Showing posts with label kisah sebelum nikah. Show all posts
Showing posts with label kisah sebelum nikah. Show all posts

Thursday, 22 November 2012

CINTA PERTAMA VS CINTA TERAKHIR

Assalamualaikum
Tadi pagi my mum call. Cakap my ex boyfren a.k.a bekas pakwe dulu2 tu call mama, nak no hp aku. Nak jemput kenduri kawin dia bulan depan. Hurm, dah 2, 3 hari ni aku asyik melayan lagu jiwang rock kapak. Tetiba dapat berita ni, ape lagi, terkenang2 pulak zaman bercinta2 dulu. Best kan?

1st time naik motor
Namanya F. Uih F, baru aku perasan, ex aku dah 2 orang nama huruf F, even my asben pun F jugak. Hahahaha. Dia pakwe aku zaman poli. Banyak lah kenangan. Yela budak yang sebelum ni ibarat 'katak di bawah tempurung' tetiba bebas. Indahnya dunia. Pastu bercinta pulak. Ibarat berada di syurga. Dengan dia jugak la aku 1st time naik motor. Dengan kaki terkangkang kat belakang sebab risau kaki tersepit kat roda. Helmet pun aku tak reti pakai. 

Jadi kuli
Dengan dia jugak lah aku dengan rela hati jadi kuli kiriman order housemate bila pegi pasar malam. Beger xmo bawang tapi mayonis lebih la, laksa takmo cili api la, nasi kerabu takmo budu la, nak tambah itu ini la. Tapi masuk telinga kanan kuar telinga kiri. Orang pesan murtabak, aku pi beli apam balik.   Ingat lagi housemate aku pesan ayam goreng. Aku buh ayam goreng dalam helmet (buat mcm raga). Balik2 helmet housemate dia habis bau ayam. Memang silap besar la diorang kirim kat orang tengah angau. 

Midnight
Dengan dia jugak lah 1st time aku tengok wayang berduaan dengan lelaki midnight. Naik motor ke Jusco. Sampai traffic light baru perasan selipar lain sebelah. Malas nak patah balik, dia belikan aku selipar. Dan selipar dia kasi tu jugak lah buatkan aku licin bila turun escalator Jusco malam tu. Biasa la midnight mana benda tu gerak dah. 

Orang Pertama
Dia la orang pertama yang aku bawak jumpa family. Kenalkan. Bajet serius la tu kan. Ku sangkakan dia bukan monyet, rupanya beruk kelaparan. Then lepas tu, aku tak serius dengan sesiapa dah. Pernah bercinta juga, tapi aku tak amik serius. Sehinggalah aku jumpa suami aku ni. Kiranya kami menjalinkan hubungan memang untuk kawin secara serius. Dia nak cari isteri dan aku pulak nak cari suami.

Arghhhh banyaknye kenangan cinta pertama. Betul kan orang kata, Cinta Pertama susah nak lupa. Betul tak? Tapi masing2 dah ada kehidupan sendiri. Yang ada cuma kenangan. Kalau masa boleh diputarkan balik pun, aku tak nak putarkan. Aku sangat bahagia dengan sekarang. Sangat!
p/s : walaupun abang bukan cinta pertamaku, tapi aku syukur dia sah menjadi cinta terakhirku... Terakhir dan semoga untuk selamanya.... Love u!

Salam Sayang, 

Wednesday, 6 June 2012

STORY BAKAL ISTERI : TODAY IS MY DAY!!




Okey sekarang ni sebenarnya masa untuk tido... Dah pukul 12  lebih 6 June... Dijangkakan malam nanti akan diadakan majlis akad nikah. Berdebar okey walaupun bukan aku yang berhadapan dengan tok kadi. En. Abi, be strong okey..... :)

Tadi syok duk tengok TV tapi kakak suh masuk tido. Tapi bila pikir pasal esok, tak boleh tido la pulak!!! Tersengih sorang2, tersenyum sorang2... Haishhh... Macam mana ni... Perasaannya hanya bakal pengantin baru aje yang tau! Hahahaha... Nak makan rasa kenyang, nak mandi rasa segar2 je, nak tido rasa tak ngantok....

Tengah hari tadi mesej En.Abi, tanya berdebar ke tak, jawap dia...

'Tok kadi yang bdebar nanti...'

 So berlagak ok... 

