Monday, 9 September 2013

KISAH AKU DARJAH SATU

Assalamualaikum,
Memandangkan sekarang ni musim adik2 kita nak menduduki peperiksaan UPSR, maka terkenang2 la aku pada zaman kanak2 sekolah rendah, berkain biru gelap tersebut. Lebih2 lagi time darjah 1. Hehehehe...

Masa aku darjah 1, entah macam mana aku tak reti nak tulis nama sendiri. Biasa la baru mula2 masuk darjah 1 kan cikgu akan kasi tag nama sementara yang besaq gedabak pin kat baju/ tudung kan. So pakai aje la. Then cikgu suruh keluarkan sebuah buku tulis yang cikgu dah kasi time daftar aritu. 

So dengan kesejukan suasana pagi dengan kelajuan kipas persis kipas helikopter tu dan keadaan sunyi sepi, cikgu pun kata "Haaaa, sebelum tu tulis nama masing2 kat depan buku tu... Nama sahaja..."

Ceee so masing kalut keluarkan kotak pencil. Pencil semua tajam2 nkooo, pemadam tak buang plastik lagi. Kihkihkih. Besaq pencil dari jari jemari. Bila orang sebelah dah start menulis, ada yang terkial2 termasuk aku. Hehehe... 

Pastu cikgu ronda2 la tengok murid2 menulis... Tapi aku dengar cikgu cakap kat orang lain " Taktau tulis nama? Awak nama apa? Sapa tak tau nak tulis tiru nama kat nametag tu. Tengok nama kat nametag yang cikgu kasi kat baju tu...." So aku pun tunduk la tengok nametag... 
Bila aku tunduk tengok nametag, aku nampak la tulisan nama aku tu. Oooooo ini ke nama aku..... Kata aku dalam hati... Bila aku tengok dari atas nampak macam gini la kannn....
Pandangan dari atas
So aku pun tiru la ape yang aku nampak tu tulis kat buku tulis berkenaan. Dengan bangganya dah siap aku pun hantor kat cikgu... Tapi tak lama lepas tu cikgu panggil balik pegi depan... Sebab terbalik....
Salam Sayang,

Saturday, 7 September 2013

KISAH JIRAN MULUT LEMBIK

Assalamualaikum,
Ekceli dah masuk 2 minggu kami pindah rumah baru. Alhamdulillah semuanya ok. Cuma kucing jiran or kucing liar selalu datang berak dlm kawasan rumah. Mungkin sesi orientasi dari mereka kot. Hahaha. Jiran2 pun ok la jugak, ramah. 

Nak cite pasal jiran. Memang tak habis. Sebab jiran kan ramai. Tapi dalam ramai2 jiran, ada sorang jiran aku ni sangat pelik! Jiran yang kat rumah lama tu. Okey now aku kat Kajang dan seminggu. Pagi tadi Encik Suami sampai dari Terengganu nak datang amik bini dia wat balik la kan esok. Hehehe. Then asben cerita tadi... Jeng jeng jeng... (ngadu kat bini lettewwww... hahahaa)

Jiran aku.
Jiran aku ni janda (Kak Zah). Umur lebih kurang mama aku la. Dia ni jaga anak orang (pengasuh). Dan dia jugak agak ramah. Selalu la jugak kasi kuih kat kami. Kalau tengok luaran memang baik. Tapi dalaman, sebaliknya. Sebelum ni owner rumah lama kami (Kak Nah) tu ade pesan, dengan Kak Zah tu jangan duk layan sangat. Memula kami blur la, okey je tengok Kak Zah tu. Alih2 baru tau, dia suke burukkan orang. Sebab dia penah burukkan mak budak yang dia jaga tu depan aku. 

Nak jadikan cerita.... Jeng jeng jeng....

Masa kami tengah sibuk punggah barang nak pindah, si Kak Zah ni mintak no hp owner rumah kami tu. So kami kasi aje la. Kot la dia ada orang nak sewa pulak kan. So malam semalam asben aku kata si owner datang nak tengok rumah dia. So asben aku tanya la dia, ada tak Kak Zah call sbb dia ada mintak no.

"Haaa, ada dia call... Ko tahu, malam2 bute call bagitau kat abang pintu pagar rumah ko tak kunci..."

"Laa yeke, sy memang tak kunci pagar pun sebab masa dapat aritu memang tak ada lock pun..."

"Ha tu la, abang bagitau dia tak pe la, memang pagar tu tak ada kunci pon. Lagipun mana ada barang ape dah. Kosong dah sume orang nak curi apa? Habis dia duk sebelah takkan tak boleh tengok..."

Pastu owner rumah tu pesan jangan duk dengar cakap Kak Zah. Memang mulut dia jahat. Nasib baik la owner paham masalah Kak Zah tu. Tak semena2 dia mintak no sebab nak mengadu ntah apa2. Padahal aku tak kacau dia pun. Hailaaaa patut la janda! Grrr sakit pulakkkk hati kite ni haaaaa... Padahal apa salahnya kalau dia cakap kat asben aku yang tiap2 hari pi rumah lama nak tengok apa yg patut kan. Or call ke tnya nape tak kunci pagar?? Haihhh...

p/s : macam2 jenis manusia la zaman sekarang ni

Salam Sayang,

BLOGGER LA SANGATTTTTT!!!

Assalamualaikum,
Adoi lamanya tak update. Last 19 Ogos 2013. Ha itu la satu2nya entry di bulan Ogos! Entry setiap bulan dah tak sampai 10 dah. Ciput2 aje. Idea kadang2 ada tapi masa pulak tak ada. Kadang2 tak ada idea tapi termenung depan lappy sebab tak tau nak cerita apa. Tapi paling banyak tak ada idea dan tak ada masa. 

Emmm macam sekarang la, dari tadi lagi aku duk menaip. Then rasa macam ntah apa2 so backspace balik. Dari siang tadi lagi. Now pun dah sejam aku bukak lappy ni termenung nak wat entry apa. Tapi satu habuk pun tak tau nk taip apa. Hahahahahaha.

So harap maaf la, ceq tatau la nak taip apa.

Ok bai... HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA :p

Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...