk Crush/kulit/pastry
170 gm margerin@butter
50 gm gula kastor
1 biji telur
290 gm tepung gandum
1 sudu esen vanilla

Caranya
- kacau laju2 marjerin + gula kastor laju2 dengan senduk kayu.
- Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi laju dengan senduk kayu.
- Masukkan tepung sikit2 dan uli sampai lembut
(Kalau nak elok, simpan adunan semalam dalam peti ais. Tapi aku simpan sekejap aje.)
- Masukkan adunan nipis dalam acuan dan bakar selama 20 minit (itu aku punya oven. anda semua agak2 la ye.

Untuk isinya (telur)
- 1 cawan susu cair
- 4 biji telur
- 1 cawan gula kastor
- 1 cawan air biasa
- 1 sudu besar tepung kastard
- 1/2 sudu esen vanilla
- pewarna kuning

Caranya
- Bancuh semua dan kacau sehingga gula hancur. Dan tapis. 
- Tuang dalam kulitnya tadi dan bakar lagi dalam 20 minit.

Salam Sayang,

Tuesday 23 October 2012

SOYA DAN IBU HAMIL

Assalamualaikum
Okey berkenaan entry sebelum ni http://bit.ly/XGkrzS tentang apa yang boleh dan tak boleh untuk ibu mengandung, ada seorang teman kasitau info tentang susu soya. Katanya soya tak elok untuk ibu hamil. Kalau terlebih amik soya ada yang kata baby kurang kalsium, tulang tak elok dan mudah dapat penyakit. So, bila di google2, di cari sana sini maka aku dapat lah satu info baru. (thank ingtkan kiera)

Untuk pengetahuan, soya ada banyak jenis. Ada yang elok dan ada juga yang tak elok. Jadi kita kena pandai buat pilihan untuk pilih soya yang terbaik. Ada satu artikel yang aku baca, banyak kriteria yang kita kena pilih untuk dapatkan khasiat yang terbaik. Salah satunya dari segi penanam, dari segi biji benih dan banyak lagi. Cara penanaman pulak ada yang secara organic dan secara kimia. Yang kimia ni tak elok. So, itu yang menyebabkan khasiat soya tu hilang. 

Maka, pilihla soya yang elok untuk kesihatan yang terbaik. Tapi kalau ragu2 boleh tanya doktor, atau elakkanlah. Minum boleh tapi jangan berlebihan semata2 menginginkan baby tu putih. Dan ada juga kawan blogger yang tgh sarat sekarang ni pesan makan kurma banyak2 (thanks kechixx)... Khasiat kurma pun sangat hebat sebenarnya.

p/s : aku tak reti nak terangkan so boleh baca selanjutnya kat http://bit.ly/RgAkKx

Salam Sayang,

Monday 22 October 2012

SABUN BERAS, OKEY KE??

Assalamualaikum,
Sejak hampir sebulan yang lepas aku ada membeli beberapa ketul sabun beras. Kebetulan pi rumah makcik encik suami a.k.a mak angkat dia. Kebetulan la ada anak saudara dia mai promot sabun beras. Dulu aku dah tolak kawan makcik promote produk kesihatan. So takkan nak tolak lagi. Kang nampak sangat aku ni kedekut pulak kan... So, takkan nak beli seketul aje. Takkan 2 ketul. So amik hang aku bedal sekali 7 ketul. 

Budak tu cakap, harga kat luar seketul RM5. Tapi dia jual RM2.5 aje seketul. so smua RM17.50 dpt la diskaun RM17 utk 7 ketul. Biasanya sabun ni orang buat cuci muka. Tapi oleh kerana terlalu banyak aku beli, so dengan badan2 skali aku sabunkan pakai sabun beras ni.
Kebaikan sabun beras ni antaranya ialah untuk melembutkan kulit, menegangkan kulit, memutihkan kulit, menghilangkan daki2, memutikan ketiak2 hitam, hahahahaha... Dan banyak lagi.

So far aku guna ni pun okey la. Kulit rasa lembut aje. Cuba la try guna. Tapi jangan tanya aku kat mana nak beli. Try la usha2 kedai2 jual benda alah macam ni. huhuhuhu...

Salam Sayang,

Sunday 21 October 2012

APA YANG PERLU DAN APA YANG TAK PERLU

Assalamualaikum
Okey baby dah berusia 18 minggu. So far kesihatan okey alhamdulillah. Cuma selera makan bertambah2 la pulak. Semua yang nampak depan mata, semuanya terasa nak jamah dan nak rasa. Sikit pun jadi lah. Pagi, tengahari, minum petang, makan malam, semuanya tak miss. Dan tadi godek2 dapur, terrrnampak pulak tart nenas yang raya hari tu masih ada. Tapi konpius, ada orang kata boleh makan, ade yang kata jangan. So, tahan aje la.
tart ala2 mcm gini la... 
tengok intinya tersembul, teringin la jugak kan... 
hahaha...
Bila dah mengandung, orang2 tua sangat tekankan soal pemakanan. Itu tak leh makan, ini tak leh makan. Satu untuk kesihatan, satu lagi takut effect pada baby. Antara benda2 yang aku dah di warning utk tidak makan n kena makan ialah....

