Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

Thursday, 24 July 2014

MELAYU KITA. AKU KECEWA

Assalamualaikum,
Semalam aku ajak En. Suami jalan ke bazar. Kemudian kami singgah di kedai perabot area berdekatan dengan rumah kami. Katanya kedai Bumiputera. Untuk menyokong barangan kaum Melayu la katakan, kami singgah nak survey tilam. 

Yelah, mama, abah, adik Is dan beberapa lagi adik beradik tiri aku nak balik beraya dengan aku kat sini. Jadi mestilah aku kena lengkapkan keperluan yang sepatutnya. Lagipun memang kami nak lengkapkan memandangkan kami baru pindah kan. 

So, langkah masuk, dalam pukul 5 petang. Terintai-intai kami mana pekerjanya. Ada 3-4 orang kat luar tapi sibuk balut perabot nak hantar. Kemudian datang seorang salesgirl cantik bertudung. Then aku terus tanya pasal tilam. Katanya ada tapi dalam. Then dia terus ajak aku ke sana melalui celah-celah barangan perabot yang agak sempit. 

Mengeluh aku nak melangkah. Bayangkanlah perut yang memboyot ni aku nak lalu tempat sempit. Aku mampu tengok aja budak tu jalan laju-laju ke belakang. Then En. Rumate cakap lalu ikut lain. Aku stop, berundur then lalu ikut depan. 

Memang ada banyak tilam. En. Suami yang banyak tanya yang ni harga berapa? Yang tu berapa? Apa beza duanya? Sana pulak berapa? Jenama apa? Yang salesgirl tu pulak asyik jerit-jerit tanya salesman yang duk jauh dari kami. 5 kali tanya, 5 kali dia jerit tanya. Bila tanya berapa dapat paling kurang? Dia cakap kena tanya tokey. Tokey pulak, duk main handphone kat meja boss beberapa  meter dari kami. Langsung tak menoleh.

Then En. Rumate cakap, takpa lah. Nanti kami datang lagi kalau jadi. Kemudian kami teruskan ke area Bulatan Ladang Kuala Terengganu. Kedai tu Cina punya. Aku baru masuk kedai terus apek tu datang senyum2 tanya mau cari apa? Siap tegur anak aku Ecah makan roti tak puasa...

Bila cakap nak cari tilam, terus bawak aku area tilam. Siap cakap, "u lalu sana aa, sini jalan sempit" dalam hati aku terdetik cara layanan kat kedai sebelumnya tadi. Berbeza sungguh!! Bila sampai kat tilam banyak2 tanpa tanya apa-apa terus dia tunjuk satu per satu, yang ini harga berapa, kelebihan dia macam mana, yang 2nd berapa, 3rd berapa, kelebihan apa, beza dia. Siap tanya bajet aku nak berapa. Dan suggestkan aku yang mana... Details!

See!!! Nampak tak?? Terus aku konpem beli kat situ walaupun harganya mahal sikit dari tilam kat kedai tadi. Lagipun brandnya lagi bagus. Time nak bayar deposit, nak lukis peta, tokey sendiri tulis resit. Bodek2 dapat lah free gift bantal peluk sebijik lagi. Sepatutnya bantal tidur aje 2 bijik. 

Aku bukanlah racist. Memang kalau boleh aku nak sokong barang dari Bumiputera. Gerigi besi kat rumah pun kami tempah dengan bumiputera. Sebab nak support punya pasal. Nak-nak asben aku memang memberi keutamaan kepada bumiputera sebab company dia kerja pun salah satu company engineering bumiputera dan company dia mengutamakan supplier bumiputera berbanding yang lain. 

Bila jadi macam ni, aku mengeluh jugak lah. 

Patutlah kaum kita susah nak maju. Susah nak maju kalau macam ni lah sikap kita. Jauh beza. Sangat jauh!!! 

Kecewa betul.


Salam Sayang,

Friday, 4 April 2014

YANG DIKEJAR DAH DAPAT, YANG DIKENDONG TAK TERCICIR

Assalamualaikum,
Uihhh gila lama tak menaip ni... Ehem2 tiba2 rasa malu pulak. Ni pun up entry sebab ada seorang kakak sayang ni viber mintak update, kalau tak memang berhabuk lagi la jawapnya. Katanya nak tau cerita, huhuhuhu... Yelah2 meh kita main cerita-cerita.

