Assalamualaikum
Okey memandangkan sekarang musim durian, rambutan, manggis, duku dan sebagainya maka aku nak cerita sikit pasal buah kegemaran aku. Buah pa? Semuaaaaa buah!! Tudiaaaa... Sakan aihhh...
Memandangkan sedara2 aku ada mai tidoq sini dalam 2, 3 malam haritu maka dibawaknya buah tangan iaitu buah rambutan. Memang sukaaa sangat aku buah rambutan ni. Makan satu, satu satu satu satu tup2 habis dah. Dan aku ni kepelikan sikit kalau makan buah ni. Aku suka buang semua kulit, buh dalam bekas pastu simpan dalam peti sejuk. Bila dah sejuk2 baru keluarkan dan makan. Nyum2.... Masyukkk!!
... nyum nyum
Rambutan ni banyak khasiatnya. Antara khasiat buat rambutan ialah mempunyai vitamin C, zat besi, protein dan karbohidrat. Tudia skema gila ayat. Tapi, dalam banyak khasiat pun makan banyak sangat boleh jadi semput dan batuk hokey!
Tapi!! Aku ada tips... Haaaa... Dulu aku kecik2 selalu batuk2 dan astma. So rambutan tak dibenarkan makan. Tapi ade makcik tu kasi petua, katanya boleh aje nak makan tapi kena makan jangan kasi bijinya menggelupas... Haaa?? Macam mana tu??
Bulatan HIJAU : biji rambutan yang menggelupas
Bulatan PINK : biji rambutan yang dimakan dengan elok.
So, kalau nak makan rambutan bagi yang batuk tu sila makan dengan hati2 jangan kasi bijinya menggelupas macam tu. Itu menyebabkan batuk akan menjadi. Tapi jangan la makan terlalu banyak sangat. Kang lain pulak jadinya. huh!!
p/s : entry dh lama buat tapi baru hari ni publish. esok2 ada cerita pasal kenduri saudara aku. mengidam nasi manis :(
Salam Sayang,
1 comment:
erkk takkan kot leh semput nie?
is blogwalking sambil isi tabung untuk masa depan yang cerah
iskandarX "ACE"
Info Corner by Noor Mala Shahar
Post a Comment