Monday, 9 July 2012

BUBUR JADI NASI, KASUT TAKDAK SIZE!!

Assalamualaikum...
Tadi after lunch tetiba suamiku sms katanya dia balik awal, demam. Bila tanya dah pi klinik ke belum, dia cakap belum. Haihhh... Pesen ape la pulak ni kan. Pemalaih ni kannn...

So balik2 tengok dia dah terlentang depan tv. Oh, tak sehat betul la tu. Then tetiba dia teringin nak makan nasi air katanya. Yang ada sup2 tu. Aku pun masakkan la. Tapi lupa lebihkan air. Bubur jadi nasi. Ingat nasi jadi bubur aje yang jahanam? Bubur jadi nasi pun jahanam jugak okey!!

Keluarlah aku ke kedai belikan makanan yang diidamkan. Sebab aku pun tak masak kan. Pas beli aku ke farmasi. Tup2 parking depan kedai kasut, sebelahnya farmasi. Ahhhh, singgah dulu... Tapi terrrrlama pulak. Sebab kasut tak dak saizz!! 

ini kasut banyak murah, jadi aku geram so nak beli jugak!!

See, size 7 nkooo... Yang ada size 5 ngan 7. Tapi yang 5 kecik sangat, 7 pulak longgar sikit. 6 habis... Tapi nak jugakkkkk....

So, si adik kedai tu suggest beli benda ni. Tampal kat belakang dalam kat tumit kasut tu... So, ketat la sikit kan. Takde lah kaki ke depan, kasut tertinggal kat belakang!! Hehehehe...

Then nak pi farmasi, alahmak, tutup pulakkkkk... Nasib baik ada lagi satu farmasi seberang jalan nun. So beli ubat demam sakit urat. Haihhhh, veteren sungguh! 

Balik2 tengok encik suami dah tertidur kelaparan. Kesiannn... 

Salam Sayang,

REZEKI YANG BELUM PASTI

Assalamualaikum...
Hari ni cuaca sejuk. Bestnya kalau tido tak payah datang kerja. Emmm... Tapi kena datang jugak. Dalam tengah duk buat kerja, tetiba dapat panggilan dari nombor yang tak dikenali. Bukan handphone punye nombor. Okey, dari Office A____ B____ cawangan Kuala Terengganu.

Dapat interview kerja. Alhamdulillah. Dapat interview pulak disaat2 badan rasa tak berapa nak sedap sangat ni. Hari Rabu ni. Jawatan emmmm.... Basic RM1900 + allowance RM300 per month. Tangga gaji yang agak superb rasanya. Mesti kerja pun kena superb jugak. Opkos situasi kerja kat sana strict ya amat macam yang aku tau la. T__T

Ekceli sangat hepi. Tapi tetiba rasa risau. If dapat, alhamdulillah. Rezeki aku... Errr barangkali rezeki 'dia'. Mungkin? Entah, tak pasti. Tapi if tak dapat, aku mesti kecewa. T___T. So, nak kecewa dulu ke, nak cube dulu. Mesti ada yang cakap, tak cube tak tau... So, kena cuba. 

Now, perasaan bercampur baur. Dua-dua berita baik yang aku sendiri pun ragu2 dan belum pasti. Mungkin satu akan menggembirakan, lagi satu akan mengecewakan. 

p/s : harap2 dua2 akan menggembirakan. Amin.

Salam Sayang,

Sunday, 8 July 2012

KAKAK BLOGGER PILIHANKU (2) KENANGA


Blogger Pilihanku,
Orangnya sekarang ni duk kat Johor. Bandar Tenggara. Eh, betul ke? Betul kot. Hehehehe... Nama dia Kak Ayu. Aku pernah cerita pasal dia kat ENTRY NI dlu. Dia ni, emmmm tak tau la aku nak cakap macam mana. Memang susah nak cari dalam dunia ni kot. Serius bukan bodek punya cakap.... Aku berikan namanya BUNGA KENANGA!


sangat harum baunya!!
kuning untuk persahabatan!!

Ombak Rindu.
Aku kenal dia dari musim yang lepas lagi. Gara-gara demam filem Ombak Rindu. Orang lain sibuk duk tengok filem, aku hegeh nak cari novel. Cari sana sini nak pinjam, kalau nak beli memang tak de jumpe la kan. So, dari situ lah aku kenali Kak Ayu. Dia sudi pinjamkan aku novel Ombak Rindu miliknya. Terharu!

Garang?
Ekceli, masa aku memulaaaaa kenal Kak Ayu, aku bajet dia ni garang! Kalau tak garang pun mungkin tegas, mungkin panas baran, mungkin seorang yang serius... Dan mungkin mungkin mungkin banyak kemungkinan yang negatif. Bukan negatif yang tak baik, tapi negatif lebih pada keperibadian yang tersebut tadi. Sehinggalah terungkainya ENTRY AKU YANG INI, maka baru lah ketika itu, saat itu aku tau kebenarannya bahawa apa yang aku fikir sebelum tu adalah SALAH samasekali.... KLIK SINI untuk tau kebenarannya...

Pandai Masak!
Cemburu, Kak Ayu sangat pandai masak. Apa yang dia buat semuanya menjadi. Dari segi lauk pauk, kek, yang tak sangka, 1st time dia buat Kek Karamel pun menjadi!! Yelah tangan yang duk pegang sudip kuali senduk tetiba buat Kek Karamel yang rumit tu, Arggghhh!!! Jelesnya. Lagi jeles bila lauk pauk yang dia buat sangat menyelerakan. Lauk2 yang kita selalu makan kat kedai. Yela kan, kat rumah takde la kita nak masak meriah macam tu, kalau kat kedai, sangat meriah la dalam pinggan kannn...

Bisneswomen.....
Ha yang ni aku tabik spring lah! Kak Ayu ni otak bisnes. I loikeeee.... Hehehehe, aku ni sangat suka berbisnes2 ni, cuma xde keupayaan nk buat. Lagi satu, tak tau nak mula dari mana. Kak Ayu ni dah la bukak kedai makan, bisnes buat kek marble, pizzaaaa.... Wuuuhuuuu... Bestnya Umai (anak pompuan dia) kat rumah, boleh makan banyak2. Kalau laaa aku ni jadi Umaiiii..... Fuhhhh....

Supporting!
Dan yang paling best ialah, Kak Ayu sangat2 supporting. Boleh angkat ibu jari lah! Toinggggggg~~ Tanya la sapa2 yang kenal Kak Ayu, mesti diorang pun cakap benda yang sama kan?? Cakap aje topik ape, semua dia bedal. Hahahaha. Memang high class... 


So, sangat bersyukur sebab dapat berkenalan dengan Kak Ayu. Semoga Kak Ayu terus sukses dan capai ape yang dia impikan. 


Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...