Showing posts with label af2013. Show all posts
Showing posts with label af2013. Show all posts

Monday, 18 November 2013

FAIZUL AF 2013 - SEPASANG SAYAP LIRIK

Assalamualaikum,
Single Faizul (Juara Akademi Fantasia 2013)
FAIZUL – SEPASANG SAYAP

Bagiku satu masa
Untukku berkata
Bagiku seribu masa
Untuk bicara

Tak pernah sama maksud
Atau ketika
Kerna sungguh aku mengerti

Dibelai angin menutup kalbu
Hijab ditutup tanda setuju

(Chorus)
Terbanglah…dengan sepasang sayap
Kan ku bawa hingga akhir…angkasa

Terbanglah…..kan ku pegang erat
Hatimu yang telah jadi milikku…selamanya

Bagiku satu masa
Untukku berkata
Bagiku seribu masa
Untuk bicara

Tak pernah sama maksud
Atau ketika
Kerna sungguh aku mengerti

Terimalah aku yakini aku
Sungguh pun aku ular berbisa

(Ulang chorus 2x)
Terbanglah…dengan sepasang sayap
Kan ku bawa hingga akhir…angkasa

Terbanglah…..kan ku pegang erat
Hatimu yang telah jadi milikku…selamanya

Terbanglah…..dengan sepasang sayap.. (2x)

Salam Sayang,

FAIZUL JUARA AKADEMI FANTASIA 2013

Assalamualaikum,
Wahh, hebat sungguh persaingan Akademi Fantasia. Pada mulanya malas nak layan. Tapi bila makin lama makin kurang pesertanya makin teruja pulak. Peberet aku adalah Nabila, Faizul dan Aisyah. Dan aku layan Akademi Fantasia pun sebab adanya Nabila.

Tahniah buat Faizul, JUARA AKADEMI FANTASIA 2013!! Memang anda layak sebenarnya. Naib Juara Azhael. Ketiga Amira, Keempat Indah, Kelima Nabila dan keenam Aisyah... 

Kedudukan Juara Akademi Fantasia 2013 :
1. Faizul
2. Azhael
3. Amira
4. Indah
5. Nabila
6. Aisyah

Jangkaan peribadi (peberet):
1. Nabila/Faizul
2. Faizul/Nabila
3. Aisyah
4. Amira
5. Indah
6. Azhael

Jangkaan yang sepatutnya (performance):
1. Indah 
2. Faizul
3. Aisyah
4. Amira
5. Azhael
6. Nabila

TAHNIAH UNTUK FAIZUL, NABILA DAN AISYAH... hehehee tahniah untuk peberet ajeee.... tata!!

Salam Sayang,

Thursday, 14 November 2013

AMIRA AF 2013

Assalamualaikum,
Okey mari kita review lagi pasal bintang Akademi Fantasia 2013, #af2013 ni. Sekali sekala perasan nak jadi juri kan. Hehehehe. Nabila dan kritik, Indah pun dah. Kali ni Amira pulak.

Sekali lagi diingatkan, semua kritikan sama ada positif atau negatif hanya pendapat aku secara peribadi. Fanatik2 bintang AF sila bersikap rasional. 
Amira.
Pun cantik. Semua bintang2 AF ni cantik2 lah! huhuhu. Suaranya sedap. Tapi kena bersesuaian dengan lagu. Kalau lagu yang kena guna suara rendah, Amira tak boleh. Kena lagu yang lantang2 baru suara dia jelas kedengaran. Yang aku peliknya, time dia nyanyi lagu Ya Maulai tu, cikgu2 dia tak perasan ke yang lagu tu langsung TAK SESUAI dengan Amira???

Amira pulak, itu memang suara dia ke? Macam dibuat2 aje suara tu. Kedengaran macam terlalu 'dalam'. Kalau Amira boleh control sikit 'kesopranoan' suara dia tu ok kot. Lagu nasyid sesuai la ngan Amira. Hehehehe. 

Tapi time Amira nyanyi lagu rock baru2 ni,apa ntah lagunya, yang artis jemputan si Mus May tu. Haaaa time tu best!! Sebab dia keluarkan semua suaranya. Tapi Amira bukan peberet aku. Hehehe. 

