Thursday 15 May 2014

MENU 3 (POTATO PANCAKE)

Assalamualaikum,

Lagi nak share menu breakfast simple untuk anak-anak berumur 9 bulan keatas since dah tumbuh gigi or dah pandai kunyah ye. Kadang- kadang pagi2 anak tak mau telan heavy food. Kita pun malas jugak nak pikir nak masak apa untuk anak- anak.

So langkah mudah siapkan malam sebelum esoknya. Buat stock dalam peti ais so senang pagi- pagi boleh cedok buh dalam pan aje. Sambil tido pun anak boleh kenyang. Hehehe

MENU 3 ( POTATO PANCAKE)


Bahan :
~ 2 biji kentang sederhana besar (rebus empuk kemudian potong dadu)
~ 2 cawan tepung gandum
~ 1 sudu kecik baking powder
~ 2 cawan susu segar
~ 1 sudu mentega dicairkan
~ 1 biji telur (asingkan putih dan kuning)
~ 2 sudu gula
~ secubit garam


Caranya : 

1. Campurkan tepung, baking powder, mentega cair, gula, kuning telur, garam, dan susu. Kacau rata.

2. Putih telur pukul dengan sudu hingga kembang (berbuih warna putih) kemudian masukkan dalam adunan tepung dan gaul rata.

3. Campurkan kentang yang dipotong dadu.

4. Boleh masak guna non sticky pan :)

p/s : entry autopublish

Salam Sayang,

Tuesday 13 May 2014

MENU 4 (MEE SUAH)

Assalamualaikum,

Lagi menu untuk anak-anak. Sharing is caring kan? Buntu bila pikirkan menu untuk anak. Nak-nak bila anak makan ikut mood. Jenuh duk google resepi nak pelbagaikan menu. Betul tak?

Okey menu kali ni simple dan senang sangat. Mee Suah!!


Bahannya ialah :
~ Sebiji bawang merah sebesar ibu jari kaki
~ Seulas bawang putih
~ Unsalted Butter (boleh guna minyak zaitun atau minyak biasa)
~ Beberapa helai sayuran (saya guna bayam dan carrot)
~ Ayam/ Chicken Ball/ Fish Cake or sebagainya

Caranya :
~ Tumis bawang hingga naik bau menggunakan unsalted butter/minyak.
~ Masukkan ayam/ chicken ball/ fishcake hingga separuh masak
~ Masukkan air dalam 3 cawan
~ Masukkan carrot (masukkan awal coz carrot keras)
~ Bila dah mendidih baru masukkan mee suah.
~ Kemudian masukkan bayam dan perasakan.

** Mee suah selalunya saya tak masukkan sekali sebab takut kembang sangat nak tunggu time makan Aisyah. So saya asingkan dulu. Bila nak makan baru panaskan balik kuah tu dan masukkan mee suah.

Salam Sayang,

Sunday 11 May 2014

SELAMAT HARI IBU

Assalamualaikum,

Mood membebel sudah mari hihihi... Alhamdulillah semasa menaip entry ni 11 Mei 2014 sempena Hari Ibu, kandungan dah masuk minggu ke 25. So far semuanya dalam keadaan baik. Alhamdulillah. 

Sekarang ayahnya sibuk nak cari nama. Hari ni nama lain, esok tiba2 panggil nama lain pulak. Haiiih ayah. Ayah pun dah kurang keluar malam-malam. Kalau tak dalam seminggu tu selang sehari keluar pi main futsal lah, badminton lah. Tak pe Yah, kalau ayah gendut pun ibu sayang jugak :)

Perkembangan pasal Kak Long Ecah pulak, sejak dapat kaki memang tak reti duk diam. Mulut pun hamboi bukan main lagi. Kadang2 ibu dengan ayah saling berpandangan bila tengok Ecah buat/cakap apa yang kami tak jangka. Cepatnya kamu membesar wahai anak. Ecah boleh dikategorikan sebagai 'nakal'. Keletah dia nak marah pun jadi gelak. Sayang Ecah!

Pasal Ibu pulak, nothing. Cuma gembira sangat-sangat. Syukur! Macam mana kita sayangkan anak, macam tu lah ibu kita sayangkan kita. Love u mama! Love u so much... Happy Mother's Day!

