Friday, 30 November 2012

ANAK KECIL MAIN API




ANAK KECIL MAIN API
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita 
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Mejulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia



p/s : aku suka lagu ni yang dinyanyikan oleh Arif Yazir dalam Perhimpunan Agong Umno tadi... Dan sebenarnya lagu ni ada dalam silibus Sejarah masa sekolah menengah. Form 3 kalau tak silap.

Salam Sayang,

Wednesday, 28 November 2012

KARI MAMAK STYLE!!

Assalamualaikum
Hah, amacam terliur tak? Itu adalah kari ayam ala2 mamak style. Kari Mamak Style!! Buat sendiri okeh! 3 hari lepas my rumate bawak balik 3 paket roti canai segera. So, aku la yang tukang buat kuah karinya untuk cicah. So teringin nak buat kari macam kuah nasi kandar tu kan. Pekat dan licin. Selalu aku buat mcm berhabuk sebab guna bawang kisar.

Resepi
- 1/4 ekor ayam
- 1 biji bawang besar (dihiris halus2/mayang)
- Rempah ratus sikit (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
- Daun kari
- 3 @ 4 sudu besar serbuk kari dibancuh dengan air
- Air secukupnya

Cara
- Memula tumis bawang sampai layu, masukkan daun kari sampai naik bau. Then masukkan serbuk kari yang dibancuh tadi. Tumis sampai naik bau dan masukkan ayam. Bila agak kering masukkan air secukupnya. Gula, garam dan perasa secukupnya. Siap!! Tak guna santan okeh... Sedap.

Akhirnya dapat jugak resepi kari ayam mamak style ni. Mabeles! Rumate siap kuah banjir lagi okeyy.. Hahahaha. Dia pulak macam tak caya aku boleh masak macam2. Eceh, macam2 la sangat kann. Nak kata aku pandai masak sangat tu idok le. Cuma aku jenis suka masak. Sedap ke tak sedap ke tak peduli. Janji dapat pegang kuali, pegang sudip... 

p/s : Ikutkan hati hari2 nak buat kek, tapi takmo makan. Nak kasi jiran2 nak kasi kawan2. Boleh macam tu??? Hehehhe.

Salam Sayang,

Tuesday, 27 November 2012

ABANG? AWAK? ABANG? AWAK?

Assalamualaikum
Heee... Ingat tak entry2 sebelum ni aku duk ber'abang'-'abang'? Sebelum2 ni duk cerita perihal suami dengan ayat husben, asben, en.suami, en.laki, pastu lately 'abang' kan? Heeeee....

Sebab ape aku bahasakan 'abang'? Aritu aku ade blogwalking. Ade la akak tu wat entry tapi bahasakan 'abang2' gitu. So, aku rasa sangattt suwit lah! Hape lagi, aku pun join sama kakak tu ber 'abang'. Hahahahaha.... tettttttt!!

Padahal in reality, aku tak panggil abang pun. Kikikiki. Aku panggil awak awak je, kalo xmo kasi ketara sangat aku edit ayat kasi sopan. Dalam WhatsApp or msg je aku berani taip 'abang' hahahahaha. Aku segan sebenarnya nak panggil abang. Rasa nak tampar je muka laju2. Rasa mcm romantik terlebih la pulak kan. 

Dia bahasakan diri dia abang lah. Tapi kadang2 saya. Dia panggil aku, ermmmm.... Ade lah! Hahahaha. Dan aku pulak bahasakan diri aku dengan nama aje. Heeee... Aku rasa, suami aku tak perasan pun yang aku tak panggil dia abang. Ke saja dia buat tak tau? Hurmmm.... Okey gak dia tak pasan pun, tak de la aku keras lidah sangat nak panggil kan. Maybe suatu hari nanti. Hehehehe...

p/s : ntah ape nak malu sangat kan. aku pun tak tau. bila nk panggil abang aku terus rs nak panas muka pastu nak tergelak. pastu dah jadi gagap! huh...

Salam Sayang,

Monday, 26 November 2012

SUAMI AKU USTAZ

Assalamualaikum
Tetiba semalam tergerak hati nak baca novel SUAMI AKU USTAZ. Baru sekali baca. Pastu tu kawan pinjam. Alih2 semalam bukak, mak aihhh.... Berterabur!!! Sayang sangat sebab buku tu baru sekali baca okey!! Buku lain xde pulak jadi mcm gitu. Huhuhuhu...


