Monday 27 October 2014

SAKIT GIGI PULAK!

Assalamualaikum
Lepas satu satu masalah kesihatan melanda diri. Sebelum ni demam. 4 hari lepas demam gigi pulak rasa berdenyut. Duk pikir, kalau dah denyut konpem la takkan hilang selagi tak buat sesuatu. Pi klinik gigi sementara tak denyut sebab takut nanti demam sakit gigi pulak. 

Doc cakap bekas tampal tu pecah. Kena cabut jugak. So redha aje lah. 1st time pi klinik gigi yang sangat scary! Menakutkan dan seram gila! Klinik swasta okey! Rasa macam tak berbaloi pi swasta if ngeri macam ni. Gigi ke-5 dari depan ke kanan. Cabut gigi, gusi koyak sampai ke atas. Serius sakit gila. Doc kasar sangat. 

Alhamdulillah 4 hari lepas tu, sihat walafiat. Demam dah okey, gigi pun dah okey. But esoknya selsema pulak! Pastu esoknya diserang batuk. So ke klinik lagi. Telan ubat lagi. After 3 hari baru laaaa okey. Now selsema dah okey. Cuma batuk ada sikit lagi. Tapi tak teruk. Juz biasa2 je. 

Hope dah tak sakit lagi lepas ni. Mudah-mudahan. Amin.

Salam Sayang,

Wednesday 15 October 2014

PENING MUNTAH-MUNTAH

Assalamualaikum
Haaiii ramai sungguh orang kawin time hujung2 minggu ni kan. Tak menyempat tunggu cuti sekolah. Konpem cuti sekolah dah plan nak gi honeymoon lettew. Hari Jumaat haritu pi majlis akad nikah anak kepada ibu angkat asben. Then hari sabtu baru kenduri.

So pergi la kami 5 beranak termasuk bibik sekali. Hehehe. Pi tengahari, balik tu rasa tak sedap badan. Tapi pikir mungkin tengahari kot. Tapi malam tu start sakit kepala berdenyut Ya Alllah hanya Tuhan yang tahu. Telan panadol active fast pon tak jadi ape. Terus tido dalam sakit pon.

Pukul 3 pagi pening, terus muntah2. dekat 7-8 kali ulang alik toilet pi muntah. Sakit kepala tetap tak hilang. Nak kata salah makan, takkan la sebab perut tak sakit. Tak cirit birit pon. Petang tadi okey aje. Tak de la pulak rasa nak demam ke ape ke. Takkan mengandung lagi kot hahahaha... Takkan laaaa kan.

Pukul 3 pagi sampai subuh tak henti muntah. Sampai terkencing2 dalam seluar nkooo.. Hahahaha. Then pagi tu asben gi opis siap pesan, kalau muntah lagi call, nnti gi klinik. Pukul 9 muntah lagi. Terus call n siap2 nak gi klinik. Baru nak naik kereta, sempat lagi muntah lagi skali. Gi klinik doc cakap, aku demam rupanya. 39c. Panas kepala itu yang buat jadi sakit kepala n muntah. So dapat 3 ubat, ubat demam, ubat pening/tahan muntah dan antibiotik. 

Balik rumah, muntah pulak lagi sekali. Terus sarapan then makan ubat pastu tido. Asben ambik cuti jaga anak. Hehehe. Alhamdulillah malam tu dah rasa okey sikit. Esoknya terus okey macam tak ada apa2. Pelik jugak demam kali ni. Datang tiba2, sembuh pun cepat je. Alhamdulillah. Kalau tak, memang melepek la 2 3 hari.

Salam Sayang,

Monday 13 October 2014

CPUV LAGI. ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, tak lama lagi boleh cashout la ni kot hehehe... mudah-mudahan... bak mai la banyak lagi cpuv or BE ye encik nuffnang ku sayang... hehehe...

muahciked!

Salam Sayang,

Saturday 11 October 2014

MENANTU VS MERTUA (BAHAGIAN I)

Assalamualaikum
Ekceli sekadar cerita dan kongsi pandangan tentang masalah yang selalu berlaku kat masyarakat sekeliling. Alkisahnya seorang kawan aku, cerita pasal kawan dia yang bakal bergelar janda tak lama lagi. Kesnya sebab mertua dan suaminya pulak anak mak. Hmmmm. Sebenarnya kes ni banyak berlaku. Rata2 masalah dalam family berlaku bila duduk serumah dengan mertua.

