Thursday 27 November 2014

SUAMI CURANG??

Assalamualaikum
Tarik nafas panjang2 sebelum menaip. Fuh!! Tajuk entry memang nervous, tapi biasalah, kalau orang yang dah kenal dan biasa dengan cerita yang aku tapi sebelum ni, mesti tau ceritanya tak la senervous yang disangka hahaha...

Ceritanya begini, beberapa minggu yang lepas, encik suami ada tanya pasal celcom apa ntah. Pastu aku pun tengok2 la hp dia, sebab time tu dia nak ke masjid so dia mintak aku tengok2 kan. Aku tengok je la, godek2. Tetiba terasa nak bukak mesej2 dia. 

Bukak inbox, scroll dari atas okey aje. Bawah2 tu tup tup nampak satu mesej dari no yang tak di save berbunyi begini...

saya dah balik bang bru balik

Berderau lah darah aku bila baca mesej tersebut. Menggigil, meremang bulu roma pun ada. Huhuhu. Sedih la beb, kalau suami ada scandal panggil bang bang gitu. Pastu balik rumah pun bagitau, gile tak berderau nkooo... Tapi aku tak bukak whatsapp suami. Aku tak berani. Bukan sebab aku takut dia marah. Tapi aku takot aku nampak apa yang aku tak patut nampak. Aku tak nak pengsannnnn!!

Cepat2 aku copy no hp tu kat hp aku. Save. Bila husband balik aku wat biasa je. Aku tak nak serang and tak nak tuduh melulu. Wat macam tak ada apa berlaku. Then aku check kat whatsapp aku punya hp, no yang aku save tu ada pic sepasang suami isteri (pakcik makcik) yang dah tua.

Dalam hati time tu lega jugak seposen. Tapi oleh kerana tak puas hati, dalam hati aku ni pikir mungkin pic pakcik makcik tu parents kepada 'scandal' tersebut! Kannnn... Manala tauuuu... Dah tak sedap hati pulakkk..

Esoknya aku bagitau kat kawan baik aku, BFF aku, Mekna. Aku cerita kat dia. Aku mintak tolong dia try call no tu sebab nak tau perempuan ke lelaki yang angkat. Huhuhu... Nervous wehhh...

Last2 Mekna cakap... Pakcik yang angkat!!!! hahahahaha... Okey fine!! tenkiu husband sebab tak curang hahahahaha. Fuhhh!!! 

And semalam baru aku cerita kat husband pasal perkara tersebut. hahaha encik suami gelak sampai keluar airmata. Katanya lepas balik masjid tu dia tengok la hp pastu tengok banyak sangat mesej yang lama tak delete, so delete la satu-satu. Pastu ternampak mesej yang tu, no yang tak save. Dia pun terpikir jugak no sape sebab tak ingat. Pastu baru dia teringat itu no pakcik jual ikan kat pelabuhan.

Suami memang suka beli ikan kat pelabuhan. Fresh2 dan murah. So dia mesej pakcik tu tanya ada kat pelabuhan ke kat mana. Pakcik tu cakap, kat rumah dah. Bang baru balik. Bang tu azan. Encik suami cakap, masa dia baca nak delete tu dia terpikir jugak, sapa pulak panggil aku bang ni. Bagitau dah balik? Ni kalau bini aku silap baca habis laaaa... hahahaha... 

Okey sekian.

p/s : bukan tak percaya kat suami, tapi berjaga-jaga. sapa tak sayang laki oiiiiii

p/s : tetiba terasa diri dah semakin matang pulaksss. ahakss.. yelaaa kalau dulu, pantang tersilap pasti ngamuk dulu baru mintak explain. ini boleh pulak aku cool down kannn...

p/s : tepuk tangannn...

p/s : laptop rosak! entah bila nak update blog lagi, ini pun pinjam lappy suami duk wat kerja. 

baiii

Salam Sayang,

Thursday 6 November 2014

ADAM HARRIS 3 BULAN SUDAH!

Assalamualaikum
Pejam celik pejam celik, semalam genap umur Adam Harris 3 bulan. 5 November 2014. Sekejap aje kan? Harris masih belum boleh meniarap lagi. Tapi dah boleh nak pusing kiri kanan sikit. Kalau tiarapkan dia tido, bila bangun dia mesti nak angkat kepala. Pastu nangis sebab penat. Hehehe.

Menyusu sangat kuat. Sampai sakit pinggang duk menyusukan dia. So solution nya terpaksa pam pam pam. Kasi minum pakai botol. Nasib baik la pakai pam letrik, so xde la penat sangat nak mengepam. Stock susu pun alhamdulillah banyak. 

Kadang2 ada jugak try kasi kat Aisyah jugak. Tapi dia nak termuntah pulak. Hahahaha. Mana tak nya, dah lama minum susu tepung, rasanya manis. Bila tetiba minum susu ibu, memang la tak best kan. Kadang2 dia tengok je Harris menyusu badan, bila offer malu2 plak dia nak datang. Bila peluk, dia menggelupur tak nak hisap. Sampai nak termuntah2. hahahaha.

Okey itu saja sesi menaip untuk hari ni. Tata!

Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...