Emmm, dah tak tau nak cakap ape. Perlu tido... Esok petang baru ke rumah nenek dia untuk majlis akad nikah. Malam lepas isyak, Insyallah...

Semoga smuanya dipermudahkan....


Monday, 4 June 2012

STORY BAKAL ISTERI : 2 DAYS TO GO


Hyep!!

Tinggal lagi hari ni dengan esok aku bergelar bujang. Lusa 6 June aku bakal bergelar seorang isteri. Besar okey tanggungjawap tu. Orang kata, nak tunggu matang tak semestinya bila dah dewasa. Matang itu bila seseorang mampu memikul tanggungjwap yang diamanahkan. Betul tak?

Setakat ni semua persiapan dah settle. Esok malam kami akan bergerak ke sana, menginap di homestay buat sementara waktu. Tak ley jumpa2 sangat. Insyaallah hari Rabu tengahari baru ke rumah nenek dia. Bersiap2 untuk malamnya akad nikah. 

Hari ni dah 3 hari aku demam. Hari ni kurang sikit tapi tekak masih perit2. Badan pun masih suam2. Bila makan ubat demam, selimut kasi peluh2 pastu sihat sikit. Then lama2 dia panas balik. Maklumla cuaca sekarang ni panas. Pastu aku kesana kemari. Air pun kurang minum. Bila dah jadi macam ni baru nk minum bergelen2 air...

Emmm... 


------------------stop cite sedih---------------------------

Ekceli aku nak kongsikan yang entry besday aku tu. Hepi sangat sebab kawan baik aku, kuku, dah contact aku!!!Petang tu agak time nk rehat2 dalam bilik, baru tengok henpon. Mesej dari kuku!!! Sangat terkejut. Hepi gile... Dalam demam2 pun boleh gak aku tersenyum.


Terus bergayut sekejap ngan kuku. Makan nasi pun laju2 sampai tercekik sebab nak cepat nk sambung sembang2 dengan kuku. Sambil2 rehat2 sambil2 sembang. Sampaila tertido. Tapi, menyesal sangat tertido. Menyesal sangat!!!!! Sebab, lepas pada aku tertido, buat sekian kalinya  aku gagal menghubungi kuku lagi...


Mungkin aku kena tunggu tahun depan pada tarikh 2 June 2013??


Sangat susah sebenarnya bila kita memerlukan orang. Sangat susah. Tapi tak apa la, kalau orang dah tak suka kat kita. Apa boleh buat. Thanks jugak pada kawan2 yang lain, wish me luck!!! 

Friday, 1 June 2012

STORY BAKAL ISTERI : 4 DAYS TO GO


Hari ni sepupu En. Abi nikah. Pagi2 tadi kami dah gerak ke sana. Alhamdulillah lepas Jumaat tadi selesai sudah upacara pernikahan tersebut dengan sekali lafaz sahaja. Hepi tengok diorang dah nikah. Hilang berdebar2. Dengar kata dari semalam lagi pengantin lelaki duk berdebar.

Lepas selesai yang ni, diorang pulak duk usik2 En. Abi untuk hari Rabu ni. Insyallah Rabu ni majis nikah kami pulak. Masing2 duk sakat kami dari tadi. Dan aku pun nak jugak bakal suami aku akad lafaz sekali aje. Hehehe... Usik2 dia...

'Berdebar tak Rabu nanti?'

'Ape nak takut, kan Raja Sehari...'

'Boleh ke lafaz nanti sekali aje?'

'Tok kadi belum akad, abang dh jawap la....'

Loyar buruk. Nanti depan tok kadi konpem gugup punye lah! Hahahaha... 

Lepas Maghrib tadi baru je smpai umah abah. Sangat penat. Mata pun penat. Tapi gigih jugak nk updated belog buruk ni. Yelah, hari ini dan semalam tak kan datang kembali. Hanya sekadar coretan sebagai ingatan dikemudian hari. 

p/s : esok plan nk pi cari barang2 untuk hantaran. handbag, kasut, perfume, ape lagi eh?

p/s : ahad & isnin pun sangat bizi

p/s : selasa dah ke sana.

p/s : rabu....dupdapdupdap!!!




Tuesday, 29 May 2012

STORY BAKAL ISTERI : 7 DAYS TO GO


Hyep!!


