Assalamualaikum,
Hari ni genap Nur Aisyah Humairah puteriku berusia sebulan... Alololo dah besar anak ibu. Sekejap aje rasanya kan dah sebulan. Diam tak diam dia dah boleh angkat kepala if letak meniarap. Gud girl!!...
Okey ekceli saja nak buat exercise jari nak menaip. So, nak cite pasal salah satu pantang larang time aku berpantang ni haaa... Iaitu berbengkung, ikat kaki dan bertungku. Jeng jeng jeng...
Rutin harian aku sebagai ibu berpantang setiap hari ialah.....
Subuh time Encik Rumate bangun solat dan siap2 ke opis, aku akan bertungku dulu. 2 bijik tungku akan sekali bakar. Satu letak kat tapak kaki, satu lagi pegang dan tuam2 kat bawah perut. Aku akan bertungku sampai la tungku tu sejuk (kaki akan diikat tau supaya kaki tak terbuka). Then stop. Selalunya makan masa 30-40 minit. Then rehat2 susukan Aisyah if dia bangun.
Pukul 9 pagi aku akan mandi. Mandi dengan rendaman herba set bersalin. Dah siap mandi mama akan sediakan tungku lagi(ikat kaki lagi). Macam biasa 2 bijik. Satu kat tapak kaki satu pegang tuam2. Siap tungku mama akan bantu aku sapu herba kat perut then pakai bengkung. Bengkung terpaksa edit balik sebab besar. Kalau tak edit maybe sampai ke lutut gamaknya. Hahahaha.
Siap pakai bengkung baru boleh makan pagi. Tapi selalunya Aisyah mesti akan nangis time aku tengah pakai bengkung. Lapar la tu. So biasanya lepas pakai bengkung aku akan susukan Aisyah kasi kenyang2 dan mama akan mandikan dia lepas tu. Then boleh la aku makan (milo panas with nasi impit). Siap makan Aisyah pun siap mandi. So, susukan lagi pastu dia akan tido. Time ni baru leh men game!!! Yehuuuuuuu!!!
Tengahari lunch lauk2 mama akan siapkan. Cuma dalam seminggu ni aku dah start masakkan nasi aje. Eh?? Rajinnye masak nasi? Hurmmm bese la, Encik Rumate kata at least dpt makan nasi dengan air tangan isterinya yang tercantik tercinta ni. Nak manja2 la tu! huhuhu. Lunch pukul 2. Nasi putih, ikan panggang, lada hitam, sup sawi. Dan time ni jugak Aisyah bangun nak lunch sama.
Pernah sekali aku makan lupa nak bengkung... Rasa macam lainnn aje. Tengah2 makan lunch dgn suami, tetiba baru aku teringat.... Errrrkkkkkk!!! Alamak!!! Alamak!!! Aku mmg cemas gila. Asben pun terkejut ingatkan sakit ke, kuar darah ke, bila aku kata 'lupa nak pakai bengkung....' marah gilaaaa dia. Yelaaa terkejut mcm ape je. Hehehehe...
Pernah sekali aku makan lupa nak bengkung... Rasa macam lainnn aje. Tengah2 makan lunch dgn suami, tetiba baru aku teringat.... Errrrkkkkkk!!! Alamak!!! Alamak!!! Aku mmg cemas gila. Asben pun terkejut ingatkan sakit ke, kuar darah ke, bila aku kata 'lupa nak pakai bengkung....' marah gilaaaa dia. Yelaaa terkejut mcm ape je. Hehehehe...
Petang pukul 6 susukan Aisyah lagi kenyang2 sebab mama akan mandikan dia lagi sekali. Kalau tak kenyang, konpem berteriak. Siap dia mandi aku pulak mandi. Then bertungku lagi macam biasa. Siap tungku Aisyah mesti lapar lagi. Malam aku dah tak makan nasi. Juz minum milo dan makan roti or biskut2 kering aje. Time malam Aisyah kuat menyusu. Sambil susukan sambil men game. Hahahaha.
Pukul 11 camtu dah rileks. Cuma sesekali susukan Aisyah lagi. Malam sebelum tidur if rajin akan bertungku lagi sekali. Tapi memandangkan cuaca sekarang sangat panas, so abaikan aje la. Tak tahannnn... Stokin pun dah tak lalu nak pakai. huhuhuhu. Dan dalam pukul 12 lebih baru aku akan tidur (ikat kaki jugakkkk). Dan akan bangun sekejap2 if Aisyah kejutkan nak susu or berak tukarkan pampers.
Dan esoknya, sila baca dari atas balik. kikikiki....
p/s : pehhhhh laju gila menaip!! syabas!!!
Salam Sayang,
3 comments:
kakak kami pantang tak penah ikat kaki. ikat kaki tue untuk ape sebenarnya?
men candy crush lertewww.hiks :p
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Pantang Larang Semasa Berpantang
Post a Comment