Showing posts with label petua sihat. Show all posts
Showing posts with label petua sihat. Show all posts

Saturday, 23 August 2014

PETUA MENGURANGKAN BENGKAK SUSU

Assalamualaikum,
Petang semalam ter'skip' pam susu untuk baby Harris. Gara-gara semua peralatan pam tengah steril so after that buat benda lain jugak yelah anak aku bukan sorang dah sekarang ni. So buat-buat lupa aje lah nak pam.

Alih2 rasa senak dan malamnya bengkak. Ohhh tidakkk... Serik dah bengkak susu tahun lepas masa berpantang Aisyah. Menggigil macam nak demam. Sebelum melarat terus teringat petua orang bagi untuk mengurangkan bengkak susu. Alhamdulillah sangat mujarab. Susu yang bengkak pun keluar siap boleh simpan lagi untuk stock Harris.

Ada 2 petua untuk ibu yang bengkak susu.

Cara pertama menggunakan daun kobis. 
Caranya amik sekelopak daun kobis yang melengkung tu, then amik lesung, ketuk disetiap permukaan kasi lembut sikit, then lekapkan pada breast. And Insyallah bengkak susu akan hilang. Tapi petua ni orang kata kurang mujarab bagi sesetengah orang. Sebab cara ni akan membuatkan susu kat dalam kering.

Cara kedua menggunakan ais
Ambil ais, balut dengan kain lampin or apa2 kain, tuam  pada keliling breast dan pada tempat bengkak. Insyallah, susu akan memancut keluar. Dan jangan lupa untuk standby botol. Membazir pulak if buang begitu aje. Aku menggunakan cara ais ni. Alhamdulillah sangat berkesan. Bengkak pun hilang, susu pun tak membazir.

Selamat mencuba ye!

Salam Sayang,

Wednesday, 20 August 2014

PETAI OH PETAI

Assalamualaikum


Petai?? Salah satu feveret dari dulu hingga kini. Start makan dulu petai jeruk. Tapi baunya memang ohsem laa.. Nak nak if petai jeruk tu dah lebih dari seminggu kan. Bukak penutup bekas, je satu rumah boleh bau!! Tapi sangat sedap, sesuap nasi boleh buh sebiji petai tau... 

Sambal ikan bilis buh petai pun sodapp. Tapi petai tu buh time last-last. Kalau buh awal sangat nanti sambal tu jadi pahit. Bila buh last petai pun rangup lagi, sambal pun tak pahit sangat. 

Ha, sebenarnya nak cerita pasal kebaikan dan khasiat petai yang kita tak tahu lagi. Kawan En. Rumate cerita, yang anak dia sakit buah pinggang. Dah seminggu lebih admit ward. Tak boleh balik lagi sebab doc cakap kencing kotor. Then, ada orang bagitau dia, kalau tak nak kencing kotor makan petai.

Then dia bawak petai kasi anak dia makan. Buat ulam la kan bukan ratah. Alhamdulillah, lusa tu anak dia dah boleh balik dari hospital. Haaa, boleh la try if sesiapa nak petua kencing kotor. Lagi satu petua if kencing kotor ialah, jangan makan telor. Telor ayam ke telor itik ke, jangan makan dalam tempoh tu. Selalunya ibu-ibu mengandung la. Kena check urine kan. 

Yang aku perasan, bila aku makan petai, mesti kuat berak. Perut pun 'bergelora' macam nak membuang. Tapi okey lah, at least melawaskan sistem perkumuhan kan? Hahahaha... 

p/s : i love petaiii... sib baik tengah pantang. kalau takkk... hurmmm...

Salam Sayang,

Monday, 2 December 2013

MERAWAT RUAM PADA KULIT BAYI

Assalamualaikum,
Aisyah anakku sayang aritu naik ruam pada muka dan badan selepas baik dari demam. Risau jugak kalau-kalau kena demam campak. Tapi doc kata, kadang2 ada jugak bayi yang akan naik merah2 selepas baik demam. Kata Kak Lydia mungkin panas ubat. Betul juga tu.