Salam Sayang,

Wednesday 7 May 2014

MENU 2 (KUEWTIAW HAILAM)

Assalamualaikum,

Entry autopost.

Malas nak mengadap lappy lama- lama. Kalau tunggu mengadap baru nak update maknanya sebulan sekali laaaaaa..

MENU 2 ( Kuewtiaw Hailam)


Bahan :
~ Kuewtiaw 1/2 bungkus (rendam buang minyak2)
~ 4 ulas bawang putih (cincang)
~ 2 keping halia
~ 1/2 bijik bawang besar (mayang)
~ Kicap secukupnya
~ 2 sudu sos tiram
~ 2 sudu tepung jagung
~ Sayuran ( sawi, kobis, babycorn, carrot, dan sebagainya)
~ Ayam, fishball, chicken ball dan sebagainya

Caranya :
1. Panaskan minyak 2 sudu then tumiskan 2 ulas bawang putih cicang. Terus masukkan kuewtiaw. Kemudian masukkan kicap 3 sudu. Kacau hingga warna sekata. Angkat dan ketepikan.

2. Untuk kuahnya, tumis 2 ulas bawang putih, bawang besar, halia. Kemudian masukkan ayam.

3. Bila ayam setengah masak, masukkan sos tiram dan seterusnya air mengikut jumlah kuah yang diingini, dan tambah kicap masin dan manis hingga kuah jadi hitam. Hehehehehe...

4. Perasakan dengan garam dan masukkan sayuran dan akhir sekali bancuh tepung jagung untuk pekatkan kuah. 

Gitu aje la Kuewtiaw Hailam aku punya resepi yang simple. Tak pedas sebab untuk kanak-kanak setahun makan. If nak pedas boleh tambah cili api atau sambal kicap atau sebaginya. 

Memang dibuat simple resepi mudah dan cepat untuk mempelbagaikan makanan santapan anak.

p/s : kuewtiaw boleh gantikan dengan bihun dan sebagainya

Salam sayang,

Friday 2 May 2014

MENU 1 (WEDGES HOMEMADE)

Assalamualaikum,
Dah masuk bulan Mei.. Diam tak diam baby pun dah nak masuk 6 bulan. Alhamdulillah doc scan katanya baby hero pulak kali ni. Aisyah pun dah masuk setahun 2 bulan. Gigi baru 7 batang, mulutnya banyak, kaki pun baru 'dapat'. Mengejar aje lah ayahnya. 

Bila dah aktif berjalan ni, makan pulak tak nak. Yang dia nak makan juz benda yang dia boleh pegang. Tak suka disuap. Berpeluh kita buatkan makanan tapi semulut dua aje yang dia mahu. Yang lain semua ke mulut ibunya. Hehehe.

So, alternatif kena cari untuk kenyangkan perut anak. Ada la jugak beberapa resepi yang google dan derhaka sikit- sikit mengikut keperluan dan bahan-bahan yang ada kat dapur. 

Mungkin ramai ibubapa yang mengalami masalah yang sama. So boleh lah share resepi- resepi yang mudah untuk tarik perhatian anak makan. 

MENU 1 (WEDGES HOMEMADE)


Bahan :
~ 2-3 biji kentang sederhana besar (ikut suka)
~ 1 sudu besar tepung gandum
~ 2-3 sudu besar tepung jagung
~ secubit garam
~ secubit serbuk lada hitam (optional)
~ secubit serbuk kunyit (optional)

Caranya :
1. Semua bahan tadi di gaul sebati kecuali kentang.
2. Kupas kentang dan potong wedges (6 potong)
3. Salutkan kentang dengan tepung tadi rata2.
4. Kelembapan kentang akan membuatkan tepung melekat padanya.
5. Letak dalam bekas dan sejukbekukan 1jam- 2jam
6. Goreng hingga keemasan.

p/s : wedges ni Aisyah suka sebab dia boleh pegang. Slalu makan kat KFC tapi rasanya masin dan pedas sikit so Aisyah tak suka. 

p/s : if ada cheese powder boleh la taruk skali :)

Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...