Apapun, gudluck for Amira. Bakal pengganti Waheeda Wassini aku rasa :p

Salam Sayang,

FAIZUL AF 2013

Assalamualaikum,
Okey, bintang Akademi Fantasia 2013 yang seterusnya iaitu Faizul. Bukan nak cerita pasal biodata, tapi pendapat peribadi aku mengenai bintang2 realiti TV tersebut. 

Fanatik2 fans sila bersikap profesional. Jangan cepat melatah dan jangan cepat melenting. AF je kotttt. Now giliran Faizul bha. 

Faizul,
Nampak baik je budaknya. Hehehehe. Skema, agak lurus. Paling kesian time dia nyanyi lagu apa ntah yang Roslan Aziz kutuk dia pakai baju tak lawa, buruk. Next weeknya terus smart tapi kena komen pasal nyanyian pulak, kalau tak silap dia tiru Anuar Zain. Next weeknya lagi pun kena komen, Sharifah Amani suh dia enjoy maybe bawak gitar ke. Next weeknya baru nampak perkembangan Faizul dengan pesatnya sampai sekarang. 

Faizul sesuai untuk nyanyi band. Sebab tu dia punya suara sesuai dengan lagu2 Indonesia. Lagu2 indon semuanya mendatar. Tapi time dia nyanyi lagi Once tu, memang gempak giler!!! Terbaek!! Dan duet dia dengan Adira. Lagi best dari penyanyi asal. Serius!

Faizul salah seorang peberet aku. Sebab bakat dia kadang2 dia tunjuk secara mengejut. Haaaa gitu... Supriseeeee!!! Hehehe. Tapi aku rasa Faizul bakal jadi macam Aizat. Insyallah. Gudluck Faizul...


Salam Sayang,

Wednesday, 13 November 2013

INDAH AF 2013

Assalamualaikum,
Review lagi tentang peserta realiti tv Akademi Fantasia 2013. #af2013. Sebelum ni dah review tentang Nabila. Kali ni turn sapa pulak? Haaaaa, kita gosip pasal INDAH.

INDAH...
Unik betul nama dia. Indah ni dari segi nyanyi memang power! Kalau dia dinobatkan sebagai juara AF2013 dia memang layak dan memang tak disangkal2 lagi. Memang orang akan angguk kepala setuju. Tapi sayangnya undian dia tak seberapa. Kenapa ye?? Itu yang aku pelik. Kiranya dalam banyak2 peserta af2013 ni, Indah yang paling layak bergelar juara sebenarnya pada pendapat aku la...

Tapi, haaaa ada tapi laaa... Tapi pada pendapat aku, Indah OVER. Ibaratkan dia orang kaya, dan suka menunjuk2 segala harta yang dia ada dan sangat berbangga dengan apa yang dia ada. Gituuuuu... Indah nampak sombong. Itu pada pandangan luaran mata kasar aku. Aku belum jumpa dia lagi, so aku tak kenal hati budi dia. Bak kata pepatah "don't judge a book by its cover" rite? 

Tapi, haaa tapi lagi. Tapi ada pepatah jugak kata, dari mata turun ke hati kan. So aku rasa, sebab luaran dia nampak sombong tu la yang menyebabkan orang tak berapa nak undi dia. Orang lebih nak undi Nabila. Sebab Nabila nampak lebih humble.

Ekceli aku pun tak tau nak kata pasal Indah. Persembahan dia memang nampak over. Nampak macam terlalu yakin. Kalau dia bergandingan dengan Jaclyn Victor pun aku rasa dia lagi over dari Jack. So itu semua buat orang macam "poyoooooo la dia ni..." atau "bajet gud2 je..." walaupun Indah memang GUD!!

Apapun gudluck jugak buat Indah. Suara Indah memang power!! Best!! Indah memang layak masuk final dan memang layak untuk Juara. Tapi Nabila pun kemungkinan boleh jadi juara... Sape tahu kan?

Salam Sayang,

Tuesday, 12 November 2013

AISYAH AF 2013

Assalamualaikum,
Alololo tomei2. Aku rasa aku baru aje bersalinkan si Aisyah ni bulan Mac 2013. Tup2 bulan November 2013 dia masuk AF. Hahahaha. Okey, joke mengarut. Motif nak review Aisyah AF 2013. Kebetulan sama nama dengan my daughter. Hehehe. 