PERLU MAKAN :
madu, susu, soya dan sebagainya. Katanya untuk memutihkan baby, dan untuk minda baby. Setakat ni, madu dan susu tu memang aku amalkan setiap hari. 

TAK BOLEH MAKAN :
kicap, nenas, minuman bergas, buahan bergetah macam jantung pisang, kopi, nescafe dan sebagainya. Katanya untuk elakkan baby hitam. huhuhuhu. Nenas  n minuman bergas tu memang tak boleh la kan.

DILARANG :
Selain pemakanan, perbuatan juga kena kawal. Tak boleh seksa binatang, tak boleh pukul binatang, tak boleh minum dalam cawan/gelas sumbing or bermulut luas, kalau beli ayam tu, mintak pekedai potong2 terus, ikan pun. Memancing pun tak boleh. Pesan makcik2 lagi, kalau boleh elakkan sembelih atau ceraikan binatang yang sempurna sifatnya. Maksudnya, kalau ayam, walaupun dah mati, tapi sifatnya sempurna ada kaki, kepala. So, elakkan potong2. Mintak orang lain buatkan. Masak yang dah dipotong2 aje. Yang tak nampak sifat dah. Paham dak?

p/s : tapi manusia adalah sebaik2 kejadian. Semuanya atas kehendak dan kuasa-Nya. Cuma berusaha.

Salam Sayang,

Saturday 20 October 2012

DOOLY (Runningman Song Ep. 25)


Assalamualaikum...

Ekceli 2, 3 hari lepas teringin nak tengok balik episode 25 RUNNING MAN. Terpikat dengan lagu tema kartun Dooly. Comel sangat lagunya. So, duk nyanyi lirik ikut dan aje, lirik sebenar tak tau. Kalau tak caya best, ce try dengar.... hahahaha...

DOOLY (Korean Cartoon Theme Song Lyric)

yori bogo, jori bwado eummmmmm alsu eobneun dooly dooly
binghadago naeryowa eummmm chingureul mannajiman
ileoknyanjeon yenari neomuna geuriwo
bogopeun eommachaja modu hamkkae nagaja haha-haha

wiroun doolyneun gwiyeoun agigongryong
hoi hoi doolyneun choneungryeok nae chingu
wiroeun doolyneun gwiyeoun agigongryong
hoi hoi dollyneun choneungryeok nae chingu

yori bogo, jori bwado eummmmmm alsu eobneun dooly dooly
binghadago naeryowa eummmm chingureul mannajiman
ileoknyanjeon yenari neomuna geuriwo
bogopeun eommachaja modu hamkkae nagaja haha-haha

wiroun doolyneun gwiyeoun agigongryong
hoi hoi doolyneun choneungryeok nae chingu
wiroeun doolyneun gwiyeoun agigongryong
hoi hoi dollyneun choneungryeok nae chingu
Salam Sayang,

Friday 19 October 2012

SAMPAIKAN SALAM CINTAKU

Assalamualaikum
Sangat suka lagu ni version Adira. Suaranya sangat sedap dan menusuk kalbu.  Sayu je dengar sorang2. Nak nak bila terkenangkan seorang kawan baik ni. Kuku. Hurmmm... Jom layan....

Sampaikan Salam Cintaku - Alleycat/Adira
Sampaikanlah salam cintaku padanya
Walaupun terluka namunku merindu
Kerana cintaku tiada akhirnya
Walaupun engkau telah menghancurkan

Sampaikanlah salam cintaku padanya
Walaupun sengsara namunku masih sayang
Kerana cintaku mewangi dan harum
Walau tercampak di mana jua

Andaiku tiada, andaiku pejam mata
Biarku abadi, cinta yang setia ini
Biarpun kau jauh, sambutlah salamku
Kerana aku masih menyayangimu
Tidak pernah aku membenci dirimu

Salam Sayang,

Thursday 18 October 2012

KEBERKATAN

Assalamualaikum,
Semalam punya semalam punya semalam bersembang sakan dengan group Whatsapp, majority dalam tu semuanya bekerja. Masing2 sembang pasal kerja, aku pun rasa jeles la jugak. Maklumlah surirumah sepenuh masa. Kadang2 rasa macam nak kerja balik pun ade. Bosan tahu duk rumah aje.

