Tuesday 29 May 2012

STORY BAKAL ISTERI : 7 DAYS TO GO


Hyep!!


Bangi-Seremban
Lagi seminggu... Semalam pukul 9 mlm baru sampai kat Bangi. Pagi tadi duk pakat pi Seremban tengok2 persiapan yang nak tolong2. Yelah kan takkan nak lepas tangan macam tu. Lega rasanya bila kakak ipar cakap semua dah settle. Cuma hujung minggu ni nak kena pi beli barang2 nak buh atas hantaran, baju, kasut, handbag, perfume sume. Settle yang tu!
Apa persiapan?
Datang tadi pagi sdara2 depa dah ada duk kupas2 bawang nak buat bawang goreng katanya. Aku baru je nak pegang pisau nk kupas sama, si makcik tu tak kasi. So, terpaksa naik atas tolong2. Nasib baik tangan ni berseni nak buat riben2 yang mcm org letak kat hamper tu. Yezza!! 
Apa khabarnya my future imam?
Yang ada kat sana makcik2 dia aje. Yang muda2 tak bangun tido lagi. Termasuk la my future imam! Dah pukul 9 time tu. Tak pe dimaafkan. Sebab masa aku bertolak ke Bangi pukul 2 tu dia masih kerja lagi. Malam tadi baru dia gerak. Maybe nak dekat subuh td kot baru sampai umah dia. 
Belom kawin tak leh jumpa sangat!
Pukul 12 orang dh siap2 masak untuk lunch, baru le my future imam bangun. 1st time tengok dia muka baru bangun! Eeiii... Buruk gile! Hahahaha... Dah siap2 makan sume rehat2 sembang dengan family baru la gerak balik. Ada yang suh aku tido aje kat sana, tapi ada makcik tu cakap xboleh sebab belom kawin tak elok jumpa2 sangat. Tapi memang tak bawak baju pun. Xselesa la tido umah orang.
Bilik Pengantin??
Si kakak ipar sibuk pulak ajak aku tengok bilik pengantin. Belom dihias lagi. Katanya bilik tu memang dikhaskan untuk bilik pengantin kalau ada cucu cicit nak kawin. Memula aku tengok bilik tu, aku terkejut. Yelah kan, rumah nenek dia. Umah kayu sepenuhnya diruangan atas, dan bahagian bawah, iaitu dapur, separuh simen, separuh kayu. Dinding pulak tak tutup penuh sampai siling. Means if orang kat ruang tamu bahagian atas mintak bantal sebijik pun aku boleh baling kat atas mcm tu je... Haihhhh... Dan kalo orang lapik kerusi 3, 4 bijik, hulur kepala kat dinding tu, boleh nampak la dalam bilik tuh!


Kakak ipar aku tau aku terkejut, tergelak besar dia. Kata dia memang sengaja diorang kasi pengantin bilik tu. Katanya bilik tu belum dihias lagi. Lepas dihias cantik lah! Aku tak kisah selepas ke sebelum. Yang pasti selepas dihias pun, dinding tu tetap tak menutupi hingga ke siling!! 
Inai
Malam ni mungkin akan pakai inai kali pertama. Kata orang kena pakai 3 kali kan. So, sempat la tu. Ni mesti adik is dah tak nak aku suapkan dia. Sebab dia pelik tengok jari merah2. Huhuhu... Tapi tak nak lukis2 mcm orang buat tu. Emmm...




p/s : bimbang pulak bila aku tengok bilik pengantin tu!!


p/s : mungkin ni entry last or mungkin bukan last. sebab hari sibuk tak menentu. 


p/s : doakan aku ye!!





Saturday 26 May 2012

STORY BAKAL ISTERI : 10 DAYS TO GO



Persiapan Hantaran
Lagi 10 hari, baru terasa keserabutan melanda diri. Walaupun persiapan majority pihak sebelah lelaki yang sepatutnya lebih sibuk kerana kenduri akan dibuat disebelah sana dulu. Tapi yang jadi masalah sekarang ni bila 70% dh siap tapi lagi minority 30% nya campur tangan sendiri. Kakak dh membebel2, mama pun membebel2. 