Then jenuh la membebel pastu dengan sedaya upaya lekatkan balik dengan salotape. Pastu tampal gam lagi. Huwaaaa... So, jadi la macam gini. Tetap terjelir keluar walaupun dah salotape dan dah game. Sedih.

satu2nya buku yang membangkitkan nafsu untuk kembali mengadap novel 
setelah hampir 8 tahun tak bukak novel!

p/s : tak kasi kata kedekut, dah kasi mcm gini lak jadinya. 

Salam Sayang,

Sunday, 25 November 2012

TELUR KEMBAR

Assalamualaikum
Semalam rasa bosan. Tak tau nak buat apa. Then tetiba bukak peti ais nampak telur sebakul yang pegi beli barang2 dapur haritu. Dan timbul lah idea nak buat apam polkadot. Tapi asben pernah merungut, apam polkadot kecik sangat. Tak puas kunyah dah habis. So, dengan bijaknya aku nak buat apam polkadot versi bapak jin! Hahahaha... 

Tapi biasalah, nak buat tapi malas. Buat dalam bekas bulat lutsinar mcm orang jual bubur tu, dapat 6 bekas. Malas nak corak, juz letak pewarna dan celoreng2 pakai chopstick. Rupa memang tak ada, tapi rasa tetap sama. Malas nak snap pic sebab time tu hp tengah cas. 

Nak dijadikan cerita, masa nak pecahkan telur pertama tetiba terkeluar 2 biji kuning. Means telur tu kembar! Wahhh 1st time ni tengok. Bagitau kat asben, tapi dia tak kasi guna. Dia suruh buang. Yang aku ni pulak degil nak guna. Then bila dia kata " Ha, ikutlah. Kalo jadi kembar elok tak pe, tapi kalo jadi pelik2 kang susah..." huihhh terus buang telur tu dalam sinki.

Bukan ape, tengah mengandung ni tak boleh la pelik2. Kalau boleh elak, elakkan. Tapi semua tu ketentuan Allah. Kalau benda dah nak jadi, nak buat mcm mana kan. Tapi kalau boleh elak tu elak la. Walau orang kata berpantang maut sebelum ajal or ajal maut tu ditangan tuhan tapi jangan la duk terbaring tengah jalan pulak. Kan?

mcm ni la rupanya telur tu, tapi bukan aku punya...
credit to BLOG INI

Salam Sayang,

Friday, 23 November 2012

DI SINI TIADA LAGI KEDAMAIAN - OGY

Assalamualaikum
Tadi duk tengok Galaksi TV9, last2 cerita tu ade siar lagu dari Fauziah Dato' Haji Ahmad Daud nyanyi lagu ni. Tak tau tajuk apa lagu sempat hafal sikit liriknya dan dapat hint tajuknya DI SINI TIADA LAGI KEDAMAIAN, tahun 1982. Liriknya sangat susah nak cari dan sempat taip mana yang faham. Sangat sesuai lah dengan perang kat GAZA ni. Bait2 liriknya agak sedih la... Lirik dah videonya ada dibawah TQ.

DI SINI TIADA LAGI KEDAMAIAN
Tersentak dari lamunan disuatu pagi yang indah
Terdengar halus tangisan anak2 terbiar
Di bumi nan gersang ini perang kian berpanjangan
Kemana **** kemanusiaan

Rundingan demi rundingan dari kota ke kota
Tetapi di bumi ini berterusan sengketa
Anak kehilangan ayah, isterinya jadi janda
Yang hanya kelihatan wajah hampa

Dan di sini kita masih juga berpesta
Minuman serta makanan terbuang dan melimpah
Di sini kita lupa ada yang kelaparan
Juga kadang-kadang lupakan tuhan

Terbaca diruang papar dan mendengar berita
Negara- negara besar cuba menunjukkan gagah
Diadili **** kita supaya bersengketa
Rakyat yang tak berdosa menjadi mangsa

**** (tak pasti liriknya)


video
Salam Sayang,

BILA TERLEBIH RAJIN

Assalamualaikum
Dah jadi satu kebiasaan pada aku bila duk rumah sorang dan tengah boring aku akan cari tempat untuk aku geledah. Kadang2 aku geledah halaman rumah, cabut rumput mana ada, siram pokok, geledah almari cari baju yang dah tak nak pakai, susun balik baju2 yang berselerak (kantoi hahahaha). Kat dapur pulak aku tukar bekas garam gula, letak dalam bekas baru. Yela bila dah bosan sangat kan.

