Assalamualaikum,
Alhamdulillah, dah masuk 3 bulan baby yang ke-2 ni. So far so good tak banyak alahan. Tak macam sebelum ni agak teruk tapi tak seteruk yang dialami oleh kawan-kawan yang lain.
Oleh kerana dah ada pengalaman mengandungkan Aisyah tahun lepas, maka tak ada la risau sangat. Dah pandai bawak diri. Dah boleh kawal emosi dan tak merisaukan sesiapa lagi.
Dan alhamdulillah jugak, bibik dah sampai 2 hari lepas. So kerja-kerja rumah boleh lah pass kat dia. Hal Aisyah dan hal masak memasak untuk kami aku aje yang buat. Lebih afdhal air tangan isteri sendiri yang buat kan?
Perkembangan Aisyah :
** dah masuk 11 bulan. Bulan depan setahun. berjalan masih belum tapi dah pandai berdiri sendiri. cuma masih nak ajar dia bertatih. gigi dah tumbuh 6 batang. Bawah 2 atas 4.
** Dah paham apa orang cakap. Bila sebut mandi, dia selak2 baju dia. bila sebut tido terus rebahkan kepala. Dah bijak sebab dah jadi kakak kan. Itu ajela perkembangan Aisyah diusia 11 bulan ni.
p/s : biarlah orang nak kata kerap mengandung pun, dah rezeki. Dan memang kami nak. Bukan rezeki yang tak dijangka. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tapi tak susah pun, sangat bahagia.
tuai padi antara masakesok jangan layu-layuanintai kami antara nampakesok jangan rindu-rinduan
Salam Sayang,
No comments:
Post a Comment