Cuti
Cuti yang sepatutnya aku amik start 31 June terpaksa diawalkan lagi pada lusa! Itupun En.Abi mintak campur tangan Tuan Haji untuk dapatkan pelepasan aku bercuti. Baju nikah belum test, baju kenduri pun belum.

Sibuk
Bermulalah minggu sibuk aku. Esok kerja tapi maybe sekerat hari aje. Lusa lepas subuh kena gerak ke umah kakak or umah abah. Buat persiapan mana patut. Lusa juga dengan secara rasminya mama akan meninggalkan rumah ni. So, akan tinggallah aku kat sini bersama suami. Uhuk2... 

Iskandar!
Mama kata adik aku akan tinggal dengan mama and abah. Buat masa ni aku cuma kata ok je. Sebab tak sempat nak pikir tentang perasaan tu sume. Tape lepas dh tak sibuk nanti tak tau le macam mana. 

Kad Kawin Mana!!!!
Ramai yang tanya aku, mana kad kawin... Maaf ye sayang, majlis sebelah pengantin perempuan belum buat lagi. 6 June akan diadakan majlis nikah sebelah malamnya. Esoknya ada kenduri kesyukuran. Rasanya dijemput sanak saudara sebelah pengantin lelaki sahaja. Bukan tak nak jemput tapi majlis rumah orang, aku tak berani nak jemput2. Lagipun nak kasi peta lokasi pun aku tak reti. Nanti majlis kenduri sebelah aku, selepas raya. Mungkin raya ke-3. Nanti sy jemput ye!

p/s : mungkin lepas ni susah nak on9. tapi kalau ada kesempatan mungkin akan update sikit2. 

Friday 25 May 2012

STORY BAKAL ISTERI : 11 DAYS TO GO (EDIT LANGSIR BILIK)


Hari ni aku menggigihkan diri, mengedit langsir tingkap bilik. Langsir yang dulu ada renda biasa aje. Tu pun ada yang dah tercabut jahitan. Nak buat langsir baru dah tak sempat dah. Lagipun majlis bukan buat kat rumah ni. Majlis kt Kedah. Rumah ni aku akan tinggal bersama dengan bakal suami la nanti. Saje la nak kasi cantik2 sikit bilik ni. Hehehehe...


Menggunakan butang biasa aje.... Saiz besar sikit....

Tanda dengan kaler warna (merah)

Siap dijahit... Hehehe.. Simpel2 aje lah... Nak kasi nampak lain skit dri yg asal..




Thursday 24 May 2012

STORY BAKAL ISTERI : 12 DAYS TO GO


Semalam aku meeting dari pagi sampai petang. Hari ni start after lunch sampai balik. Tapi hari ni punya meeting melibatkan staff opis lama. Tuan Haji, and beberapa Ketua Unit termasuk En. Abi. Berbunga2 kecik jugak la aku punya hati ni, dapat jumpa dengan my future imam. Maklum lah, dia baru balik dari Melaka semalam. Sempat jugak la main mata… Ouch!!

Tapi baru setengah jam bunga2 rindu mekar dalam bilik meeting, tiba2 aku terpaksa menanggung malu, bengang, dan sebagainya. Aku ditengking dalam bilik meeting tu dihadapan semua orang, termasuk my future imam, En. Abi! Malu bukan kepalang. Memang silap aku, lupa buat slide. Sebab manager aku tu tak cakap bila dia nak. Minggu ni saja aku dah buat 5 report siap dengan slide.

“Eh, mana slide renovate tu??”

“Erkkk… Yang tu saya belom buat lagi…”

“Haa!!!!! Tak buat lagi??Habis nak present ape??Ingat kita nk karaoke kt dlm bilik ni!??!!”

Gitu lah lebih kurang aku kena tengking. Aku duk jap kt kerusi, tapi aku xtahan sebak sangat, aku terus kuar. Tak masuk2 sampai ke sudah. Jamuan ringan pun aku tak pegi. Aku sembunyi dalam surau. Dalam pukul 5.30 mcm tu, En. Abi call, tapi aku tak jawap. Aku malu. Aku kena marah, kena tengking depan2 dia. 3 kali dia call. Lepas tu dia mesej tanya aku ok ke x. Pun aku xjawap.

