Tuesday 31 July 2012

KUIH ROPA / KUIH LIPAT / MURTABAK KECIK


Assalamualaikum...

Juz nak share kuih yang buat beberapa hari lepas. Nama dia tak pasti. Sebab kat tempat lain tak penah pulak jumpa kuih ni. Kat sini (Ganu) orang panggil Kuih Ropa. Tapi sebelum tahu nama dia, aku panggil kuih lipat or murtabak kecik. 

Sambal (mcm inti karipap)
juz kentang, ayam, lada hitam skit.
Buat banyak2, simpan dalam peti ais.
nak makan baru goreng.
Kulit dia buat macam kulit kuih ketayap.
Juz tepung, telur, air....
Dah siap goreng...
sedap!!!!
Salam Sayang,

Monday 30 July 2012

BILA HALIMUNAN...


Assalamualaikum...

Errr.... Assalamualaikum!!

Hello.... Assalamualaikum....

=.=' 

Ehem2... Assalamualaikum....

Maafkan saya.... Assalamualaikum...

Oh, lupa... Aku ni halimunan... Orang tak nampak...

(Sapu2 kaki... Undur diri... Terima kasih...)

p/s : sabarlah wahai hati. jaga diri, jaga baby. 

Salam Sayang,

SUSAH NAK UNINSTALL!!


Assalamualaikum... Salam 10 Ramadhan...

Straight to the point. Semalam kakak ada sms cakap dia ada belikan baju preggy untuk aku. Comel katanya. Tak sabar2, aku mintak dia mms. Tapi malangnya HP aku ni cap sardin. Hapeee pun tak boleh. Dah lewat malam, aku mintak jugak kakak send pic baju tu kat email. Katanya aku ni tak menyempat2. Tak lari baju dikejar! 

Tadi pulak, kawan ada cakap kat kedai gambar tu ada promosi ambik gambar family hingga last Ramadhan. Boleh call aje kalau nak tempah tarikh. Aku dgn encik suami memang bercadang nak amik pic kami berdua dgn gaun pengantin. Maklum le, aku kan kawin tak menyempat jugak. Hahaha... Dan2 jugak aku call encik suami nak mtk permission. Dekat 10 kali gak call, baru berjawap, xhbis cerita dia dah potong dulu... MEETING! 30 minit kemudian aku sms tnya dah siap ke... Tapi tak dijawap. Grrrr.... Bila aku bagitau kat kawan aku tu, dia cakap aku ni 'rakus' sangat. *Dok dang dang... Hahaha :p

*Dok dang dang = bahasa tganu mksudnya tak menyempat2.

Baru aku perasan, minggu lepas pun aku duk gila nak beli buku novel 'SUAMI AKU USTAZ' pulun mintak encik suami pi cari kat kedai buku. Tapi tak dak. Frust. Dan dan sms kawan2 dari seluruh pelosok negeri, mintak tolong carikan if kebetulan ke kedai buku. Hahahaha. Last2 ada lah sorang ni membantu. Tapi masih belum dapat lagi kat tangan aku ni =.='. Nyaris jugak Jumaat aritu aku nak singgah kedai buku. Kot la suami aku ni tipu. Huhuhu... Tapi nasib baik xde parking. 

Tak tau la. Susah betul nak uninstall sifat negatif yang satu ni. Permanent kot. =.='

Salam Sayang,

Sunday 29 July 2012

DOANYA UNTUKKU


Assalamualaikum...
Harini dah 9 Ramadhan. Diam tak diam, dah 6 minggu 'dia' bersama aku. Syukur alhamdulillah. Sangat teruja sebenaqnya. Kadang2 tak macam percaya pun ada. Sangat cepat masa berlalu. Zup zap zup zap, dah hampir 2 bulan aku bergelar isteri kepada Al-Farabi. 

