Thursday 24 July 2014

MELAYU KITA. AKU KECEWA

Assalamualaikum,
Semalam aku ajak En. Suami jalan ke bazar. Kemudian kami singgah di kedai perabot area berdekatan dengan rumah kami. Katanya kedai Bumiputera. Untuk menyokong barangan kaum Melayu la katakan, kami singgah nak survey tilam. 

Yelah, mama, abah, adik Is dan beberapa lagi adik beradik tiri aku nak balik beraya dengan aku kat sini. Jadi mestilah aku kena lengkapkan keperluan yang sepatutnya. Lagipun memang kami nak lengkapkan memandangkan kami baru pindah kan. 

So, langkah masuk, dalam pukul 5 petang. Terintai-intai kami mana pekerjanya. Ada 3-4 orang kat luar tapi sibuk balut perabot nak hantar. Kemudian datang seorang salesgirl cantik bertudung. Then aku terus tanya pasal tilam. Katanya ada tapi dalam. Then dia terus ajak aku ke sana melalui celah-celah barangan perabot yang agak sempit. 

Mengeluh aku nak melangkah. Bayangkanlah perut yang memboyot ni aku nak lalu tempat sempit. Aku mampu tengok aja budak tu jalan laju-laju ke belakang. Then En. Rumate cakap lalu ikut lain. Aku stop, berundur then lalu ikut depan. 

Memang ada banyak tilam. En. Suami yang banyak tanya yang ni harga berapa? Yang tu berapa? Apa beza duanya? Sana pulak berapa? Jenama apa? Yang salesgirl tu pulak asyik jerit-jerit tanya salesman yang duk jauh dari kami. 5 kali tanya, 5 kali dia jerit tanya. Bila tanya berapa dapat paling kurang? Dia cakap kena tanya tokey. Tokey pulak, duk main handphone kat meja boss beberapa  meter dari kami. Langsung tak menoleh.

Then En. Rumate cakap, takpa lah. Nanti kami datang lagi kalau jadi. Kemudian kami teruskan ke area Bulatan Ladang Kuala Terengganu. Kedai tu Cina punya. Aku baru masuk kedai terus apek tu datang senyum2 tanya mau cari apa? Siap tegur anak aku Ecah makan roti tak puasa...

Bila cakap nak cari tilam, terus bawak aku area tilam. Siap cakap, "u lalu sana aa, sini jalan sempit" dalam hati aku terdetik cara layanan kat kedai sebelumnya tadi. Berbeza sungguh!! Bila sampai kat tilam banyak2 tanpa tanya apa-apa terus dia tunjuk satu per satu, yang ini harga berapa, kelebihan dia macam mana, yang 2nd berapa, 3rd berapa, kelebihan apa, beza dia. Siap tanya bajet aku nak berapa. Dan suggestkan aku yang mana... Details!

See!!! Nampak tak?? Terus aku konpem beli kat situ walaupun harganya mahal sikit dari tilam kat kedai tadi. Lagipun brandnya lagi bagus. Time nak bayar deposit, nak lukis peta, tokey sendiri tulis resit. Bodek2 dapat lah free gift bantal peluk sebijik lagi. Sepatutnya bantal tidur aje 2 bijik. 

Aku bukanlah racist. Memang kalau boleh aku nak sokong barang dari Bumiputera. Gerigi besi kat rumah pun kami tempah dengan bumiputera. Sebab nak support punya pasal. Nak-nak asben aku memang memberi keutamaan kepada bumiputera sebab company dia kerja pun salah satu company engineering bumiputera dan company dia mengutamakan supplier bumiputera berbanding yang lain. 

Bila jadi macam ni, aku mengeluh jugak lah. 

Patutlah kaum kita susah nak maju. Susah nak maju kalau macam ni lah sikap kita. Jauh beza. Sangat jauh!!! 

Kecewa betul.


Salam Sayang,

Wednesday 23 July 2014

POPIAH BASAH MAHAL GILA!!

Assalamualaikum,
Haip!! Okey nak terus cerita, harini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan sepanjang bulan puasa tahun ni. Itu pun bazar yang kecik-kecik tak bersesak dekat area Gong Kapas, Kuala Terengganu ni. Berhampiran lampu isyarat Gong Kapas dan aku rasa ada yang tahu. Kat situ puasa ke tak puasa ke memang ada orang jual kuih muih pelbagai jenis.