Usia kandungan sekarang
Now baby dah masuk 20 minggu.Means 5 bulan. Nanti hari Isnin baru nak gi checkup. Nak scan jugak. Hope dia tak malu2 macam kakak dia sebelum ni. Sampai ke sudah tak tau jantina. Nak shopping barang baby pun keliru nak pink ke biru? Tapi firasat sendiri nak ambik pink... Hehehe...

Perkembangan Aisyah
Sekarang bukan tak nak jenguk blog. Tapi masa tak mengizinkan. Since dah ada anak, dan anak nak membesar, my life changed completely. Aisyah masuk setahun sebulan, dia dah nampak syok nak bangun berjalan. Sebelum ni duk takut-takut lagi. So dia akan bangun tiba2 dan berjalan ikut sedap kaki dia. Terkejar-kejar pulak kita takut dia tersembam atas lantai. Nasib baik la 'yang dikejar dah dapat, yang dikendong tak tercicir' hehehe...

Perkembangan Ibu Aisyah
Masa mengandungkan Aisyah dulu rajin la jugak masuk dapur. Buat tu  buat ni, kadang-kadang masak bukan sebab nak makan sangat tapi sebab nak update blog. Sekarang?? Nak masak saja2 untuk blog??? Oiiii mintak maap la Cik Kiah oiii... Nak isi perut sendiri pun i mintak roomate belikan lauk okeyy... Tempat paling tak suka dalam rumah ni, DAPUR!! Entah apa la pelik bebenor kan? Huhuhu... 

Bibik masak pun bukan tak makan, tapi tak boleh telan. Tak lalu dek tekak ni ha. Adoilaaa apa pesen la pulak. Ada ke patut buat kuew tiaw goreng dia boleh buh lebihan ikan masak kicap semalam punya yang tak habis? Teringin jugak nak rasa duk syok suap semulut dua, nampak isi ikan... Haaa ambikkk, habis keluar balik. Kalau nasi goreng buh ikan, logik la jugak. Ini kuew tiaw, adoiii tak masukkk tak masukk...

Penutup
Okey, banyak lagi nak cerita tapi biarlah. Ekceli tiap kali mengadap blog, aku mesti terkenang2. Saat manis perkenalan aku dengan mereka. Rindu, memang selalu ada. Tapi kecewa, menguasai semuanya. 

Jumpa lagi bulan depan atau tahun depan! bye bye!!


Salam Sayang,

Monday, 27 January 2014

KEIKHLASAN

Assalamualaikum,
IKHLAS, 
Tak ada siapa yang boleh nilai sejauh mana keikhlasan yang ada pada seseorang. Hanya tuan punya badan yang Allah saja yang tahu sejauh mana keikhlasan tersebut. 

IKHLAS, 
Dikatakan umpama semut hitam yang berjalan di atas batu hitam dimalam yang gelap. 

IKHLAS,
Juga satu perkataan yang membuatkan hati aku terluka. Kerana keikhlasan aku dipertikaikan. 

Mungkin bagi mereka keikhlasan perlu dalam bentuk material? Fizikal? Ibarat semut hitam yang perlu disuluh? 

Sesungguhnya aku kecewa. 

Mungkin silap aku. Tak pandai menunjukkan perasaan. Tak tahu mengeluarkan kata-kata manis, kata-kata bodek. 

Silap aku.

Apa pun aku hanya mendoakan yang terbaik untuk mereka yang pernah aku sayang. 

Terima kasih.

Salam Sayang,

Monday, 15 July 2013

AKU YANG SALAH

Assalamualaikum,
Hurmmmm nukilan untuk diri sendiri. Aku cuma manusia biasa. Tak pernah terlepas dari buat benda2 lalai. Aku tak perfect. Aku selalu buat dosa. Aku selalu pentingkan diri sendiri walaupun dah banyak kali aku cuba muhasabah diri. Kadang2 aku boleh terima keadaan kadang2 aku tak boleh terima. 

Terlalu banyak rasanya kekurangan diri. Walaupun orang kata aku ni dalam kategori ramah. Cepat mesra. Tapi bukan dengan semua orang aku boleh rapat. Walau aku selalu bertegur sapa dengan orang tapi bukan semuanya aku boleh rapat. Aku bukan memilih kawan. Aku terima sesiapa saja yang sudi berkawan. Tapi kebanyakkannya aku lebih rapat dengan segelintir saja.

Mungkin sebab tu aku tak ramai kawan rapat. Kawan ramai tapi juz say hye dan senyum2. Dan sekali aku dh rapat, memang org kata 'saboooo ajelah!'. Kawan rapat adalah kawan yang aku boleh buat bergurau, boleh berkongsi cerita, yang boleh mendengar, boleh mengata... Dan tak skema.