Semalam, masa tengok TV, tetiba aku rasa nak bertanya pada encik suami. Apa yang dia baca tiap kali dia cium dahi aku time bersalaman? Biasa la kan, kita akan bersalaman sebelum pegi kerja, balik kerja, lepas solat jemaah dan sebelum tidur. Tapi aku terperasan, dia baca something sebelum dahi aku dicium. Apakah? Ayat penunduk?? Dah lama nak tanya tapi tangguh2. Semalam tanya pun, dia banyak duk berdalih, bila aku dah feedup baru dia jawapnya...

'Ya Allah, berkatilah isteriku, selamatkanlah dia didunia dan diakhirat..'

Huwaaaaaa.... Terharu sangat, rasa nak menitik airmata bila dengar dia cakap macam tu... Maknanya, kalau 3, 4 kali sehari kena cium dahi, maka banyak itu jugak la dia mendoakan kesejahteraan aku. Maceh awak... Sayang kamu ketat2... Huhuhuhu...

Berkatilah ikatan kami hingga ke akhir hayat... Amin

Salam Sayang,

Saturday 28 July 2012

BEGEDIL IKAN PULAK DAH...


Assalamualaikum...

Dari semalam lagi teringin nak buat begedil ikan. Ekceli tak pernah makan pun begedil ni. Duk masa duk hostel penah tengok kawan2 duk beli begedil. Tapi tak teringin nak cuba. Kakakecik pun selalu duk buat. Aku ni tengah ketagih duk dapur. Ape saja resipi yang mudah dan ada bahan, mesti teringin nak buat. Jadi ke, tak jadi ke, cuba dulu. Baru tahu. 

Bahan2 dia, ubi kentang direbus dan dilenyek, ikan rebus dan di tumbuk, lada hitam ditumbuk2... Semuanya kena tumbuk. 
Sapa tak dak gigi pun boleh makan!
(ubi kentang rebus ok, bukan ubi kayu... kang ade yg kena lengkung)
Bawang didadu, cili, daun sup dan daun bawang
Campur semua, buat bulat2, gaul tepung, celup telor, dan goreng!
Aku saje buat bulat, takmo wat leper.
Dah siap goreng! Tadaaa.... Makan cicah sos pun best ni....

Encik suami macam tak percaya aku boleh buat macam2 benda ni. eskrem, mee kari, kuih ropa, begedil, kek karamel, ape lagi? Ekceli bukan aku reti pun, tapi juz cuba. Resipi dah ada, try la. Jadi tak jadi belakang cerita, belum buat, mana kau tau tak jadi? So, tak ada alasan.

p/s : esok nak buat ape pulak ehhhh.... eekekekekeke...

Salam Sayang,

Friday 27 July 2012

SUAMI BUNCIT, SALAH SIAPA?


Assalamualaikum... 

Hari ni dah 7 Ramadhan. Semalam encik suami ajak pergi beli barang dapur. Memandangkan stock dapur dah banyak habis, then gaji pulak. So aku ape lagi, rembat troli paling besar punyaaa... Bersyukur sangat dianugerahkan seorang suami yang sangat memahami. Layan aje dengan aku ni. Kalau degan mama, mesti dah lama bising. 

Masa tengah beratur kat kaunter nak bayar, aku baru terperasan 3, 4 pasangan mungkin baru kawin dalam 2, 3 tahun kot. Kenapa suami mereka buncit? Ye, rata2 suami a.k.a lelaki yang dah kawin konpem buncit. Terus aku bisik dengan encik suami, tentang persoalan yang bermain kat minda isteri dia ni. 

Encik suami gelak aje. Katanya nanti perut dia pun mungkin akan sebuncit mereka2 kalau tiap2 bulan troli penuh macam ni. Then kata dia lagi suami buncit sebab isteri pandai masak. Ouch!! Tersenyum simpul aku depan kaunter. Tapi sambungnya lagi, isteri tak pandai masak pun suami buncit juga. Sebab kena habiskan nak amik hati. Cis! Tapi tak kira lah... Nasib baik perut dia maintain lagi... 

'Awak, jaga perut. Saya tak larat nanti nak jaga kalau kembar...'

p/s : Tapi sebenarnya aku rasa semuanya mungkin salah troli. 