Dan petang semalam aku godek almari/rak kasut kat luar. Dah penuh sangat dah kotak2 kasut aku, mama, kakak, asben sume. Ada kotak yang kosong, ada kotak yang terisi. Kasut lama yang masih elok tapi dah rosak. Sayang! Ada juga kasut yang dah buruk tapi masih boleh dipakai. Yang buruk tu la sebenarnya sangat selesa dipakai. Sebab kerap sangat pakai so jadi buruk. 

Dan ternampak pulak kasut ni. Hahahaha. Aku beli tahun lepas. Tapi tak pakai sangat sebab terlalu tinggi dan susah nak tekan minyak bila drive. Dan tak sampai hati nak pakai bila dengan kawan2 sebab kawan2 sume pendek mcm aku gak. Hahahaha. Kang kesian pulak diorang.
- Kasut macam ni pakai dengan jeans skinny sgt smart okeh!
- Dan bila pakai kasut macam ni, langkahlah dengan yakin, 
jangan teragak2 kalo tak org akan nampak anda mcm pelik!
- Dan bila berjalan jgn fikirkan ttg kasut! Jalan je... 
Jangan nak malu2 n sembunyikan kasut anda...

(aku penah jumpa org ni, dia punya pergerakan mcm pelik. berjalan mcm malu2, mcm takut2, mcm segan2. aku pelik, nape dia mcm tu?last2 baru aku pasan tentang kasutnya. hahahahaha... kasutnya cantik! tp mybe dia tak biasa pakai. so dh jadi pelik!)

Asben cakap, kasut ni kalau baling kat anjing pun boleh mampos. Hahahaha. Ni pertengahan tahun depan baru boleh pakai balik. Huhuhuhu. Hope masih elok lagi.

Salam Sayang,

Thursday, 22 November 2012

CINTA PERTAMA VS CINTA TERAKHIR

Assalamualaikum
Tadi pagi my mum call. Cakap my ex boyfren a.k.a bekas pakwe dulu2 tu call mama, nak no hp aku. Nak jemput kenduri kawin dia bulan depan. Hurm, dah 2, 3 hari ni aku asyik melayan lagu jiwang rock kapak. Tetiba dapat berita ni, ape lagi, terkenang2 pulak zaman bercinta2 dulu. Best kan?

1st time naik motor
Namanya F. Uih F, baru aku perasan, ex aku dah 2 orang nama huruf F, even my asben pun F jugak. Hahahaha. Dia pakwe aku zaman poli. Banyak lah kenangan. Yela budak yang sebelum ni ibarat 'katak di bawah tempurung' tetiba bebas. Indahnya dunia. Pastu bercinta pulak. Ibarat berada di syurga. Dengan dia jugak la aku 1st time naik motor. Dengan kaki terkangkang kat belakang sebab risau kaki tersepit kat roda. Helmet pun aku tak reti pakai. 

Jadi kuli
Dengan dia jugak lah aku dengan rela hati jadi kuli kiriman order housemate bila pegi pasar malam. Beger xmo bawang tapi mayonis lebih la, laksa takmo cili api la, nasi kerabu takmo budu la, nak tambah itu ini la. Tapi masuk telinga kanan kuar telinga kiri. Orang pesan murtabak, aku pi beli apam balik.   Ingat lagi housemate aku pesan ayam goreng. Aku buh ayam goreng dalam helmet (buat mcm raga). Balik2 helmet housemate dia habis bau ayam. Memang silap besar la diorang kirim kat orang tengah angau. 

Midnight
Dengan dia jugak lah 1st time aku tengok wayang berduaan dengan lelaki midnight. Naik motor ke Jusco. Sampai traffic light baru perasan selipar lain sebelah. Malas nak patah balik, dia belikan aku selipar. Dan selipar dia kasi tu jugak lah buatkan aku licin bila turun escalator Jusco malam tu. Biasa la midnight mana benda tu gerak dah. 

Orang Pertama
Dia la orang pertama yang aku bawak jumpa family. Kenalkan. Bajet serius la tu kan. Ku sangkakan dia bukan monyet, rupanya beruk kelaparan. Then lepas tu, aku tak serius dengan sesiapa dah. Pernah bercinta juga, tapi aku tak amik serius. Sehinggalah aku jumpa suami aku ni. Kiranya kami menjalinkan hubungan memang untuk kawin secara serius. Dia nak cari isteri dan aku pulak nak cari suami.