Since aku isytiharkan seseorang tu boleh jd kawan rapat aku dlm hati, aku akan sayanggggg dia sepenuh hati. Sayang sebagai seorang kawan. Tak kira lelaki atau perempuan tapi kena tau batas2 la. Bukan aku tak tau batas2 berkawan ni. Tapi aku sangat mementingkan hubungan persahabatan tu! Sangat! 

Dan hari ni, aku rasa aku terpaksa melepaskan seorang kawan rapat aku. Aku pun tak tau la kenapa jadi macam ni. Nak kata gaduh tu tidak. Tapi dah tak ada jiwa. Kosong. Sedih jugak. Sebab kalau aku ada 5 kawan rapat, dia yang no.1. Tapi entah, mungkin salah aku.

Salah aku??

Ye. Salah aku. Dengan apa yang dah jadi sekarang, aku takkan berhenti menyalahkan diri sendiri.

Sungguh!

Salam Sayang,

Sunday, 14 July 2013

KEMANA HILANGNYA DIA...

Assalamualaikum,
Juz luahan untuk kenangan yang makin menghilang. 

Kali Pertama
Bila kali pertama aku kenal dia, gembira sangat. Dia la sahabat aku yang selalu ada bila susah senang. Sentiasa menghiburkan. Selalu ada bila aku tak boleh tido malam. Berhabisan kredit buat supersaver maxis nyanyi2, bercerita, buat lawak. Selalu bagi semangat, selalu buat aku rasa senang walaupun tengah susah hati.

Kawin
Bila aku dah kawin pun aku still nak rapat dengan dia. Aku tak nak kehilangan kawan baik macam dia. Aku bukan jenis yang lupakan kawan baik bila dah kawin. Cuma dia yang takut nak contact aku sbb aku dah kawin. Aku yang dulu dan aku yang sekarang sama. Tak semestinya bila aku dah kawin aku jadi orang lain. Aku tetap aku. 

Berubah
Sejak itu kami dah berjauhan. Tak selalu contact. Yang ketaranya dia. Lost. Memula memang aku rasa down. Tak ada tempat aku nak bercerita, buat lawak. Memang ada suami tapi suami ngan dia tak sama. Nampak sangat dia nak jauhkan diri dari aku. Tapi aku paham, mungkin dia bizi kerja. Tapi entah... Paham macam tak berapa nak paham sangat (kuar dah ayat keling)

Kosong
Kalau dulu aku suka bercerita. Kalau tak ada apa nak cerita pun aku akan gelak2 aje. Sekarang dah tak ada cerita. Dulu kalau ada yang kelakar aku akan simpan cite tu sebab nak cerita kat dia. Usaha save kt hp point2 nak cite takot lupa. Sekarang ni kalau ada pun aku dh tak ada jiwa nk ingt. Biar je berlalu gitu. Sebab kalau ingt pun, tatau nk cite kat sape. 

Awek
Tetiba kami tersembang kat fb. Cara dia chat pun dah tak sama mcm dulu. Dah berslang Sabah Sawak. Jak jak jak jak... Gilak gilak gilak... Kalau dulu dia bahasakan dia ngan aku dengan nama lain, sekarang asyik tersasul dengan nama lain. Ye, dia ngaku dia dh ada awek orang belah sana. 

Cemburu
Cemburu? Aku cemburu?? Tak. Aku tak cemburu. Bagi aku semua orang ada jodoh masing2. Nak kawin dengan anak raja ke, anak panglima ke, anak jutawan ke, kawin aje la. Tapi jangan lupa asal usul. Jangan lupa diri. Jangan lupa kawan2...

Kecewa
Ye aku kecewa. Kecewa sebab kawan baik aku yang dulu dah TAK ADA. Yang ada hanya pakwe kepada awek Sabah Sawak tersebut. Kemana dia? Kemana?

Sedih
Sangat!


Salam Sayang,

Monday, 8 July 2013

INILAH AKU

Assalamualaikum
Harini mood aku sedih. Rasa sayu, rasa pilu, rasa sugul, muram dan sebagainya. Kelaut. Ntah kenapa tetiba je teringat2 pulak pada yang dah tak ada. Pastu tacing lebey, sentap lebey, pikiran pun asyik negatif. Dalam sedey2 tu konon nak mengadu la kat Aisyah, dalam sebak2 aku nak cite tu tetiba debukkk!!!! tangan Aisyah hentam bibir aku. Itu pun aku boleh sebak jugak. Huhuhuhu...