Salam Sayang,

Thursday 26 July 2012

TART SARDIN a.k.a SARDIN ROLL


Assalamualaikum,

Semalam 1st time aku buat kuih sepanjang bulan Ramadhan. Balik kerja kalut masak tempe, goreng sayur. Sementara tunggu husband balik, ternampak pulak resipi sardin roll. Macam best!

Emmm, walaupun masih dalam mood merajuk kes murtabak hari tu, tapi gigih jugak aku buatkan kuih special buatan tangan sendiri untuk jamu suami tersayang after balik tarawih. Baik kan aku? Hehehehe, rugi la sapa tak amik aku jadi bini.... ( tu la kauu dulu sombong sangat!)

sebelum dibakar
lepas dibakar


Resipi? Emmm... Sila google ye. Resipi mudah bangat deh! Bahan2 pun senang. Berkat tahu bila kita sediakan makan untuk suami. Nak nak bulan Ramadhan yang penuh barakah ni kan. Apa saja untuk dia, ikhlas, penuh kasih sayang, konpem, dapat ganjaran di dunia dan di akhirat. Tak gitu?

p/s : aku cakap sardin roll, laki aku gelak aje. katanya 'tart sardin'. suka sangat dia ubah2 nama kuih la... =.='

Salam Sayang,

Wednesday 25 July 2012

HANYA UNTUK DIA


Assalamualaikum...

Hari ni hari ke-5 kita berpuasa. Kesihatan 'kami' setakat ini sihat. Alhamdulillah. Rasa pening and sakit kepala tak sangat. Cuma rasa loya2 tu ada lah sikit. Tapi cepat2 cium bau minyak cap kapak, kasi lega. Buat kerja pun slow2 aje, sebab rasa pening bila ngadap screen lappy yang silau ni. Nak2 bila bukak system, bukak mics excel bagai. Huiiii...

Tadi pagi sampai opis awal, menung dalam keta dulu. Macam tak percaya yang aku mampu hadapi semua ni sorang2. Yelah memula aku macam tak boleh terima tanggungjawap as a kakak. Pastu aku dikurniakan seorang suami. Aku yang dulunya 'budak yang terlalu diberi muka' sekarang semua dah berbeza. Rupanya, aku boleh buat. Cuma nak atau tak aje.

Sekarang banyak benda aku kena belajar. Kerja2 rumah itu tak ada hal. Cuma yang aku kena banyak praktis, memasak. Banyak sangat lauk pauk yang selama ni tak pernah buat. Tapi aku mesti buat yang terbaik. Sebab... Syurga aku, dibawah telapak kakinya... Bukan ke seorang isteri yang diberkati suami, akan diredhai Allah?
Aku yang patut memberinya segala, 
Kerna aku mampu melakukan apa-apa saja....
Untuk dia !
Untuk dia !
Untuk dia !
(Untuk Dia - Najwa Latif)

Salam Sayang,

Tuesday 24 July 2012

PETUA CINTA : AYAT PENGASIH??



Assalamualaikum...

Something yang aku rasa nak kongsikan ape yang aku dapat. Nak salin memang malas, so aku snap aje. Dari Majalah Mingguan Wanita. Elok sangat la ni bulan posa kan, sambil2 siapkan juadah, baca zikir ni.... Tak panjang pun, mudah aje kan...


p/s : bukan untuk lepas kawin aje tau, kalau sediakan untuk family pun boleh, untuk kawan2 umah sewa pun... banyak kot fadhilatnya... google! hehehhee...


Salam Sayang,

Monday 23 July 2012

HARI KE-3 BARU DAPAT MERASA


Assalamualaikum... 

Selamat sudah berbuka untuk hari ke-3 Ramadhan. Hari ni 1st day berpuasa + bekerja. So far so good. Semua berjalan dengan lancar. Oleh kerana dah 2 hari teringin nak makan murtabak, hari ni balik kerja aku pegi beli sendiri kat bazar. Dapat murtabak terus pecut balik nak masak nasi dan goreng sayur sikit sementara suami balik beli lauk2 sikit. Sambil drive bercucuran airmata, sebak sebab akhirnya dapat jugak menjamah murtabak.