Pukul 6.45 aku dh yakin sume orang opis dah balik. So baru aku kuar dari tempat persembunyian. Baru aku nak balik. And, buat kali pertamanya aku rasa terharu dengan En.Abi my future imam. Car park dah lengang, kecuali kereta aku dan sebelahnya kereta dia. Mungkin dia nampak kete aku tak balik lagi.

Bila aku dah smpai kat kete, aku isyaratkan jari letak kat mulut. Means aku tak nak dia tanya apa2, aku tak nak dia cakap apa2 pasal tadi. Mujur dia paham. Dia juz tanya malam ni ada kat umah ke tak. Nak hantar barang mak dia kirim. Aku tak cakap banyak terus balik. Then malam tadi lepas maghrib dia mai umah, bawak telekung solat hadiah dari mak dia. Pastu sekotak eskrem perisa coklat… Ingat lagi kisah En. Abi marah aku dulu? Kalau tak, KLIK SINI… 

Bila dia dah balik, baru dia mesej aku, dia suh aku makan eskem kasi ‘sejuk’. Hehehe. Terlupa pulak kisah kena marah petang tadi. Terubat sikit hati ni. Thanks awak. Makin lama, terasa makin sayang. Moga2 terus berkekalan kasih sayang ini hingga ke akhirnya….

p/s: pasal manager aku tu, dari awal aku masuk kerja lagi aku rasa dia tak suka aku. Sebab…. Hehehe, nanti la cerita.  Lepas peristiwa yang itu la ada2 je kesalahan aku yang dia nampak. Aku dah cuba buat apa yang dia nak, tapi still tak memenuhi citarasa dia…

Sunday 20 May 2012

STORY BAKAL ISTERI : 16 DAYS TO GO

Aktiviti Bujang
Tinggal lagi 16 hari untuk aku bergelar si bujang. Terasa waktu mcm ni nak buat segala2 aktiviti bujang yang dah tak boleh buat after bergelar isteri. Aku nak melepak2, nak tgk wayang midnite, nk melalak dgn kawan2 aku. Tapi sayangnya, kawan2 aku sumenye duk jauh2. Ada yang dah kawin, ada yang tgh mengandung, ada yang dah pindah sana sini. So, smua aktiviti bujang aku zaman dulu2 dah tak boleh nak buat lagi. Mesti rindu sangat saat2 tu nnti

Stop Outstation Pleaseee
Maka aku perlu mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk semua ni. Tapi, belum apa2 mental aku dah diuji. Makin hari aku rasa makin serabut. En. Abi sibuk outstation. Tapi kalau dia ada pun, serabut tak hilang jugak. Mungkin outstation dia ke Melaka ni last untuk bulan ni. Harap2 untuk bulan June dia akan stop kesana sini buat sementara waktu. Hurm, tapi semakin hari dh nak dekat ni, aku rasa macam En.Abi dah makin sombong dengan aku. Mungkin dia pun tengah serabut.

Persiapan Hantaran
Sekarang tengah kalut tentang persiapan. Barang hantaran pun masih belum beli lagi. Kalau beli pun kat sini mana ada pilihan sangat. Takkan aku nk beli kasut BATA kot buat hantaran. Takkan aku nak beli set perfume AVON je kot atas dulang hantaran. Hope cuti nanti akhir bulan ni dapat la beli mana patut.

Family Planning
Ops!! Masihkah terlalu awal untuk aku fikirkan hal ni. Agak awal la. Hari tu time aku ke opis lama jumpa Tuan Haji. Haji duk usik cakap nanti lepas kawin tak payah ada anak dulu. Dia suruh honeymoon dulu dalam 2, 3 tahun. Katanya kami ni dah la bercinta tak lama, tetiba nak kawin, so bercinta dulu puas2. Hahahaha. Bengong betul... Tetiba En.Abi cakap kat haji, lebih kurang mcm ni la ayatnye:

"Skrg pun dh umur 34, lagi 3 tahun dah 37, kalau 38 baru dapat baby, paling awal kalau dapat menantu pun 58..Itu paling awal kalau la anak tu kawin umur 20. Buatnye bapak borek anak rintik, xsempat la saya timang cucu, menantu pun belom tentu..."