Bila Encik Rumate balik, opkos la aku tak seceria macam sebelum2nya sambut kepulangan dia. Opkos la jugak aku tak berani nak tunjuk muke sembap aku ni kan. Maybe dia tahu kot aku mood tak elok, langsung dia diam jugak. Aku ni tak boleh orang tanya kalau tengah sedih sungguh. Lagi sebak jadinya. 

Dan malam tadi pas Maghrib, dia ajak keluar makan nasi arab. Hehehehe. Dalam kete pun aku diam jugak. Bila nasi sampai terus automatic bercakap sebab banyak sangat. Pastu boleh la gelak2 dan tak berenti cakap sampai la balik rumah. Kakakakaka... 

Ini lah, aku.

8 Julai 2013 : 11.26 pm

Salam Sayang,

Monday, 4 February 2013

NO MORE, NO MORE, NO MORE

Assalamualaikum...

Blog berhabuk dek kerana bosan tak tau nak up entry apa. Sebab malas nak menaip. Malas nak pikir idea, malas nak bercerita. Sekarang semua dah malas. Nak nak kalau bab bercerita. Kadang2 apa2 yang berlaku macam laluan air atas daun keladi. Kalau dulu selalu teringat2, tergelak2 balik bila diingat. Excited nak cerita2. Sekarang, no more. 

Blog aku sekarang pun dah bosan tahap gaban. Kalau dulu2 ada jugak selingan entry lucu2, entry nakal2. Sekarang, no more. Tiap kali ada benda yang aku nk cerita, aku akan point kat hp. Untuk tanda ingatan nak up entry. Tapi bila nak menaip, tengok point, dah tak se excited dulu. Kalau dulu aku rancak menaip, Sekarang, no more. 

Kalau dulu aku becok berceloteh. Benda kecik pun aku nak cerita. Sebab aku nak orang kenal diri aku walau orang tak tahu rupa aku. Sekarang benda besar pun aku rasa malas nak cerita. Tak ada apa yang menarik dah. Kalau dulu orang kata aku ni ramah, mesra la konon, sekarang, no more.

Kalau dulu aku rancak taip entry tiap2 hari. Sehari 3, 4 entry. Kalau zaman sekarang tak ada cerita menarik, akan aku ingt balik zaman kecik2. Aku korek semua cerita2 yang aku masih ingt untuk kenangan. Tapi zaman yang akan datang, bakal dapat baby tak lama lagi pun aku rasa malas nak cerita. Kalau benda ni berlaku 2 tahun lepas, mesti aku cerita semua. Sekarang, no more.

Mengandung. Memang aku excited nak cerita pengalaman manis ni kat semuaaaa orang. Syok. Tapi kelu nak cerita. Macam mana time alahan, macam mana 1st rasa baby bergerak dalam perut. Macam mana rasa debar pi checkup tiap2 bulan. Apa yang doc kata, apa petua yang aku amalkan, apa yang aku makan, apa yang aku lakukan. Kalau dulu boleh la, sekarang no more. 

Sebab masa pun dah berubah. Zaman kanak2 ribena dah tak ada lagi. Kalau dulu zaman ribena, sekarang no more. Sekarang zaman kopi o'. Hahaha. Blog ni hanya tempat kekadang aku nak lepaskan gian menaip.

Salam Sayang,

Thursday, 13 December 2012

KOSONG KOSONG!!

Assalamualaikum
Kadang2 dalam hati kita terpendam satu perasaan marah, geram, benci dan lama2 bila dipendam ia jadi dendam. Tak dak la manusia yang tak pernah rasa marah or perasaan negatif gitu kan. Bila tak mampu nak luah, tak terluah dan sebagainya, ianya lama2 makin bernanah. Gitu lah jugak dengan aku nyaa...

Aku ni sekarang sedang mengandung 6 bulan. Emosi sangat tak stabil. Kadang2 cuba kawal tapi tu laaa noh, dugaan sungguh. Bila dah kahwin, bakal dapat baby pulak tu, aku kena bersikap matang. Nak tak nak, i have to!! Buang jauh2 sikap main2. Sikap kurang sabaq. Panaih baran. Haaa tudia.

Pagi tadi, aku terbaca tweet dari Prof. Dr. Muhaya yang berbunyi... Jeng jeng jeng...

Tetiba sayu je baca dan terus mark sebagai favorites gituu!! Baca banyak kali, baca berulang2, tetiba tersenyum....

