Monday, 24 December 2012

MENGIDAM NASI MANIS

Assalamualaikum
Dah lama tak update. Hari Jumaat hari tu pegi rewang rumah saudara. Jumaat tu kenduri anak perempuannya. Saja la tolong2 kan. Pegi pagi, petang tu baru balik. Tu pun jenuh nak kasi alasan nak balik. Ikutkan diorang tak kasi balik sebab malam tu akad nikah. Tapi tak selesa la, baju tak bawak, tak mandi.

Benda yang aku sangat suka buat kalau kenduri.
goodies bag! i loikeee!!!

Ni pulak pelaminnya. Cantik.

Esoknya pagi2 aku datang. Tapi balik awal sebab encik rumate nak solat Jumaat. Nak kena mandi2 dulu. Rumah aku dan rumah makcik ni agak jauh la jugak. Sebelum aku balik pengantin lelaki tak datang lagi. Pukul 3 lebih mcm tu baru diorang datang. Tapi aku dah balik.

Sebelum balik aku sebenarnya teringin nak rasa nasi manis. Tapi time tu semua orang tengah sibuk. Nasi manis pun diorang belum bawak keluar kasi jamu orang. Takkan aku pandai2 nak amik 2, 3 sudu. Then after Jumaat mintak encik rumate tolong bawak balik sikit untuk aku. Tapi sayangnya dia terlupa. 

So, kesimpulannya kat sini, aku mengidam Nasi Manis. Huwaaaa, dulu2 tak pernah pulak aku suka Nasi Manis ni. Sebab manis sangat. Ada depan mata pun buat 'dono' aje. Hadoiii.... 

Salam Sayang,

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...