Tapi, salah sorang geng wasap cakap, lagi beruntung duk kat rumah. Jaga makan minum suami, berkat. Lagi2 kalau kita ikhlas buat untuk suami. Masak, kemas rumah, semua2 kerja tu kalau suami suka, suami senang hati, lagi banyak pahalanya.

Katanya lagi, kalau kerja dengan orang ni, tak konpem 100% gaji yang kita dapat tu berkat. Yelah, kadang2 ada jugak kita termerungut, tercuri tulang, terkona ke sana, terkona ke sini kan? Lagi2 pulak kena marah, kena maki. Kita pun join maki sekali dalam hati.

Bila2 fikir balik, aduhai. Sangat bersyukur. Duk rumah pun dapat gaji juga sama macam kerja. Lagi dapat pahala. Dunia dapat, akhirat pun dapat. So, nak ape lagi? Janji kena ikhlas. Allah sayang.

p/s : thanks wahai geng2 wasapku. bukan sembang kosong. banyak manfaat!

Salam Sayang,

BLEEDING

Assalamualaikum,
Bleeding
Semalam semalam sebelum tidur terperasan ada macam bleeding sikit. Tapi fikir positif. Hope esoknya tak ada la bleeding lagi. Tapi tengahari tu tengok ada lagi bleeding. Walaupun tak banyak tapi risau jugak. So mesej abang cakap nak pi klinik, then abang call balik.

Ke Klinik
Pukul 3.30 ptg macam tu ke klinik. Sampai sana, kaunter tanya sakit ape. Bila cakap bleeding pregnant terus dia kasi masuk jumpa doc. Huhuhu terima kasih kakak nurse. Ibu mengandung diberi keutamaan.

Scan
Doc terus scan. Tengok baby elok. Sihat, okey. Alhamdulillah. Sempat juga mummy tanya jantina baby mummy ni gurl ke boy. Intai punya intai doc cakap baby still malu2 nak tunjuk. Tapi doc cakap baby dh mula bergerak2. Memula konpius jugak, sebab tak tau rasa gerak tu macam mana. Kalau nak tau rasa mcm mana, sebijik macam perut masuk angin. Tapi menendang2 tu belum la lagi.

Sesi Soal Jawap
Then bermulalah sesi soal jawap dengan doctor. Dia tanya aku jawap, aku tanya dia jawap. So, banyak la benda yang aku tahu semalam. Aku dah rasa selesa dengan doctor ni, so segan tu dh tak ada. Sikit2 aje la. Nak nak kalau bab sensored kan.

Kesimpulan yang aku dapat ialah :
* 6 bulan kebawah jangan nak hegeh buat kerja berat. 
* Banyakkan rehat dulu. Nak nak anak pertama. Tak tau macam mana condition pregnant. 
* Kena berpuasa dari ML buat sementara waktu. Kalau tak bleeding lagi. ML (make love)
* Kalau nak ML gak boleh tapi pandai2 la slow2 cari posisi.
Salam Sayang,

Wednesday 17 October 2012

KUIH LOMPANG

Assalamualaikum,
Sebenarnya dah lama nak buat kuih lompang. Tapi belek2 resepi ada yang guna santan, ada yang tak guna. So konpius. Tapi 2, 3 hari lepas memang teringin sangat nak buat dan nak makan. So, aku khabarkan niat aku ni pada akak2 kesayangan aku iaitu Kak Miza dan Kak Ayu

Maka mereka pun berkongsi lah resepinya. Terima kasih sangat2 sebab menjadi dan sangat sedap!! Sangat teruja sampai terlebih kaler.... kikikiki


Resepi Kuih Lompang :
*masakkan :
- secawan air
- 3/4 gula 
- sehelai daun pandan untuk wangi kemudian sejukkan.
*bancuhkan :
- 2 cawan tepung beras
- 2 sudu tepung ubi
- 1 sudu air kapur
- 3 cawan air
kemudian baru campurkan air gula tadi. asingkan untuk warna.  kukus selama 15-20 minit. kelapa parut + gula sikit + garam sikit.

p/s : bila panas dia lembik sikit. tapi bila sejuk baru pejal elok.

Salam Sayang,

Tuesday 16 October 2012

SAYA MINTAK MAAF

Assalamualaikum, 
Buat seseorang yang terasa dengan saya, kecik hati dengan saya, marah dengan saya, benci dengan saya, saya mintak maaf banyak2.... Saya tak sengaja... Saya janji tak buat lagi.... :(



Salam Sayang,

Monday 15 October 2012

MENYAMBUT KEPULANGAN SANG SUAMI

Assalamualaikum,

Tahu tak, istimewanya wanita ialah segala perbuatan dan setiap apa yang disentuhnya di dlm rumahtangganya akan mendatangkan pahala. Namun terdapat satu perkara yang kita kurang amik perhatian iaitu menyambut kepulangan suami.

