Monday, 2 June 2014

AKU SEORANG PENDOSA

Assalamualaikum,
Bulan Jun bulan yang menghepikan aku dan family. Hehehe... Alhamdulillah hari ni genap usia aku 26 tahun. 26 tahun. 26 tahun. Syukur sangat sebab dapat menikmati saat-saat indah dengan suami, anak dan keluarga tercinta. 

Apa lagi yang aku nak? Tak ada apa dah. Apa orang nak kutuk, nak kritik, teruskan. Orang yang selalu nak jatuhkan kita sebab mereka merasakan kita selalu berada di atas. Orang yang cemburukan kebahagiaan kita kerana mereka tak pernah kenal erti kebahagiaan.

Hentilah. 

Carilah kebahagiaanmu dimana-mana. Kalau tak jumpa, ciptakan kebahagiaanmu dimana-mana. Yakinlah, Allah itu Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Pengasihani. Mintalah kebahagiaanmu dengan-Nya. Kerana apa jua kebahagiaan, kenikmatan yang dicari ada dengan-Nya. 

Jangan lupa bersihkan hatimu dari buruk sangka, dari cemburu buta, dari talam dua muka. Insyallah kebahagiaan akan menjadi milikmu jua. Usah memohon maaf dariku, mohonlah ampun dari-Nya. 

Aku juga seorang pendosa, ampun dan maaf sekiranya tersilap kata. 

Semoga tahun ini lebih bermakna dan lebih baik dari tahun-tahun yang lain.


Salam Sayang,

2 comments:

aDisH.sHidA said...

happy birthday semoga dipanjangkan umur..dimurahkan rezeki hidup diberkati

Lydia Miza said...

Selamat hari lahir awin syg. Moga beroleh keredhaan Allah sentiasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...