Showing posts with label something best. Show all posts
Showing posts with label something best. Show all posts

Sunday, 15 December 2013

EYELINER MAC YANG MURAH DAN BEST

Assalamualaikum,
Kali ni nak mereview barang baik lagi. Pasal eyeliner. Aku ni pemakai eyeliner tegar. Nak kemana-mana haruslah ber eyeliner. Sebelum ni aku pernah up pasal eyeliner yang terbaik dari Maybelline iaitu Masterliner. Kali ni satu lagi eyeliner yang boleh tahan jugak.

Kalau Maybelline tu agak mahal sikit, yang murah pun ada iaitu dari M.A.C. Warnanya boleh tahan dan ke'waterproof'an dia pun boleh tahan. Hehehe. Dah try calit Maybelline dan M.A.C dan try gosok. Dua2 tak comot tapi yang Maybelline lagi tahan. Gosok 3-4 kali pun masih ada. Yang M.A.C pulak dia hilang tapi tak comot macam eyeliner lain.

So secara keseluruhan, M.A.C okey, warna pekat sama macam Maybelline cumaaaa cepat tanggal (itupun aku tenyeh2, kalo duk kat mata watpa nak tenyeh kan). Tapi dia tak comot. Gud!

Harganya murah. RM5 sebatang. Kalau beli 10 ke atas dapat RM3. Camne nak dapatkan? Hubungi Zaitul di talian 018-3195458

Ini untuk pakai sekejap okey. Tapi kalau nak keluar dari pagi sampai malam, better bawak satu dalam handbag. Tapi sangat senang nak oles kat mata.

Untuk dapatkan Eyeliner M.A.C murah:
Zaitul 018-3195458

Salam Sayang,

Wednesday, 4 December 2013

MENGHALANG NYAMUK DARI MENDEKATI ANAK

Assalamualaikum,
Sekarang musim hujan. Syok tido kan. Nyamuk pun syok hisap darah. Musim hujan macam ni memang banyak nyamuk. Paling kesian kat anak-anak. Bangun pagi tengok berbiji-biji kat muka, lengan. Alahai kesian. Padahal sebelum tido dah sembur ridsect. Nak tido pun pasang ubat nyamuk elektrik tu. Tapi tetap kena gigit.

Maka aku pun mencari alternatif lain bagi mengelakkan nyamuk menggigit kulit sensitif anakku Ecah tersebut. Bukan tak tau kulit Ecah tu, Kena gigit nyamuk tapi parutnya lambat hilang. 

So kakak aku mencadangkan aku menggunakan yang ini...

Macam koyok aje benda ni. koyak satu, then tampal kat seluar or belakang baju (supaya anak tak cabut) or kat cadar atau kat mana-mana bahagian yang boleh menghalang nyamuk dari mendekati. Kat walker bahagian bawah or kat basikal anak.

Baunya bukan macam ubat nyamuk pun. Baunya macam minyak urut. Hahahaha. Bau macam herba daun-daun kayu. Macam Ecah suka tido mengiring, so aku tampal kat seluar dia bahagian peha berhampiran punggung bila dia dah tido. Alhamdulillah setakat ni masih belum ada tanda nyamuk menggigit. 

Kalau elok, nak borong la banyak-banyak. Harganya dalam RM10.++/sahaja. Boleh didapati di MANJAKU, KASIH IBU atau mana-mana kedai yang menjual peralatan bayi. 

p/s : kalau untuk orang dewasa plak boleh try tampal koyok yg orang sakit kepala tu kat baju atau sapu minyak cap kapak kat bahagian terdedah mcm lengan.

Salam Sayang,

Saturday, 30 November 2013

DEODORANT SYAHIRAH YANG BEST

Assalamualaikum,

Okey kali ni nak me'review' something best. Hehehe. Kata orang, benda yang elok haruslah dikongsi, kannnn... Kali ni pasal deodorant. Korang pakai deodorant apa? Brand apa? Okey tak? 

Aku pernah try pakai Rexona. Yang spray pernah, yang roll-on pun pernah. Tapi Rexona ketiak aku tak boleh tahan. Pakai sekejap aje, then dia dah start keluar bau kurang menyenangkan. Nivea pun pernah. Tapi lama-lama ketiak makin menebal dengan daki. Hahahaha. Sebab bila siap mandi, masih terasa deodorant tu kat ketiak macam tak tanggal. Padahal dah sental kuat2.

Tawas? Pun pernah. Yang seketul tu mungkin aku tak reti nak guna. Yang air pun minggu pertama pakai okey, tapi minggu seterusnya tak jadi apa. 