Bukan susah sangat pun nak beli murtabak. Dan bukan mahal sangat pun. Awat la payah sangat nak tolong belikan. Duk pi ikut nasihat mengarut Tuan Haji. Kata Haji, jangan beli terus makanan yg wife mengidam. Beli selepas hari ke-3 wife mintak supaya tak mengidam benda mengarut. Ntah mana dapat ntah. Ngarut je!


Lega dapat rasa murtabak. Walaupun lepas makan, semua terkeluar balik. Ini murtabak Terengganu. Kuah merah. Kuah kari tak dak! Kalau kat Kedah, dia kasi kuah kari. Kuah merah ni kalau nak kena mintak. Itupun mungkin dapat dalam 2 sudu aje kuahnye. Tapi aku suka kuah yang ini.

Salam Sayang,

CAKAP TAK SERUPA BIKIN


Assalamualaikum, 3 Ramadhan!

Semalam dah 2 hari kita puasa. Alhamdulillah. Sepanjang 2 hari semuanya ok. Boleh masak, makan dan buat kerja rumah. Yelah kan cuti. Tapi hari ni kerja. Tak tau la sempat ke tak masak petang nanti. Balik kerja awal stengah jam dari biasa iaitu 4.30 petang. Sempat kot masak kan...

Emmm, sejak hari pertama puasa, teringin sangat nak makan murtabak. Tapi kecewanya bila husband tak dapat belikan. Maka lahirlah entry MURTABAK PUNYA HAL ini. So, semalam memang bajet dapat makan. Tapi agak kecewa bila tak dibawak balik murtabak, tapi dibawak baliknya karipap pusing pulak.


Kecewa sangat. Tapi sabar. Makan aje la karipap pusing pun. Dalam kecewa pun sampai 5 ketul aku makan karipap tu haa.. Sedap jugak. Emmm, hari ni balik kerja, nak singgah bazar sendiri. Nak beli murtabak tu sendiri. Hope dapat makan murtabak jugak hari ni. Xdapat banyak, sepotong pun jadi lah.

Salam Sayang,

Sunday 22 July 2012

KERANA PEREMPUAN NERAKA....


Assalamualaikum... Salam 2 Ramadhan...

Semalam aku tengok drama TV3, tajuknya 'PEREMPUAN NERAKA' Kisah isteri yang derhaka, tak hormat suami. Cerita ni sangat menyentuh perasaan. Elok ditonton terutamanya suami dan isteri. Sebak tengok seorang isteri buat macam tu kat suami. Tapi silap suaminya juga, terlalu bagi muka dan tak bertegas.


( sapa yang tak dapat tgk, if nk tengok KLIK SINI )

Aku akui yang isteri ni suka dimanja, dibelai, diberi kasih sayang sepenuhnya. Tapi sebagai seorang isteri, aku jugak kena faham, tak boleh pentingkan diri sendiri. Dan kat sini lah peranan seorang suami. Tak salah untuk memanjakan isteri, tapi kena 'bertegas dalam kasih sayang'. If salah, tegur. If silap, betulkan. If alpa, ingatkan. If leka, sedarkan. Dan sebagai seorang isteri jugak kena terima teguran dan kritikan suami. 

Selepas kita bersuami, syurga kita berada dibawah tapak kaki suami. Segala apa yang kita buat perlu diredhai suami. Kena buat apa yang suami suka. Dan berdosa sekiranya kita buat sesuatu perkara yang tak disukai suami. Dan2 kat situ jugak aku bagitau kat suami 

' awak kalo saya buat salah, awak tegur la. marah pun tak pa. jangan manjakan saya sangat. saya tak nak jadi isteri macam gitu...'

Suami aku gelak aje bila aku cakap macam tu. Dia kata kita kena sama2 tegur la. Tapi kena terima la apa yang kena tegur. Then dia kata, ada 1 perkara aje dia nak tegur. Tapi tunggu masa yang sesuai. Aku paksa jugak dia bagitau. Tapi dia kata, nanti.....

p/s : tapi aku rasa aku tau.... takpa, tunggu aje la...

