Assalamualaikum,
Tetiba mood menaip mai plak kan.
Hari ni ibu cuti. Saja sebab dah lama tak ambik cuti. Nak rilekskan diri. Tapi anak2 semua hantar school. Asalnya ayah pun nak cuti jugak. Alih2 pagi tadi bersiap jugak sebab katanya lupa hari ni ada hal. Hehehe.
Hari ni ibu nak layan feeling sorang2. Sepanjang tak berblog sebenarnya banyak benda sangat nak cerita, nak kongsi, nak luah. Banyak perkara berlaku. Tanpa diduga. Kadang2 rasa tak tertanggung sendiri. Tapi masa betul2 tak ada.
Stress!
Cuma nak pesan lah kat wanita2, perempuan2, hawa2, gadis2, adik2, kakak2, anak2 diluar sana.
Kalau betul nak bercinta, carilah yang betul2 korang sayang. Jangan cari pasal nak sakitkan hati orang lain. Jangan cari untuk menumpang senang. Jangan cari kerana harta. Jangan cari jalan mudah. Jangan cari jalan singkat. Jangan cari masalah.
Kadang2 rasa pelik jugak dengan budak2 zaman sekarang. Nak rasa seronok aje kejenye. Pikir nak enjoy aje. Nanti dah kawin ampa tau lah!
Tak pelah dah nama pun budak2, apa nak dikata.
Salam Sayang,
1 comment:
Salam.. Oooo dh keje patutlah sepi lama
Post a Comment