Suami balik dari mencari rezeki, mesti mahukan layanan yang baik. Dapat tengok wajah manis isteri, comel lote tu dapat menghilangkan tension, penat, lapar dan dahaganya. Sabda Rasulullah saw :
"Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari sela-sela jari mereka berdua. Begitulah Maha Pengampunnya Allah; dosa isteri gugur hanya dengan bersalaman dengan suami.

Pernah disebut dalam riwayat, pada zaman Rasulullah, ada seorang wanita yang bakal masuk syurga lebih dahulu daripada Siti Fatimah. Wanita itu begitu taat serta sangat memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan; disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Segala perbuatannya itu menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah yang mengunjunginya. Lalu beliau bertanya untuk mengetahui di sebalik perlakuan wanita itu.

Wanita itu pun berkata: "Aku bersiap-siap dan menyinsing kainku ialah supaya mudah jika suamiku ingin menyampaikan hajatnya. Adapun tuala ini ialah untuk mengesat peluhnya, air ini ialah untuk menghilangkan dahaganya dan rotan ini ialah untuk dia menghukum aku jika aku membuat sebarang kesalahan." 

Isteri zaman sekarang pulak, kena tegur elok2 pun merajuk entah apa2. Suami pulak yang naik pening kepala. Macam mana gitu? So, para isteri sekalian, jadilah isteri yang solehah, bertaqwa, berakhlak mulia dan taat pada suami masing2. Bukan pada suami orang yeee… Sabda Nabi lagi :
"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
p/s : senang untuk dapat pahala, dan senang jugak untuk mendapatkan dosa.

Salam Sayang,


Sunday 14 October 2012

17 MINGGU SUDAA

Assalamualaikum

Terasa nak menaip tapi tak tau nak menaip apa, so up aje la sikit2 pasal baby. Now baby dah berusia 17 minggu. Trimester kedua. Usia bayi sebenar ialah 15 minggu. Lemak akan mulai terbentuk untuk mempertahankan suhu tubuhnya bila dilahirkan. Panjang bayi dalam 5 inci, berat sekitar 140-145 gram.

Oleh sebab baby semakin membesar, semua benda2 dalaman pun akan alami perubahan, berat meningkat so mummy akan rasa cepat penat. So, no wonder la mummy sangat suka tido. Pantang letak kepala, mesti menguap dan dalam masa 10 minit mummy boleh tido lena. Nak nak after lunch. 

So, untuk itu, mummy kena buat olahraga ringan. Kena banyakkan berjalan, buat kerja rumah. Stop dulu download Running Man, kita download pulak exercise untuk ibu mengandung okey... Ibu yang cergas, senang nak beranak tahu!

Sekarang dah siap masak tengahari. Tunggu abang balik lunch sama2, then boleh la sambung tidooo... Ehhhhh????!!!!!

Salam Sayang,

Saturday 13 October 2012

MUMMY SEMAKIN KUAT TIDUR

Assalamualaikum, 
Seminggu ni terasa badan penat sangat. Malam2 tido agak awal, tak macam selalu. Bangun lewat, pastu after lunch mengantuk lagi. Begitulah seterusnya. Semua bahagian badan terasa sengal2. Pinggang always sakit, kat ari2 pun kadang2 terasa jugak. Latest kat bahagian breast. 

Semalam abang belikan pisang. Mintak buatkan cekodok. Dah siap lenyek taruk tepung pikir nak goreng after asar untuk minum petang. Alih2 lepas lunch tidur. Terjaga bila abang masuk bilik bawak sepinggan cekodok siap goreng. Punye la malas nak bangun, nganga aje mulut mintak suapkan cekodok sambil mata terpejam. Hambik sekali 3 bijik terus kena suap. kikikiki... Then bangun la buatkan air.... Teruk kan pangai mummy sekarang ni.

Semalam pi rumah makcik a.k.a mak angkat abang. Dia call cakap dah lama tak tengok. So pi la semalam. Makcik cakap perut dah nampak. Bila makcik tanya ada terasa bergerak tak? Blurr dah. Sebab tak tau gerak tu rasa macam mana. Tapi bila tekan rasa la 'ketul' baby kat dalam. Abang pulak suka hati dia aje nak tekan2 jugak, geli tahu!! Nak pegang boleh tapi jangan sendiri pegang, mummy kena guide okey....

p/s : sangat bahagia dikurniakan suami yang sangat memahami.

Salam Sayang,

Thursday 11 October 2012

BERUBAH?

Assalamualaikum
3, 4 hari lepas tiba2 aje kawan baik yang dah tak berapa nak baik dengan aku sms. Terkejut jugak. Tapi memandangkan time tu tengah tido sebab badan tak sehat sangat, so biarkan aje. Dah sebulan aku tak contact, cuba nak lupakan, tetiba plak dia nak sms. Baru sekarang kot dia teringat kat aku.