Salam Sayang,

Saturday 21 July 2012

MURTABAK PUNYA HAL!


Assalamualaikum...

Hari ni aku kirim murtabak kat husband. Tapi dia call cakap murtabak tak ada. Tapi mustahil. So mungkin dia saja je tipu. Tapi bila dia balik, memang tak ada murtabak. Kecewa sangat. Menitik jugak la airmata aku ni pada awalnya. Tapi lepas dia cakap esok dia janji belikan murtabak special, terus terpujuk. Aku pun paham gak situasi dia, mungkin terlalu ramai orang kt sana, maklum la 1st puasa. Orang excited berbelanja. Dia pun mungkin penat. So, aku cepat muhasabah diri. Tak boleh nak ikutkan hati kita aje kan. 

Then bila waktu berbuka, aku makan sikit aje. Bukan sebab merajuk pasal murtabak. Tapi aku takut muntah balik nanti macam semalam and subuh tadi. So makan sikit aje, nanti lapar, makan la lagi kan. Tapi husband salah faham. Dia ingat aku merajuk sebab murtabak. So, dia terkecik hati pulak dengan aku, disebabkan murtabak aje, aku jadi sugul xmo makan. Pulakkkkkk....

Tapi bila aku dah terangkan sumenye, dia yang termalu sendiri. Ahhh, tacing lebey la masing2 pun. Hehehee. Dia mungkin lupa kot aku ni dah start morning sickness. Nasib baik tak teruk. Alhamdulillah, sepanjang hari tak buat hal. Cuma semalam dengan sahur tadi aje. Hope tak muntah lagi, perit tekak ooo....

Murtabak cilok dari blog KAK LM

Moral of this entry :

~ Sebagai suami atau isteri, kita tak boleh pentingkan diri sendiri. 
~ Jangan membebankan suami walau sedang preggy sekali pun.
~ Perlunya komunikasi untuk elakkan salah faham.
~ Kena terima pendapat orang. Open mind. 
~ Jangan ingat kita aje yang betul (^_*)\/

Salam Sayang,

SAHUR 1ST RAMADHAN SEBAGAI ISTERI


Salam Ramadhan...

Hari ni 1st day kita berpuasa kan? So sebelum subuh tadi ramai lah antara kita yang bangun sahur. Konpem 90% dari kita akan bersahur pada awal2 ni. Nanti dah separuh bulan puasa, 50% pun tak sampai bangun kan. Aku dulu sebelum bergelar isteri orang ni, macam gitu lah. Awal2 ni rajin la bangun. Makan pun tambah2 aje.

Pengalaman pertama menyambut bulan Ramadhan bersama suami. Sangat berbeza dengan zaman anak dara dulu. Biasalah, bila status dah berubah, cara hidup pun mula berubah. Nak tak nak, i have to! Tanggungjawap namanya. Besar pahalanya tau...

If dulu mama kejutkan sahur 5, 6 kali baru nak bangun. Bangun tu kadang2 terus ke dapur telan nasi. Kalau kena bebel, baru la pegi cuci muka dulu. Sayang sangat kat tidur. Dah siap makan, sambung tido balik sebelum azan subuh. 

Sekarang, sebelum tido malamnya tu dah prepare lauk2 untuk sahur. Everything! Dan kena bangun awal untuk panaskan lauk2 balik. Kejutkan encik suami. Sekali kejut, memang tak gerak pun. Macam ni la kot perasaan mama bila kejutkan aku sahur dulu kan? Panasssss aje rasanya. Hehehe...

Menu sahur aku tadi daging masak merah, telur masin, dan sup sayur. Aku siap tambah 2 kali. Biasalah, penggemar nasi. Suami geleng kepala aje tengok bini dia ni kuat melantak. Tapi sayangnya, time nak wuduk solat subuh, semuanya terkeluar balik. =.=' Penat aje telan. Hope semuanya okey. Huhuhuhu...

