Wednesday, 20 June 2012

KEK KARAMEL PERTAMA AKU!


Yuhu...
Semalam beriya2 aku balik awal sebab nak buat KEK KARAMEL cepat2. Tak sabar. Selalunya aku akan balik 5.30. Sepatutnya pukul 5.00 dah boleh balik. Tapi semalam pukul 5.00 aku balik dah. Dah bagitau En.Asben awal2 nak balik awal. Tapi pukul 5.15 sampai umah, tengok2 dia dah tercongok dalam rumah! Dia pun sibuk nak buat sama. 

Pukul 5.30 aku terus buat. Tengah2 nak sukat2 gula mai pulak En.Asben cakap gula sikit sangat. Aku bukan main duk sukat2 pakai penimbang, dia boleh pulak pi tambah2 satu, dua sudu main agak2. So, kena sukat balik... 'Berangin' jugak la kat dapur semalam. 

Time nak sukat minyak, 45ml, lagi satu masalah. Xtau nak sukat dengan ape. Penyukat pun paling rendah 200 ml. Lagi satu hal pulak.... Time ni idea En.Asben baru bernas. Dia bukak peti ais dan nampak ni...........

Ini penyukat sukatan ubat batuk yang duk dalam peti ais. Tapi paling tinggi 12 ml. So, aku sukat 10 ml 4x then 5ml. Cukup la 45ml! hahahahaha.... Bijak tak? Bijak tak??

Memang banyak kena kacau petang semalam. Geram! Dia usik itu, usik ini. Serabut sungguh. Kita nak cepat, dia memain pulak. Tambah itu, tambah ini. Kita nak sukat betul2, dia kata tambah sikit lagi. Last2 dia cakap..

'Tak payah la strict sangat sukatan dia, nanti kek tu stress...'

Haaaa pandai laaaaaaaaaa.... Kek tu tak stress tapi yang buat kek ni yang stress... Grrrrr.... Nasib baik laki. Kalo adik Is, memang dah kene dah.... Hahahaha....

Ini pulak gula hangus yang dah keras, merekah mcm kaca pecah. Hehehehe.... Kak Shida cakap bunyi mcm kaca pecah, bila merekah2 mcm ni aku dah tersengih2 dah sebab jadi le tuuuuu....

Rupa sebelum dibakar. Kata En.Asben, perlu ke buat bulat2 mcm gitu. Hisshhh.... Mesti la... Nanti tak cantik......

Selepas dikeluarkan dari oven selama 45 minit. Permukaan atas tu macam hangit sikit. Risau jugak kot belah dalam dia tak ok. Sebab kata Kak Shida, jangan guna senduk besi. Dah bagitau dah jangan guna senduk besi, ehhhh lai diambilnye senduk besi.... Bila bagitau bla bla bla, katanya, itu mitos semata-mata. Grrrrr.............

After 10 minit lepas kuarkan dari oven, dia merekah2 kat tepi. Menandakan dah mula sejuk. Kulit pun kecut2. Then balikkan buh dalam peti ais...

Heeeee... Tapi baru skejap letak dalam peti ais, En.Asben tak sabar2 nak makan. So, potong la sikit. Kang kalau dia potong sendiri hancur pulak kek aku yang cantik2 ni. Gula hangus pun belum sempat beku lagi. Hishhh....

Potong2. Bila dah potong En.Asben kata sayang nak makan. Sebab cantik. Tau pun. Tadi dia jugak cakap perlu ke buat cantik2. Tapi bila tak sejuk, bila makan akan rasa mcm muak sikit. Tak habis so masukkan dalam peti ais balik. Pukul 10 lebih baru kuarkan, mam licin depan TV!! Sedap!!!


Itu la sahaja kisah KEK KARAMEL aku ni. Cubaan pertama buat. Tapi karamel dia agak manis so lepas ni kena kurangkan sikit gula bahagian tu. Boleh la buat banyak2 bawak pi opis or buat kalau ada majlis pape kan. 


p/s : Lepas ni kalau nak buat kek kena buat sorang2. Tak boleh bagitau dia awal2. Habis projek!!.. huhuhuhuuhu errrr.... resipi? nanti lah. boleh KLIK SINI...  Raja Kek Karamel dia ni tau!!


12 comments:

aDisH.sHidA said...

alhamdulillah menjadi pun....cntik plak tu color nya...waaah best la bergurau senda kat dapur sambil masak sesama...

kalau awin nak karemel nya tebal nnati susu n telur dabel..gula tetap sama hehe

opps jgn lupa perasa dlm adunan kek erk...

Mrs. Abi said...

kak shida : oooo gituuuu....

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

ciss...baa terus rasa geram! akak sorang je tak wat lg kek nih.FS dah wat smua dah.huwaaaaaaaaaaaaaaa

benciiii

mood jeles ngan awin hr ni.hahaha. eh apa yg x leh guna senduk besi?masa nak tuang kek eh?

Citarasa Rinduan said...

wahhhhhhhh
tahniah..

bab gurau2 tu kak ayu sangat jeles okey.
habaq kak en abi.. kak ayu kalau nak gurau lebih, ajak kak ayu..

hahahhaa

Mrs. Abi said...

kak lydia : kak shida ckp jgn guna senduk besi masa nak kacau adunan tu...xtau sebab ape..

kak ayu : hahahahahaha...mmg serabut sungguh kena kacau. kita nk fokus dia memain.....

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

perghhhh sedapp gila....

**tak rajin lagi nak buat sendiri... asyik rajin makan yg kak shida buat ja

haha

Mrs. Abi said...

cik GKSB : waaa best la dpt makan yg kak shida mahaguru kek karamel buat.....huhuhuhuhu

Iffah Afeefah said...

okeh sngt jeles

xbuat2 lg ni

puan awin da siap makan pon

jeles2

Waalid5035 ™ said...

assalamualaikum...waalid singgah jenjalan..sambil2 folo..^_^,sokongan anda kepada permata perjuangan amatlah dihargai..

Yana Libra said...

cantik~ :)

Mrs. Abi said...

yana : hehehe mekasih, jom la cuba

aimie amalina said...

weeeeeeeeeeeeee
comei dan cntik
mang syg nak makan ye
hahahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...