Bangi-Seremban
Lagi seminggu... Semalam pukul 9 mlm baru sampai kat Bangi. Pagi tadi duk pakat pi Seremban tengok2 persiapan yang nak tolong2. Yelah kan takkan nak lepas tangan macam tu. Lega rasanya bila kakak ipar cakap semua dah settle. Cuma hujung minggu ni nak kena pi beli barang2 nak buh atas hantaran, baju, kasut, handbag, perfume sume. Settle yang tu!
Apa persiapan?
Datang tadi pagi sdara2 depa dah ada duk kupas2 bawang nak buat bawang goreng katanya. Aku baru je nak pegang pisau nk kupas sama, si makcik tu tak kasi. So, terpaksa naik atas tolong2. Nasib baik tangan ni berseni nak buat riben2 yang mcm org letak kat hamper tu. Yezza!! 
Apa khabarnya my future imam?
Yang ada kat sana makcik2 dia aje. Yang muda2 tak bangun tido lagi. Termasuk la my future imam! Dah pukul 9 time tu. Tak pe dimaafkan. Sebab masa aku bertolak ke Bangi pukul 2 tu dia masih kerja lagi. Malam tadi baru dia gerak. Maybe nak dekat subuh td kot baru sampai umah dia. 
Belom kawin tak leh jumpa sangat!
Pukul 12 orang dh siap2 masak untuk lunch, baru le my future imam bangun. 1st time tengok dia muka baru bangun! Eeiii... Buruk gile! Hahahaha... Dah siap2 makan sume rehat2 sembang dengan family baru la gerak balik. Ada yang suh aku tido aje kat sana, tapi ada makcik tu cakap xboleh sebab belom kawin tak elok jumpa2 sangat. Tapi memang tak bawak baju pun. Xselesa la tido umah orang.
Bilik Pengantin??
Si kakak ipar sibuk pulak ajak aku tengok bilik pengantin. Belom dihias lagi. Katanya bilik tu memang dikhaskan untuk bilik pengantin kalau ada cucu cicit nak kawin. Memula aku tengok bilik tu, aku terkejut. Yelah kan, rumah nenek dia. Umah kayu sepenuhnya diruangan atas, dan bahagian bawah, iaitu dapur, separuh simen, separuh kayu. Dinding pulak tak tutup penuh sampai siling. Means if orang kat ruang tamu bahagian atas mintak bantal sebijik pun aku boleh baling kat atas mcm tu je... Haihhhh... Dan kalo orang lapik kerusi 3, 4 bijik, hulur kepala kat dinding tu, boleh nampak la dalam bilik tuh!


Kakak ipar aku tau aku terkejut, tergelak besar dia. Kata dia memang sengaja diorang kasi pengantin bilik tu. Katanya bilik tu belum dihias lagi. Lepas dihias cantik lah! Aku tak kisah selepas ke sebelum. Yang pasti selepas dihias pun, dinding tu tetap tak menutupi hingga ke siling!! 
Inai
Malam ni mungkin akan pakai inai kali pertama. Kata orang kena pakai 3 kali kan. So, sempat la tu. Ni mesti adik is dah tak nak aku suapkan dia. Sebab dia pelik tengok jari merah2. Huhuhu... Tapi tak nak lukis2 mcm orang buat tu. Emmm...




p/s : bimbang pulak bila aku tengok bilik pengantin tu!!


p/s : mungkin ni entry last or mungkin bukan last. sebab hari sibuk tak menentu. 


p/s : doakan aku ye!!





Saturday, 26 May 2012

STORY BAKAL ISTERI : 10 DAYS TO GO



Persiapan Hantaran
Lagi 10 hari, baru terasa keserabutan melanda diri. Walaupun persiapan majority pihak sebelah lelaki yang sepatutnya lebih sibuk kerana kenduri akan dibuat disebelah sana dulu. Tapi yang jadi masalah sekarang ni bila 70% dh siap tapi lagi minority 30% nya campur tangan sendiri. Kakak dh membebel2, mama pun membebel2. 

Cuti
Cuti yang sepatutnya aku amik start 31 June terpaksa diawalkan lagi pada lusa! Itupun En.Abi mintak campur tangan Tuan Haji untuk dapatkan pelepasan aku bercuti. Baju nikah belum test, baju kenduri pun belum.