Arghhhh banyaknye kenangan cinta pertama. Betul kan orang kata, Cinta Pertama susah nak lupa. Betul tak? Tapi masing2 dah ada kehidupan sendiri. Yang ada cuma kenangan. Kalau masa boleh diputarkan balik pun, aku tak nak putarkan. Aku sangat bahagia dengan sekarang. Sangat!
p/s : walaupun abang bukan cinta pertamaku, tapi aku syukur dia sah menjadi cinta terakhirku... Terakhir dan semoga untuk selamanya.... Love u!

Salam Sayang, 

Wednesday, 21 November 2012

TERIMA KASIH PAKCIK!!

Assalamualaikum
Petang semalam bawak Adik Is pegi jalan2. Kesian dia boring duk umah kan. Nak pegi melantak McD, KFC tapi smua kena boikot. So bawak la ke Pantai Teluk Ketapang nu ha... Tengok pantai, tengok kapal terbang. Tapi tak singgah pun. Jalan2 amik angin aje. Tapi ada satu kejadian yang membuatkan aku berterima kasih kat pakcik tu.... Haaaa....

Camni, petang semalam masa on da way nak gi sana, tengah syok sembang2 dengan asben tetiba ada sebuah waja potong kereta aku sebelah kanan bersaing mcm nak lumba tu dan kasi isyarat tangan. Muka dah pakcik2, sekali tengok macam polis tak pun JPJ. Tapi personal car la. Aku cuak! Apehal pulak pakcik ni. Dalam otak aku banyak kemungkinan terlintas. Mungkin nak ajak gado, mungkin dia marah asben bawak slow tapi duk line kanan. Tapi nak bawak laju mcm mana lagi depan ade kereta? Tak pun mungkin tak pakai seatbelt?

Aku masih blur sebab terkejut. Peluk Adik Is kuat2. Then asben kasi signal berhenti kat tepi tapi kereta tu dah terus aje. Rupanya pintu belakang kereta kami tak tutup rapat. Fuh, nasib baik Adik Is tak duk belakang. Asben tak perasan sebab lampu warning tak menyala pun. Tapi nasib baik dia cepat tangkap apa yang pakcik tu nak kasitau. Kalau tak mau dia pecut aje! Ha itu aje ceritanya. Hehehehe...

Tapi perihatin la jugak pakcik tu. Walaupun tindakan dia tu boleh buat aku sakit jantung. Huhuhuhu. At least sebelum potong tu kasi la hon dulu. Tapi apa pun, pengajaran, sebelum masuk kereta pastikan semua pintu rapat ye!

TERIMA KASIH PAKCIK!!!

p/s : dan tak pasal2 asben kena bebel free... haaa, itu lah cuai lagi...

Salam Sayang,

Tuesday, 20 November 2012

TWILIGHT PUNYA PASAL

Assalamualaikum
Haihhh malu maluuu... Minggu lepas baru belajar macam mana nak download movie. Terpikir2 movie apeee lagi nak donlod so tingggg datang idea nak donlod movie TWILIGHT yang 1st dulu. Movie zaman jepun dulu now baru nak donlod. Aku google dan dapat tahu ada 4. Twilight, New Moon, Eclipse, Breaking Dawn. Semalam baru aje tengok Twilight separuh. Baru aje kenal dengan Isabella dengan Edward Cullen. Hari ni baru nak sambung tengok lagi separuh. 

Tapi sejak 2, hari lepas duk tengok kawan2 post kat FB pasal BREAKING DAWN... Dorang kata best! Aku malas la nak amik port sebab kat sini xde wayang pun! Dalam otak aku duk pikir movie hape pulakk laaa BREAKING DAWN ni kannn... Maklumlah banyak sangat movie yang kuar sekarang ni.

Dan tadi ade la member wasap aku cakap dia dapat tiket free untuk cite TWILIGHT! Ehhh aku pun terpikir bukan ke twilight tu cite dah lama yang aku duk tengok semalam? Takkan kuar wayang lagi kot??? Then dia kata yang baru laaaa... Haaa??? Kuar baru lagi means yang ke 5!! Tajuk apeee????? Dengan senang hatinya dia cakap sila GOOGLE!! Hampeh sungguh.

Dan sungguh memalukan, rupanya yang ke-5 tu la BREAKING DAWN PART-2!! Ohhh baru aku paham, BREAKING DAWN yang orang duk sebut tu rupanya cite TWILIGHT laaaaa... Part 2 punya... Ceh, malu sungguh!! Ketinggalan kan?? 

p/s : orang len dah layan ke 5, aku bru nak start tengok 1st punya!

