Thursday, 27 December 2012

BISKUT KACANG KEMBANG TAPI SEDAP!!

Assalamualaikum
Sejak beberapa hari lepas aku macam gian nak mengoven. Dah lama tak buat kek, dah lama tak buat benda mengarut. Mulut ni dah teringin nak mengunyah balik. Patut la muka dah mula mengembang. So tercari2 resepi yang mudah dan bahan2 yang tak payah dicari dah.

Pada mulanya nak buat Kek Coklat Moist. Tapi sayangnya serbuk koko tak ada. Nak gantikan dengan milo, tapi tetiba macam malas pulak. Pastu pikir punya pikir, nak buat Puding Roti. Tapi susu segar tak ada, roti pun tak ada. Malas nak pegi beli. Pastu ternampak biskut kacang! Yawww!!! Maka terhasil lah Biskut Kacang Kembang Tapi Sedap. Hahahaha.


Ini loyang yang kedua. Loyang yang pertama buruk gila. Tapi hasilnya hamboi, kembang sampai tak muat berhimpit2. Macam perli tuannya aje kannnn... Tapi sangat sedap! Mabeles! 

Selalu aku pegi rumah orang, Biskut Kacang diorang macam dia blend hancur gila. Bila makan dia melekat kat dalam mulut. Yang aku buat ni, macam biskut kacang kt kedai sebijik seposen tu. Rangup!. Resepinya aku amik kat blog PCM ( Pak Cik Mat ) Tapi aku ubah2 sikit.

Resepi :
- 1 cawan tepung gandum
- 1/4 sudu kecik baking powder. jangan terlebih nanti kembang mcm aku punya.
- 1 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya dan si kisar) jangan kisar terlalu hancur.
- 1/2 cawan gula halus
- sedikit garam
- 1 bijik kuning telur sahaja.
- untuk hiasan boleh calit kuning telur kasi lawa n letak la pape pun.

>> Cara nya campur semuanya, dan tuang minyak sehingga boleh digentel2  jadi doh. Gentel2 ikut suka bentuk macam mana, letak dalam loyang yang disapu dengan mentega or minyak. Then bakar selama 20 hingga 25 minit! Siap!! Adunan ni boleh dapat dalam 2 loyang aje. Dalam 50-60 biji.

Salam Sayang,

Wednesday, 26 December 2012

TERIMA KASIH MINYAK CAP KAPAK

Assalamualaikum
Okey hari tu masa Tok Long datang rumah sini, dia teringin nak makan Kuih Bunga Cina. So aku pun senang hati buatkan lah untuk dia. Lagipun encik rumate memang suka kuih tu. Masa raya hari tu pun hanya dia yang duk telan sampai habis. 

Bahan2nya

sebelum dibakar

Dan masa loyang terakhir, secara tak sengaja aku terpegang loyang yang betul2 baru keluar dari oven tu. Aku lupa loyang tu panas dan senang hatinya aku nak angkat. Aku tak terus campak loyang sebab takut kuih tu hancur. So letak hati2. Pedih gilaaaaaa.... Cepat2 bukak air paip, alirkan air kat ibu jari dan jari telunjuk!

Dan makcik aku yang nampak, terus cakap 'keringkan tangan tu, sapu minyak cap kapak' perhhh minyak cap kapak????? Aku mulanya macam tak yakin. Yela tangan tengah pedih, nak sapu minyak cap kapak??? Gile???? Lagi la pedih kot!!!

So aku ikutkan aje la petua diorang. Terus aku sapu. Memula sapu memang berdenyut. Kalau tak sapu pun memang berdenyut jugak. Tapi tak sampai dalam masa 5 minit pun, denyut2 tu hilang, pedih pun hilang!! Memang menakjubkan. Hahahahaha.... Esoknya langsung tak timbul gelembung air. Alhamdulillah.

Minyak Cap Kapak
pinjam pic dri BLOG INI

So kawan2, sesiapa yang terkena minyak panas ke, terkena kuali ke, kalau tak nak kulit tu keluar gelembung air, sila sapu minyak cap kapak cepat2. Serius!!! Mujarab!!

Salam Sayang,

Monday, 24 December 2012

SELAMAT HARI LAHIR KAKAKECIK!!

Assalamualaikum
Okeh semalam birthday my beloved sis, Kak Shida. Yang ke 32 tahun. Then pagi semalam kononnya nak buat video khas la. Godek2 lappy tak ada movie maker. So download cepat2. Bila dah donlod, gigih la pulak buat video kan. Alih2 bila save tak keluar pic. Keluar lagu aje. Adoi. So biar aje macam gitu.

Tadi chat dengan Kak Shida. Dia kata dia nak tengok juga video tu. Adoi, segan la pulak nak kasi tengok video yang tak jadi tu. So cari idea download screen recorder. Bila save, pic keluar tapi lagunya pulak tak ada. Huhuhuhu. So guna akai, combine video tanpa lagu tu dengan mp3 yang dah di combinekan. Huhuhuu. Akhirnya jadi juga.

Ekceli, video ni adalah projek sengal yang ke-2 untuk Kak Shida. Projek sengal yang pertama dah settle. Tapi maybe belum sampai. Dan ada lagi projek sengal ke-3 yang in progress. Tungguuuuuu hahahaha.... Seperaissss takkkk.... kikikiki...

So, kepada Kak Shida, SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 32. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipercepatkan jodoh!! I LOVE YOU!!! bye bye....!!!

p/s : jangan garang2, jangan bebel2, jangan terkejut yeeee.... huhuhuhuhu.... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...