Sibuk
Bermulalah minggu sibuk aku. Esok kerja tapi maybe sekerat hari aje. Lusa lepas subuh kena gerak ke umah kakak or umah abah. Buat persiapan mana patut. Lusa juga dengan secara rasminya mama akan meninggalkan rumah ni. So, akan tinggallah aku kat sini bersama suami. Uhuk2... 

Iskandar!
Mama kata adik aku akan tinggal dengan mama and abah. Buat masa ni aku cuma kata ok je. Sebab tak sempat nak pikir tentang perasaan tu sume. Tape lepas dh tak sibuk nanti tak tau le macam mana. 

Kad Kawin Mana!!!!
Ramai yang tanya aku, mana kad kawin... Maaf ye sayang, majlis sebelah pengantin perempuan belum buat lagi. 6 June akan diadakan majlis nikah sebelah malamnya. Esoknya ada kenduri kesyukuran. Rasanya dijemput sanak saudara sebelah pengantin lelaki sahaja. Bukan tak nak jemput tapi majlis rumah orang, aku tak berani nak jemput2. Lagipun nak kasi peta lokasi pun aku tak reti. Nanti majlis kenduri sebelah aku, selepas raya. Mungkin raya ke-3. Nanti sy jemput ye!

p/s : mungkin lepas ni susah nak on9. tapi kalau ada kesempatan mungkin akan update sikit2. 

Friday, 25 May 2012

STORY BAKAL ISTERI : 11 DAYS TO GO (EDIT LANGSIR BILIK)


Hari ni aku menggigihkan diri, mengedit langsir tingkap bilik. Langsir yang dulu ada renda biasa aje. Tu pun ada yang dah tercabut jahitan. Nak buat langsir baru dah tak sempat dah. Lagipun majlis bukan buat kat rumah ni. Majlis kt Kedah. Rumah ni aku akan tinggal bersama dengan bakal suami la nanti. Saje la nak kasi cantik2 sikit bilik ni. Hehehehe...


Menggunakan butang biasa aje.... Saiz besar sikit....

Tanda dengan kaler warna (merah)

Siap dijahit... Hehehe.. Simpel2 aje lah... Nak kasi nampak lain skit dri yg asal..




Thursday, 24 May 2012

STORY BAKAL ISTERI : 12 DAYS TO GO


Semalam aku meeting dari pagi sampai petang. Hari ni start after lunch sampai balik. Tapi hari ni punya meeting melibatkan staff opis lama. Tuan Haji, and beberapa Ketua Unit termasuk En. Abi. Berbunga2 kecik jugak la aku punya hati ni, dapat jumpa dengan my future imam. Maklum lah, dia baru balik dari Melaka semalam. Sempat jugak la main mata… Ouch!!

Tapi baru setengah jam bunga2 rindu mekar dalam bilik meeting, tiba2 aku terpaksa menanggung malu, bengang, dan sebagainya. Aku ditengking dalam bilik meeting tu dihadapan semua orang, termasuk my future imam, En. Abi! Malu bukan kepalang. Memang silap aku, lupa buat slide. Sebab manager aku tu tak cakap bila dia nak. Minggu ni saja aku dah buat 5 report siap dengan slide.

“Eh, mana slide renovate tu??”

“Erkkk… Yang tu saya belom buat lagi…”

“Haa!!!!! Tak buat lagi??Habis nak present ape??Ingat kita nk karaoke kt dlm bilik ni!??!!”

Gitu lah lebih kurang aku kena tengking. Aku duk jap kt kerusi, tapi aku xtahan sebak sangat, aku terus kuar. Tak masuk2 sampai ke sudah. Jamuan ringan pun aku tak pegi. Aku sembunyi dalam surau. Dalam pukul 5.30 mcm tu, En. Abi call, tapi aku tak jawap. Aku malu. Aku kena marah, kena tengking depan2 dia. 3 kali dia call. Lepas tu dia mesej tanya aku ok ke x. Pun aku xjawap.

Pukul 6.45 aku dh yakin sume orang opis dah balik. So baru aku kuar dari tempat persembunyian. Baru aku nak balik. And, buat kali pertamanya aku rasa terharu dengan En.Abi my future imam. Car park dah lengang, kecuali kereta aku dan sebelahnya kereta dia. Mungkin dia nampak kete aku tak balik lagi.