Salam Sayang,

Monday, 19 November 2012

NANGKA LAGI

Assalamualaikum
Hari ni terbangun lambat sikit. Semalam tido asyik terjaga pastu tersedar diri sendiri berdengkur. Mak aih... Kuat gila! Kroohhhh Krehhhh.... Ni sume gara2 selsema kot. Tak sedap tekak. Hope tak jangkit kat Adik Is. 

Alih2 tadi lunch time asben balik bawak nangka dengan buah dokong? Dokong tu buah dia macam langsat, duku gak. Tapi rasa dia manis mabeles dari langsat dan duku.
suka korek2 nangka dalam kulit dia. macam main explorace je kannn...

Aritu dah belikan sebab aku mengidam nak makan. Hari ni bawak balik lagi. So, ape lagi, makan aje laaaaa....

Salam Sayang,

Saturday, 17 November 2012

LELAKI KEDEKUT



Assalamualaikum,


Salam Sayang,

Friday, 16 November 2012

KISAH TADIKA AKU

Assalamualaikum
Tadi petang duk bersembang sakan dengan geng wasap, terkenang2 pulak peristiwa time sekolah2 dulu. Masih segar dalam ingatan. Bila dikenang balik rasa sangat kelakar dan sayu pun ade. Yelah, dulu kecik lagi, sekarang bakal jadi mak orang. Nanti anak aku pulak yang masuk sekolah. Jom la nak shared sikit kisah masa sekolah2 dulu.

TADIKA
Dulu aku masuk tadika lambat. Orang lain masuk awal tahun, aku lepas cuti pertengahan tahun baru masuk. Kalau tak silap bulan 7 atau 8 camtu la. Sebab? Family aku berpindah sana sini, so susah la skit. Oleh kerana orang baru, aku tak reti nak biasakan diri dengan keadaan tadika. Besa la budak2. 

- Terkunci dalam toilet
Hari kedua sekolah, aku nak terkencing. Mintak tolong kawan temankan. Nama dia langsung tak ingat! Sekolah tadika aku ni sebenarnya balai raya. Dalam kawasan masjid. So toilet guna masjid punya. Paham2 aje la tandas masjid dulu macam mana. Masuk jamban terus kunci. Bila nak kuar, kunci tu susah nak tarik. Errrkkk!! Huwaaa... Berpeluh2 panggil kawan suh tolong. Aku terkunci dalam jamban. Last2 kawan panggil cikgu, cikgu datang goyang2kan pintu kasi lock tu longgar sikit then aku terus tarik. Sejak hari tu, terus langsung tak masuk toilet. Pandang pun tak nak. Dah la ade kerandaaa.... Fobiaaa...

- Mencuri bekas air.
Ini pun kalau tak silap awal2 masuk sekolah. Aku kan orang baru. Tak penah sekolah pun sebelum ni. Tapi belajar dengan mama aje. So huruf2, nombor2 tu aku dah kenal la. Hari tu dah dekat nak balik cikgu kasi soalan. Sapa dapat jawap boleh balik awal. So, angkat tangan 1st dan dapat jawap (genius jugak aku ni kan). Jawapan aku betul dan cikgu kata 'okey, kamu boleh balik awal. amik beg, amik bekas air, pakai kasut, boleh balik...' aku pun ikut la arahan. Pilih beg aku, pastu bekas air.... errrr aku memang tak bawak bekas air, tapi cikgu suruh amik bekas air. Macam mana? Oleh kerana aku budak yang taat, aku main pilih aje la bekas air. Kot la memang dapat bekas air satu sorang free cikgu kasi adiah ke kan. Aku amik yang paling cantik. Siap ada tali dan aku gantung kat leher. So aku balik la senang hati. Bila balik mama tanya bekas sapa, aku cakap cikgu yang kasi. Sebab bekas tu nampak macam baru, air pun dah habis, so no wonder la. Esoknya aku siap suh mama buatkan air oren buh dalam tu. So pegi la sekolah. Kat situ la aku kantoi. Budak manja tu cakap tu bekas air dia. Dah jadi kontroversi dah. Aku pun kena marah kat cikgu. Pastu kawan2 pun dah pandang semacam aje kat aku. Dah tak sonok dah sekolah.

