Tuesday, 11 September 2012

12 MINGGU SUDAH

Assalaamualaikum..
Alhamdulillah harini selesai checkup utk 12 minggu kandungan. Means dh 3 bulan. Semuanya okey. Jenuh jugak la tahan lapar pagi tdi before pi klinik. Yela sebab rasa badan naik mendadak aje. Kot la kandungan gula tinggi ke, tekanan darah naik ke. So far so gud. Berat naik sekilo aje. Makan banyak pun tapi selalu gak muntah2.

So untuk hari ni doc kasi asid folic, ubat tahan muntah dan ubat gastric. Bulan depan boleh la scan untuk tau baby boy or gurl.. Yey!!! Tak sabar...

Berkenaan dengan encik suami pulak, hehehe... Biasa lah. Dia pun runsing bila selalu pening dan muntah. Selalu dia duk sorang. Juz jaga diri sendiri. Tup tup bila dh kawin kena jga bini pastu uwek2 pulak. Tapi okeylah. Pandai dia marah pandai jgak dia pujuk. hehehehe...

P/s : sekejap aje dh 3 bulan. Lagi 6 bulan dh jadi mummy. rasa bru aje aritu darjah 6. Hehehehe...  

Salam Sayang,

Sunday, 9 September 2012

SUSAHNYA ORANG NAK FAHAM...

Assalamualaikum...
Entah apa jadi pada blog buruk ni. Sejak laptop tak on gara2 broadband dah terminated, so hari2 aku kat rumah sangat lah bosan. Tak tau lah nak cakap apa. Betul gak apa orang kata, emosi ibu mengandung ni sangat tak stabil. Kadang2 benda kecik pun boleh jadi besar. Bukan sengaja nak mengada-ngada manja keras kepala. Tapi keadaan.

Ni sejak semalam tetiba pulak kepala mai pening. Pusing2 pastu rasa nak muntah2. So, nak wat rileks2 wat biasa aku try ber'whatsapp' dgn kwan2. BerFB jugak. Pastu terus kena marah. Katanya, dlm pening muntah pun sibuk nk online! Pastu katanya aku pening bukan sebab alahan, tapi sebab broadband xdak xdpt online.

Pastu dia suh minum susu aku tak nak. Bukan tak nak sebab keras kepala, tpi yang sebenar2nya aku ni tak suka bau susu. Dari kecik lagi memang kurang suka bau susu. Susu nespray aje dapat telan sebab bau susu tu tak kuat sangat. Ni sejak preggy kena minum ANMUM. Tu pun paksa diri minum. Tapi bila dah pening2 ni takmo la minum. Nanti pening, muntah pulak. Tapi kena marah jugak. 

Now, kesimpulannya... Benda tu tak ada la sakit sangat, bergantung pda keadaan. Kalau ada org pandai melayan, pening tu alahan tu rasa biasa saja. Tapi kalau org tak paham, sedih sangat. Aku pun bukan lah nak degil keras kepala. Dah cuba yg tbaik. Zaman degil dah blalu. Sekarang zaman mematangkan diri. Bukan nak memburukkan sesiapa, tp sekadar meluahkan prasaan.

Salam Sayang,

Tuesday, 4 September 2012

I'M A HOUSEWIFE, PA & SECRETARY

Assalamualaikum...
Now aku kat Bangi, tapi dah on da way nak balik dah pun. Memandangkan aku dah jadi PA merangkap setiausaha kepada encik suami maka haruslah aku menemani beliau kemana sahaja dibawa belayar. Encik suami kena jadi jemputan untuk beri kursus selama 2 hari kat sini.

Jap lagi dah nak gerak balik sebab esok encik suami kerja. Walaupun agak rush tapi sangat berpuas hati sebab dapat jumpa mama dan adik is. Mulai sekarang aku kena selalu travel la kot ikut bigboss kesana kemari. Selagi larat boleh lah. Nanti kalo xlarat tetap kena tinggai jugak. 

Perkembangan baby, so far so gud. Nextweek checkup. Nak sangat tau jantina dia. Kami dah xtau nak panggil apa. Nama dah list punya la banyak. Tinggal nak pilih aja. Pening2 muntah2 dah kurang. Cuma sangat kuat makan. Malam2 tjaga mesti pi dapur makan. Pinggang pun selalu sangat sakit..

P/s : Ni perut dah buncit sikit aku pun konpius buncit sbb banyak makan or sbb si kecik ni membesar..Huhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...