Monday 15 July 2013

AKU YANG SALAH

Assalamualaikum,
Hurmmmm nukilan untuk diri sendiri. Aku cuma manusia biasa. Tak pernah terlepas dari buat benda2 lalai. Aku tak perfect. Aku selalu buat dosa. Aku selalu pentingkan diri sendiri walaupun dah banyak kali aku cuba muhasabah diri. Kadang2 aku boleh terima keadaan kadang2 aku tak boleh terima. 

Terlalu banyak rasanya kekurangan diri. Walaupun orang kata aku ni dalam kategori ramah. Cepat mesra. Tapi bukan dengan semua orang aku boleh rapat. Walau aku selalu bertegur sapa dengan orang tapi bukan semuanya aku boleh rapat. Aku bukan memilih kawan. Aku terima sesiapa saja yang sudi berkawan. Tapi kebanyakkannya aku lebih rapat dengan segelintir saja.

Mungkin sebab tu aku tak ramai kawan rapat. Kawan ramai tapi juz say hye dan senyum2. Dan sekali aku dh rapat, memang org kata 'saboooo ajelah!'. Kawan rapat adalah kawan yang aku boleh buat bergurau, boleh berkongsi cerita, yang boleh mendengar, boleh mengata... Dan tak skema.

Since aku isytiharkan seseorang tu boleh jd kawan rapat aku dlm hati, aku akan sayanggggg dia sepenuh hati. Sayang sebagai seorang kawan. Tak kira lelaki atau perempuan tapi kena tau batas2 la. Bukan aku tak tau batas2 berkawan ni. Tapi aku sangat mementingkan hubungan persahabatan tu! Sangat! 

Dan hari ni, aku rasa aku terpaksa melepaskan seorang kawan rapat aku. Aku pun tak tau la kenapa jadi macam ni. Nak kata gaduh tu tidak. Tapi dah tak ada jiwa. Kosong. Sedih jugak. Sebab kalau aku ada 5 kawan rapat, dia yang no.1. Tapi entah, mungkin salah aku.

Salah aku??

Ye. Salah aku. Dengan apa yang dah jadi sekarang, aku takkan berhenti menyalahkan diri sendiri.

Sungguh!

Salam Sayang,

Sunday 14 July 2013

KEMANA HILANGNYA DIA...

Assalamualaikum,
Juz luahan untuk kenangan yang makin menghilang. 

Kali Pertama
Bila kali pertama aku kenal dia, gembira sangat. Dia la sahabat aku yang selalu ada bila susah senang. Sentiasa menghiburkan. Selalu ada bila aku tak boleh tido malam. Berhabisan kredit buat supersaver maxis nyanyi2, bercerita, buat lawak. Selalu bagi semangat, selalu buat aku rasa senang walaupun tengah susah hati.

Kawin
Bila aku dah kawin pun aku still nak rapat dengan dia. Aku tak nak kehilangan kawan baik macam dia. Aku bukan jenis yang lupakan kawan baik bila dah kawin. Cuma dia yang takut nak contact aku sbb aku dah kawin. Aku yang dulu dan aku yang sekarang sama. Tak semestinya bila aku dah kawin aku jadi orang lain. Aku tetap aku. 

Berubah
Sejak itu kami dah berjauhan. Tak selalu contact. Yang ketaranya dia. Lost. Memula memang aku rasa down. Tak ada tempat aku nak bercerita, buat lawak. Memang ada suami tapi suami ngan dia tak sama. Nampak sangat dia nak jauhkan diri dari aku. Tapi aku paham, mungkin dia bizi kerja. Tapi entah... Paham macam tak berapa nak paham sangat (kuar dah ayat keling)

Kosong
Kalau dulu aku suka bercerita. Kalau tak ada apa nak cerita pun aku akan gelak2 aje. Sekarang dah tak ada cerita. Dulu kalau ada yang kelakar aku akan simpan cite tu sebab nak cerita kat dia. Usaha save kt hp point2 nak cite takot lupa. Sekarang ni kalau ada pun aku dh tak ada jiwa nk ingt. Biar je berlalu gitu. Sebab kalau ingt pun, tatau nk cite kat sape. 