Indah kan?

So dengan ini, aku dengan seikhlas hatinya ingin mintak ampun mintak maaf dari hujung rambut hinggalah kehujung kaki seandainya ada tersilap kata, terkasar bahasa dari sebesar2 planet hinggalah sekecik2 kuman. Dan aku juga dengan berbesar hatinya memaafkan segala apa yang terbuku di hati kecik aku ni... KOSONG KOSONG okey??

Positifkan hati. Kalau boleh aku tak nak stress dalam waktu macam ni, tak nak baby dalam kandungan ni terpengaruh dengan sikap2 negatif dan perasaan2 negatif. 

p/s : buangkan yang keruh, ambillah yang jernih. benda yang kecik usahlah dibesar2kan... 

Salam Sayang,

Saturday, 10 November 2012

TAK PERNAH PUAS

Assalamualaikum
Hari ni juz nak buat coretan hati bila hati terdetik. Semalam tak tidur satu malam. Lepas solat subuh pun tak dapat nak lelap. Tak tau la fikir apa. Hurmmm... Cuma semalam sebelum tidur ada terfikirkan pasal kehidupan seharian kita..

Bahagia
Kadang2 kita rasa cemburu bila tengok orang bahagia. Sedangkan kita pun sedang bahagia. Seolah2 kita tak nak orang lain lebih bahagia dari kita. Teruk kan? Bukan tak suka orang bahagia, tapi kita nak lebih bahagia dari yang lain. Kenapa? Astaghfirullah, orang lain pun ada hak untuk bahagia.

Kaya
Kadang2 kita rasa cemburu bila tengok orang lain kaya raya. Sedangkan kita semuanya ada. Kereta, rumah dan segala-galanya. Seolah2 kita tak nak orang lain lebih kaya dari kita. Teruk kan? Bukan tak suka orang kaya-raya, tapi kita nak lebih kaya dari yang lain. Kenapa? Astaghfirullah, orang lain pun ada hak untuk kaya. Harta ini bukan hak kita.

Gembira
Kadang2 kita rasa cemburu lihat mereka bergelak ketawa. Mereka sedang gembira. Sedangkan kita sedang senyum tertawa. Tapi senyum kita boleh putus bila lihat mereka gembira. Teruk kan? Bukan tak suka orang gembira, tapi kita nak lebih gembira dari mereka. Kenapa? Astaghfirullah, orang lain pun ada hak untuk gembira.

Entah, manusia memang tamak. Tak cukup apa adanya, tapi masih mahukan yang lebih baik dari yang lain. Tak pernah puas dengan apa yang ada. Tak pernah cukup dengan rezeki yang dikurnia.

Ya Allah, bersihkanlah hatiku. 

Salam Sayang,

Wednesday, 7 November 2012

MAKCIK OH MAKCIK

Assalamualaikum
Petang semalam aku terima tetamu dari Kedah. Makcik aku. Dia, suaminya dan anaknya. Anak perempuannya dapat kerja kat sini. So, sementara tu duk rumah aku dulu. Datang awal sebab nak tengok rumah sewa, nak sesuaikan diri kat sini dulu.

Pada asalnya makcik aku sarankan tumpang rumah aku dalam dua tiga bulan sebelum dapat rumah sewa and untuk membiasakan diri kat negeri ni. Tapi aku bincang punya bincang, rasanya lagi elok kalau kami carikan rumah sewa terus. Bukan apa, dia tu anak dara, aku ni bersuami. So, tak sedap dipandang orang pulak nanti. Maka suami aku pun try usha2 dan jumpa rumah sewa. 

Tadi tengahari pi tunjukkan rumah sewa kat depa. Alih2 makcik pulak tak berkenan. Katanya jauh dari tempat kerja. Padahal 20 minit aja. Terengganu mana jammed. Kira dah dekat la tuh. Aku pun dah naik pening duk pikir. Sampai ke petang cari tak jumpa. Ada pun dekat tapi rumah kayu pun dia tak nak. Alih nak rumah yang aku carikan tu jugak.

Awal2 ni dia kereta tak ada. So aku ikhlaskan hati pinjamkan kereta aku dulu. Lagipun aku tak keje dah so aku punya kereta tak la guna sangat. Kereta suami pun dah ada. Nanti harap2 dia pandai la jaga dan pulangkan dalam keadaan asal. 

p/s : makcik aku ni dulu, mulut dia jahat. semua anak sedara anak2 spupu xelok bagi dia. anak2 dia aje yang elok. duk canang sana sini hal orang. sekarang pandai pulak cari time susah. ini pun layan dia dah terbaik, xtau la kot ade xkenan kat mata dia nanti pi canang kat orang. nauzubillah.