- Mentipu cikgu.
Suatu hari my mama belikan kotak pensil piano. Kaler pink. Belah dalam kotak pensil, belah luar penutup ade piano. Bila tekan2 dia kuar bunyi. Bawak pegi sekolah nak tunjuk kat kawan2. Bangga gilaaa... Last2 kawan2 berebut pakat nak tekan2. Dah kemana hala dia bawak kotak pensil tu. Geram la jugak.  Dah la aritu takmo kawan ngan aku sebab kata aku curi bekas air, pastu nak bebaik pinjam bekas pensil. Last2 ntah mcm mana datang idea, buat sakit perut. Cikgu suh pi berak kat toilet tapi oleh kerana fobia terkunci dalam toilet aritu, aku nangis cakap nak balik!!!! So cikgu hantarkan aku balik. Nasib baik rumah dekat aje. Balik rumah aku terus sihat. Masuk bilik main kotak pensil piano sorang. Hehehehe... Mentipu cikgu... Haaa marah la lagi, kan dah kena tipu kannn...
mcm gini la lebih kurang. tapi piano aku punye penuh kotak pensil. besar. 
boleh tekan kuar bunyi. pic atas ni mcm lukis aje.

So aku masuk lewat tapi berhenti awal. Tak sampai sebulan pun aku pi sekolah tadika. Dalam 3 minggu camtu je la. Sebab tak best sekolah. Maklumla budak2 sekolah tadika nampak aje masih kecik tapi buruk pangai tahu! Kalau takmo kawan tu boleh pakat2 pulak. Aku ni dulu comot aje, hingus meleleh tak hingat. Sape la nak kawan. Tapi sekarang dah cun dah! Tu la kauuu, kan dh melepas.... Hahahahaha

Tapi alhamdulillah, masuk darjah satu aku rajin pegi sekolah. Pertengahan tahun dapat No.3, akhir tahun dapat No.1... Sekolah rendah nanti cite esok2. Habiskan bab tadika dulu.

Salam Sayang,

Tuesday, 13 November 2012

LIRIK PENGEMBALA BIRI-BIRI UPIN IPIN

Assalamualaikum
Seronok bila tengok sketsa Upin Ipin ni.... Layan!!!


Saya  gembala biri2
Semua dijaga rapi2
Sudah dibawa makan mari
Boleh berehat senang hati
Kami biri2 Jarjiit
Hari2 makan rumput jer
Jalan bersama  atas bukit
Nikmati indahnya dunia

Saya kambing yg paling sehat
Dia kata saya terlembekkk
Saya kambing yg paling cantik saya suka saya suka!!
Mari mari dengar cerita kami
Kisah pengembala dan biri2

Tolong tolong ada serigala disini
Tolong tolong selamatkan biri2
Serigala? Serigala? Mana? Mana? Mari kita tolong

Auwwwww auwwww…
Tolong tolong ada serigala disini
Tolong tolong habis biri2 saya
Serigala? Serigala? Kami tak percaya lagi
Dia selalu mainkan kami

Biri2 sya dh hilang
Habis dimakan serigala
Kamu semua la takdak datang
Tinggal sy seorang  saja

Itulah org sudah kata
Jangan biasa memperdaya
Nanti orang dah tak percaya
Bila terkena padan muke
Tamatlah sudah alkisah kami
Terima kasih dan jumpa lagi

Salam Sayang,

Sunday, 11 November 2012

BLACKLIST LAGU AYAM DEN LAPEH!

Assalamualaikum
Semalam terdengar abang nyanyi lagu 'Ayam Den Lapeh'. Pastu aku pun tetiba macam dah lama tak dengar then terus download. Pagi tadi pun abang masih nyanyi time nak pegi klinik, time nak balik pun. Senang hati kah? Atau rindu nak balik kampung halamankah? Maklumle orang nogori...

Oleh kerana lirik lagu tu macam pelik. Bukan bahasa Malaysia sepenuhnya, so aku tanya abang apa maksud lagu tu sebenarnya? Kisah pasal ayam ke?? Katanya, dia pun tak berapa nak paham jugak. Tapi abang kata lagu tu dari apa yang dia paham bukan berkaitan dengan ayam pun. 

Aikkk... Habis tu kenapa tajuknya 'Ayam Den Lapeh'??

So, aku pun menggugel... Menyirap darah aku ni ha bila tau maksud lagu tu. Melalui BLOG INI, aku paham dah lagu ni tentang seorang lelaki yang ada skandel tapi skandel tu tak berkesampaian. Means aweks2 dah larik. So itu la maksud ayam den lapeh. Ayam terlepas, means awek terlepas... Grrrrrrr

Hape lagi, aku terus panggil abang suh baca. Sambil dia baca aku cubit perut dia. Haaaaa... Hamboiii, tetiba aje kan semalam duk nyanyi lagu ayam den lapeh. Jangan buat pasai nooo... Heee, tergelak besar dia. Dia kata dia saja je nyanyi. Huhuhu... 