Salam Sayang,

Friday 20 July 2012

BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H


Assalamualaikum...

Segmen bloglist dari BENASHAARI

Blog aku ni baru nak bertatih2. Hope ada yang sudi bertukar link dengan blog aku. Yang datang offer tukar link, terima kasih banyak2. Aku sangat berminat dengan tawaran kalian-kalian. Kunjungan balas akan dibuat seberapa segera.

Terima Kasih.


p/s : sila lah semak bloglist ramadhan kat sebelah, if link blog anda tak ada, sila bagitau ye, takut terlepas pandang... ^_^

Salam Sayang,

SELAMAT ULANG TAHUN KAMU!!


Assalamualaikum... Salam Jumaat semuaaa....

Hari ni besday kawan baik aku. Sape? Haaaa... Sape lagi kalau bukan si Pendi tu haaa... Selamat Hari Lahir Kuk... Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Dah 22 tahun, bangun tu awal2 la sikit. Kemas umah, masak. Kamu kan surirumah sepenuh masa. Kekekeke...

Selamat Hari Jadi.....
Selamat Hari Jadi.....
Selamat Hari Jadi Kuku...
Selamat Hari Jadi....

Semoga persahabatan kita kekal selamanya. 
Dan, selamat menyambut hari puasa esok. 

Salam Sayang,

Thursday 19 July 2012

PENGIRAAN USIA SEBENAR KANDUNGAN



Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Saat ni rasa gembira sangat2. Syukur sangat2. Sebenarnya, sejak aku diisytiharkan pregnant haritu, perasaan sangat hepi. Then bertukar sedih bila ada mulut2 manusia cakap bebukan. Semuanya gara2 widget daisypath. Doc cakap 3 minggu, daisypath cakap 5 minggu. So, aku pun serabut, sampai stress jadinya. Pikir punya pikir, ngadu punya ngadu, tetiba kawan baik aku yang tengah sarat sekarang ni explain. Dan kasi kt aku link blog. Thanks Mas!!

Katanya, tarikh yang doc kasi tu tepat. Sebab kita tak tau tarikh sebenar persenyawaan tu berlaku. So, pengiraan dibuat berdasarkan tarikh last kita period. Ianya dipanggil Gestational Age. Ibaratnya jangkaan kasar usia kandungan. Tarikh ni digunakan sebab waktu subur wanita kebiasaannya dalam 10 hari selepas period. Kan?

Gestational age tak sama dengan ovulatory age. Ovulatory age ialah umur persenyawaan. So, kalau kita kira usia kandungan guna tarikh last period, ianya cuma gestational age. Dan usia sebenar kandungan ialah 2 minggu kurang dari tarikh tu. Means if calculate cakap 5 minggu, usia sebenar ialah 3 minggu. Dan aku ada terbaca satu blog ni, dia punya period before kahwin. Then lepas kawin 3 minggu, check dah 5 minggu pregnant. Haaa mcm mana tu... Padahal usia kandungan tu kira ikut last period.

Tu laa... Susah betul kalau bunting pelamin ni. Macam2 orang fikir. Nak bagitau pregnant pun rasa serba salah. Hurmmm.... Ape pun lantak korang lah! Janji, ini kami yang punya! ngehngehngeh.... 



p/s : tapi kalo nak pikir pun, aku kawin dh 6 minggu ++ (sebulan lebih)... doc cakap kandungan dah 3 minggu, means now dah 4 minggu. means dah sebulan. calculate ckp 6 minggu... so, bukan masalah kan? diorg ni, nak ckp bebukan pun kire lah dulu. aku ni pun yg emo lebih2 sgt ape hal.... adoiii

sumber : SINI, dan SINI

Salam Sayang,

Wednesday 18 July 2012

BIAR SAMPAI KE BINTANG


Assalamualaikum...

Lagu duk dengar pagi tadi on da way nak pi kerja kat Hot.Fm. Tetiba rasa best tapi tak tau sapa yang nyanyi. So, cepat2 tangkap 3, 4 patah perkataan untuk keyword nak google. Dapat la lagu ni tadi. Best. Setiap baris lirik sangat mendalam maknanya. Tacing!! Huhuhuhu....

