Wednesday, 6 February 2013

SELUSUH??

Assalamualaikum...
Hummm... Alhamdulillah hari ni rasa badan dah sihat. Dah 2 hari rasa sakit kepala, leher pun rasa tegang, kepala panas. Tapi badan rasa sejuk sangat. Nak makan ubat, tapi pikir pasal anak dalam perut ni ha. So, tahan aje la. Sebelum ni selimut kasi peluh, tapi tak kebah sangat. Semalam memang kasi peluh punya kaw kaw, basah satu baju, baru rasa okey. Lega. Mungkin demam rindu kat Encik Rumate kot.

Hurmmm... Apa lagi eh nak cakap. Pasal baby... Semua alhamdulillah. Sekarang 33 minggu. Ahad ni checkup untuk 34 minggu. Now memang terasa perlukan somebody yang kasi support. Selalu nak ada orang disisi. Selalu call mama, selalu mesej or whatsapp kawan2. Yang mana amik berat, thanks sangat2. Yang mana langsung tak amik tau pun, its ok. 

Bila kandungan dah masuk 8 bulan, yang aku perasan, baby tak banyak tendang2 dah. Tapi dia suka macam menggeliat. Tapi ntah la, mana la nampak dia buat apa kan. Boleh rasa dia bergerak. Selera makan, memang dasyat. Kaki dah gemok! Muka dah kembang! Perut dah boyot! 

Emmmm... Sekarang aku tengah nak tahu tentang selusuh. Air selusuh? Ke minyak selusuh? Semalam ada baca orang kata selusuh tu minum bila dh sampai masa. Kalau minum awal, nanti sakit awal tapi jalan belum bukak. Tapi masalahnya, mak angkat ade kasi 2 botol air selusuh. Air botol mineral. Dia kata minum aje sikit2 kasi sampai habis. Dah habis pun sebotol. Errrr... Macam mana eh?

p/s : ada sesapa tahu pasal air selusuh? or pengalaman or petua or tips dari parents or family? share boleh?

Salam Sayang,

Monday, 4 February 2013

NO MORE, NO MORE, NO MORE

Assalamualaikum...

Blog berhabuk dek kerana bosan tak tau nak up entry apa. Sebab malas nak menaip. Malas nak pikir idea, malas nak bercerita. Sekarang semua dah malas. Nak nak kalau bab bercerita. Kadang2 apa2 yang berlaku macam laluan air atas daun keladi. Kalau dulu selalu teringat2, tergelak2 balik bila diingat. Excited nak cerita2. Sekarang, no more. 

Blog aku sekarang pun dah bosan tahap gaban. Kalau dulu2 ada jugak selingan entry lucu2, entry nakal2. Sekarang, no more. Tiap kali ada benda yang aku nk cerita, aku akan point kat hp. Untuk tanda ingatan nak up entry. Tapi bila nak menaip, tengok point, dah tak se excited dulu. Kalau dulu aku rancak menaip, Sekarang, no more. 

Kalau dulu aku becok berceloteh. Benda kecik pun aku nak cerita. Sebab aku nak orang kenal diri aku walau orang tak tahu rupa aku. Sekarang benda besar pun aku rasa malas nak cerita. Tak ada apa yang menarik dah. Kalau dulu orang kata aku ni ramah, mesra la konon, sekarang, no more.

Kalau dulu aku rancak taip entry tiap2 hari. Sehari 3, 4 entry. Kalau zaman sekarang tak ada cerita menarik, akan aku ingt balik zaman kecik2. Aku korek semua cerita2 yang aku masih ingt untuk kenangan. Tapi zaman yang akan datang, bakal dapat baby tak lama lagi pun aku rasa malas nak cerita. Kalau benda ni berlaku 2 tahun lepas, mesti aku cerita semua. Sekarang, no more.

Mengandung. Memang aku excited nak cerita pengalaman manis ni kat semuaaaa orang. Syok. Tapi kelu nak cerita. Macam mana time alahan, macam mana 1st rasa baby bergerak dalam perut. Macam mana rasa debar pi checkup tiap2 bulan. Apa yang doc kata, apa petua yang aku amalkan, apa yang aku makan, apa yang aku lakukan. Kalau dulu boleh la, sekarang no more. 

Sebab masa pun dah berubah. Zaman kanak2 ribena dah tak ada lagi. Kalau dulu zaman ribena, sekarang no more. Sekarang zaman kopi o'. Hahaha. Blog ni hanya tempat kekadang aku nak lepaskan gian menaip.

Salam Sayang,

Saturday, 2 February 2013

TWEET TWEET SWEET SWEET

Assalamualaikum...







p/s : errrrrr.... paham ke katun ni? hahahahahaha....

Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...