Bila aku dah smpai kat kete, aku isyaratkan jari letak kat mulut. Means aku tak nak dia tanya apa2, aku tak nak dia cakap apa2 pasal tadi. Mujur dia paham. Dia juz tanya malam ni ada kat umah ke tak. Nak hantar barang mak dia kirim. Aku tak cakap banyak terus balik. Then malam tadi lepas maghrib dia mai umah, bawak telekung solat hadiah dari mak dia. Pastu sekotak eskrem perisa coklat… Ingat lagi kisah En. Abi marah aku dulu? Kalau tak, KLIK SINI… 

Bila dia dah balik, baru dia mesej aku, dia suh aku makan eskem kasi ‘sejuk’. Hehehe. Terlupa pulak kisah kena marah petang tadi. Terubat sikit hati ni. Thanks awak. Makin lama, terasa makin sayang. Moga2 terus berkekalan kasih sayang ini hingga ke akhirnya….

p/s: pasal manager aku tu, dari awal aku masuk kerja lagi aku rasa dia tak suka aku. Sebab…. Hehehe, nanti la cerita.  Lepas peristiwa yang itu la ada2 je kesalahan aku yang dia nampak. Aku dah cuba buat apa yang dia nak, tapi still tak memenuhi citarasa dia…

Sunday, 20 May 2012

STORY BAKAL ISTERI : 16 DAYS TO GO

Aktiviti Bujang
Tinggal lagi 16 hari untuk aku bergelar si bujang. Terasa waktu mcm ni nak buat segala2 aktiviti bujang yang dah tak boleh buat after bergelar isteri. Aku nak melepak2, nak tgk wayang midnite, nk melalak dgn kawan2 aku. Tapi sayangnya, kawan2 aku sumenye duk jauh2. Ada yang dah kawin, ada yang tgh mengandung, ada yang dah pindah sana sini. So, smua aktiviti bujang aku zaman dulu2 dah tak boleh nak buat lagi. Mesti rindu sangat saat2 tu nnti

Stop Outstation Pleaseee
Maka aku perlu mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk semua ni. Tapi, belum apa2 mental aku dah diuji. Makin hari aku rasa makin serabut. En. Abi sibuk outstation. Tapi kalau dia ada pun, serabut tak hilang jugak. Mungkin outstation dia ke Melaka ni last untuk bulan ni. Harap2 untuk bulan June dia akan stop kesana sini buat sementara waktu. Hurm, tapi semakin hari dh nak dekat ni, aku rasa macam En.Abi dah makin sombong dengan aku. Mungkin dia pun tengah serabut.

Persiapan Hantaran
Sekarang tengah kalut tentang persiapan. Barang hantaran pun masih belum beli lagi. Kalau beli pun kat sini mana ada pilihan sangat. Takkan aku nk beli kasut BATA kot buat hantaran. Takkan aku nak beli set perfume AVON je kot atas dulang hantaran. Hope cuti nanti akhir bulan ni dapat la beli mana patut.

Family Planning
Ops!! Masihkah terlalu awal untuk aku fikirkan hal ni. Agak awal la. Hari tu time aku ke opis lama jumpa Tuan Haji. Haji duk usik cakap nanti lepas kawin tak payah ada anak dulu. Dia suruh honeymoon dulu dalam 2, 3 tahun. Katanya kami ni dah la bercinta tak lama, tetiba nak kawin, so bercinta dulu puas2. Hahahaha. Bengong betul... Tetiba En.Abi cakap kat haji, lebih kurang mcm ni la ayatnye:

"Skrg pun dh umur 34, lagi 3 tahun dah 37, kalau 38 baru dapat baby, paling awal kalau dapat menantu pun 58..Itu paling awal kalau la anak tu kawin umur 20. Buatnye bapak borek anak rintik, xsempat la saya timang cucu, menantu pun belom tentu..."

Erkkk... Sebenarnya aku setuju jugak apa yang Tuan Haji cakap. Tapi bila En.Abi dah cakap macam gitu, so aku tetiba rasa betul jugak apa yang dia cakap. Kesian la pulak kat dia. Huwaaa... Ape pun, kalau ada rezeki tu nanti ada lah. Kita yang syok nak PLANNING, tapi tuhan yang DETERMINING kan.......