Memang banyak kuih muih tradisional negeri terengganu yang ada jual disitu. Kebersihan pun okey. Tak ada lalat. So kami berhenti la jenguk kuih apa yang ada. Dalam hati memang teringin nak telan popiah basah. 

Tersenyum aja bibir aku ni bila nampak popiah basah masih banyak 2 bekas besar! Then aku pun bertanya lah berapa harganya. Senang nak congak berapa nak beli. 

Aku : Bang, popiah basah tu berapa?
Dia  : Ni Singgit Tiga!
Aku : Haaa?? Singgit Tiga? (Gila murah, singgit tiga ketul?)

So aku pun mintak la Dua Ringgit. Dapat 6 ketul pun dah banyak. 

Dia : Eh, bukan Singgit 3 ketul, RM1.30 seketul.
Aku : Hahhhhh?????? Mahalnya?
Dia : Haah, mahal sikit popiah ni..

Hoi bukan mahal sikit la tu. Mahal banyak!! Selama ni aku beli 5 ketul RM2, takpun 4 Ketul RM2. Masuk bulan puasa ni naik sampai RM1.30 seketul??? Haihhh, inti apa dalam tu? Setakat sengkuang carrot sayur2 macam tu RM1.30?? Tak besar sangat pun. Lain la kalau besar macam yang jual kat foodcourt SOGO tu!! Logik la jugak...

OMG!! 

Aku tahu kat Terengganu, especially KUALA TERENGGANU ni antara negeri yang makanannya paling mahal. Tapi, takkan lah sampai macam ni. Terus tak jadi beli popiah basah. Bukanlah tak mampu tapi its too much. Macam menyampah pulak kalau aku beli. Grrrrr...

P/S : kalau korang tak percaya pergilah check sendiri. Bazar GONG KAPAS, berdekatan LAMPU ISYARAT. Berhampiran SEKOLAH MENENGAH AGAMA KHAIRIAH KUALA TERENGGANU. Bazar lain aku tak tau. 

p/s : katanya di Melaka RM2 seketul. 

Salam Sayang,

PRIMADONA PUJAANKU SHEILA RUSLY

Assalamualaikum,
Ekceli dari bulan lepas lagi nak cerita pasal pelakon pujaan hati aku ni. Tapi tak sempat sangat. Hari ni ada masa luang boleh lah mencoret sikit pasal beliau. Hanya orang yang aku kagum saja yang aku beriya nak menulis ni kan. Beliau adalah SHEILA RUSLY!!

Kak Sheila ni, dulu aku selalu tengok dia bawak watak pelawak. Tapi lawaknya tak over. Yelah pelawak lain kadang2 macam memaksa orang untuk gelak. Tapi Kak Sheila ni tak. Keletahnya memang mencuit hati

Then lepas tu banyak watak pulak dibawaknya. Semuanya menjadi!! Kalau time watak jahat, memang gila jahat! Macam cerita Anak Buloh Betong tu. Gayanya memang ada. Kalau jadi mak yang jahat pun, real!! Hahaha...

Tapi bila part menangis, memang mampu buat airmata aku jatuh. Pernah tengok dia bawak watak ibu yang mata buta sebelah tu. Pastu jadi ibu yang miskin, penoreh getah yang akhirnya meninggal sebab kena hempap pokok. Semua watak yang airmata pun, semua real. Menjiwai watak.

And now, pemes dengan rancangan masakan. Paling fofuler Ketuk-Ketukkkkkkkk Ramadhan!! Suka gila tengok dia berceloteh. Tak payah panggil artis jemputan pun aku rasa ramai yang akan tengok. 

Tabik spring betul dengan Kak Sheila ni. Ibu yang serba boleh. Dan suka dengan personalitinya yang tegas! Nampak confident. Orang tak berani nak buat main. Dan yang penting, awet muda! 


p/s : dalam banyak-banyak gambar, gambar ini yang aku berkenan ye dak? hahahahaha....