Salam Sayang,

Friday, 19 October 2012

SAMPAIKAN SALAM CINTAKU

Assalamualaikum
Sangat suka lagu ni version Adira. Suaranya sangat sedap dan menusuk kalbu.  Sayu je dengar sorang2. Nak nak bila terkenangkan seorang kawan baik ni. Kuku. Hurmmm... Jom layan....

Sampaikan Salam Cintaku - Alleycat/Adira
Sampaikanlah salam cintaku padanya
Walaupun terluka namunku merindu
Kerana cintaku tiada akhirnya
Walaupun engkau telah menghancurkan

Sampaikanlah salam cintaku padanya
Walaupun sengsara namunku masih sayang
Kerana cintaku mewangi dan harum
Walau tercampak di mana jua

Andaiku tiada, andaiku pejam mata
Biarku abadi, cinta yang setia ini
Biarpun kau jauh, sambutlah salamku
Kerana aku masih menyayangimu
Tidak pernah aku membenci dirimu

Salam Sayang,

Tuesday, 16 October 2012

SAYA MINTAK MAAF

Assalamualaikum, 
Buat seseorang yang terasa dengan saya, kecik hati dengan saya, marah dengan saya, benci dengan saya, saya mintak maaf banyak2.... Saya tak sengaja... Saya janji tak buat lagi.... :(



Salam Sayang,

Thursday, 11 October 2012

BERUBAH?

Assalamualaikum
3, 4 hari lepas tiba2 aje kawan baik yang dah tak berapa nak baik dengan aku sms. Terkejut jugak. Tapi memandangkan time tu tengah tido sebab badan tak sehat sangat, so biarkan aje. Dah sebulan aku tak contact, cuba nak lupakan, tetiba plak dia nak sms. Baru sekarang kot dia teringat kat aku.

Lama la jugak duk menung sms dia. Dia sms pun cuma 'oi'. Itu pun aku boleh tenung lama2. Sayu je bila teringatkan balik. Nak reply, tapi tak ape lah. Kalau dia betul2 masih anggap aku kawan baik dia, dia mesti akan cari aku walau apa cara sekalipun. Sebab, selama ni aku tak pernah tak jawap sms, tak pernah tak contact dia lama macam ni. 

Dan sekarang, ada la sorang dua tanya aku, kenapa sekarang aku dah tak banyak cakap macam dulu. Entahla, dah malas nak kepoh2, ramah tamah macam dulu. FB ke, blog ke, WhatsApp ke, twitter ke, sms ke, sapa yang dulu selalu aktif bersembang dengan aku, now boleh tau sekarang aku macam mana... Makin banyak celoteh? Makin kurang? Atau sama?

Salam Sayang,

Thursday, 4 October 2012

I HAVE NO ONE

Assalamualaikum,

Walaupun dah remove dia dari fren FB, tapi selalu jenguk wall FB dia tiap2 malam. Hepi tengok dia hepi dengan kawan2 baru. Tapi dalam hepi pun terdetik jugak rasa sedih. Yelah kan, kawan yang sangat baik dengan kita suatu tika dulu, tetiba dah tak baik dengan kita tapi dah baik dengan orang lain. Sedih la kan (tetiba jadi tone Che Lah MasterChef plak) kikikiki...
Kata kawan baik, kenapa remove2 pulak?
Hurm, susah nak cakap. Ibarat tangan kudung dapat cincin. Macam tu la jugak keadaannya. Ada kawan baik, tapi langsung tak contact, call tak angkat, selalu nak jauhkan diri, sedih tak? Dari duk pikir2, baik lost contact terus. So, xde nak pikir2 lagi. Walaupun, terpikir jugak!
Dah remove, diam2 dah la, nape nak merungut pulak?
Memang dah remove, tapi bila dah sayang tu kan. Susah nak lepaskan. Bukan merungut, tapi sedih. Dulu suka duka, susah senang, selalu cerita sama2. Now banyak sangat cerita, tapi diamkan aje. Nak cerita kat blog pun, hmmmm... Ada benda kita boleh cerita kat sini, ada benda tak boleh.
Ntah la, susah la nak cakap. Walau ada berpuluh2 kawan kat FB pun, tapi tak ada sorang pun yang membolehkan aku cerita itu dan ini. No one. Bukan memilih tapi susah nak cerita. Susah. Sangat. 
p/s : berlinang jugak airmata ni bila tgk kwn baik kita dah jadi kwn baik org lain. 
p/s : aku tak harap pun dia bc entry ni. langsung tak. tp juz meluahkan.
p/s : org kata, hidup ni perlukan kwn baik. at least sorang yg betul2 rapat n baik dgn kita. but, i have no one. :(

Salam Sayang,

Thursday, 2 August 2012

JARI NENEK SIBONGKOK TIGA


Assalamualaikum...

