Monday, 4 August 2014

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN

Assalamualaikum...
Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada pembaca blog saya (kalau ada) kawan-kawan, musuh-musuh, haters, gunting dalam lipatan, duri dalam daging, talam dua muka yang pernah mengenali diri ini secara langsung atau tidak langsung.

Mohon ampun maaf dipinta dari hujung rambut hingga hujung kaki sekiranya saya ada terkasar bahasa, terguris hati, tercoreng muka kt korang ye. Moga Syawal kali ini memberi seribu makna buat kita semua. Terima kasih atas apa yang dah terjadi. :)

Pasal Raya, semua juadah raya masih mampu buat sendiri. Kek Batek, kuah kacang, nasi himpit, Nasi Tomato, Ayam masak merah bikin sendiri. Kembang lubang hidung bila dipuji sedap. Hehehe. 

Alhamdulillah Syawal kali ini kami sekeluarga beraya secara sederhana. Tak balik kampung. Hanya di Kuala Terengganu. Semua juadah raya dah sempat santap. Now hanya menunggu 'Bos Kecik' menendang nak keluar sahaja. 

Checkup 37 minggu, kepala dah kebawah. Doc kata tunggu sakit saja lah ni. Kalau rasa sakit lain macam tu, terus pergi spital. Nak beranak la tu. Hehehe. Tapi masih belum rasa apa-apa. Ikutkan due 23 Ogos ni. 

Okeylah! 

Thats all... Tata.

Salam Sayang,

2 comments:

Lydia Miza said...

Selamat hari raya awin.. Nak gak ayam masak
Merah!!!

Kira Sakura said...

selamat hari raya awin. wahhhh tak lama lagi je dah boleh tgk muka bos kecik tu. moga semuanya dipermudah amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...