Then doc kasi calamine lotion untuk sapu dan ubat alergic. Hari ni merah2 ruam tu dah tak ada kat badan dan muka Aisyah. Alhamdulillah. Lega sangat. Kiera ada tanya macam mana buat, anak teruna dia Uwais pun naik ruam. So aku suggest dia try calamine lotion...

Ini Drapolene Cream. Untuk ruam juga tapi khas untuk nappy rush. Ruam lampin. Maksudnya untuk ruam kat punggung dan celah-celah kelangkang. 

Ini Calamine Lotion. Macam air aje. Sapu selepas mandi. Ini sesuai untuk ruam kat badan dan muka. Sebab dia terus menyerap dan bukan macam cream. 

Dan lagi petua traditional yang aku dapat ialah dengan menggunakan tepung ubi. Bancuh dengan air dan sapu dekat ruam. Lagi bagus sebab tak ada bahan kimia kan. Insyallah boleh guna kalau keadaan terdesak. Tapi dapatkan nasihat doktor kalau semakin teruk.

Salam Sayang,

Tuesday, 10 September 2013

MENGHILANGKAN KESAN MERAH GIGITAN PADA KULIT

Assalamualaikum
Okey petua terbaek yang aku dapat hari ni. Sesuai untuk semua golongan. Cara untuk mengurangkan kesan merah pada badan.... Haaaa...

Khususnya untuk bayi, kanak2 dan sebagainya. Sekiranya anak2 terkena gigitan nyamuk, atau kena gigit oleh kanak2 lain, atau lebam atau orang dewasa yang kena gigit oleh orang dewasa yang lain, ehem2 hahahaha dan ape2 la yang menyebabkan kulit mereka merah gitu... Haaa caranya mudah sahaja...

Sapukan cologne pada tempat tersebut. Cologne tu apa? Cologne ni macam pewangi untuk bayi. Dia mcm sejuk gitu dan cepat kering... Sapukan macam biasa Insyallah boleh hilang dalam masa beberapa jam. 

p/s : boleh apply untuk gigit nyamuk yg merah tu, lebam merah, lovebites dan sebagainya. JANGAN SAPU KAT LUKA yeeee....

Salam Sayang,

Tuesday, 9 July 2013

BEKALAN SUSU UNTUK AISYAH

Assalamualaikum
Nur Aisyah Humairah dah 4 bulan 6 hari. Alhamdulillah setakat ni fully breastfeed (BF). Siang aku ajar dia guna botol. Malam2 aje baru direct. Bukan ape, susu banyak, kalau tak pam sakit. So hari2 kena pam. Nak tak nak kena kasi botol jugak la. Lagipun boleh ajar dia tak melekat kat aku aje kan...

Sehari aku pam 3 kali paling kurang. Pagi, tengahari dan malam. Tapi kalau rasa rajin, pam aje la tak kira waktu. Sekali pam dapat maksimum 3 botol. Sebotol tu 5 oz. 5 oz tu lebih kurang 140 ml. Paling kurang sehari dapat kumpul 9 botol, bersamaan 1260 ml. Syukur sangat. Rezeki Aisyah.

Dalam freezer pun dah penuh dengan stok susu Aisyah. Kalau boleh nak BF Aisyah sampai 2 tahun. Susu alhamdulillah setakat ni banyak. Bra pun dah kena tukar cup. Opssss hahahaha. Rahsianya?? Hehehe.... Banyak minum air, dan aku makan produk SHAKLEE... Alfalfa Complex dan ESP. Alhamdulillah setakat ni memuaskan hati.

stock susu Aisyah.Ini baru sini, yang kat wings peti ais ni ada lagi berderet. 

p/s : petua bagi ibu2 bersalin yang bengkak susu, sakit kan? Petua nak hilangkan sakit, tuam breast dengan ais. Balut ais dengan kain dan tuam... Time tu susu yang bertakung dalam tu akan keluar. So tadah la. Tak baik membazir. Hehehe...

p/s : ada petua cakap amik kobis ketuk2 kasi lembik dan tekap kat breast, pun boleh cuma, kalau amalkan petua tu, susu kat dalam tu nanti jadi kering. Itu petua mertua aku kasi la. Better tuam dengan ais ok??

09 Julai 2013 : 04.37pm

Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...