Tuesday 18 February 2014

BABYBUMP

Assalamualaikum,
Alhamdulillah ada kesempatan untuk menaip entry lagi. Bukan senang nak curi masa nak buat entry dalam masa yang singkat ni. 

Syukur sangat2 kami semua sihat walafiat hendaknya. Dah tak ada apa yang aku nak kecapi melainkan bahagia semata-mata. Dengan Ecah yang semakin membesar, dan baby yang makin membulatkan perut ibu.

Dengan kehadiran pembantu rumah now sangat meringankan kerja aku kat rumah tapi memberatkan lemak. Hadoyai, dah jadi semakin pemalas pulak. Kadang2 terfikir macam tak perlu je pembantu rumah ni. Aku bukan bekerja pun. Tapi Encik Rumate berkeras jugak nak, sayang sangat kat bini kannnn...

Keadaan perut pulak, hurm... Cepat nampak babybump. Masa Ecah dulu bulan ke  5, 6 baru nampak ketara. Kali ni baru 3 bulan lebih dah orang boleh perasan kita ni bawak budak. 

Apa pun, semoga selamat hingga ke akhirnya. Semoga baby sihat, ibu sihat, ayah sihat dan yang penting my permata hati kami, Nur Aisyah Humairah sihat dan ceria.

Salam Sayang,

Monday 10 February 2014

JONG JONG INAI SIAPA SAKIT NAIK ATAS?

Assalamualaikum,

Beberapa minggu lepas, kami keluar untuk makan malam. Tapi sebelum tu kami membeli-belah. Mempersiapkan bilik tamu untuk menerima kunjungan tetamu iaitu mertua dan bakal bibik.

Aisyah pulak duk meragam dalam kereta. Tak nak duk diam. Dengan penat bershopping lagi kan. Then Encik Rumate tanya...

"Nak makan apa?"

Jawap aku "ape2 je lah. anything"

Pastu lagi sekali dia tanya "nak makan ape ni, kat mana?"

Dan lagi sekali aku jawap "tak tau la, ikutla kat mana pun"

So aku dah membuatkan si dia bengang. Hehehe. Terus muncung mulutnya then terus patah balik rumah. huhuhu. Mood tak ok lettew. Sampai rumah diam je semuanya... Pastu tak lama lepas tu ada benda yang membuatkan kami pecah perut gelak dan keadaan kembali normal... Haaaa bila dia main ngan Aisyah...

Dia angkat Aisyah buh atas leher dia pastu nyanyi...

"Jong jong inai sapa sakit naik atas... Jong jong inai sapa sakit naik atas..." dengan tone lagu enjit2 semut...

Dah nak habis lagu baru dia pasan dia salah nyanyi... Kahkahkahkah.. Terus mood kembali ok dan dia terus pergi beli satey!! Hahahahaha....

Salam Sayang,

Saturday 8 February 2014

ALHAMDULILLAH 3 BULAN

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, dah masuk 3 bulan baby yang ke-2 ni. So far so good tak banyak alahan. Tak macam sebelum ni agak teruk tapi tak seteruk yang dialami oleh kawan-kawan yang lain. 

Oleh kerana dah ada pengalaman mengandungkan Aisyah tahun lepas, maka tak ada la risau sangat. Dah pandai bawak diri. Dah boleh kawal emosi dan tak merisaukan sesiapa lagi. 

Dan alhamdulillah jugak, bibik dah sampai 2 hari lepas. So kerja-kerja rumah boleh lah pass kat dia. Hal Aisyah dan hal masak memasak untuk kami aku aje yang buat. Lebih afdhal air tangan isteri sendiri yang buat kan? 

Perkembangan Aisyah : 
** dah masuk 11 bulan. Bulan depan setahun. berjalan masih belum tapi dah pandai berdiri sendiri. cuma masih nak ajar dia bertatih. gigi dah tumbuh 6 batang. Bawah 2 atas 4. 

** Dah paham apa orang cakap. Bila sebut mandi, dia selak2 baju dia. bila sebut tido terus rebahkan kepala. Dah bijak sebab dah jadi kakak kan. Itu ajela perkembangan Aisyah diusia 11 bulan ni. 

p/s : biarlah orang nak kata kerap mengandung pun, dah rezeki. Dan memang kami nak. Bukan rezeki yang tak dijangka. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tapi tak susah pun, sangat bahagia. 

tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan


Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...