Hope jangan buat perangai lah. Dah la tadi checkup kena inject untuk kancing gigi. Sakit tau! Pasal checkup nanti kita cite lain. Grrrrr, malas dh nak dengar lagu ayam den lapeh ni... BLACKLISTED!!!
Salam Sayang,

Saturday, 10 November 2012

TAK PERNAH PUAS

Assalamualaikum
Hari ni juz nak buat coretan hati bila hati terdetik. Semalam tak tidur satu malam. Lepas solat subuh pun tak dapat nak lelap. Tak tau la fikir apa. Hurmmm... Cuma semalam sebelum tidur ada terfikirkan pasal kehidupan seharian kita..

Bahagia
Kadang2 kita rasa cemburu bila tengok orang bahagia. Sedangkan kita pun sedang bahagia. Seolah2 kita tak nak orang lain lebih bahagia dari kita. Teruk kan? Bukan tak suka orang bahagia, tapi kita nak lebih bahagia dari yang lain. Kenapa? Astaghfirullah, orang lain pun ada hak untuk bahagia.

Kaya
Kadang2 kita rasa cemburu bila tengok orang lain kaya raya. Sedangkan kita semuanya ada. Kereta, rumah dan segala-galanya. Seolah2 kita tak nak orang lain lebih kaya dari kita. Teruk kan? Bukan tak suka orang kaya-raya, tapi kita nak lebih kaya dari yang lain. Kenapa? Astaghfirullah, orang lain pun ada hak untuk kaya. Harta ini bukan hak kita.

Gembira
Kadang2 kita rasa cemburu lihat mereka bergelak ketawa. Mereka sedang gembira. Sedangkan kita sedang senyum tertawa. Tapi senyum kita boleh putus bila lihat mereka gembira. Teruk kan? Bukan tak suka orang gembira, tapi kita nak lebih gembira dari mereka. Kenapa? Astaghfirullah, orang lain pun ada hak untuk gembira.

Entah, manusia memang tamak. Tak cukup apa adanya, tapi masih mahukan yang lebih baik dari yang lain. Tak pernah puas dengan apa yang ada. Tak pernah cukup dengan rezeki yang dikurnia.

Ya Allah, bersihkanlah hatiku. 

Salam Sayang,

Friday, 9 November 2012

BABY MULA MENENDANG

Assalamualaikum
Petang semalam duk tengok TV tetiba terasa something kat perut. Uikkk, baby mummy dah pandai menendang ehhh? Masuk 20 minggu (5bulan). Waaaaa.... Berdebar excited pun ade! Pastu tunggu2 lagi kot la menendang lagi, tapi tak ade dah. Huhuhuhu... Tepuk2 perut pun dia takmo layan dah.

Bila abang balik, kasitau dia pun nak rasa jugak tapi baby takmo layan. Siap nak jentik2 lagi, aiiihhh ingat tembikai ke ape nak main jentik2. Hahahaha. So, tadi tengahari abang balik bawak headphone. Nak kasi baby dengar surah2 Al-Quran pastu kasi dengar muzik skit. Kasi dia respon. 

Tapi yang kelakarnya, headphone kena pegang sebab perut tak besar sangat. Macam kelakar aje. Hehehehe. Tapi tadi time tengok Anugerah Skrin, dia gerak jugak. Tapi abang tak sempat pegang. Ruginyaaaa...
p/s : Syukur sangat dikurniakan keluarga bahagia macam ni. :)

Salam Sayang,

Thursday, 8 November 2012

BLUEBERRY CHEESE TART

Assalamualaikum
Pagi tadi bangun terus prepaire sarapan untuk makcik sebab dah nak balik Kedah. Dan pukul 9.30 tadi mereka dah bergerak balik Kedah. Pastu aku pun mulakan projek aku yang terbengkalai sejak raya haji aritu lagi. Iaitu Blueberry Cheese Tart!

Memandangkan dia punya kulit tu memang dah buat lama dah, cuma tinggal nak taruk filling je, so cepat dan mudah la kerja aku. Alhamdulillah 1st time buat menjadi cheese tart ni. 


tersembul haaa fillingnya hahahahaha

Resepinya boleh google. Hehehehe... Malas nak taip sebenarnya sebab resepi salin kat dapur malas nak pegi amik. Sorry hahahaa...