Lama la jugak duk menung sms dia. Dia sms pun cuma 'oi'. Itu pun aku boleh tenung lama2. Sayu je bila teringatkan balik. Nak reply, tapi tak ape lah. Kalau dia betul2 masih anggap aku kawan baik dia, dia mesti akan cari aku walau apa cara sekalipun. Sebab, selama ni aku tak pernah tak jawap sms, tak pernah tak contact dia lama macam ni. 

Dan sekarang, ada la sorang dua tanya aku, kenapa sekarang aku dah tak banyak cakap macam dulu. Entahla, dah malas nak kepoh2, ramah tamah macam dulu. FB ke, blog ke, WhatsApp ke, twitter ke, sms ke, sapa yang dulu selalu aktif bersembang dengan aku, now boleh tau sekarang aku macam mana... Makin banyak celoteh? Makin kurang? Atau sama?

Salam Sayang,

Wednesday 10 October 2012

KAKAK BLOGGER PILIHANKU (3) CEMPAKA


Assalamualaikum,

Blogger Kak Lydia Miza. Tengok wajah dia, lembut aje. Tuan punya badan pun lembut jugak sebenarnya. Memula kenal dia, ingatkan sombong. Serius cakap. Sebab yelah, time tu Kak LM dah famous. So, segan la jugak nak bertegur sapa ramah tamah ni. Masa kenal dia zaman 'dulu' memang tak rapat sangat. Kan kak? Sekarang ni alhamdulillah... Kira dah macam satu geng dengan Kak Shida, Kak Ayu... Hehehe...

Sopan Santun
Kak LM ni seorang yang sangat sopan santun. Memang tak nafikan lah. Dari segi dia taip, penulisan blog pun, ayatnya sopan aje. Jauh la dengan blog aku ni ha... Ayat hancuss... Kadang2, nak bergurau dengan Kak LM lebih2 pun takut tersilap gurau. Huhuhuhu... Kalau dengan Kak Ayu, Kak Shida, memang hentam keromo. Tapi dengan Kak LM, aku respect dengan kesopanan dia. So, selalu jaga ayat bila bersembang dengan Kak LM. Sebab aku tak nak lukakan hati akak aku yg sorang ni ha...

Garang?
Kak LM ni... (garu dagu tak gatal). Dia tak garang. Tapi kuat bebel. Hahahahaha... Ampun kak. Kalau baca blog dia, kadang2 kelakar bila baca bab dia bebel kalau tak puas hati kat something. Macam comel aje. Yelah, dengan perwatakan yang lembut, tetiba bebel2 kan. Yang selalu duk baca dia bebel pasal baju tengkorak, kuih karipap pun boleh dibebelnya, taugeh pun, hahahaha... So sweet la kak....

Rajin
Ini sangat2. Dalam tak sihat pun, dia gagahkan jugak untuk masak. Amik anak2 sekolah. Dia sangat kuat, sangat tabah. Nampak macam biasa, tapi sapa tau semangat yang kita ada tu melebihi apa yang orang nampak. 


So, kepada Kak LM, semoga akak tabah selalu. Teruskan membebel, kena banyakkan tenaga dan makan untuk kejar baby Syafiq!! Hehe..

Salam Sayang,

Sunday 7 October 2012

NAKALNYA AKU TIME SEKOLAH



Dulu aku ni nak kata nakal tak la nakal sangat. Tapi macam2 benda jugak la aku dah buat pasal kat sekolah. Dalam 2 bulan duk asrama, tiap2 minggu nama aku kena panggil kat assembly. Nak2 masuk bulan kedua. Semua idea plan buat nakai aku yg kasi dan aku jugak yang mengantoikan idea tersebut!

Panjat Pagar Hostel!
Time tu balik sekolah, warden tak bukak gate asrama. So, aku kasi idea panjat je lah! Buat pa nak tggu lama2. Kan dah waktu masuk hostel. Then depa sesenang hati panjat sbb tinggi. Tinggal la aku terkedek2 cari port pagar rendah untuk senang nak panjat (kaki pendek).Last2 jumpa port hujung sikit. Terlupa pulak port tu setentang dengan bilik warden. Ekekeke...

Ponteng Class
Satu ari kat class semua cikgu meeting. Bosan, ngantok, kebetulan aku selsema. Then aku ajak depa balik hostel tido. Sia2 je dtg class if cikgu xmasuk. Baru nak landing atas katil, bunyi tumit cikgu naik atas. Arghh!! kelamkabut sembuyi celah2 rak baju. Elok cikgu dah blah bilik sebelah, aku mai kebas kaki, nak lunjur kaki, tersilap tepis rak, ehhh ehhh ehh ehhh.... KEBABOM!!!