Yang terbaik aku guna ialah DEODORANT SYAHIRAH.
Without alcohol. Tanpa alkohol. Tak melekit. Tanpa meninggalkan kesan kuning pada bawah lengan baju. Yang pastinya terbaik! Rasa macam pakai air aje. Ada macam-macam kaler, biru, oren, kuning dan sebagainya.  Harganya murah, dalam RM 3 lebih. 

Kat mana nak dapatkan? Haaa ini susah sikit. Hanya kat Mydin yang aku jumpa. Puas cari kat Giant, kt Tesco kat mana-mana lah, tapi susah nak jumpa. Tapi kalau kat Mydin, konpem ada! Yang susahnya deodorant ni itu lah dia, susah nak jumpa. Cubalah!


Salam Sayang,

Sunday, 17 November 2013

PETUA MENGURANGKAN MASALAH BAU BADAN

Assalamualaikum,
Hye frens... Ceee speaking pulak. Hahahaha. Kali ni nak share tips mengurangkan bau ketiak/badan. Dulu masa aku mula-mula nak up sebagai seorang remaja, aku mengalami masalah bau badan. Mungkin pertukaran hormon kan... 

Jadi, arwah uwan aku ada ajar la petua/tips untuk mengurangkan bau badan. Dan yang mengejutkan, sepupu aku dari dulu sampai sekarang umurnya 28 tahun tak pernah pakai deodorant! Sebab dia amalkan petua dari uwan. 

Petuanya : Sebelum mandi, ambil limau nipis dipotong dan gosokkan pada ketiak. Biarkan setengah jam, kemudian baru mandi. Time mandi jangan gosok ketiak dengan tapak tangan tapi gosoklah dengan belakang tapak tangan. Gituuuuuu... Kalau dilakukan sehari sekali sangat bagus atau selang sehari. 

p/s : amalkan dari umur 13 tahun. Insyallah masalah bau badan tak ada. 

Tips lain yang boleh diguna pakai ialah...

1. Kerap mandi. Kalau berpeluh-peluh tu silalah mandi.
2. Pastikan rerambut pada ketiak selalu dibuang. 
3. Gunakan deodorant yang sesuai. (kena selalu try and error)
4. Memastikan fabrik baju yang dipakai sesuai. Kadang2 jenis kainnya boleh mendatangkan bau badan yang kuat. Terutamanya t-shirt hitam yang kain tebal.
5. Kalau boleh gunakan sabun mandian yang berbentul gel bukan tongkol/buku. Kenapa? Anda cuba guna dan anda akan tau apa perbezaannya. 

pinjam pic dari : http://ourlittlesmarties.com

p/s : Lifebuoy Lemon fresh, aku sarankan untuk mereka yang mempunyai masalah bau badan. 

Salam Sayang,

Wednesday, 13 November 2013

CHOCOLATE MOIST CAKE SURPRISE!!

Assalamualaikum,
Petang tadi tengah duk bersantai2 dengan Aisyah sementara menunggu ayahnya balik duk pikir pasal makanan. Teringin nak makan jajan la, teringin nak makan taufufa la. Macam2 yang bermain dalam fikiran ni. Maklum la kuat makannnn....

Then En. Rumate balik. Tengok2 dia bawak balik kotak kek. Wow!! Hari jadi sapa la pulak ni? Aku ni tak gemar sangat kek. Kalau roti tu memang peberet. Tapi kek2 ni kureng sikit lah! Makan pun sepotong pun dah memadai. So tak la excited sangat dengan kotak kek tersebut...

Bila bukak, jeng jeng jengggg....
Haaaa, cantik kan?? Siap ada munge lagi sekuntum. Hahahaha. Kalau munge ni kaler merah lagi seksi yuuuuu!! Aummmm... Hahaha... Teruja la jugak tengok kek cantik macam ni kan. Ingatkan kek choc yang biasa2 jual kat Petronas tu haaa... 

Kek ni En. Rumate tempah kat budak opis dia. Support bisnes kawan2 kan. Tapi agak sedap la. Tak muak. Kalau nak dibandingkan dengan Kek Coklat kat Petronas, emmmmm sedap yang Petronas lagi kot sebab choc dia meleleh kan... hehehehe...

Ada yang nak RESEPI??? Haaa boleh klik kat sini ye... RESEPI CHOCOLATE MOIST CAKE yang sedap dan mabeles...

Salam Sayang,

Monday, 11 November 2013

BUAH PERAH

Assalamualaikum,

Minggu2 lepas, Encik Rumate balik kerja bawak balik buah ni. Macam tak pernah makan buah ni, sebab tak pernah tengok. Sekali imbas macam lipas pun ade. Bila nak makan isinya dah macam buah berangan pulak. Tapi buah berangan lagi sedap la....


