Friday, 13 July 2012

AYAM MASAK MERAH



Assalamualaikum...

Macam ni la lauk yang digemari en.suamiku Al-Farabi. Suka lauk2 kering2. Ni lauk hari ni. Ayam masak merah, dengan masak lemak kobis, ikan kering, ikan goreng, sambal belacan. Harini makan special skit, sebab makan dengan mama, abah, dengan adik is. Tapi, adik is memalu pulak dengan aku. Hahahaha. Yelah, lama tak jumpa, duk main gedik2 plak memalu.


p/s : teringat kata2 pakar mata a.k.a pakar motivasi Dr. Muhaya, isteri yang diredhai suami akan diredhai Allah. 

Salam Sayang,

ROTI TELUR GULUNG

Hyep...
Dah bosan sarapan makan roti sapu jem, kadang2 buat roti benjo, jemu dah rupa yang sama ajee. So, pagi semalam dan arini, aku merekacipta satu produk sarapan yang rasa dia sama aje mcm sebelum ni, tapi bertukar wajah!! Hahahaha...



Rupa-rupanya aku pun sama spesis macam Adik Is. Nak makan benda yang cantik2 aje. Walaupun korang nampak macam tak cantik, tapi bagi aku bolehhh laaaaaa.... Sedap la jugak mata memandang walaupun tekak kata tak berapa nak sedap...

Bagi yang anak2 suke bawak bekal, atau empunya diri yang suka bawak bekal, kot la ade orang perli asyik rupa ituuuu aje bekalnye, tukar2 la wajahnye jugak. Hahahahhaa....

Mudah aje, guna sebijik telur, letak garam skit. Buat macam telur dadar, kacau2 then tuang separuh dalam kuali then goyang2 kasi nipis melebar. Boleh  tabur bawang hiris, daun saderi atau ape2 yang disukai. Dah siap angkat, tuang sos, letak roti sekeping, gulung....

p/s : entri minggu2 lepas punya, tapi baru nak publish =.='

Salam Sayang,

Thursday, 12 July 2012

MUFFIN MARBLE (CHOCO, PANDAN AND STRAWBERRY)

Assalamualaikum...
Hari Khamis yang lepas balik kerja awal. So teringin nak masak2 kat dapur. Then terlintas nak buat muffin marble. Ingat nak buat kek marble, tapi macam besar, xde sapa nak makan. Alih2 aku nekad nak buat muffin. Lagipun saja nak test2 guna emulco yang beli aritu.

Maka terjadilah muffin marble choco, pandan and strawberry. Resipi? Korang cari lah sendiri kat google. Sebab aku pun google jugak. Hahahahaha.... Tapi sayangnya suami aku tak suke benda alah ni. Katanya tak payah buat lagi lainkali sebab tak sedap! huhuhuhu... Tapi memang xsedap pun. Tak tau ape yang tak kena. 




p/s : aku bab amik gambor mmg failed!!

p/s : tak gemar sangat kek....


p/s : entry minggu lepas, tapi baru nak publish... 

Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...