Tuesday, 15 May 2012

STORY BAKAL ISTERI : 21 DAYS TO GO (APA YANG AKU NAMPAK)

>>yang aku nampak<<
.::dia hensem tetapi tiada yang perasan kehensemannya::.
.::dia peramah tapi dalam masa yang sama dia jual mahal::.
.::dia suka berkawan tapi dalam masa yang sama juga dia sombong::.
.::dia nampak mudah tetapi sebenarnya sangat payah::.
.::dia nampak matang dan sebenarnya dia comel::.

>>yang org nampak<<
.::dia bengis dan serius tetapi sebenarnya dia romantik::.

.::dia garang tetapi dia sebenarnya penyayang::.
.::org nampak dia cool tapi sebenarnya dia sangat nervous!!::.

♥ semakin hari semakin teruja ♥

Monday, 14 May 2012

STORY BAKAL ISTERI : 22 DAYS TO GO ( SUKA BAU BADAN DIA )


Lagi 22 hari. Semakin hari semakin dekat tariknya...

Bebudak opis lama yakni opis yang En.Abi kerja sekarang ni dah heboh dah pasal aku dengan En. Abi. Sume pakat duk mesej aku bertalu2. Yang call pun, call la. Tapi apa yang aku tau, Tuan Haji terkejut gila bila dapat tau kami nak nikah tak lama lagi...

Kawan2 duk cerita Tuan Haji tak caya, siap cakap wat main2 kat dia lagi. Kesian pulak orang tua tu. So, arini ingat lunch hour nak pegi jenguk la orang tua tu kat opis... Hehehe... Lagipun En.Abi dah balik dari Penang, so boleh la jumpa sekaligus..

Semalam jugak Siti, opismate lama aku duk gelakkan aku. Dia kata jadi jugak aku dengan En.Abi. Dulu aku duk bergosip dengan dia la. Dan dia tau apa yang menyebabkan aku minat kat En.Abi... Bukan sebab dia tu Ketua Unit. Hehehe... Ada something special la pada dia...

Pertamanya..Keperibadian
Aku sangat suka sikap dia yang cukup2 matang bagi aku. Walaupun dia pernah marah aku dulu waktu kerja, tapi aku tau dia marah sebab memang dia betul2 marah. Hahaha. Aku ni pangai ntah pape skit. Aku memang suka yg matang n boleh layan kerenah aku.

Janggut...
Aku suka tengok janggut sejemput dia. Tak lebat, tak nipis. Elok2 aje. Memang aku suka lelaki berjanggut ni. Misai? Xde.. Masa awal2 dulu dia buat rambut ala2 macam askar. Nipis. Pehh memang menggoda. Seksi u!! Hahahaha... Sekarang rambut dah normal. Xpe nnti pas kawin aku suh dia botak licin pulak...Ekekekeke

Rokok...
Rata2 pompuan sangat tak suka lelaki merokok kan? Tapi sejujurnya, aku sangat suka lelaki perokok. Memang la tak baik utk kesihatan. Tapi nampak cool je kan.... Hehehe... Cuma jangan merokok sampai asap tu masuk idung aku sudah...

Kemas...
Penampilannya sangat kemas. Dia duk bujang, tapi baju2 dia semuanya terurus. Baju dengan tie warna pun selalu match je. Kena la dengan diri dia. Aritu masa main futsal opis team pun, kemas je. Kat luar pun dia selalu pakai baju berkolar. Xde pun pakai t-shirt kolar bulat tu. Suka tengok. Aku ni suka perhatikan orang. Kadang lama2 duk perhati nampak la mana yg 'kureng'. Ada pernah aku tengok org tu, semua dh smart dh, ensem, last2 nampak jugak dia pnya tali pinggang tu dah koyak2 kulitnye... Hahaha, bagi aku, org mcm tu kedekut. Nak nampak ensem, pakai je ape yg ade walaupun dh lusuh gile!

Last!!! Ni sebab utama sebenarnya... AKU SUKA BAU DIA!!!
Wakakaka malu malu... Bau lelaki... Suka gila... Aku xtau dia pakai perfume cap ape, tapi bau dia agak keras. Dan sedap. Aku sangat suka bau dia kalau lepas waktu minum pagi, around area 11 mcm tu. Sebab dia selalunya akan kuar minum + smoke... Balik opis bau perfume + bau rokok... Perghhhh!! Daku teruja... 1st time aku ter bau tu sangat terkedu. Rasa mcm nak pegi peluk2 nk ciom2 je. Hahahaha...


