Thursday, 28 June 2012

KENAPA POLIS TAK PAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?



Tali Pinggang Keledar a.k.a Seatbelt!

Hari ni aku nak cakap mengenai benda diatas. Kalau sapa yang rajin baca paper Berita Harian, topik sekarang ni yang hot pasal benda alah tersebut. Tapi diorang bukan mempertikaikan kenapa kena pakai seatbelt tapi apa yang mereka pertikaikan ialah :
"kenapa petugas kereta peronda penguatkuasa (polis) tidak memakai tali pinggang keledar sedangkan mereka mengeluarkan saman kepada pemandu awam yang tidak memakai tali pinggang keledar!"
Walaupun aku ni dikatakan bukan berpihak pada parti pembangkang, tapi aku jugak sering mempersoalkan kenyataan di atas. Kenapa? Kenapa? Tapi aku tak nak MEMPOLITIKKAN isu ni. So, harap isu ni tidak DIPOLITIKKAN. Sebab time kena saman tak ada pun polis tanya kau orang UMNO ke BN ke PAS ke PKR ke BERSIH ke ape kann?? So, tak payah nak politik sangat la!

So, kat sini aku nak share sedikit sebanyak info yang aku terima dari salah seorang kawan. Sumber baik punya! Bukan omong kosong cakap tanpa bukti…

UNDANG-UNDANG!!
Kalau ikut undang2 sedia ada, KAEDAH2 KERETA MOTOR ( Tali Pinggang Keledar) 1977 [ P.U. (A) 321 ] Ianya mewajibkan pemandu dan penumpang2 kenderaan bermotor memakai tali pinggang keledar. Berkuatkuasa sejak 1 JANUARI 1979 lagi. Tapi pada 1978, Seksyen 7 (a) Keselamatan Tali Pinggang [ P.U. (A) 378 ] dikuatkuasakan. Seksyen ini memberi pengecualian kepada sesiapa yang berada dalam kenderaan polis, tentera, bomba dan ambulans untuk pakai tali pinggang keledar! Pengecualian diberikan hanya kepada anggota polis kereta peronda dalam tugas kawalan VVIP untuk memudahkan mereka melakukan pergerakan sekiranya berlaku kecemasan!

Ada faham?

Cuba bayangkan kalau kamu, kamu dan kamu ni petugas kereta peronda then terserempak dengan incident tembak menembak or something yang kecemasan/kelam kabut la, so benda tu sangat menyukarkan mereka untuk bertindak pantas. PDRM tak bekalkan anggotanya pakai senjata berat cuma pistol yang terletak kat pinggang mereka. So, jadi masalah if something bad happen okey? So mereka diberikan pengecualian. Harap maklum.

Lagi satu, dah  buat salah tu kena la saman. Tak perlu menyalahkan orang lain dengan kesalahan yang kau buat. Tali pinggang bukan untuk kepentingan pihak mana2 tapi untuk keselamatan kau, kau dan kau jugak. Tak perlu nak pertikai kenapa aku kena,  kenapa dia tak kena? Let say if kau, kau dan kau tak pakai seatbelt, dan aku pun tak pakai. Then berlaku kemalangan, kau, kau dan kau mati tapi aku tak mati. Takkan kau nak pertikai pada yg Pencipta kenapa kau mati tapi aku tak mati???

Jelas?

p/s : Pakai la seatbelt, spupu aku eksiden, tgk kereta konpem org kata dh mati. Tapi dia hidup cuma limpa hancur, kena buang sebab xpakai seatbelt, dada terhentak pada stereng. Ramai org kata kalau dia pakai seatbelt, insyallah dia boleh kuar keta sambil sapu tapak tangan. Apa pun semuanya kuasa Allah s.w.t


Salam Sayang,

6 comments:

Solihin Zubir said...

lol.. kenapa mesti nk sebut hal pembangkang, politik molitik tu? wakaka..

Mrs. Abi said...

hahaaha...sebab ramai org ingat polis tu kuli pd kerajaan... org kalau dh xsuke, ape pun yg dia nmpk nk komplen!

Sunah Sakura said...

sambil sapu tangan? =.=

saya rajin pakai tali pinggang keledar...

aDisH.sHidA said...

kak mmg x suka pakai tali pinggang samada tali pinggang suar ke, keselmatan ke..keledar ke..x suka..rimas...sebab suka pantas

~Kirin Selama Perak~ said...

owh..baru tahu..pakai seatbelt pastu jangan la bawa laju2..bahaya. ingatlah orang tersayang . :)

Yana Libra said...

kalau dah ajal, tak leh nak buat apa la kan, tp usahalah ke arah menjauhi sebarang kecelakaan kan..hehe~ :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...