Salam Sayang,

Wednesday, 7 November 2012

MAKCIK OH MAKCIK

Assalamualaikum
Petang semalam aku terima tetamu dari Kedah. Makcik aku. Dia, suaminya dan anaknya. Anak perempuannya dapat kerja kat sini. So, sementara tu duk rumah aku dulu. Datang awal sebab nak tengok rumah sewa, nak sesuaikan diri kat sini dulu.

Pada asalnya makcik aku sarankan tumpang rumah aku dalam dua tiga bulan sebelum dapat rumah sewa and untuk membiasakan diri kat negeri ni. Tapi aku bincang punya bincang, rasanya lagi elok kalau kami carikan rumah sewa terus. Bukan apa, dia tu anak dara, aku ni bersuami. So, tak sedap dipandang orang pulak nanti. Maka suami aku pun try usha2 dan jumpa rumah sewa. 

Tadi tengahari pi tunjukkan rumah sewa kat depa. Alih2 makcik pulak tak berkenan. Katanya jauh dari tempat kerja. Padahal 20 minit aja. Terengganu mana jammed. Kira dah dekat la tuh. Aku pun dah naik pening duk pikir. Sampai ke petang cari tak jumpa. Ada pun dekat tapi rumah kayu pun dia tak nak. Alih nak rumah yang aku carikan tu jugak.

Awal2 ni dia kereta tak ada. So aku ikhlaskan hati pinjamkan kereta aku dulu. Lagipun aku tak keje dah so aku punya kereta tak la guna sangat. Kereta suami pun dah ada. Nanti harap2 dia pandai la jaga dan pulangkan dalam keadaan asal. 

p/s : makcik aku ni dulu, mulut dia jahat. semua anak sedara anak2 spupu xelok bagi dia. anak2 dia aje yang elok. duk canang sana sini hal orang. sekarang pandai pulak cari time susah. ini pun layan dia dah terbaik, xtau la kot ade xkenan kat mata dia nanti pi canang kat orang. nauzubillah.

Salam Sayang,

Tuesday, 6 November 2012

SALAD TUNA, MUDAH CEPAT SEDAP DIMAKAN

Assalamualaikum,
Hai semua... Hari ni rajin sikit nak share satu resepi yang mudah, simple, cepat dan mengenyangkan. Sesuai bagi si bujang2 atau si malas masak atau yang suka makan macam aku ni haaaa... Even orang yang tak dak dapur pun boleh buat tau!
Haaa nampak tak? Ini adalah sarapan, boleh jugak buat minum petang atau makan malam. Salad tuna!! Resepi sangat simple...

Bahan2 :
- 1 tin sardin
- 1 paket mayonis (dalam 3-4sudu)
- 1 batang timun (potong dadu)
- 2 biji tomato (potong dadu)
- 1/2 bawang besar (hiris halus2)
- 3 biji cili api (potong halus2)
- 1 biji limau nipis (jusnya shj)

Caranya :
- Lenyek sardin sampai betul2 hancur dengan sosnya sekali, masukkan bahan2 lain, dan kacau! Boleh tambah bahan2 lain mcm salad, cheese atau sebagainya. Simpan dalam peti sejuk dan sedia untuk makan!
- Tak perlu masak. Makan dengan roti....

p/s : kami sangat suka makan benda ni. selalu ada stok dlm peti ais. :)

Salam Sayang,

Sunday, 4 November 2012

PENIPU BESAR DALAM PEMBELIAN ONLINE MUDAH.COM

Assalamualaikum,
Nampak gayanya aku kena up lagi entry pasal isu berbangkit tentang penipuan pembelian handphone Blackberry menerusi mudah.com! Kenapa? Sebab si kejam berkenaan masih belum serik! Lagi sekali dia cari mangsa untuk ditipu!



See!! Masih tak serik nak menipu orang... So, sesiapa yang ada blog and nak tolong kawan2 yang lain, sila sebarkan nama si kejam tersebut sekali dengan no acc. 

Nama : THILIPKUMAR A/L YEJAIKOMARI
i/c : 850814025970 (fake no. ic, coz no akhirnya 0 (genap). So, WANITA...
Maybank : 164146507097

p/s : kes kawan masih tergantung sebab terlalu banyak step kena buat. Dah buat laporan polis, tapi polis mintak buat laporan kat KPDNKK, tapi KPDNKK suh pi Mybank mintak details acc. Pi Mybank dia cakap xboleh kasi, kena polis jugak yang datang sendiri. So, arggghhh!!! Kalau aku, aku akan perang habis2san tapi  kawan malas nak layan sebab dia bekerja so malas nak bazir masa. Sayangnya!!!

Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...