Assalamualaikum
Haip, entry hari ni tak ada kaitan dengan family. Tapi saja nak komen pasal MasterChef Selebriti Malaysia yang duk tayang kat Astro Ria 104 tu kannn... Ekceli memang aku suka sangat tengok MasterChef ni. Sebab boleh tau macam2 benda....
Bila tengok episod semalam yang Michael Ang keluar yang Cik Ta nangis tu, tergerak la hati aku nk wat entry ni. Aku respect kat Cik Ta sebenarnya. Walaupun dia tau orang mengata dia, tapi dia tetap nak buktikan dia boleh masuk top 5. Kau hadooo??? Haaaa... Ekau yang tiap2 hari masak pun belum tentu dapat top5 tau. Setakat nak penuh perut sendiri, sedapkan lidah sendiri mana aci kan. Ini chef pro yang judge, nak kasi orang2 makan. Yang hari2 msk pun tak konfiden nak msk untuk org ramai. Bak kata Michael Ang, pernah ke korang rasa dia masak?
Ape yang aku dapat tengok, Cik Ta ni kreatip, pembersih. Yela bila kt MasterChef ni korang boleh tengok perangai masing2 kan? Syanie pulak dia seorang leader yang bagus. Celina emmmm dia terlalu serius. Kenchana Dewi, tak sangka dia pun pandai masak. Michael Ang, sangat suka bila dia mula bukak mulut... Hahahahahaha...
Dan bila tengok Masterchef Selebriti Malaysia ni artis yang aku selalu nak tengok hasil masakan dia ialah Cik Ta, Michael Ang dan Celina. Tapi sayangnya Michael Ang dh out. So harap2 Cik Ta dapat masuk ke final. :)
sumber pic : http://aiskosong.com |
p/s : comei kan Cik Ta nangis... Alololololololo cute! hahahaha...
p/s : suka tengok diorg berkawan. close sangat kan? :( sedih
3 comments:
comey je dia kan bila nangis...betul tu cikta seorang yang pembersih..
Org lawa nanges tomel je org tengok.
Pernah tgk sekali umah mak rancangan ni. Ye la umah kiter xde astro
Kat Putrajaya tak ada ASTRO. huargghhh
Post a Comment