Namanya BUAH PERAH. Tatau tang mana nak perah tu kan. Rasanya sedap tapi macam pahit2 sikit. Not bad la. Benda lain tentang buah ni aku tatau sangat. Tapi rasanya okey la kalau makan dalam keta nak jalan jauh ke kan. Hehehehe... Ralit.

Salam Sayang,

Friday, 8 November 2013

BUAH KEDONDONG/AMRA

Assalamualaikum,

Heee, baru2 ni kan, we olls ke pasar malam tau. Then tengah syok usha2 kanan ngan kiri nampak makcik ni jual buah. Sekali pandang bertambun2 mcm buah mangga tapi kecik la sangat. Duk pikir dalam hati "ish makcik ni juai mangga time hujan2 sapa nak beli? kecik2 pulak tu, konpem masam tak boleh bukak mata"... 

Last2 terpandang pulak dia tulis KEDONDONG RM3/kg. Terbeliak bijik mata ni bila terbaca KEDONDONG tuh! Memang dah lama carik buah ni tapi tak jumpa. Alih2 depan mata, maunye tak menjerit kan. Menonong tinggai abang juai baju kat depan tu, pi kat makcik ni. Hehehe...

Sekilo bak ang aku beli. Macam banyak. Beli hari Selasa, hari Khamis dah licin. Memang tak sedar bila start makan. Tak masam ponnnn, lemak2 gituuu... Aku tak suka makan kulitnya. Pahit sikit. So, aku tokak buah tu, then kikis isi ngan gigi hehehehe... Dap emmmm....


p/s : orang utara panggil buah amra.

Salam Sayang,

Tuesday, 10 September 2013

MENGHILANGKAN KESAN MERAH GIGITAN PADA KULIT

Assalamualaikum
Okey petua terbaek yang aku dapat hari ni. Sesuai untuk semua golongan. Cara untuk mengurangkan kesan merah pada badan.... Haaaa...

Khususnya untuk bayi, kanak2 dan sebagainya. Sekiranya anak2 terkena gigitan nyamuk, atau kena gigit oleh kanak2 lain, atau lebam atau orang dewasa yang kena gigit oleh orang dewasa yang lain, ehem2 hahahaha dan ape2 la yang menyebabkan kulit mereka merah gitu... Haaa caranya mudah sahaja...

Sapukan cologne pada tempat tersebut. Cologne tu apa? Cologne ni macam pewangi untuk bayi. Dia mcm sejuk gitu dan cepat kering... Sapukan macam biasa Insyallah boleh hilang dalam masa beberapa jam. 

p/s : boleh apply untuk gigit nyamuk yg merah tu, lebam merah, lovebites dan sebagainya. JANGAN SAPU KAT LUKA yeeee....

Salam Sayang,

Monday, 28 January 2013

MERAHNYAAAA... AAUUMMMM!!!!

Assalamualaikum...
Tetiba tekak ni teringinnnn sangat nak makan ini... Semalam google semata2 nak tengok pic. Tengah2 tengok tu memang teliti tengok buahnya, daunnya, biji2 nya... Aummm... Terbau2 kat lubang hidung ni. Haih, mana mau cari yang segar... 
Sebijik
Dua bijik
Tiga bijik
Empat bijik
Lima bijik
Berbijik-bijik
Ahhh tak tahannn!!!
Aummmm...!!!

Salam Sayang,

Monday, 26 November 2012

SUAMI AKU USTAZ

Assalamualaikum
Tetiba semalam tergerak hati nak baca novel SUAMI AKU USTAZ. Baru sekali baca. Pastu tu kawan pinjam. Alih2 semalam bukak, mak aihhh.... Berterabur!!! Sayang sangat sebab buku tu baru sekali baca okey!! Buku lain xde pulak jadi mcm gitu. Huhuhuhu...


Then jenuh la membebel pastu dengan sedaya upaya lekatkan balik dengan salotape. Pastu tampal gam lagi. Huwaaaa... So, jadi la macam gini. Tetap terjelir keluar walaupun dah salotape dan dah game. Sedih.

satu2nya buku yang membangkitkan nafsu untuk kembali mengadap novel 
setelah hampir 8 tahun tak bukak novel!

p/s : tak kasi kata kedekut, dah kasi mcm gini lak jadinya. 