Tadi rasa sejuk. Duk gosok2 tangan tetiba rasa kering aje. Tengok tapak tangan. Hurm... Kulit kering. Dulu duk gelak kat mama (gurau2) cakap tangan mama dah tak lembut. Kasar. Macam nenek2 sibongkok tiga. Sekarang... Hurm... Itu je la yang aku mampu cakap... 

Tahun lepas baru aje opismate dulu salam dengan aku, puji cakap tapak tangan aku lembut macam baby. Bila bagitau mama, mama cakap, yelah, tak baby macam mana kalau satu kerja pun tak buat kat rumah. Sekarang ni, hambek kawww... Tangan macam hape dah. Sume kerja kena buat. Nasib baik ada encik suami yang rajin tolong. 

tgk, kering sampai merekah mcm kena pisau.
tgk garis2 halus kat jari tu. mcm makcik2.

p/s : nenek2 sibongkok berapa nak kasi ni... =.='

Salam Sayang,

Monday, 30 July 2012

BILA HALIMUNAN...


Assalamualaikum...

Errr.... Assalamualaikum!!

Hello.... Assalamualaikum....

=.=' 

Ehem2... Assalamualaikum....

Maafkan saya.... Assalamualaikum...

Oh, lupa... Aku ni halimunan... Orang tak nampak...

(Sapu2 kaki... Undur diri... Terima kasih...)

p/s : sabarlah wahai hati. jaga diri, jaga baby. 

Salam Sayang,

Saturday, 31 March 2012

I HAVE NO LIFE


Lepas mama aku kawin, aku bukan bongsu lagi. Aku ada adik kecik dat i call him Alexander yang pada mulanya aku sangat benci dia. Pandang pun aku tak nak. Tapi lama2 rs syg sgt2. Rindu sgt bila xjumpa walau sehari.  Ms kerja aritu, pagi aku yg hantar ke nursery. Balik aku yg amik. Stiap masa dia dgn aku. Kira mcm aku pulak mak dia. Bkn mama. Smpaikan nak tido, sakit, demam atau ape je, dia msti nak aku. Lain dgn bdk2 lain, merengek2 mintak mak tp dia mtk kakak.

Mana saje aku pegi, mesti bawak dia. Babyseat pn melekat elok dlm keta aku, bkn dlm keta mama. Susu, mainan  n sume benda2 dia aku yg belikan. Mama cuma kasi duit. Bkn xleh tggal dia kt rumah, tp aku xsmpai hati. Aku bseronok2 kt luar, dia memerap dlm rmh. Lgipun aku bkn slalu sgt keluar. Sbb xde apa yg menarik kt sini. So bila kluar, bawak dia, sronok tgk dia hepi dgn dunia luar.

Sblm ni aku pnh rs mcm satu beban atas bahu. Yelah dri a smpai z aku kena buat. Mana nk keje lg, nk angkut dia ke nursery tu sume lg. Keje pn penat jgak. Balik nk melayan dia lg. Oleh krn penat fizikal n mental, aku nekad berenti keje. N nk sambung study balik. Tp xtau nape, hati aku xtenang.

Xtenang bila pikirkan berjauhan dgn dia. Boleh ke mama jaga dia mcm aku jaga? Dia baby lg. Dia perlukan perhatian spenuhnya.

Ah!! Mama kau kan dh ada pngalaman besarkan kau n kakak2 kau..ape masalah?

Memang, tp itu dulu. Dulu ms aku kecik2 mmg mama tatang kami mcm minyak yg penuh. Sekor nyamuk pn xbg hinggap. Sbb dlu papa aku tatang mama mcm tu jgak. Smpaikan mama xreti keluarkan duit pn kt mesin atm. Mama xreti byr bil, mama xpenah bwk keta walau ada lesen. Mama xpenah rs susah. Tp itu dulu. Sblm 'bah' melanda. Slpas 'bah' melanda, smua mama kena buat. Sejak tu mama srh kami adik bradik bdikari. Time tu kakak2 aku dh besar. Tgh study. Aku form 4.

