Monday 31 October 2016

BLOG DAH BERHABUK!!


Assalamualaikum

Berhabuk betul blog ni sekarang. Tahun 2016 baru 2 entry. Term-term dalam berblog pon i dah banyak lupa lah. 

Banyak dapat komen cakap rindu dengan coretan saya, rindu dengan keletah saya, rindu saya membebel kan. Saya pon rindu sangat kat semua orang. Rindu awak, rindu kamu, rindu kau. Rindu semuanya. 

Tapi apakan daya, masa sangat tak mengizinkan dan masa yang ada cukup-cukup makan ja. Rindu juga nak berblog-walking ke blog kawan-kawan. Rindu nak mengomen. 

Kehidupan sekarang, so far so good.

Awin sekarang dah kawin. Awin dah ada 2 cahayamata. Nur Aisyah Humairah  3 tahun 8 bulan dan Adam Harris 2 tahun 3 bulan. Semua dah besar. Perancangan nak tambah lagi sorang. Hahaha. Tapi hold dulu lah. Hahaha...

Awin rindu semua kawan-kawan. Rindu sangat.

Actually rindu pada Awin yang dulu. Yang tak ada masalah. Yang selalu gelak. Yang selalu bangun lambat. Yang selalu tido. Yang selalu kuat makan. Yang selaluuuuu kacau orang. Haha. Tapi semua tu dah tak boleh nak buat.

Okey apa lagi nak taip ye.

Awin dah terer masak!!!

Okey tu aje lah dulu buat masa ni, next time kalau ada kelapangan kita mai sapu habuk lagi kat blog ni...

Bye!!

Friday 3 June 2016

BILA AISYAH NAK JADI ELSA (FROZEN)

Assalamualaikum

Wah wah, Ramadhan nak mai dah cheq oi, persiapan apa pon takdak lagi. Ala posa kali ni lain maciam sikit la. Semua sendiri bikin. Bibik takdak dah. Dah lari lintang pukang, habuk pon tadak. Tak payah berbibik sangat lah. Lagipon anak2 dah besar2, so senang la sikit dan penat la sikit.Hehehe.

Bila cakap pasal besar ni, tau tau la kan i ni ada anak dara. Umurnya baru 3 tahun 3 bulan. Tapi mulutnya mengalahkan budak darjah 1. Celotehnya banyak. Ada2 aje ayat dia yang buat kami terkesima. Kita cerita sekali, dia ingat berhari-hari.

Aisyah,

Suatu hari semasa otw nak hantar Aisyah ke Taska, dia bagitau nak rambut merah macam Elsa (Frozen). Time tu adiknya Harris dlm car seat didepan dan dia kat belakang.

Ecah : Ibu, boleh tak Aisyah nak rambut macam Elsa.
Ibu   : Ish, tak cantik lah rambut macam tu. Dia mandi air tak bersih. Sebab tu             rambut dia kaler mcm tu.
Ecah : Bukan lah ibu, rambut dia tu buat kat kedai rambut. Auntie kedai rambut           buatkan..
Ibu   : (Gelak dlm hati) Laaa yeke, ibu tak tau la pulak. 

Dan aku pon buat2 la sembang alihkan topik pasal rambut Elsa. Dan tiba2 hidung ni terbau bedak Carrie Junior. Dalam pikiran mungkin Ecah bukak beg kot. Sebab dia memang nak melawa je sejak akhir2 ni.

Alangkah terkejutnya aku bila sampai taska, Ecah keluar dengan rambut penuh bedak. Cikgu2 kat taska semua terkejut dan gelak. Aku pon. 

Ibu   : Lah apesal pulak ni, Aisyah tumpahkan bedak ke???
Ecah : Macam Elsa kan?...

Aduhai anak, nak gelak ada nak marah pon ade. Nak amik pic pon tak sempat sebab nak mengangkat Harris lagi, kereta parents lain pon dah beratur kat belakang. Aduhai. Termenung sekejap aku dalam kereta.



Aisyah, Aisyah....


Salam Sayang,

Saturday 20 February 2016

WARDED

Assalamualaikum.

Penat. Now kat hospital. Aisyah admit ward. Demam dan cirit. Taktau la pasepa ni. Kemarin dh pi klinik tp still cirit. Kesian dia bontot dh luka trus dtg hspital. Doc amik darah. And now masih tggu result.

Semoga Aisyah cepat sembuh. Ibu tak tahan tengok Aisyah lemau macam ni. Selalu Aisyah banyak mulut komplen itu ini. Sekarang ibu ajak sembang pon Aisyah cakap ibu bising. HUhuhu. Sapa nak sembang ngan ibu kalau Aisyah xsihat ni.

Susah hati la bila best fren cilik ni xsihat.

Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...