Erkkk... Sebenarnya aku setuju jugak apa yang Tuan Haji cakap. Tapi bila En.Abi dah cakap macam gitu, so aku tetiba rasa betul jugak apa yang dia cakap. Kesian la pulak kat dia. Huwaaa... Ape pun, kalau ada rezeki tu nanti ada lah. Kita yang syok nak PLANNING, tapi tuhan yang DETERMINING kan.......

Thursday 17 May 2012

MUNGKIN KEJAM, TAPI INI HAKIKAT




Untuk kamu yang sedang menjauh

:(

tak nak benda mcm ni jadi, tapi mungkin akan jadi...
kadang2 saya mendoakan agar benda mcm itu akan jadi
semoga kamu rasa apa yang saya rasa sekarang ni...
bukan berdendam,
tapi want to share....

nice kan :)

Tuesday 15 May 2012

STORY BAKAL ISTERI : 21 DAYS TO GO (APA YANG AKU NAMPAK)

>>yang aku nampak<<
.::dia hensem tetapi tiada yang perasan kehensemannya::.
.::dia peramah tapi dalam masa yang sama dia jual mahal::.
.::dia suka berkawan tapi dalam masa yang sama juga dia sombong::.
.::dia nampak mudah tetapi sebenarnya sangat payah::.
.::dia nampak matang dan sebenarnya dia comel::.

>>yang org nampak<<
.::dia bengis dan serius tetapi sebenarnya dia romantik::.

.::dia garang tetapi dia sebenarnya penyayang::.
.::org nampak dia cool tapi sebenarnya dia sangat nervous!!::.

♥ semakin hari semakin teruja ♥

Monday 14 May 2012

STORY BAKAL ISTERI : 22 DAYS TO GO ( SUKA BAU BADAN DIA )


Lagi 22 hari. Semakin hari semakin dekat tariknya...

Bebudak opis lama yakni opis yang En.Abi kerja sekarang ni dah heboh dah pasal aku dengan En. Abi. Sume pakat duk mesej aku bertalu2. Yang call pun, call la. Tapi apa yang aku tau, Tuan Haji terkejut gila bila dapat tau kami nak nikah tak lama lagi...

Kawan2 duk cerita Tuan Haji tak caya, siap cakap wat main2 kat dia lagi. Kesian pulak orang tua tu. So, arini ingat lunch hour nak pegi jenguk la orang tua tu kat opis... Hehehe... Lagipun En.Abi dah balik dari Penang, so boleh la jumpa sekaligus..

Semalam jugak Siti, opismate lama aku duk gelakkan aku. Dia kata jadi jugak aku dengan En.Abi. Dulu aku duk bergosip dengan dia la. Dan dia tau apa yang menyebabkan aku minat kat En.Abi... Bukan sebab dia tu Ketua Unit. Hehehe... Ada something special la pada dia...

Pertamanya..Keperibadian
Aku sangat suka sikap dia yang cukup2 matang bagi aku. Walaupun dia pernah marah aku dulu waktu kerja, tapi aku tau dia marah sebab memang dia betul2 marah. Hahaha. Aku ni pangai ntah pape skit. Aku memang suka yg matang n boleh layan kerenah aku.

Janggut...
Aku suka tengok janggut sejemput dia. Tak lebat, tak nipis. Elok2 aje. Memang aku suka lelaki berjanggut ni. Misai? Xde.. Masa awal2 dulu dia buat rambut ala2 macam askar. Nipis. Pehh memang menggoda. Seksi u!! Hahahaha... Sekarang rambut dah normal. Xpe nnti pas kawin aku suh dia botak licin pulak...Ekekekeke

Rokok...
Rata2 pompuan sangat tak suka lelaki merokok kan? Tapi sejujurnya, aku sangat suka lelaki perokok. Memang la tak baik utk kesihatan. Tapi nampak cool je kan.... Hehehe... Cuma jangan merokok sampai asap tu masuk idung aku sudah...

Kemas...
Penampilannya sangat kemas. Dia duk bujang, tapi baju2 dia semuanya terurus. Baju dengan tie warna pun selalu match je. Kena la dengan diri dia. Aritu masa main futsal opis team pun, kemas je. Kat luar pun dia selalu pakai baju berkolar. Xde pun pakai t-shirt kolar bulat tu. Suka tengok. Aku ni suka perhatikan orang. Kadang lama2 duk perhati nampak la mana yg 'kureng'. Ada pernah aku tengok org tu, semua dh smart dh, ensem, last2 nampak jugak dia pnya tali pinggang tu dah koyak2 kulitnye... Hahaha, bagi aku, org mcm tu kedekut. Nak nampak ensem, pakai je ape yg ade walaupun dh lusuh gile!