Okey Ecah, 
Aisyah.
Tinggi orangnye ye. Aisyah ni aku tengok macam gedik2 jugak orangnya. Style selamba gitu. Pantang dengar muzik, nak joget2 pulak. Tengok time la kan. Tapi apa yang bestnya Aisyah ni, tone suara dia. Unik. Kalau nyanyi lagu Yuna 'Terukir Dibintang' konpem best. 

Tone Aisyah dia macam pelik sikit. Dia nyanyi lagu orang lain pun dia boleh edit jadi macam lagu dia pulak. Lagu yang rock pun boleh jadi klasik. Hahaha. Haaa!! suaranya klasik! Aku rasa lagu2 rancak tak sesuai kot dengan Aisyah. Lagu2 slow baru boleh dengan alunan toone dia yang pelik tu.

Aisyah salah satu peberet aku jugak. Gudluck Aisyah!!

p/s : sakit perut gelak tgk videoklip single Aisyah yang last dia mati kena tikam tu. perlu ke bila mati kena berdrama camtu. hahahaha. bila mati je kena hempas badan. adoyaiii... 

p/s : lagi satu drama yang Aliff Aziz (abang) mengamuk tu. Weiii drama sangat lah! Mula2 tengok pun dah tau propaaaa je semua tu. Kalau ye pun, tak yah la drama melayu sangattttt...

Salam Sayang,

NABILA AF 2013

Assalamualaikum,
Reality TV, AKADEMI FANTASIA 2013 dah masuk peringkat separuh akhir. Tak lama lagi final. So sekarang ada 5 pelajar yang layak ke peringkat final dan mungkin akan masuk balik salah seorang peserta yang tersingkir sebelum ni yang akan diundi balik.

Bila dah masuk separuh akhir, teringin la jugak nak mengomen macam juri2 tu kan. Hehehehe. Walaupun aku ni bukan la mahir bab2 suara ni, tapi masing2 ada hak untuk memberi pendapat. Kalau hanya yang pro je boleh komen, suh depa aja la yang undi! Kannnn... So nak komen sorang2... Nabila dulu...

Pada pendapat peribadi aku la kannn...

Nabila...

Muka boleh tahan, sekali pandang macam Rina Salleh pun ade. Nabila ni boleh nyanyi tapi tak pandai control suara. Main nyanyiiiii ikut suka hati dia je. Tak kisah la suara mcm chipmunk ke, chip n dale ke, tapi masalahnya dia tak pandai control. Siti Nurhaliza dulu2 zaman lagu 'betapa kucinta padamuuuu...' lebih kurang gitu la jugak suaranya. Tapi Siti pandai control. Sekarang makin lama, dh pandai control suara dah lunak, tak nyaring mcm dolu2 kannn... 

Tapi, Nabila adalah antara peberet aku. Serius. Walaupun dia nyanyi ntah ape2 tapi bila turn dia, aku mesti nak tengok! Boleh katakan aku layan AF ni pun sebab Nabila. Pas Nabila habis nyanyi bru la aku buat keje lain. Tapi apa yang bagusnya Nabila ni, dia nampak rileks sangat! Senyum aje. Cool. Muka tak bersalah. Tapi dalam hati tak siapa yang tahu kannn... Itu menunjukkan dia seorang yang kuat! Memang ramai aku rasa yang mengutuk Nabila, tapi yang mengutuk tu tak mungkin sekuat Nabila. Walaupun dia tahu dia nyanyi mcm mana pun kena kutuk kaw2 tapi dia tetap senyum rileks, tetap buat persembahan sungguh2. Itu yang aku respect la. 

Apa pun Nabila kena banyak sangat baiki cara nk kawal suara dia. Kalau tak, if dia dinobatkan sebagai juara, memang ramai yang tak puas hati. Dia jugak yang akan kena kutuk. Kesian. Belum jadi artis dah kontroversi. Dan sebenarnya aku tau juri2 pun tak setuju Nabila boleh masuk ke final. Tapi nak buat macam mana kan? 

Apapun, gudluck for Nabila. Be strong! 

Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...