Awek
Tetiba kami tersembang kat fb. Cara dia chat pun dah tak sama mcm dulu. Dah berslang Sabah Sawak. Jak jak jak jak... Gilak gilak gilak... Kalau dulu dia bahasakan dia ngan aku dengan nama lain, sekarang asyik tersasul dengan nama lain. Ye, dia ngaku dia dh ada awek orang belah sana. 

Cemburu
Cemburu? Aku cemburu?? Tak. Aku tak cemburu. Bagi aku semua orang ada jodoh masing2. Nak kawin dengan anak raja ke, anak panglima ke, anak jutawan ke, kawin aje la. Tapi jangan lupa asal usul. Jangan lupa diri. Jangan lupa kawan2...

Kecewa
Ye aku kecewa. Kecewa sebab kawan baik aku yang dulu dah TAK ADA. Yang ada hanya pakwe kepada awek Sabah Sawak tersebut. Kemana dia? Kemana?

Sedih
Sangat!


Salam Sayang,

Wednesday 10 July 2013

SAMBAL DAGING MUDAH CEPAT DAN SEDAP!!!

Assalamualaikum
Salam Ramadhan. Haaa hari ni hari pertama kita berpuasa. Kalau tahun lepas 1st puasa ni aku tengah mengandung sebulan. Tengah loya dan muntah2. Makan sahur syok gila lepas tu 'keluar' balik. Tapi tahun ni sahur bertiga walau 2 orang aje yang puasa. 

Hari ni 1st sahur, sememangnya menu sejak turun temurun 1st sahur mesti sambal daging. Tapi aku panggil daging masak merah. Hehehe. Dari kecik sampai ke besar menu 1st sahur mesti sambal daging. Then semalam call mama, dah agak memang sambal daging. Call kakak pulak, ponnnn same!!  Hahaha. 

Okey jom semak resepi SAMBAL DAGING MUDAH CEPAT DAN SEDAP!!!

Bahan2 :
- Daging dipotong2 anggaran 3 genggam.
- Bawang besar merah 3 labu (kisar)
- Bawang putih 3 ulas (kisar)
- Cili boh 3 sudu besar
- Serai 1 batang (diketuk)

Cara2 :
- Panaskan minyak secukupnya.
- Tumiskan bawang2 yang dikisar + serai sehingga naik bau.
- Masukkan cili boh dan tumis sehingga pecah minyak. 
- Masukkan secawan air.
- Masukkan daging dan kacau sekejap.
- Bila minyak mula kemerahan masukkan air sehingga sama aras daging.
- Perlahankan api sehingga kuahnya pekat then masukkan gula, garam dan perasa mengikut citarasa.

pic pinjam kat blog yusleen.blogspot
susah nk snap pic skrg guna hp, camera tak cntik
kalau dulu pakai hp sony camera memang tiptop
tp hp tu dh rosak! frust gile...

Salam Sayang,

Tuesday 9 July 2013

BEKALAN SUSU UNTUK AISYAH

Assalamualaikum
Nur Aisyah Humairah dah 4 bulan 6 hari. Alhamdulillah setakat ni fully breastfeed (BF). Siang aku ajar dia guna botol. Malam2 aje baru direct. Bukan ape, susu banyak, kalau tak pam sakit. So hari2 kena pam. Nak tak nak kena kasi botol jugak la. Lagipun boleh ajar dia tak melekat kat aku aje kan...

Sehari aku pam 3 kali paling kurang. Pagi, tengahari dan malam. Tapi kalau rasa rajin, pam aje la tak kira waktu. Sekali pam dapat maksimum 3 botol. Sebotol tu 5 oz. 5 oz tu lebih kurang 140 ml. Paling kurang sehari dapat kumpul 9 botol, bersamaan 1260 ml. Syukur sangat. Rezeki Aisyah.