Salam Sayang,

Sunday 20 July 2014

PEJAM CELIK PEJAM CELIK 35 MINGGU SUDAH

Assalamualaikum,
Alhamdulillah baby dah masuk 35 minggu. Minggu depan masuk 36 minggu, dah matang untuk dilahirkan. So, ibu dah bersedia mental dan fizikal bila-bila pun baby nak keluar. Kalau ikutkan lagi 4 minggu, tapi tadi checkup doctor kata tunggu sakit aje la ni. Bila-bila masa aje sebab baby dah matang sepenuhnya. Cuma ibu harap, selepas raya. Nak santap habis-habisan dulu boleh?

Tapi mengikut firasat dan naluri aku, selepas raya. Mungkin seminggu or dua minggu lepas raya. Sebab kepala baby dah kebawah. Rasa berat menekan ke bawah. Lagipun 2 minggu sebelum ni aku batuk teruk. Tiap kali batuk, mesti terkucil. Dan terasa kepala baby menekan. Risau juga kot2 batuk-batuk pastu terkeluar. Hehehe. Alhamdulillah batuk dah ok setelah 2 minggu. 

Pasal Aisyah pulak, now lebih rapat dengan ayahnya. Gud lah, nanti bila dah ada adik tak la dia cemburu sangat if aku banyak fokus pada baby yang lebih kecil dari dia kan?

Nama baby dah ada. Nak cakap sekarang ke? Nanti lah ye. :)

Alhamdulillah rezeki bulan Ramadhan lagi. Dapat 2 lagi CPUV dari Nuffnang. Waku Doki Campaign dan uMobile Prepaid Free Meal. Waku Doki from Toyota, katanya kalau tak silap pasal pertandingan menari kot. Kalau nak tahu maksud Waku Doki, google ye... Hehehe

Salam Sayang,

Wednesday 16 July 2014

MOTOR HILANG LAGI??!!

Assalamualaikum,
Baru hari ni dapat nak share cerita minggu lepas punya. Kisah yang mendebarkan dan mencuit hati dalam family kami, sepanjang bulan puasa ni. 

Alkisahnya,

Encik Rumate balik masjid, then cerita kat masjid riuh pasal orang pecah cermin kereta. Kejadian tu pulak berlaku time orang tengah solat terawih. Dikatakan ada seorang 'RELA' yang tak dikenali duk perhambat budak-budak masuk masjid time orang solat. Rupanya itu taktik dia supaya orang tak nampak dia mencuri. 

Kemudian esokknya, pukul 10-11 pagi macam tu, bibik kalut panggil aku, cakap "motor ayahnya hilang!" aku pun terkejut lah dek kerana fobia cerita semalam pastu motor En. Rumate pernah kena curi time kami balik kampung. Terus aku bukak pintu tengok, memang HILANG!!

Dalam kepala aku duk pikir mesti En. Rumate sedih sebab ini kali kedua motornya hilang, dulu motor kecik takpala. Kali ni SYM skuter gedabak tu pun hilang memang bengang la kan. Tanpa berfikir panjang aku terus call En. Rumate. 

Dan memang dia nampak terkejut! Sapa yang tak terkejut kan? Dah la bulan puasa. Huhuhu... Dan dia cakap nak balik tengok sat. Tapi tak sempat balik pun, dia call balik. Dia kata tadi nak balik amik kunci baru perasan dia pegang kunci motor! Kahkahkah!!

Okey fineee... Ini semua salah bibik okey. Hahahaha... Selalunya suami aku pi kerja ngan kereta. Tapi haritu pi dengan motor. Aku pulak tak perasan dua2 kereta ada dalam porch... Haishhh geli hati pun ada.

Kesian Aisyah, time tu aku baru nak pi basuh berak dia sebab dah penuh. Bila kalut macam tu aku hold sekejap. Bila settle sume, baru teringat Aisyah, dengan pampers yang dia meleleh keluar... Huhuhuhu... 

Salam Sayang,

Sunday 13 July 2014

15 RAMADHAN

Assalamualaikum,
Hari ni Ramadhan ke 15. Diam tak diam lagi 2 minggu kita berpuasa. Lepas tu raya. Persiapan raya alhamdulillah semuanya dah settle. Cuma tahun ni, aku tak ada baju kurung. Huhuhuhu... Hanya dress macam jubah aje lah. 

