Monday, 22 September 2014

AISYAH DAH MASUK TASKA?

Assalamualaikum
Semalam hantar Aisyah ke taska. So untuk hari yang pertama aku ingat nak tengok la sekejap keadaan taska, dan macam mana penerimaan Aisyah kat sana. So pukul 8 pagi aku dah drive hantar Aisyah. Baby Harris tinggal kat bibik kat rumah.

Taska tu cantik. Kalerful. Masuk aje Aisyah dah happy sebab ada ramai kawan sebaya. Elok je dia masuk group nak berkawan. Aisyah jenis budak yang suka berkawan, sayang kat kawan. Tak pernah pulak aku tengok dia tarik rambut ke, gigit ke kat orang sebelum ni. 

Cikgu2 kat sana baik belaka. Senyum manis. Tapi kat belakang tak tahu lah kan. Sejam lebih kat dua jam aku tunggu. Aisyah langsung tak tengok kat aku perhatikan dia. Syok sangat berkawan. Then time aku nak balik, salam dia, lambai2 dia, langsung tak nangis. Elok je lambai balik.

Lepas tu aku pun balik. Tapi fikiran asyik fikirkan Aisyah. Berhenti sekejap aku tepi jalan. Banyak yang aku fikir. Berjauhan dengan Aisyah. Okey ke dia? Kawan2 dia okey ke? Makan, mandi macam mana? Dah tak sedap hati. Sebab Aisyah anak 1st. Tak ada pengalaman berjauhan dengan dia. 

Terus call suami. Tetiba jadi sebak. Call bagitau dah hantar Aisyah (dah mula nangis hehehe) Suami pun jadi risau kenapa pulak aku yang menangis. Hahaha. Terus aku drive pegi opis dia. Mintak dia kuar sat. Dia masuk je dalam kete, terus banjir la aku. hahahaha. Aku pujuk dia, merayu jangan hantar Aisyah kat taska lagi. Tunggu 3-4 tahun, biar dia boleh bercakap sepenuhnya dulu. Tunggu aku ajar dia apa yang patut dulu.

Suami pun setuju lah. Memandangkan isterinya ni dah bengkak mata kan. Terus kami pagi taska balik ambik Aisyah. Cikgu kat taska gelak je bila ayah Aisyah explain. Tinggal tak sampai sejam, dah rabak mata kan. Hahaha. Macam la nak serahkan Aisyah selamanya. huhuhuhu.

Aisyah Aisyah. Kat rumah ibu bebel2 kat Aisyah kan. Selalu jerit nama Aisyah kuat2 kan. Selalu marah bila Aisyah sepahkan kabinet dapur kan. Selalu malas nak layan Aisyah tarik tangan ibu ajak main kan. Huhuhuhu... Okey lepas ni ibu akan layan Aisyah 100%. Mintak maaf sangat2. huhuhu

Banyak sangat aku kena belajar sekarang. Semoga aku terus kuat!! 


Salam Sayang,

3 comments:

Lydia Miza said...

Huhuhu.. Akk lak rasa nk nanges sama.

Xpe, blh buat segala aktiviti sama2 ngan dia. Sambil masak blh layan dia borak.. Suruh dia bawak buku dan mainan kat dapur jugak. Sambil kemas sepah2 dia tu ajak dia susun sama2 sambil ajar.. Ni tepung.. Ni bekas ni warna merah.. Ni sudu.. Tu pun dah cukup buat aisyah hepi dan x boring:)

aDisH.sHidA said...

sebak lak akak membaca tapi dlm sebak tu sempat g senyum bila part awin nangis tu...kasih seorang ibu kan

Kira Sakura said...

hihihihihihi kannnnn nak berpisah sekejap dengan ank pun dah susah hati. awin ada la jugak berpisah anto taska. kira ni nadh ajak pergi kedai tinggal anak sat pun kira takmau. kecuali kalau dia tido. itu pun kat cecepat ajak settlekan urusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...