Dalam freezer pun dah penuh dengan stok susu Aisyah. Kalau boleh nak BF Aisyah sampai 2 tahun. Susu alhamdulillah setakat ni banyak. Bra pun dah kena tukar cup. Opssss hahahaha. Rahsianya?? Hehehe.... Banyak minum air, dan aku makan produk SHAKLEE... Alfalfa Complex dan ESP. Alhamdulillah setakat ni memuaskan hati.

stock susu Aisyah.Ini baru sini, yang kat wings peti ais ni ada lagi berderet. 

p/s : petua bagi ibu2 bersalin yang bengkak susu, sakit kan? Petua nak hilangkan sakit, tuam breast dengan ais. Balut ais dengan kain dan tuam... Time tu susu yang bertakung dalam tu akan keluar. So tadah la. Tak baik membazir. Hehehe...

p/s : ada petua cakap amik kobis ketuk2 kasi lembik dan tekap kat breast, pun boleh cuma, kalau amalkan petua tu, susu kat dalam tu nanti jadi kering. Itu petua mertua aku kasi la. Better tuam dengan ais ok??

09 Julai 2013 : 04.37pm

Salam Sayang,

Monday 8 July 2013

INILAH AKU

Assalamualaikum
Harini mood aku sedih. Rasa sayu, rasa pilu, rasa sugul, muram dan sebagainya. Kelaut. Ntah kenapa tetiba je teringat2 pulak pada yang dah tak ada. Pastu tacing lebey, sentap lebey, pikiran pun asyik negatif. Dalam sedey2 tu konon nak mengadu la kat Aisyah, dalam sebak2 aku nak cite tu tetiba debukkk!!!! tangan Aisyah hentam bibir aku. Itu pun aku boleh sebak jugak. Huhuhuhu...

Bila Encik Rumate balik, opkos la aku tak seceria macam sebelum2nya sambut kepulangan dia. Opkos la jugak aku tak berani nak tunjuk muke sembap aku ni kan. Maybe dia tahu kot aku mood tak elok, langsung dia diam jugak. Aku ni tak boleh orang tanya kalau tengah sedih sungguh. Lagi sebak jadinya. 

Dan malam tadi pas Maghrib, dia ajak keluar makan nasi arab. Hehehehe. Dalam kete pun aku diam jugak. Bila nasi sampai terus automatic bercakap sebab banyak sangat. Pastu boleh la gelak2 dan tak berenti cakap sampai la balik rumah. Kakakakaka... 

Ini lah, aku.

8 Julai 2013 : 11.26 pm

Salam Sayang,

Thursday 4 July 2013

REZEKI BUAT ANAK KAMI

Assalamualaikum
Huih lama gila tak update blog ni. Mau berhabuk bersawang berdebu ber ber ber ni.... Ni nak menaip tapi tak ada idea. Tak tau nak share pasal apa. Ikut aje lah gerak tari jemari ni. 

Alhamdulillah, Encik Rumate dah dapat kunci rumah baru. Kalau tak ada aral melintang, akhir puasa ni boleh duduk. Mean raya nanti kat rumah baru la. Itu pun kalau sempat siap hias, cat kesemuanya. Cat? Bukan rumah fresh dari ladang. Rumah tu dah berowner sebelum ni. Hehehehe... Nak wat dinding kalerful... Takmo la putih aje kan. 

Ekceli nak beli rumah yang baru fresh dari ladang tapi belum jumpa yang berkenan. Kalau ada pun, jauh dari tempat kerja Encik Rumate, dah la jauh hulu2 pulak tu. Encik Rumate dah la selalu out-station. Ada baby kecik pulak tu, dah tu kami ni bukan orang sini. Banyak risiko tuuuuuu...

Tapi tak apa la, Encik Rumate pun dalam proses nak buat lagi satu rumah sendiri atas tapak tanah yang opah dia kasi kat area Teluk Kemang. Katanya nak design sendiri pelan rumah tu. Puas hati la sikit kann... Sekarang tanah tu baru nak ditebang2 hutan2nya... Maybe tahun depan baru nak jalan. Rezeki anak kann...

p/s : i love u (hahahaha, xde motips)

Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...