Wednesday, 17 December 2014

JENG JENG JENG, HELLO DISEMBER 2014!

Assalamualaikum,
Amboi tudia sakan rehat sampai berhabuk blog. Bulan lepas 2 entry ja? Bulan ni dah nak masuk pertengahan bulan baru nak up satu entry? hahahaha nampak tak kebizian melanda. Kebizian ketiduran hahaha.

Salah satu sebab lama tak update blog ialah lappy rosak. Motherboard yang jahanam. Maklumlaa lappy zaman study dulu. Model lama, nak cari motherboard baru pun payah. Kena cari yang 2nd hand. Mana nak cari? Lowyat banyak la kan. So sekarang ni pinjam lappy husband jap. Hehehe. 

Sebab kedua ialah, tak sempat nak update. Maklumla sejak dah anak dua ni, si kakak pun sama naik aje ngn si adik. Adik tidur kakak menangis. Adik menangis kakak pulakkkk. Sabooo ajelah. Jangan silap haribulan aku pulak yang menangis hahahaha.

Nak ambik mood menaip bukan semudah dikata. Termenung lama baru ada idea nak menaip kalau betul2 kering idea. Macam sekarang ni. Lain aku nak cerita lain pulak aku menaip. Huhuhuhu.

Pasal anak2, 
Alhamdulillah semuanya baik belaka. Membesar dengan baik. Cuba banyak sangat benda baru yang aku dapat dari sumber yang boleh dipercayai berkaitan pemakanan anak-anak. Bila dah dapat ilmu baru, kena praktikkan la. Ada yang berjaya, ada yang tak. 

So baru aku paham, kenapa seseorang tu boleh jadi cerewet ya amat. Sebab fikirkan ttg anak2. Bila aku atau husband yang selsema or batuk, wajib pakai mask muka kat rumah. Poyo kan? Memang. Sebab aku ni jenis cepat berjangkit. Dan aku tak nak jangkit kt anak2 sama. Ni sekarang husband selsema. Dia pon kuarantinkan diri kat bilik tamu. Langsung tak nak anak2 datang dekat. 


Okey, mcm panjang sangat la pulak. Nanti la pulak sambung! Hahahaha.

Salam Sayang,

1 comment:

Kira Sakura said...

kan kalau pasal anak mesti kita jadi tersangatlah prihatin dan cerewet. sampai kalau orang kata kita over. nak aje kita kunyah org tu hahahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...