Ponteng Solat Kat Masjid
Ini pun aku malas sangat. Tiap2 waktu kena pi masjid. Ruang wanita sempit. Kena tunggu turn. So aku pun buat plan nak solat kat dorm je. Bila zohor, asar tak kantoi, aku cuba pulak nak ponteng pi masjid utk maghrib dan isyak. Hehehe, macam biasa, kantoi. Ada sportcheck kat masjid. Malam tu aku dan geng serta ada beberapa orang lagi kena denda, tawaf masjid 7 kali dengan berpakaian lengkap bertelekung. Tebal gila muka kena booooo.

Ponteng Gotong-Royong
Selalu hari Jumaat kat hostel akan buat gotong-royong kemas dorm. Then akan di check dan ada kategori dorm terbersih dan terkotor. Ramai budak dorm balik minggu tu. Tambahan pulak pagi tu hujan. So aku dan geng ingatkan tak ada gotong-royong, announce pun tak ada. Syok tido sampai la warden naik nak check bilik. Tengok2 bersepah. Terus satu bilik kena denda lari keliling padang dengan baju2 tido skali! Yang pakai baju kelawar tu nasib lah, yang pakai kain batik pun. Aku? Aku pakai baju bilik bedah, papa aku xgune sbb size kecik. Besar jugak kat aku pun. Dah rupa orang pesakit mental je!!

Balik Outing Lambat.
Hujung minggu kuar outing. Syok kesana sini. Outing student laki dan pompuan hari lain2. If lelaki Jumaat, pompuan Sabtu. Semalam punya outing depa cakap guard takde. Dengar2 kata guard cuti sakit. So, aku lenggang2 kangkung balik lewat. Tup2 warden tercegat depan pagar dengan sebatang PEN MERAH!! Kad outing minggu ni merah, minggu depan punya outing kena HOLD!!!

Sangat banyak la kenangan. Kat sekolah kalau tak nakai, tak ada kenangan. Bayangkan kalau nakai2 tu tak dak, ape yang nak dikenang? Apa yang nak diingat? Mengadap buku 24 jam? Tapi percayalah, yang nakai2 tu time sekolah aje. Bila dah besar, dah jadi orang dah. Dah jemu dengan semua tu.

Salam Sayang,

Saturday 6 October 2012

SELAMAT DATANG SAYANGKU

Assalamualaikum..

Rasanya mungkin tibalah masanya kot aku nak kongsi pengalaman pertama pregnant anak sulung ni... Pengalaman yang sangat indah, debaran yang penuh teruja bila tahu diri ini bakal menjadi seorang ibu. Hepi, gembira, suke, bahagia, semua bercampur2. Sangat tak sangka rezeki 'itu' secepat ini. Syukur sangat. Lebih2 lagi tengok encik suami yang over excited. 

Kisahnya bermula bila aku rasa asyik nak terkentut2. Rasa perut kembung, badan  rasa tak sedap macam banyak angin. Selalu bila nak period mcm tu, tapi kali ni rasa pelik sikit la. So, aku juz syak aje. Sebab time tu sebulan selepas kami kahwin. Then balik kerja pegi beli pregnancy test. Memula pegi ke 'Watsons' tapi tak jumpa. Nak tanya kat cashier, segan sebab laki. So, beralih ke 'Guardian'. Terus tanya aje kat gurl tu. Dah dapat aku sembunyikan dapat handbag. Tak bagitau encik suami pun. Bukan ape, takot dia pulak yang excited. Kang kalau negatif, kesian aje.

Esoknya aku takot nak test. Simpan dulu. Lusa tu baru aku bangun pagi2, test. Kebetulan encik suami time tu cuti, tak sehat. So, dia belum bangun, aku cepat2 bangun dulu nak test. Tengok2 toinggg!!! Naik 2 line... Peh... Kecut perut aku... Meremang bulu lengan, menitik2 peluh kat dahi, menggeletar tgn ni ha. Serba salah nak bagitau ke tak kat encik suami. Tapi nak tak nak, kena cakap jugak. So, aku hulurkan aje la benda tu kat dia. 

Lepas dia tengok, dia belek2 macam tak ada perasaan. Then tanya aku kat mana nak tengok suhu dia. Time tu aku dah blur! Aku rasa mcm result yg aku tgk tdi tak betul sebab aku tak tengok suhu. Frust. Tapi kat mana nak tengok suhu?? Aku blur, dia pun blur... Then kami belek2 cari kat mana nak tengok suhu. Tetiba dia cakap " kena guna dulu kot baru kuar suhu..." then aku cakap la aku dah guna dah tadi, tapi tak ade pulak tgk suhunya... 

Punya la duk blur2, rupanya dia ingatkan aku belikan kat dia termometer nk sukat suhu badan... Uiii, tak ada masa la ceq nak beli benda alah tu semata2 nak tengok suhu badan berapa. Demam makan ubat sudah, tak payah nk bersuhu2 pulak. Bila aku kasitau itu pregnancy test, lain betul muka dia. Pastu sibuk mintak kotak nak baca cara guna. Jenuh pulak la aku geledah tong sampah. Baca punya baca punya baca, konpem positif... Hehehehe...