Dan untuk awak, memandangkan awak (Al-Farabi) dah ada link blog saya, mungkin awak baca kot. Mungkin ini la jawapan untuk soalan awk yang lepas. Saya terima awk bukan sebab mama saya suruh kawin. Memang itu salah satu penyebab. Tapi sebab yang lainnya, saya dh lama memang meminati awk. Tapi saya tak nak bagitau awk. So, harap pengakuan saya ni dapat tenangkan jiwa awk :)

semoga semuanya dipermudahkan ye...

Thursday, 10 May 2012

STORY BAKAL ISTERI : 27 DAYS TO GO...


Lagi 27 hari sebelum aku bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki bernama suami. Perasaan susah nak cakap. Kadang2 rasa hepi. Kadang2 rasa berdebar, takot, serabut. Semua bercampur2. Majlis yang dulunya dirancang hanya untuk pertunangan bakal bertukar menjadi majlis pernikahan.

Semuanya terlalu cepat sangat. Nak kata belum bersedia, insyaallah aku akan lakukan yang terbaik. Benda boleh belajar kan?

Secara jujurnya perasaan excited tu memang ada. Nak nak bakal en.suami adalah orang yang kita minat. Pernah aku cerita dlm entry lepas2 macam mana aku boleh terminat pada ketua unit satu opis sendiri. Semuanya secara kebetulan. Mungkin ni la orang kata kalau dah jodoh tak kemana.

Tapi aku tak pernah cakap yang aku suka pada dia, aku sayang dia. Maklumlah aku tak nak luahkan lagi sebelum apa2. Kalau boleh nak simpan semuanya. Aku tak nak jadi macam yang lepas2. Kami jumpa pun tak selalu. Gayut pun tak selalu. Ada aku cerita kat kawan, terkejut besar dia...

Tapi aku yakin, mungkin dia lah jodoh aku. Sebab aku sangat teruja!!

Tadi satu sms aku dapat dari dia... Mungkin ragu2 dengan keputusan aku nak kawin kot...

"Awak terima saya coz mama awk suruh kawin atau awk terima sy krn sy?"

Ouch! Tersentap la jugak jiwa dan raga skejap. Yelah, seolah2 aku ni diragui pulak. Macam mana aku nak buktikan yang aku memang suka dia sebelum apa2 lagi. Aku suka dia sebelum mama kenalkan aku dengan Safwan lagi. Nasib baik blog buruk ni ada!!

Aku tak jawap apa2 pada dia. Cuma aku sms link blog ni. Dan mintak dia baca entry dari bawah... Entry2 lepas yang aku coretkan mungkin boleh buktikan pada dia semuanya. Macam pernah aku katakan, mungkin suatu hari nanti, dia juga salah seorang reader blog ni. Semuanya aku coretkan apa yang terdetik dihati aku. Untuk aku kenang2 pd masa akan dtg.  Semoga smuanya tak luput dari ingatan.

Dan tak lama lepas tu, aku dpt lagi sms...

"semoga smuanya dipermudahkan, sayang.."

Menitis air mata bahagiaku...


p/s : 1st time en.abi pggil aku sayang... sbb tu aku terharu..

Wednesday, 9 May 2012

STORY BAKAL ISTERI : BERSEDIAKAH AKU?

Dah tak sampai sebulan pun... Semakin hari aku rasa semakin berdebar. Macam tak caya pulak nak bergelar isteri orang dah. Persiapan pun belum sepenuhnya. Itu yang aku takut. Walaupun bakal kakak ipar aku tu dah siap pesan, jangan risau apa2, datang kawin je. Huhuhu tapi takkan semua benda nak letak atas family dia.

Sekarang aku cuma kena buat persiapan untuk hantaran. Maybe semuanya nak tempah or beli yang dah siap. Dah tak sempat. Baju majlis pun aku tak tau warna apa, macam mana bentuknya. Tapi aku dah siap dipesan suh makan banyak2. Kasi muat2 baju. Orang lain dah dekat majlis duk ikat perut, aku disuruh makan lagi. Adeh!!