Salam Sayang,

Friday, 23 November 2012

BILA TERLEBIH RAJIN

Assalamualaikum
Dah jadi satu kebiasaan pada aku bila duk rumah sorang dan tengah boring aku akan cari tempat untuk aku geledah. Kadang2 aku geledah halaman rumah, cabut rumput mana ada, siram pokok, geledah almari cari baju yang dah tak nak pakai, susun balik baju2 yang berselerak (kantoi hahahaha). Kat dapur pulak aku tukar bekas garam gula, letak dalam bekas baru. Yela bila dah bosan sangat kan.

Dan petang semalam aku godek almari/rak kasut kat luar. Dah penuh sangat dah kotak2 kasut aku, mama, kakak, asben sume. Ada kotak yang kosong, ada kotak yang terisi. Kasut lama yang masih elok tapi dah rosak. Sayang! Ada juga kasut yang dah buruk tapi masih boleh dipakai. Yang buruk tu la sebenarnya sangat selesa dipakai. Sebab kerap sangat pakai so jadi buruk. 

Dan ternampak pulak kasut ni. Hahahaha. Aku beli tahun lepas. Tapi tak pakai sangat sebab terlalu tinggi dan susah nak tekan minyak bila drive. Dan tak sampai hati nak pakai bila dengan kawan2 sebab kawan2 sume pendek mcm aku gak. Hahahaha. Kang kesian pulak diorang.
- Kasut macam ni pakai dengan jeans skinny sgt smart okeh!
- Dan bila pakai kasut macam ni, langkahlah dengan yakin, 
jangan teragak2 kalo tak org akan nampak anda mcm pelik!
- Dan bila berjalan jgn fikirkan ttg kasut! Jalan je... 
Jangan nak malu2 n sembunyikan kasut anda...

(aku penah jumpa org ni, dia punya pergerakan mcm pelik. berjalan mcm malu2, mcm takut2, mcm segan2. aku pelik, nape dia mcm tu?last2 baru aku pasan tentang kasutnya. hahahahaha... kasutnya cantik! tp mybe dia tak biasa pakai. so dh jadi pelik!)

Asben cakap, kasut ni kalau baling kat anjing pun boleh mampos. Hahahaha. Ni pertengahan tahun depan baru boleh pakai balik. Huhuhuhu. Hope masih elok lagi.

Salam Sayang,

Monday, 19 November 2012

NANGKA LAGI

Assalamualaikum
Hari ni terbangun lambat sikit. Semalam tido asyik terjaga pastu tersedar diri sendiri berdengkur. Mak aih... Kuat gila! Kroohhhh Krehhhh.... Ni sume gara2 selsema kot. Tak sedap tekak. Hope tak jangkit kat Adik Is. 

Alih2 tadi lunch time asben balik bawak nangka dengan buah dokong? Dokong tu buah dia macam langsat, duku gak. Tapi rasa dia manis mabeles dari langsat dan duku.
suka korek2 nangka dalam kulit dia. macam main explorace je kannn...

Aritu dah belikan sebab aku mengidam nak makan. Hari ni bawak balik lagi. So, ape lagi, makan aje laaaaa....

Salam Sayang,

Wednesday, 31 October 2012

BEDAK MIYAMI DAN PIXY!

Assalamualaikum
Hai, hari ni nak share tentang bedak muka yang aku guna. Aku bukan la retis nak promote bedak2 ni. Tapi ada 2 bedak yang fungsinya macam sama tapi sangat berbeza . Haaaaa.... Sama tapi sangat berbeza. Juz review aje sebenarnya.

Bedak Miyami.
Bedak ni dulu aku guna. Bedak yang mengandungi foundation sekali. So, pakai bedak ni tak payah pakai foundation dah. Tempek aja. Memula pakai tak rasa pelik. Rasa macam lawa aje. Tapi bila ambik gambar muka, tudiaaa!! Bedak bertempek. Tak rata! Sapu banyak2 kang macam tepung gomak pulak. Tapi aku pakai aje sebab bedak ni agak mahal kot, harga dalam RM28 camtu. 

So, kesimpulannya, Miyami bedaknya muka cepat berminyak, tak rata dan dia cepat hilang kesannya. Means kalau berpeluh2, kau sapu pakai tisu, bedak tu melekat kat tisu tu! Kalau pakai tudung, melekat kat tudung!

Then lepas tu aku try bedak Pixy!
Bedak ni cover dia cantik! Dan juga agak murah. Dalam RM 12 kat sesetengah tempat. Bedak ni pun two way cake. Sangat mabeles ok! Sebelum pakai kat muka, lembapkan muka dulu dengan air. Tak pun basahkan span dia. Baru apply bedak. Sapu la tebal mana pun, lama2 bedak tu sekata dengan muka. Lagi lama pakai, lagi dia cantik melekat kat muka.