Bila tau aje positif, terus aku dapat hadiah ciom sebijik kt pipi ni dengan mulut tak bergosok gigi olehnya. Hahahaha. Time tu jugak dia tak kasi aku pi kerja aritu. Dia suh aku mintak cuti, ajak pi klinik terus. Bila dah pi klinik, doctor pun dah konpemkan yang aku pregnant. Time tu usia kandungan aku baru 3 minggu. Tak sampai lagi sebulan. Tersengih aje kitorg. Hehehehe...

Sekarang kandungan dah 16 minggu. Hope kali ni boleh scan dan boleh tau jantinanya. Sangat tak sabar. 

p/s : macam tak caya aje dah nak jadi mak orang. rasa macam baru je aritu amik SPM. kikikiki...

Salam Sayang,

Thursday 4 October 2012

I HAVE NO ONE

Assalamualaikum,

Walaupun dah remove dia dari fren FB, tapi selalu jenguk wall FB dia tiap2 malam. Hepi tengok dia hepi dengan kawan2 baru. Tapi dalam hepi pun terdetik jugak rasa sedih. Yelah kan, kawan yang sangat baik dengan kita suatu tika dulu, tetiba dah tak baik dengan kita tapi dah baik dengan orang lain. Sedih la kan (tetiba jadi tone Che Lah MasterChef plak) kikikiki...
Kata kawan baik, kenapa remove2 pulak?
Hurm, susah nak cakap. Ibarat tangan kudung dapat cincin. Macam tu la jugak keadaannya. Ada kawan baik, tapi langsung tak contact, call tak angkat, selalu nak jauhkan diri, sedih tak? Dari duk pikir2, baik lost contact terus. So, xde nak pikir2 lagi. Walaupun, terpikir jugak!
Dah remove, diam2 dah la, nape nak merungut pulak?
Memang dah remove, tapi bila dah sayang tu kan. Susah nak lepaskan. Bukan merungut, tapi sedih. Dulu suka duka, susah senang, selalu cerita sama2. Now banyak sangat cerita, tapi diamkan aje. Nak cerita kat blog pun, hmmmm... Ada benda kita boleh cerita kat sini, ada benda tak boleh.
Ntah la, susah la nak cakap. Walau ada berpuluh2 kawan kat FB pun, tapi tak ada sorang pun yang membolehkan aku cerita itu dan ini. No one. Bukan memilih tapi susah nak cerita. Susah. Sangat. 
p/s : berlinang jugak airmata ni bila tgk kwn baik kita dah jadi kwn baik org lain. 
p/s : aku tak harap pun dia bc entry ni. langsung tak. tp juz meluahkan.
p/s : org kata, hidup ni perlukan kwn baik. at least sorang yg betul2 rapat n baik dgn kita. but, i have no one. :(

Salam Sayang,

Wednesday 3 October 2012

15 MINGGU

Assalamualaikum, 
Saiz bayi sekarang lebih kurang sebiji avokado (panjang dari mercu kepala ke punggung sekitar 5 inci / 11.6 sentimeter dan berat sekitar 4 auns / 100 gram). Dalam tiga minggu ke hadapan ini ia membesar secara memecut, menambahkan beratnya dua kali ganda dan panjangnya beberapa inci. 
Di dalam atau di luar rahim, bayi merupakan mahluk yang suka bermain. Bayi mungkin telah menjumpai mainan pertamanya - tali pusat - yang dia suka menarik dan mencekau. Kadangkala ia akan menggenggamnya begitu kuat menyebabkan jumlah oksigen yang lalu masuk berkurangan, tapi jangan khuatir - dia tidak memegangnya terlalu lama untuk memudaratkan. Sistem peredaran dan trek kencing sudah berfungsi sepenuhnya, dan dia menyedut masuk dan mengeluarkan cecair amnion melalui paru-parunya. 
Kadangkala, apabila anda bergerak secara serta-merta, anda akan terasa sakit sedikit di sisi anda. Ligamen-ligamen di kedua belah uterus anda dan dinding pelvis sedang meregang ketika bayi anda membesar
Hey ya,

Baby dah 15 minggu… Minggu depan checkup 16 minggu. Means dah nak masuk 4 bulan. Cepatnya masa berlalu kan. Lepas ni perut akan membesar dengan jayanya. Sangat tak sabar nak rasa pengalaman tu. So kena la cari baju pregnant yang lawa2. Hehehe… Walaupun duk kat rumah aje, tapi haruslah berseri2 moga2 cantik dan hensem bakal buah hati kami ni.