Lirik : Biar Sampai Ke Bintang -Asmidar-

Biar mimpi-mimpi kita

Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini


Aku tahu bukan mudah

Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini


Jangan resah ini takdir

Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita


Biar mimpi sampai ke bintang

Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita

Tiada gunung yang terlalu tinggi

Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini


Jangan resah ini takdir

Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang

Salam Sayang,

Tuesday 17 July 2012

BANYAK ANGIN


Assalamualaikum,
Lagi beberapa hari aje lagi nak masuk bulan Ramadhan. Kali pertama akan berpuasa dengan bersuami. Hope kesihatan memuaskan sepanjang bulan puasa nanti. InsyaAllah.

Semalam balik kerja, rasa badan banyak angin. Then lepas solat isyak, angin mcm sampai ke kepala. Mintak encik suami tolong tarikkan rambut sampai bunyi 'pop' tapi dia pulak tak reti. So dia urutkan belakang badan, naik ke atas sampai ke kepala. Banyak gila angin keluar (sendawa). Sampai termuntah.

Nasib baik pagi tadi bangun dah okey. Kalau tak, segan jugak nak mintak cuti lagi. Dah banyak cuti dah amik. Lepas ni kena jaga makan. Tak boleh makan benda sejuk2.

Salam Sayang,

Saturday 14 July 2012

TIPS PENJAGAAN KUCING YANG PENTING TAPI TAK DISEDARI..

Assalamualaikum,

TIPS PENJAGAAN KUCING YANG TAK SEMUA PEMILIK KUCING SEDARI....

SILA PASTIKAN KUCING2 ANDA TIDAK BERKELIARAN MASUK KE RUMAH JIRAN2 SEBELAH. DAN PASTIKAN MEREKA2 ITU BERAK DIRUMAH MASING2 OKEY!! 

Aku sangat hangin bila dah elok2 sapu sume laman, tetiba secoit taik kucing kat situ. Tengah best2 angkat kain, secoit kat situ. Atas pagar secoit. Adoiiiii!!! Aku ni pun bersifat penyayang jugak. Tak ada sifat kebencian pada binatang2 ni. Kalau nampak kucing rasa nak belai2 jugak. Tapi bila mengenangkan belaian diberi dibalas dengan taik, grrrr... Tak tau nak cakap ape dah!!

Nak bela kucing tak kisah, 4 juta ekor pun tak apa. Tapi pelis la ajar kucing tu berak kat rumah! Bela main lepas2 aje. Sekarang ni juz tunggu kucing masuk berak dalam rumah aku aje. Pastu konpem aku cedok taik tu, bawak pegi rumah tuan punya kucing, kasi balik taik 'anak2' beliau! 

p/s : ada jugak kang kucing balik rumah pakai pampers... hahahaha...

Tak caya?? Tungguuuuu.....!!

kucing2 comel gini memang susah aku nak baling dengan selipar.
tapi keadaan memaksa. sorry sayang. 
baling bukan nak kasi sakit, tapi juz peringatan.
lenkali jaga bontot elok2 ok...huhuhu

Salam Sayang,

MENGIDAM??

Assalamualaikum...
Suami aku punya angkara. Tak tau la sapa yang mengidam sekarang ni... Balik kerja dia kasi aku 2 paket benda ni. Jeruk. Tapi, dia aje yang duk krup krap krup krap depan tv... Huhuhuhu.... Sabo aje leeee....


p/s : siap bagitau kat umah makcik dia ada pokok mangga... hishh... tak rasa pun nk makan benda mcm ni..... =.='

Salam Sayang,

Friday 13 July 2012

TEKAK MAU ITU TOMYAM!


Petang tadi tetiba tekak ni teringin nak makan tomyam. Slurp! Sedapnye kan... Encik suami pulak pantang dengar aku nak makan ape2, terus buat2 ajak pegi. Kekekeke... Aku pun ape lagi, teringin nak makan ape saje, buat2 je nak makan, mesti dapat. Haih, gemok le kalau macam ni selalu...