Dah muktamad tahun ni beraya di Kuala Terengganu. Macam mana lah ye beraya di perantauan. Nak pergi beraya rumah siapa hari raya nanti? Saudara-mara tak ada kat sini. Yang ada hanya keluarga angkat En.Rumate di Seberang Takir. Nampak gayanya kami berkampung di sana la nanti hari raya pertama. 

Jiran-jiran pulak semua balik kampung. Tapi jiran sebelah bagitau ada jiran selang beberapa buah rumah memang orang sini, so tak balik kampung. Cuma hari raya pertama diorang balik ke rumah parents ajelah kampung sebelah. 

Nanti hari raya ke 3 hingga ke 4 boleh la berjalan raya ke rumah kawan-kawan En.Rumate. Yelah, selalunya hari raya pertama mesti diorang beraya ke rumah saudara mara rapat kan?

Engkorang macam mana?

p/s : nak buat kuih raya??? sapelaaaa nak makan ye dak? huwaaa!!

Salam Sayang,

Thursday 10 July 2014

PERKARA/BENDA WAJIB BILA ANAK DEMAM

Assalamualaikum,
Okey harini nak share pengalaman bila anak demam. Aisyah 1st demam bila nak tumbuh gigi. Kerap demam sebab lepas satu-satu gigi nak keluar. Pada mulanya risau sangat. Sebab takot jadi apa-apa kesan sebaliknya bila suhu terlampau panas.

Now, dah boleh buat preparation untuk Aisyah bila dia demam. Ada beberapa benda yang WAJIB ada dan WAJIB buat bila anak demam... 

1. TERMOMETER
Benda ni sangat perlu! Kat rumah aku ada 3 termometer digital. 1 letak kat rumah, 1 lagi dalam kereta in case balik kampung demam kat kampung or travel. 1 lagi dalam handbag. Suhu always kena sukat. Jangan lupa kasi pada pengasuh (beg pakaian budak).

Kadang2 setiap setengah jam aku sukat untuk pantau suhu dia sambil lap badan dan basahkan rambut. Below 38 okey lagi la if tengah malam nak pergi klinik kan. Kalau atas 38 dah mula risau. Kalau hampir 39, kena bawak pergi klinik walau tengah malam sekalipun.


2. COOL FEVER
Wajib ada. Simpan lah buat spare sekotak dalam peti ais. Kalau tak nak sekotak, satu piece pun jadilah. Tapi aku jarang buh dekat dahi Aisyah. Sebab kata orang nanti suhu panas tu naik ke kepala. So aku tampal kat belakang badan dia. Kepala dia aku juz basahkan rambut dengan air.


3. UBAT DEMAM (BONTOT)
Ubat ni pon kena ada. Masa demam dulu doc ada cakap kena simpan untuk kes kecemasan. Ubat air untuk demam biasa tapi if tengah malam suhu tinggi melampau, doc suruh cucuk ubat ikut bontot. Pastu baru datang klinik. Ubat cair if dah terbuka, after 3 bulan dah tak boleh guna lagi. Tapi ubat bontot boleh tahan. Tapi jangan la sampai bertahun-tahun ye dak?


4. BOTOL AIR MASAK
Bayi 6 bulan ke atas baru boleh minum air masak ye. Budak demam demam kena banyak minum. Selalu lah kasi dia botol air masak. Minum sikit-sikit pun jadi lah. Aisyah pun naik jemu bila aku selalu hulur botol air dia, sampai dia langsung takmo botol tu. Hahaha. Alih2 tukar botol baru nak!

5. SELALU TUKAR PAMPERS
Bila demam, badan mesti tak selesa kan? Then bila minum banyak susu/air mestilah kencing pun banyak. Sekejap aje pamper dah berat. Cepat-cepat lah tukar. Sebab suhu dalam pampers tu panas. Yelah terperap aje kan. 

Aisyah punya bila kita boleh picit pampers kat luar (rasa macam lembik jelly) aku dah tukar baru. Jangan sampai penuh baru nak tukar. Then bila tukar, sembur kat atas permukaan pampers tu dengan air, baru pakaikan pada anak. So, punggung akan rasa sejuk sikit.

