Monday, 10 December 2012

CHECK UP BULAN KE 6 TAK JADI

Assalamualaikum
Dah 2 malam tido sorang2. Dah 3 hari berkeseorangan. Rumate out station ke Kuantan. Esok baru dia balik. Bulan lepas checkup untuk 5 bulan, kena cucuk kancing gigi. Dan bulan ni untuk bulan ke 6 kena cucuk lagi la gamaknya. Selalunya kalau anak pertama kena cucuk 2 kali. Anak seterusnya sekali sahaja.

Sepatutnya memang checkup harini 10 November. Oleh kerana rumate tak ada so aku dah call minggu lepas mintak tangguh esoknya iaitu 11 November. Memula dia kata boleh. Tadi pagi dia call cakap kena datang hari ni jugak sebab esok doktor tak ada. Haihhh... Malas nak cakap banyak, pegi aje la.

Sayunya hati pegi checkup sorang2. Dua tiga hari ni sensitip sikit la. Teruk benor penangan mengandung ni. Dah sedaya upaya cuba mengentalkan hati. Tadi on da way ke klinik pun, dia mai sebak tiba2. Dekat 5 minit jugak la duk dalam keta nak kasi muka sememeh ni elok balik.

Masuk jumpa nurse, sembang2. Dia kata memang kali ni kena cucuk lagi sekali. Suntikan tu akan menyebabkan rasa lenguh2. Macam bulan lepas la, nak angkat bahu pun susah. Macam lumpuh sebelah tangan. Sakit pulak tu. So aku bagitau kat nurse yang aku datang drive sensorang. Lama jugak dia duk pikir2. Last2 dia kata datang 12 November! 

Suka dalam duka. Yang sukanya sebab dapat elak diri kena cucuk harini. Kembang kempis hati ni sebab harini xyah kena cucuk. Yang duka nya, esok2 memang kena jugak dan agak buang masa la bersiap2 sakan hari ni. Dah la jalan sibuk. Parking payah. Apepun, dah selamat sampai rumah. 

p/s : angin apa ntah, rumate call 2 kali aku tak angkat. tunggu kali ke 3 tapi xde pulak. pastu sebak tetiba rasa bersalah.... 

Salam Sayang,

3 comments:

suria lekatlekit said...

ni kalau asben akak call x angkat jgn trkejut tgk dia tiba2 muncul depan pintu. dia cpt risau..
Akak dulu check up tak penah lg sorang2.. sebenarnya nurse2 je yg byk bunyi.. setakat nk tukar date appointment takde hal. Biasa la kalau spitall gomen ni nurse mengalahkan Doktor dia punya kerek. Op's esok kena pi check up dak lala.. hahaha

Mrs. Abi said...

hahahhaa... kannn nurse je yang kerek ngalahkan doctor... hahaha ciannn lala.... esok lala kena suntik, lusa awin pulak....adohaiii hahaha

Hafiz Hafizol said...

oloo kesiannya dia ... Jgn sebak2 ok.. Ni sy dah komen nie.. Hahahaha =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...