So after solat maghrib, encik suami suh siap2. Ajak pi makan. Kebetulan mama, abah, adik is ada, ajak depa tapi mama tak mau. Katanya nak tido, penat travel jauh2 kan. So, kami pegi aje la berdua. 

Aku punya noodle in tom yam soup. Dia punya tom yam kung huhuhu.
 Itu cake choc chip walnut. 

Agak tak sedap tomyam dia. Noodle dia berbau beras sangat. Macam tak cuci elok2 aje. Ini pic snap sebelum waiter datang amik. Encik suami pulak jenis bukan suka yang berair2 mcm ni. Tapi gatai jugak nak order!

Ekceli banyak lagi ni. Hirup kuah dia aje. Sampai terbelahak. Huhuhu..

p/s : rasa best sangat sekarang ni. rasa disayangi sangat2. syukur alhamdulillah... semoga kami bahagia hingga ke akhirnya... amin

Salam Sayang,

AYAM MASAK MERAH



Assalamualaikum...

Macam ni la lauk yang digemari en.suamiku Al-Farabi. Suka lauk2 kering2. Ni lauk hari ni. Ayam masak merah, dengan masak lemak kobis, ikan kering, ikan goreng, sambal belacan. Harini makan special skit, sebab makan dengan mama, abah, dengan adik is. Tapi, adik is memalu pulak dengan aku. Hahahaha. Yelah, lama tak jumpa, duk main gedik2 plak memalu.


p/s : teringat kata2 pakar mata a.k.a pakar motivasi Dr. Muhaya, isteri yang diredhai suami akan diredhai Allah. 

Salam Sayang,

ROTI TELUR GULUNG

Hyep...
Dah bosan sarapan makan roti sapu jem, kadang2 buat roti benjo, jemu dah rupa yang sama ajee. So, pagi semalam dan arini, aku merekacipta satu produk sarapan yang rasa dia sama aje mcm sebelum ni, tapi bertukar wajah!! Hahahaha...



Rupa-rupanya aku pun sama spesis macam Adik Is. Nak makan benda yang cantik2 aje. Walaupun korang nampak macam tak cantik, tapi bagi aku bolehhh laaaaaa.... Sedap la jugak mata memandang walaupun tekak kata tak berapa nak sedap...

Bagi yang anak2 suke bawak bekal, atau empunya diri yang suka bawak bekal, kot la ade orang perli asyik rupa ituuuu aje bekalnye, tukar2 la wajahnye jugak. Hahahahhaa....

Mudah aje, guna sebijik telur, letak garam skit. Buat macam telur dadar, kacau2 then tuang separuh dalam kuali then goyang2 kasi nipis melebar. Boleh  tabur bawang hiris, daun saderi atau ape2 yang disukai. Dah siap angkat, tuang sos, letak roti sekeping, gulung....

p/s : entri minggu2 lepas punya, tapi baru nak publish =.='

Salam Sayang,

Thursday 12 July 2012

MUFFIN MARBLE (CHOCO, PANDAN AND STRAWBERRY)

Assalamualaikum...
Hari Khamis yang lepas balik kerja awal. So teringin nak masak2 kat dapur. Then terlintas nak buat muffin marble. Ingat nak buat kek marble, tapi macam besar, xde sapa nak makan. Alih2 aku nekad nak buat muffin. Lagipun saja nak test2 guna emulco yang beli aritu.

Maka terjadilah muffin marble choco, pandan and strawberry. Resipi? Korang cari lah sendiri kat google. Sebab aku pun google jugak. Hahahahaha.... Tapi sayangnya suami aku tak suke benda alah ni. Katanya tak payah buat lagi lainkali sebab tak sedap! huhuhuhu... Tapi memang xsedap pun. Tak tau ape yang tak kena. 




p/s : aku bab amik gambor mmg failed!!

p/s : tak gemar sangat kek....


p/s : entry minggu lepas, tapi baru nak publish... 

Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...