2, 3 hari ni aku asyik duk pikir macam mana la jadinya lepas dh kawin nanti. Aku ni tak la reti sangat bergaul dengan orang2 tua. Nak2 pulak sebelah family dia semua dh tua2. Ha, tengok aje la bakal en.somi aku. Pun tua jugak kan. Hahahaha... Adoi, susah susahhh...

Itu bab bergaul. Semalam set bilik tidur yang kakak aku hadiahkan sempena majlis aku dah sampai. Pi beli minggu lepas time dia balik sini aritu. Tapi mintak hantar semalam. Bila dh susun dalam bilik pasang cadar sume, haihhhh.... Seriau la pulak bila aku tengok bilik tu. Huhuhu... Rumah yang aku duk sekarang ni bakal diduduki aku bersama en.abi. Mama akan balik Ipoh.

Tapi...

Boleh ke aku jalankan tanggungjawap aku sebagai seorang isteri... Huhu.. Masak lauk pun bertatih lagi. Lauk peberet en. abi pun aku tak tau!!! Nak tanya kang nanti dia kata aku tak sabar nak jadi bini dia pulak... Xley jadi... Banyak la pulak yang aku kena belajar.... Takpe, slow2... Mudah-mudahan semuanya baik2 saja...

p/s : aku masih tertunggu2 "kepulangan" sahabat baikku... kuk, dah tak sampai sebulan dah kuk :( kuk kat mana...

Monday, 7 May 2012

STORY BAKAL ISTERI : ADA APA PADA 6 JUNE??


Permulaan yang baik untuk hari ni, permohonan cuti aku selama 2 minggu dah pun diluluskan... Alhamdulillah... Semoga semuanya berjalan dengan lancar selepas ni. Bukan cuti nak saja2 je. Tapi untuk hal yang lebih penting tentang kehidupan bakal ditempuhi kelak.

Aku akan start 3 June iaitu Ahad. Jumaat sebelum tu memang dah cuti dan cuti aku akan berakhir pada 14 June iaitu Khamis. Dan akan mula bekerja balik pada 17 June iaitu Ahad.

Dan aku tersangat lah yakin 2 minggu sebelum aku bercuti yakni minggu depan aku, bermulalah minggu sibuk sedunia. Semua kerja aku kena siapkan sebelum aku start bercuti. Ada 3 kursus yang aku kena arrange kan utk staff. Itu tak termasuk lagi hal2 lain. Takpe, bersusah2 dulu sekarang, bersenang2 kemudian.

Bila aku dah start bercuti, emm mungkin sebelum tarikh cuti tu iaitu 31 Mei atau 1 June aku kena terus ke Bangi mungkin. Banyak hal belum settle. Baju untuk majlis belum try lagi. Tapi nasib baik bakal kakak ipar aku tu banyak bantu. Katanya saiz badan aku standard2. Maybe kena edit kasi kecik aje skit. So, xde hal la.

Nak sampai pada tarikh 6 June, konpem kesibukan masih dalam keadaan kritikal. 6 June kemuncak kesibukan. 6 June tarikh yang perlu aku ingat sampai bila2. 6 June tarikh yang perlu aku kenang hingga ke akhir hayat. 6 June semoga tarikh itu kekal selamanya. 6 June tarikh sah aku adalah miliknya....

p/s : mungkin orang pelik kenapa terus nikah? cakap nk tunang kan? ye memang sepatutnya tunang pd tarikh tu tapi disebabkan persetujuan keluarga dikedua2 belah pihak, maka majlis nikah dibuat terus.

p/s : tapi kenapa nikah dirumah pengantin lelaki? bukan ke spatutnya nikah dirumah pengantin perempuan? ye memang sepatutnya dan selalunya org buat mcm tu, tapi disebabkan nenek pengantin lelaki sudah agak uzur dan lanjut usia, maka kedua2 belah pihak bersetuju dinikahkan dirumah pengantin lelaki.

p/s : kendurinya bila? kenduri sebelah pengantin perempuan insyallah akan dibuat selepas raya nanti. Coz waktu tu sanak saudara rmai bkumpul. So, majlis nikah dan kenduri di sebelah pengantin lelaki dibuat terlebih dahulu. Sebab tu la nikah kat rumah pengantin lelaki. Takkan la nikah kat Kedah then balik Seremban nk kenduri.... Jauh kan?

p/s : dah ready ke? takot sebenarnya....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...