Assalamualaikum,
Sejak berpantang ni, ingat nak stop online, stop berblog apa semua untuk tempoh 44 hari. Yelah kannn bizi nak bertungku, nak menyusu nak itu, nak ini... Tapi hampesss... Bosannnnn... Tak tau nak buat apa dah. So, meh aku nak share pengalaman bersalin sikit2.
Opsss!!! Untuk 18 Tahun Ke Atas Sahaja....
24 February 2013 (Ahad)
Pagi tu bangun, tengok kuar lendir kekuning-kuningan. Tak la banyak sangat. Tapi ade la. Lendir tu sbenarnya yang menutupi ruang rahim dikenali sebagai 'mucus plug'. Tapi bila mucus plug tu keluar, tak semestinya terus nak bersalin. Itu tanda2 waktu melahirkan semakin hampir. Lagipun due aku lagi 2 minggu.
So bila dah kuar mucus tu gelabah la jugak. Then call kawan mama, dia nurse. Dia kata rileks dulu. Nanti kalau sakit sangat or ketuban pecah baru pi hospital. Memandangkan aku tak rasa sakit pun, so rileks aje la. Lagipun dah banyak baca kat tenet kan. Sempat la malam tu aku pi jalan2 kat Giant. Hehehe.
25 February 2013 (Isnin)
Pagi tu aku mimpi menangis. Sampai sakit dada. Terus terjaga dan rasa sakit sikit kat perut. Pastu pi toilet tengok ade darah sakit dengan lendir. Pastu rasa nak terkencing. Sampai terpaksa pakai pad. Tapi bukan kencing. Tak tau air apa. Basah jugak la pad tu. Dia kuar sikit2 mcm kencing tak lawas. Bagitau mama lagi. Mama kata tanda2 nak bersalin la tu. Nanti dah sakit betul2 baru pi hospital. So memandangkan tak ade la sakit sangat, aku sempat updated blog. Entry HARI NI ATAU ESOK?
26 February 2013 (Selasa)
Masih tak sakit apa2. Juz keluar lendir dengan darah sikit2 dan air misteri tu masih terasa keluar sikit2. Nak kata air ketuban, selalunya ketuban kalau pecah mesti debushhh!!! sekaligus. Tapi ini sikit2. Tak berbau. Perut pun terasa menyusut sikit. Kepala baby memang dah turun kebawah dah. Nampak perut kebawah.
Tapi Encik Rumate tak puas hati, dia ajak aku pi klinik desa berhampiran suh cek tengok. So ikut aje la. Nurse tu kata kepala memang turun kebawah dh. Tunggu sakit or pecah ketuban terus pi hospital. So, aku tunggu lagi. Mama pulak call kawan dia nurse tu. Dan dia tanya doc dan doc suh datang spital check dulu. Sebab konpius air apa yang keluar sikit2. Takut ketuban kuar sikit2 nanti surut, bahaya jugak.
So, kemaskan la baju2 sebab kalau pi spital konpem la kena tahan wad. Nervous jugak la time ni. Siap2 sume terus pi spital. Dalam bilik check tu tunggu doc check kat sejam. Doc seluk check jalan, belum ada jalan. Doc lelaki nkooooo. Nak kata malu tu dah tak ada perasaan malu dah. Takot punye pasal kan. Seluk la nak seluk pun. Huhuhu. Sakit jugak la kena seluk. Pastu masuk plak bebudak praktikal. Huwaaaaa...
Then seperti yang dijangkakan, aku kena tahan wad sebab nak tunggu doc pakar. Time tu dah pukul 6.30 baru dapat wad. So masuk2 wad, nurse datang check jantung baby. Alhamdulillah semuanya ok. Kena tukar baju pink. Sebilik juz 2 orang. Selesa. Katil sebelah aku dah masuk labour room. Bila dah pukul 7, waktu melawat dah tamat. Semua pelawat kena balik. Tak boleh teman2.
Time ni aku ok je sengih2 sebab tak sakit pape pun. Lagipun bilik selesa dan ada nurse yang jaga aku. So rasa secure la kalau ada pape hal. Tapi tetiba bila aku nk salam ngan Encik Rumate, aku tengok mata dia merah. Terus aku pun jadi sebak sangat2. Menangis la weh!!! So terjadi la drama dalam bilik tu. Hahahaha. Tak sanggup nak cite. Malu. Hahaha.
Oleh kerana masuk wad lambat so, makan malam untuk aku tak ada. Encik Rumate kena datang la malam tu hantar mee goreng kicap basah. Demand tak aku? Hahaha. Pas makan2 nurse datang check jantung baby lagi. Semuanya ok. Dup dap dup dap!! Kuat dan sihat!!
27 February 2013 (Rabu)
Esok pagi2 tu doc datang check. Dan dia kata boleh balik sebab semuanya ok. Juz tunggu sakit or ketuban pecah baru datang hospital cepat2. Banyak jugak la dia bebel tapi aku excited nak bagitau Encik Rumate, so tak amik port sangat. Yang penting, tunggu sakit or ketuban pecah. Hehehehe... So balik la aku tengahari tu dengan happynya..
p/s : okey setakat ini dulu utk permulaan. Lepas 27/02/2013 masih tak rasa sakit. Start sakit pulak bila 1 March 2013. Itu next entry pulak. Panjang sangat dah ni.
Salam Sayang,
6 comments:
tak sabar nak baca sambungan seterusnya.... risau la nak beranak ni :v
sedar pon panjang
aku da berdebar2
cpt smbungggg....
macam lama sgt pulak sari 27 hb tue nak ke 1hb. padahal sari je yg tak sakitnya :p
kami yg berdebar2 baca nie. rajin sikit buat homework kat blog nie ye awin. nk baca hehehehe
Syaa tak kawen lgy sis tapi boley tambah ilmu , heee :D
Baby akak name syasya ? Waow ! Name same laaa :) Comel mcm syaa nnty taw , kih3
hee sila sambung cepat! *tunggu*
Post a Comment