6. JANGAN PAKAIKAN BAJU
Bila Aisyah demam, hanya pampers dan seluar kecik aja tersarung kat badan Aisyah. Kalau kita yang demam, kita selimut satu badan kasi peluh keluar kan? Tapi budak lain, Tak boleh suhu tinggi sampai 39 ye. Dan selalu lap badan dia. Kepala pulak bila nampak rambut kering terus basahkan rambut dia. 

Tak kisahlah tengah tido pun aku still rendam kain kecik dalam bekas, then perlahan2 ramas kain basah tu kat hujung dahi pastu baru tekapkan kain lembap tu kat dahi. Lapik bantal dengan tuala. Tapi bantal tetap basah. Its ok. 
______________________________________________________________

Haa, itulah sedikit sebanyak perihal kalau anak demam. Memang aku tak akan berjauhan dengan anak. Dan aku pun tak boleh nak tidur bila anak tengah tidur sebab kena alert suhu dia. Time tidur tu lah, nak tengok suhu, nak lap badan, nak basahkan rambut, nak tuam dahi pastu nak pikir nak masak apa untuk dia. Maklumlah kan, bila demam mesti makan pun tak macam sebelumnya.

Bagi ibu yang bekerja pulak, selalu lah call pengasuh tanya suhu anak. Kadang2 pengasuh terlupa bila sibuk buat kerja lain. Pengasuh dengan diri sendiri yang jaga tak sama ye. 

Sharing is caring!! With love muah muah!!

Salam Sayang,

Tuesday 8 July 2014

REZEKI BULAN PUASA

Assalamualaikum,
Hye sayangs semua... Dah 10 hari kita berpuasa. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Masih penuh. Masih bertenaga untuk memasak untuk berbuka, melayan kerenah Aisyah dan ayahnya. Penat tu biasalah.

Menu harini sup ayam, telur dadar, kailan ikan masin, sambal bilis tempe. Menu tak pedas ajelah, sebab 'mem kecik' dah pandai buat muka pedas dah pandai demand. Tak pedas pun cakap pedas. Hahaha.

Minggu ni kena cari baju raya Aisyah sikit lagi. Haritu beli pun alang-alang tengah buat preparation untuk 'boss kecik' lupa pasal 'mem kecik'. Itupun kalau larat nak pergi jalan. Baby pun asyik mengeras je ni. Sabar ye, kasi ibu raya dulu baru boleh keluar.

Mengikut kata mama, lepas raya kena get ready mental fizikal semua. Sebab lepas raya tu dah masuk 36 minggu. Mama, kakak dan pengalaman aku bersalinkan Aisyah pun semuanya bersalin minggu ke 37-38 macam tu. So raya ni, kena makan banyak2. Hehehe..

p/s : alhamdulillah rezeki bulan puasa, dapat lagi 3 CPUV baru. Thanks NUFFNANG, sekarang rajin betol masuk jenguk nuffnang hehehe... cayang cikit MMMUUUAAHHHSSS!!!

semalam dapat dari Tesco Delivery Lab dan Julie's LINE New Packaging, harini dapat dari Kastam Malaysia pulak... :)



Salam Sayang,

Sunday 6 July 2014

JIWA KACAU (REVIEW)

Assalamualaikum,
Beberapa hari sebelum ni aku tercari-cari drama 'Jiwa Kacau' yang ditayangkan di Astro pada 2010. Time tu aku masih study. Mana la sempat tengok. Aku cari pun sebab aku admirer gila kat Syed Ali, pelakon dalam drama tersebut. Maka, google punya goole tak ada. Yang banyak cerita Sofaz tu Jiwa Kacau jugak nama telemovienya. 

Alhamdulillah, dapat cari kat Youtube. Itupun orang yang upload dah cut cut drama tu kepada 10 part. Setiap part dalam 8minit aje. Maka terpaksalah aku tengok jugak. Sejuk perut dapat tatap muka Syed Ali. Hahaha!!!