Last!!! Ni sebab utama sebenarnya... AKU SUKA BAU DIA!!!
Wakakaka malu malu... Bau lelaki... Suka gila... Aku xtau dia pakai perfume cap ape, tapi bau dia agak keras. Dan sedap. Aku sangat suka bau dia kalau lepas waktu minum pagi, around area 11 mcm tu. Sebab dia selalunya akan kuar minum + smoke... Balik opis bau perfume + bau rokok... Perghhhh!! Daku teruja... 1st time aku ter bau tu sangat terkedu. Rasa mcm nak pegi peluk2 nk ciom2 je. Hahahaha...


Dan untuk awak, memandangkan awak (Al-Farabi) dah ada link blog saya, mungkin awak baca kot. Mungkin ini la jawapan untuk soalan awk yang lepas. Saya terima awk bukan sebab mama saya suruh kawin. Memang itu salah satu penyebab. Tapi sebab yang lainnya, saya dh lama memang meminati awk. Tapi saya tak nak bagitau awk. So, harap pengakuan saya ni dapat tenangkan jiwa awk :)

semoga semuanya dipermudahkan ye...

Thursday 10 May 2012

STORY BAKAL ISTERI : 27 DAYS TO GO...


Lagi 27 hari sebelum aku bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki bernama suami. Perasaan susah nak cakap. Kadang2 rasa hepi. Kadang2 rasa berdebar, takot, serabut. Semua bercampur2. Majlis yang dulunya dirancang hanya untuk pertunangan bakal bertukar menjadi majlis pernikahan.

Semuanya terlalu cepat sangat. Nak kata belum bersedia, insyaallah aku akan lakukan yang terbaik. Benda boleh belajar kan?

Secara jujurnya perasaan excited tu memang ada. Nak nak bakal en.suami adalah orang yang kita minat. Pernah aku cerita dlm entry lepas2 macam mana aku boleh terminat pada ketua unit satu opis sendiri. Semuanya secara kebetulan. Mungkin ni la orang kata kalau dah jodoh tak kemana.

Tapi aku tak pernah cakap yang aku suka pada dia, aku sayang dia. Maklumlah aku tak nak luahkan lagi sebelum apa2. Kalau boleh nak simpan semuanya. Aku tak nak jadi macam yang lepas2. Kami jumpa pun tak selalu. Gayut pun tak selalu. Ada aku cerita kat kawan, terkejut besar dia...

Tapi aku yakin, mungkin dia lah jodoh aku. Sebab aku sangat teruja!!

Tadi satu sms aku dapat dari dia... Mungkin ragu2 dengan keputusan aku nak kawin kot...

"Awak terima saya coz mama awk suruh kawin atau awk terima sy krn sy?"

Ouch! Tersentap la jugak jiwa dan raga skejap. Yelah, seolah2 aku ni diragui pulak. Macam mana aku nak buktikan yang aku memang suka dia sebelum apa2 lagi. Aku suka dia sebelum mama kenalkan aku dengan Safwan lagi. Nasib baik blog buruk ni ada!!

Aku tak jawap apa2 pada dia. Cuma aku sms link blog ni. Dan mintak dia baca entry dari bawah... Entry2 lepas yang aku coretkan mungkin boleh buktikan pada dia semuanya. Macam pernah aku katakan, mungkin suatu hari nanti, dia juga salah seorang reader blog ni. Semuanya aku coretkan apa yang terdetik dihati aku. Untuk aku kenang2 pd masa akan dtg.  Semoga smuanya tak luput dari ingatan.

Dan tak lama lepas tu, aku dpt lagi sms...

"semoga smuanya dipermudahkan, sayang.."

Menitis air mata bahagiaku...


p/s : 1st time en.abi pggil aku sayang... sbb tu aku terharu..

Wednesday 9 May 2012

STORY BAKAL ISTERI : BERSEDIAKAH AKU?