Now abang sangat sibuk kerja. Balik kadang2 lewat. Kadang2 makan pun tak. Malam2 pulak asyik mengadap kerja. Nak duk dekat, dia pulak smoking. Walaupun dah tetapkan PERATURAN, tapi oleh kerana dia sedang buat kerja, itu la makanan dia ibarat kunyah kacang. So, terpaksa la duk jauh2.

Tapi tak apa lah, semoga semuanya baik2 aje. Hope semuanya dipermudahkan.

p/s : rasanya entry selepas ni more to personal diary. Kalau geli, jgn baca. TQ
p/s : dah boleh rasa ketul tau bila tekan. tak sabar nk checkup next week...!! 

Salam Sayang,

EYELINER TERBAIK

Assalamualaikum...
Haaaa, kali ni nak shared something best. Pasal eyeliner. Tapi bukan nak promote Eyeliner ye. Tapi nak share dengan hampa tentang Eyeliner yang aku rasa paling terbaik dan sebaiknya. Aku ni pemakai eyeliner tegar. Nak pi mana2 eyeliner mesti kena pakai. Tak mekap pun takpa, tapi eyeliner wajib! Kira dah berpuluh2 batang dah eyeliner aku try.

Yang waterproof, yang pekat, yang tak melekat, yang cecair, yang gel, yang stick, yang kayu sume dah try. Waterproof pun, bila berpeluh, tetap comot. Kalau keluar, if nak solat kat surau, amik wuduk mesti comot2. Kalau yang cecair plak, tak comot. Kemas. Tapi if nak wuduk kena buang dulu. Sebab dia melekat macam plastic. Yang gel plak sangat cantik bila pakai tapi tetap comot dan melekat kat atas kelopak mata bila berpeluh.

Dan haritu gatai usha2 kat Watson’s so Nampak satu eyeliner ni. Masterliner, dari Maybelline. Harga tak mahal pun, kalau tak silap RM11.60 kot. Ada banyak choice tapi aku tergerak hati nak pilih yang ni..

Keputusannya memang SUPERB!! Keluar dari pagi, balik malam. Singgah solat zohor, asar, maghrib, balik rumah tengok langsung tak comot. Serius!! Sangat berpuas hati. Basuh muka pun dia tak comot. Tapi kalau cuci muka pakai pencuci, dia comot la, tak hilang hitam tu. So, sebelum mandi kena tanggalkan dengan minyak baby oil or makeup remover.

So, sebelum stock eyeliner ni habis baik aku rembat dulu 5, 6 batang. Nanti dah habis stock susah pulak nak cari eyeliner yang bagus mcm ni…. Huhuhuhu

mcm ni la rupanya...aku dh snap tp malas nk transfer
Salam Sayang,

Monday 1 October 2012

SUAMI BERUBAH HATI, SALAH SIAPA?

Assalamualaikum,

Lelaki ni kalau kita tahu memang semua kalau boleh nak yang simple aje. Yelah, macam suami aku. Bila masak hias lawa2 katanya ‘tak payah la lawa2 sangat’. Bila nak masak lauk pun, katanya ‘masak simple2 aje, ada makan, xde pun xpe…’ And kalau dia ajak keluar makan pun, kita nak melawa katanya ‘alaa tak payah la lawa2 sangat. Pakai biasa2 sudah’…

Tapi walau apa pun, kita sebagai isteri a.k.a perempuan mesti selalu kena jaga. Orang kata, beringat sebelum kena. Lelaki ni, memang suka simple, tapi bila dah datang anginnya, haaaa tu yang bahaya... Tak siapa boleh jangka.

Meh aku nak cita kat hampa. Aku ada sorang sepupu ni. Hidup memang aman bahagia. Laki bini keja. Sepupu aku ni pompuan. Laki dia selalu la orang puji sebab baik. Means tak kisah sangat bab2 makan pakai. Kiranya tak cerewet la. Ditakdirkan suatu hari laki dia ni berubah hati. Semua orang terkejut!

Tak sangka suami sebaik dia boleh berubah hati?? Apa dah jadi?? Kat situ la sesi ungkit mengungkit berlaku. Satu per satu laki dia ungkit. Haaa nak salah kat sapa? Betui ka idak kau tak masak? Betui ka idak kau itu, kau ini? Jawapannya betui! So kau nak salahkan sapa? Haaaaa… Tudiaa… Pada awalnya ikut sangat kat laki itu ini, last2 kau yang terkena.

So moral of the entry, buat la sehabis baik dan ikhlas. Walau rajin mana pun laki kau iron baju ke apa, kau kena ingat ape tugas kau. Hati suami kena jaga, sebab syurga kita berada di bawah tapak kaki dia… Aku ni baru kawin, so cerita2 ni semua aku kena ambik sebagai pengajaran dan aku kongsikan kat hampa.


Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...