Didikan keluarga
Kita sebagai menantu kena fikir dulu, didikan mak ayah kita dengan didikan mertua kita kdang2 sangat berbeza. Cuba tengok mak kita masak, mesti lain cara dengan mertua kita masak. Itu baru hal masak. Benda2 lain belum kita tengok lagi. Mak mana yang tak nak tengok anak diorang bahagia kan? Mestilah diorang fikir kita akan jaga dan care segala hal tentang anak dia sama dengan apa yang dia buat dan kalau boleh lebih dari itu yang dia nak. Bila kurang sikit, mestilah diorang tak puas hati.

Mind Set
Kebanyakan pemikiran orang tua2 ni lain dari kita. Dulu diorang kawin, semua benda isteri kena buat. Masak, membasuh, menyidai, melipat dan sebagainya semua isteri yang kena buat. Yelah kebanyakkannya suri rumah. Zaman sekarang kebanyakkannya isteri semua bekerja. Kadang2 pendapatan isteri lagi besar dari suami. Jadi bila masing2 bizi dan penat bekerja, keperluan diri semuanya uruskan sendiri. Dan yang lebih baik bila sama2 buat. i basuh u jemur, i lipat u sapu, i masak u kemas. Tapi orang tua tak fikir semua tu. Diorang fikir anak diorang (lelaki) tak boleh buat semua tu. Yelah masa belum kawin semuanya mak ayah buat. Bila dah kawin kena buat macam2. Mestilah diorang rasa anak diorang kena dera kan. Hahaha.

Satu Bumbung
Bila tinggal satu bumbung, kita tak boleh buat macam rumah sendiri. Kena ingat balik point kat atas tadi, didikan keluarga tak sama. Kat rumah mak ayah sendiri boleh la kita bermalasan. Tangguh buat tu tangguh buat ni sebab penat. Tapi kalau jenis mertua yang tak boleh tengok sepah, boleh jadi kes. Seminggu dua boleh la kita hipokrit bangun awal hujung minggu, sebelum gi kerja jemur baju, balik kerja lipat terus masak nasi. Kalau sebulan dua bulan, setahun dua tahun, mampu kita nak hipokrit? Mertua pun tak mampu nak tahan nak bebel jugak. Rumah sendiri boleh la mak bebel, mak marah suruh buat itu ini pon kita boleh la excuse macam2. Kita tak terasa. Tapi bila mertua bebel, marah, or perli konpem la terus sentap kan? 

Salah Faham
Bila berlaku salah faham akibat kesentapan mental dan fizikal, terus kita makan hati. Dan bagi kita, bila dah sentap tempat kita mengadu haruslah pada sang suami. Tapi sering kita lupa, suami kita tu anak siapa? Siapa mak nya? Di mana tanggungjawapnya hingga akhir hayatnya? Jawapannya ialah MERTUA kita a.k.a ibubapanya, keluarganya. Bila berlaku salah faham, suami tak boleh sokong kita 100% walau sayang mana pun dia kat kita. Itu kita kena faham. Jangan ingt bila dah kawin mean u sayang i cinta i 200% so u kena ikut cakap i, u kena sokong i. Kalau tak u hantar i balik rumah mak ayah i konon2 merajuk. Time bercinta boleh la gedik macam tu dear, bila dah kawin kasih sayang tu dah kena kongsi 50%. Itu seorang menantu kena faham!

Ego Manusia
Sebagai mertua, tentulah diorang fikir diorang lebih tua, so kena hormat. Mungkin ada la egonya. Nak2 if mertua yang memang strict dalam mendidik anak2, nak semua katanya betul. Mungkin tak nak mengaku salah. Nak tak nak menantu kena mengalah. Kena mintak maaf. Kalau dua2 keras kepala tak nak mengalah, itu lah masalahnya. Isteri berkeras tak nak mengalah, fikir suaminya berpihak pada dia. Dan mertua pulak berkeras, fikir itu anak aku, kau kawin dengan anak aku. Kau kena mengalah. So how? Yang merana, suami kita. Serba salah nak pujuk siapa? Pernah terbaca satu kata2 ni 

Berdosa seorang isteri jika dia membuatkan suaminya rasa serba salah untuk berpihak pada isteri atau ibubapanya

Haa macam gitu lah ayatnya. Tapi tak tau la fake ke ori ke betul ke tidak ke. Tapi sebagai seorang isteri, tak boleh la kita buat macam tu kan. Kalau boleh, mak dia tu kita anggap macam mak kita. Jangan anggap macam madu kita pulak sebab terpaksa berkongsi kasih. Parah tu.