Kisahnya pasal Kamil (Syed Ali). Dia budak harapan kampung. Pandai ngaji, bijak, baik, hensem dan disenangi oleh penduduk kampung. Entah macam mana dia silap pilih kawan. Dari merokok terus ke ketagihan dadah. Kena masuk pusat pemulihan la kan.

After dia keluar pusat pemulihan, semua orang kampung pandang serong kat dia. Orang keji dia, hina dia sebab dia bekas penagih dadah. Dia cuba berubah tapi orang tak terima. Last2 dia kembali menagih. Dan meninggal.

Part yang buat aku sedih sampai menangis bila dia nak pergi gotong royong kat sekolah kawan dia, semua pulaukan dia. Aduhh!! Sedihnyaa... Pastu time ada mesyuarat kampung, orang mengutuk mengumpat dia depan ayah dia. Bila ayah dia nak blah dari mesyuarat tu, bukak pintu tengok2 dia ada kat luar. Menunduk aja dengar orang menghina dia. Huwaaaa sedih wooo!!

Last sedih time dia nak meninggal. Merangkak dia keluar bilik, sebab nak mintak maaf ngan mak dan ayahnya. Rabak airmata aku time tu. Huhuhu tak taulah kenapa aku boleh nangis. Sebab aku emosi sangat ke? 

Mungkin sebab Syed Ali pandai buat muka inesen. hahaha. Okey itu aja. Kalau nak tengok sila cari kat youtube.

p/s : Syed Ali (sambil garu dagu) not bad lah... boleh pergi jauh. gudluck!

Salam Sayang,

Thursday 3 July 2014

TERINGIN NAK BUAT KUIH RAYA

Assalamualaikum
Semalam pergi Giant, usha2 barang dapur plus nak cari kot ada kuih-kuih raya yang nampak macam sedap untuk dikunyah after berbuka. Hehehe... Bukan apa, asyik nak mengunyah aja sekarang ni. Aisyah pon, pantang jumpa makanan nak makan. 

So, kami anak beranak pergi lah usha. Tapi sayangnya kuih raya yang dah dijual di pasaraya nampak cantik tapi macam tak sedap. Macam banyak tepung. Tak ada langsung yang menarik dihati. Cuma beli kuih bangkit aja. 

Bila balik rumah pikir punya pikir, teringin nak buat kuih raya sendiri. Hehehe. Walaupun dah sarat tapi yang simple2 tu boleh la kot. Aku gentel-gentel, suruh bibik bakar hahahaha... Bibik gentel?? Euwww... no no no..

So tengah list barang-barang yang perlu dibeli. Kuih raya simple2 aje... Aummm... Moga En. Rumate rajin pergi beli. Teringat tahun lepas, kuih bunga cina. Tahun ni Insyallah. Ada 5 jenis jugak ni dalam list hahahaha... Beli pastu tak buat, nasib la kauu kena bebel nanti...

Salam Sayang,

Wednesday 2 July 2014

ALHAMDULILLAH 8 BULAN

Assalamualaikum,
Salam Ramadhan... Dah 4 hari kita berpuasa. Alhamdulillah aku masih kuat untuk berpuasa. Cuma badan penat dan tak larat nak bangun sangat. Baby pun asyik mengeras aje sekarang ni. Maklumlah dah masuk 8 bulan. Tinggal sebulan aje lagi. Hope ibu sempat raya huhuhu...

Plan beraya mungkin beraya kat bumi Terengganu tahun ni. Maklumlah keadaan diri tak mengizinkan untuk berjalan jauh walaupun juz duduk dalam kereta. Badan penat tahu. Mak, mama dan kakak pun tak kasi balik kampung. Takut terberanak dalam keta pulak. Nak nak pulak jemm.. Naya je!

So pikir punya pikir, okeylah! Beraya kat sini aje lah. Lagipun dah rumah sendiri. Bila lagi nak beraya dirumah sendiri kan? Jadi my mum akan datang beraya kat Terengganu jugak menemani anak kesayangannya ni. Hehehe..

Barang baby pun 80% dah beli... Lagi 20% pakai Aisyah punya and tambah lagi sikit-sikit. Now tengah nak finalist nama baby. Turn ibu pulak kasi nama kali ni, harap ayahnya tak banyak songeh.

Okey tata!

Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...