Time tu tggang lggang sumenye. Yg rs, aku. Sbb aku yg bsama mama. Kakak2 aku kt kolej. Time tu barulah mama keluarkan kelulusan dia. Cari kerja. Bermula dgn kerja2 biasa then up up up smpai la skrg dia berjaya bergelar akauntan. Tp ms tgh nak up tu la, aku jd mgsa. Mama mskkan aku ke asrama sbb xde sapa nk jaga makan pakai aku kt umah sbb mama bz kerja.

Aku yg xpenah buat keja umah, basuh spender pn xpenah alih2 kena duk asrama. Penah hari ahad pertama aku kt asrama, aku tlupa yg aku kena basuh baju, iron baju sndiri. Tpaksa pinjam baju kwn. Dh basuh. Jemur, aku lupa angkat. Dah angkat aku lupa iron. Mcm2 benda la yg aku lupa. Basuh baju pakai tgn. Bygkan tgn yg xpenah kena sabun basuh pn, tiba2 kena sental2. 2 bln ptama habis jari2 aku merekah2, kdg2 luka sbb xtahan dgn sabun basuh. 4 bulan je duk asrama, last mama suh duk umah. Sbb mama sunyi.

Tp sejak tu la, sume kena buat sndiri. Xde dh mama nk layan mcm dlu2. Mama lak, bile dh ada kerja, dia mcm excited lak nak keje. Sbb apa yg dia usaha tu mbuahkan hasil. Dpt duit usaha sndiri, bakat sndiri. Sapa yg tak excited kan. Smpai la skrg, excited mama masih blom ilang. Kdg2 aku pn xtau smpai bile mama nk keje. Dh ada cucu pn. Skrg dh kawin pn. Tp still keje. Pnh aku tnya, tp jwp mama bkn snang nk smpai tahap skrg.. N mama penah kata, mama keje bkn sbb duit, tp utk kepuasan...

Kt sni bkn aku nk tagih simpati utk kisah2 lama2 aku tp aku nk bgtau cara mama aku yg dlu dgn skrg lain. Aku xnk adik aku rs apa yg aku pnh rs dulu. Tmbahan plak dia lelaki. Aku xnk dia jd bdk nakal sbb terbiar kurang kasih syg n perhatian. Cukup la aku je yang buat hal satu masa dulu. Sejarah. Tapi cara mama skrg buat aku jd risau. Mama lgsung xtau cara nak pujuk adik kalau buat prangai. Pnh adik aku nangis smpai muntah2 sb nngis nk aku. Tp time tu aku kt rmh, dia kluar dgn mama n abah. So mcm mana? Mama ngn abah sndiri pn xreti nk pjuk.

Lpas berenti kerja, hmpir sbulan aku muhasabah diri. Buang prasaan ego, buang sikap2 negatif. Buang sgala rasa bebanan. Dan tanam prasaan tanggungjawap pd adik n fmily. Cuma satu je aku ingat pesan mama, ikhlaskan hati.. Ikhlaskan hati... Ikhlaskan hati... Aku anggap je smua ni satu tggugjwp, ikhlas. Then lepas tu aku rs tenang. Rs hepi dgn apa yg aku buat. Otak dh terbuka. So aku amik kputusan utk bhenti study. Kerja je gna diploma yg ada.

Tapi... Sekarang, tiba2 aku rs terpikir... Tak ada ke ruang utk diri sendiri? Aku sedih sbb aku xmcm org lain.. Nak bersuka ria kena bwk adik, nak kemana2 bawak adik. Tgk org lain kesana sini have fun, shopping tgk wayang. Tp aku? Nak ke jom heboh pn pikir 200 kali. Mana nk bawak adik lg, nk terak2 berasak2. Panas lg. So,,, emm tgk dlm tv aje la.. Aku cuma risau, mcm mana kalau aku kawin nnti? Of coz la aku kena ikut suami. Xkn nk duk ngn mama lg.. Adik aku mcm mana? Ikutkan hati nk bawak adik duk skali. Tp mama kasi ke? Apa kata suami? If suami izin, tp smpai bila?

Knapa prasaan ni blh berubah2. Bukan ke aku dh ikhlaskan hati... Tp knape aku boleh mengeluh lagi... Kenape?? Mgkin xsepenuh hati?? Ya Allah.. Knapa blh jd prasaan mcm ni thadap kluarga sndiri??


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...