Hakikat Seorang Menantu
Hakikat sebenarnya, kadang2 mertua nak tengok kita ni perfecto. Cantik, pandai masak, pandai kemas umah, pandai amik hati, rajin, baik dan sebagainya. Tapi mana ada manusia perfect. Pompuan ni perfect depan mertua seminggu lepas kawin je, lepas seminggu hancur la hahahahahaha. Ada juga mertua tak boleh tengok menantu duk diam. Bila tengok menantu terbongkang tengok TV, rileks, lepas tu terpandang kain sebakul belum lipat, dah dia fikir kelain. Yelah kita pun ada jugak hari penatnya, hari malasnya. Bukan tiap2 hari kita rajin kan? Kalau kita jenis lipat baju tu kumpul seminggu baru lipat, basuh semua pastu mertua pulak jenis hari2 lipat. Memang penat la kalau nak layan. Masing2 ada style masing2 kan. 

Keluar!
Sebaiknya, keluar lah dari kepompong!Tinggallah berasingan dari family. Baik family sendiri atau family mertua. Sewa la kat lain tinggal berdua. Lebih privacy dan lebih bebas. Nak nak jenis yang pemalas macam aku ni kan. Kau malas masak anytime boleh keluar makan. Boleh dera laki kau jemur baju, kemas rumah. Hahahaha. Yelah kita time macam ni lah nak bermanja2 dengan suami. Sama2 buat. Memang tak terkejar if kita buat sorang2. Sampai bila kita nak bergantung dengan keluarga. Kita dah kawin. Please. Bina rumahtangga sendiri. Berdikari. Sebulan dua mungkin rasa susah. Nanti lama2 kita lagi enjoy, lagi happy. Tak ada masalah dengan mertua dan sebagainya. Lagi syok jumpa sekali sekala then happening. Makan sama2. Kongsi cerita. Best kan?

p/s : tapi bila timbul masalah, ekceli suami kena bijak main peranan! Ibu atau isteri. suami, besar tanggungjawapmu!

Salam Sayang,

Monday 6 October 2014

ADAM HARRIS 2 BULAN

Assalamualaikum
Aduiii baru hari ni dapat update. Walaupun tak balik kampung tapi busy jugak la duk buat makan sikit2. Hari raya pertama buat nasi ayam je. Sebab daging2 ni kami berdua kurang sikit. Hari kedua baru buat kek coklat. Tak sangka pulak asben suka sangat. Kiranya menjadi la resepi google tu. 

So, hari ni buat lagi sebijik tapi buat 3 style. Satu buh dalam loyang, satu lagi wat 2 layer, satu lagi buat bentuk kecik2 macam apam polkadot. Memang mabeles. Hehehe. Nanti nak buat lagi untuk jamuan kat opis asben. 

Resepinya nanti aku kongsikan. Memang senang dan sangat superb! 

Okey family pulak, semalam 5 Oktober genap la usia Adam Harris 2 bulan. Sekejap aje kan? Baru je aritu rasa bersalin kat Aisyah, rupanya adik Aisyah pun dah 2 bulan. 

Akikah Harris belum buat lagi. Ingat nak buat sekali majlis cukur jambul macam Aisyah dulu. Tapi memandangkan tak cukup korum, family pun kesana sini jadi hold dulu. Insyallah mungkin awal Muharram nanti balik kampung kat Nismilan baru buat. 

Okey tu je! 

Salam Aidiladha!

Salam Sayang,

Thursday 2 October 2014

SELAMAT BERCUTI DAN BALIK KAMPUNG!

Assalamualaikum,
Selamat bercuti kepada semua kawan2 dan para bloggers sekalian alam. Hehehe. Syok la ampa noh boleh balik kampung. Kami kat sini tak balik pon. Duk rumah aje la. Hehehe. Lagipun dah kat seminggu dah aritu balik kampung. Takkan nak balik lagi kan. Tunggu cuti Deepavali  yang seminggu skali dengan awal Muharram plak kita balik.

Emm okey takmo cerita banyak. Yang penting nak ucap terima kasih banyak2 kat Nuffnang sebab kasi kita lebih cpuv lagi. Hehehe. Alhamdulillah...



muahcikedd!!


Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...