Sunday, 16 December 2012

LILIN APA TAK ADA SUMBU?? JENG JENG JENG...

Assalamualaikum
Hari ni makan tengahari kami ikan panggang biasa dan ikan panggang kunyit serta sotong panggang. Cicah air asam, goreng sayur sikit dan sambal tempe. Kombinasi set makan tengahari yang agak lintang pukang. Hahahaha... Ada aku kesah?? Kebetulan sedara mara ada depa nak makan macam gitu, so okey aja la kan.

Yang kelakarnya, Ayah Wan aku tu ditugaskan untuk menyalakan bara api. Rumate a.k.a husben aku dah kasi dia lilin askar untuk memudahkan dia nyalakan api nak barakan arang. Ayah Wan pulak beriya2 kata dia pandai buat. So rumate dan yang lain2 buat kerja lain. Dalam 15 minit rumate pergi tengok Ayah Wan, dia masih duk sumbat2 surat khabar dekat tempat arang tu. 

"Kenapa tak guna lilin tu? Lagi senang nak nyala api..." Kata rumate

"Owh, dah tak boleh pakai lilin tu" Jawap Ayah Wan dengan inesennya....

"Tak boleh pakai kenapa? Aritu guna okey aje.." Sambil cek2 lilin

"Sumbu tak dak!" Sambil lap peluh...

Hadoiii keraih kami duk gelak tang tu jugak bila rumate cerita. Rumate pun cerita sambil tak tahan gelak. Kelakar sungguh Ayah Wan aku ni sorang. Sampai keluaq ayaq mata.

Errr korang tau dak lilin askar tu apa? Lilin askar tu lilin yang digunakan untuk masak. Selalunya askar2 bawak lilin tu masuk hutan untuk masak dalam hutan. Kalau siapa yang pergi BTN, atau kem, atau PLKN korang mesti tau pasal lilin tu. Lilin tu memang tak dak sumbu. Bakar aje then dia akan menyala.
Gini la rupa dia. Lilin tu petak aja. Yang besi tu kira macam tempat nak buh lilin dan atas tu buh la bekas nak masak dlm hutan. Tapi aku guna lilinnya sahaja untuk nak nyalakan arang.

Huuuu gitu la alkisahnyaaaa....

ikan panggang kami.. sotong xsempat nak snap!

ikan panggang buh kunyit. nanti dalam pantang makan mcm gini aje la dengan lada hitam with nasi panas2.

lilin askar yang Ayah Wan cari sumbu tak jumpa. hahahahaha

Mungkin ada yang tertanya2 mana nak dapatkan lilin askar ni. Aku pun tak pasti kat mana. Mungkin boleh dapatkan kat kedai2 hardware kot. Ntah. Hahahaha. Aku punya ni pun rumate punya lebih2 time dia pegi berkhemah. Dia suka aktiviti2 mcm gitu. Masuk hutan naik 4x4 penuh selut2. EEuuwwww...

Salam Sayang,

3 comments:

jerung said...

dedulu masa kecik2 suka2 hati je bakar mnde nih, nama pon dah lupa, >.< bese polis ade je natang nih,

Liyana Anuar said...

tau pasal ni..api dia besar kan?? tp bau dia tak sedap lah..huhu~

Kira Sakura said...

abg ipar kami tentera mmg senang la nk dpt lilin nie ihihihi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...