Berpeluh macam mana pun, dia tak tanggal. Lap pakai tisu pun tak melekat. Ambik gambar pun muka tak berminyak. Sangat superb!

So, dapatkan Pixy dipasaran! heheheheheh

Salam Sayang,

Tuesday, 30 October 2012

TEH BUNGA KEKWA (CHRYSANTHEMUM)

Assalamualaikum
Ini adalah teh bunga kekwa. Kak Miza yang selalu buat air ni masa bulan puasa. Jenuh mintak abang carikan. Tapi tak jumpa. Last2 lepas raya haritu Kak Miza pos kan. Selang sehari rebus air ni, sampai la habis teh kekwa tu. Then aritu kawan abang dari Ipoh nak balik raya sini, so i now lah kat Ipoh memang banyak kedai ubat cina. So, memang mudah nak dapatkan. Ape lagi, terus mintak dia belikan kat sana. So semalam buat lagi. 

Abang sangat suka air ni. Dia kata rasanya sebijik macam air kotak Chrysanthemum tu haaa. He's rite. Memang rasanya sangat sama! Dan abang panggil ni dengan nama 'air kotak' =.='

Salam Sayang,

Monday, 22 October 2012

SABUN BERAS, OKEY KE??

Assalamualaikum,
Sejak hampir sebulan yang lepas aku ada membeli beberapa ketul sabun beras. Kebetulan pi rumah makcik encik suami a.k.a mak angkat dia. Kebetulan la ada anak saudara dia mai promot sabun beras. Dulu aku dah tolak kawan makcik promote produk kesihatan. So takkan nak tolak lagi. Kang nampak sangat aku ni kedekut pulak kan... So, takkan nak beli seketul aje. Takkan 2 ketul. So amik hang aku bedal sekali 7 ketul. 

Budak tu cakap, harga kat luar seketul RM5. Tapi dia jual RM2.5 aje seketul. so smua RM17.50 dpt la diskaun RM17 utk 7 ketul. Biasanya sabun ni orang buat cuci muka. Tapi oleh kerana terlalu banyak aku beli, so dengan badan2 skali aku sabunkan pakai sabun beras ni.
Kebaikan sabun beras ni antaranya ialah untuk melembutkan kulit, menegangkan kulit, memutihkan kulit, menghilangkan daki2, memutikan ketiak2 hitam, hahahahaha... Dan banyak lagi.

So far aku guna ni pun okey la. Kulit rasa lembut aje. Cuba la try guna. Tapi jangan tanya aku kat mana nak beli. Try la usha2 kedai2 jual benda alah macam ni. huhuhuhu...

Salam Sayang,

Wednesday, 3 October 2012

EYELINER TERBAIK

Assalamualaikum...
Haaaa, kali ni nak shared something best. Pasal eyeliner. Tapi bukan nak promote Eyeliner ye. Tapi nak share dengan hampa tentang Eyeliner yang aku rasa paling terbaik dan sebaiknya. Aku ni pemakai eyeliner tegar. Nak pi mana2 eyeliner mesti kena pakai. Tak mekap pun takpa, tapi eyeliner wajib! Kira dah berpuluh2 batang dah eyeliner aku try.

Yang waterproof, yang pekat, yang tak melekat, yang cecair, yang gel, yang stick, yang kayu sume dah try. Waterproof pun, bila berpeluh, tetap comot. Kalau keluar, if nak solat kat surau, amik wuduk mesti comot2. Kalau yang cecair plak, tak comot. Kemas. Tapi if nak wuduk kena buang dulu. Sebab dia melekat macam plastic. Yang gel plak sangat cantik bila pakai tapi tetap comot dan melekat kat atas kelopak mata bila berpeluh.

Dan haritu gatai usha2 kat Watson’s so Nampak satu eyeliner ni. Masterliner, dari Maybelline. Harga tak mahal pun, kalau tak silap RM11.60 kot. Ada banyak choice tapi aku tergerak hati nak pilih yang ni..

Keputusannya memang SUPERB!! Keluar dari pagi, balik malam. Singgah solat zohor, asar, maghrib, balik rumah tengok langsung tak comot. Serius!! Sangat berpuas hati. Basuh muka pun dia tak comot. Tapi kalau cuci muka pakai pencuci, dia comot la, tak hilang hitam tu. So, sebelum mandi kena tanggalkan dengan minyak baby oil or makeup remover.

So, sebelum stock eyeliner ni habis baik aku rembat dulu 5, 6 batang. Nanti dah habis stock susah pulak nak cari eyeliner yang bagus mcm ni…. Huhuhuhu

mcm ni la rupanya...aku dh snap tp malas nk transfer
Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...