Dah tak sampai sebulan pun... Semakin hari aku rasa semakin berdebar. Macam tak caya pulak nak bergelar isteri orang dah. Persiapan pun belum sepenuhnya. Itu yang aku takut. Walaupun bakal kakak ipar aku tu dah siap pesan, jangan risau apa2, datang kawin je. Huhuhu tapi takkan semua benda nak letak atas family dia.

Sekarang aku cuma kena buat persiapan untuk hantaran. Maybe semuanya nak tempah or beli yang dah siap. Dah tak sempat. Baju majlis pun aku tak tau warna apa, macam mana bentuknya. Tapi aku dah siap dipesan suh makan banyak2. Kasi muat2 baju. Orang lain dah dekat majlis duk ikat perut, aku disuruh makan lagi. Adeh!!

2, 3 hari ni aku asyik duk pikir macam mana la jadinya lepas dh kawin nanti. Aku ni tak la reti sangat bergaul dengan orang2 tua. Nak2 pulak sebelah family dia semua dh tua2. Ha, tengok aje la bakal en.somi aku. Pun tua jugak kan. Hahahaha... Adoi, susah susahhh...

Itu bab bergaul. Semalam set bilik tidur yang kakak aku hadiahkan sempena majlis aku dah sampai. Pi beli minggu lepas time dia balik sini aritu. Tapi mintak hantar semalam. Bila dh susun dalam bilik pasang cadar sume, haihhhh.... Seriau la pulak bila aku tengok bilik tu. Huhuhu... Rumah yang aku duk sekarang ni bakal diduduki aku bersama en.abi. Mama akan balik Ipoh.

Tapi...

Boleh ke aku jalankan tanggungjawap aku sebagai seorang isteri... Huhu.. Masak lauk pun bertatih lagi. Lauk peberet en. abi pun aku tak tau!!! Nak tanya kang nanti dia kata aku tak sabar nak jadi bini dia pulak... Xley jadi... Banyak la pulak yang aku kena belajar.... Takpe, slow2... Mudah-mudahan semuanya baik2 saja...

p/s : aku masih tertunggu2 "kepulangan" sahabat baikku... kuk, dah tak sampai sebulan dah kuk :( kuk kat mana...

Monday 7 May 2012

STORY BAKAL ISTERI : ADA APA PADA 6 JUNE??


Permulaan yang baik untuk hari ni, permohonan cuti aku selama 2 minggu dah pun diluluskan... Alhamdulillah... Semoga semuanya berjalan dengan lancar selepas ni. Bukan cuti nak saja2 je. Tapi untuk hal yang lebih penting tentang kehidupan bakal ditempuhi kelak.

Aku akan start 3 June iaitu Ahad. Jumaat sebelum tu memang dah cuti dan cuti aku akan berakhir pada 14 June iaitu Khamis. Dan akan mula bekerja balik pada 17 June iaitu Ahad.

Dan aku tersangat lah yakin 2 minggu sebelum aku bercuti yakni minggu depan aku, bermulalah minggu sibuk sedunia. Semua kerja aku kena siapkan sebelum aku start bercuti. Ada 3 kursus yang aku kena arrange kan utk staff. Itu tak termasuk lagi hal2 lain. Takpe, bersusah2 dulu sekarang, bersenang2 kemudian.

Bila aku dah start bercuti, emm mungkin sebelum tarikh cuti tu iaitu 31 Mei atau 1 June aku kena terus ke Bangi mungkin. Banyak hal belum settle. Baju untuk majlis belum try lagi. Tapi nasib baik bakal kakak ipar aku tu banyak bantu. Katanya saiz badan aku standard2. Maybe kena edit kasi kecik aje skit. So, xde hal la.

Nak sampai pada tarikh 6 June, konpem kesibukan masih dalam keadaan kritikal. 6 June kemuncak kesibukan. 6 June tarikh yang perlu aku ingat sampai bila2. 6 June tarikh yang perlu aku kenang hingga ke akhir hayat. 6 June semoga tarikh itu kekal selamanya. 6 June tarikh sah aku adalah miliknya....

p/s : mungkin orang pelik kenapa terus nikah? cakap nk tunang kan? ye memang sepatutnya tunang pd tarikh tu tapi disebabkan persetujuan keluarga dikedua2 belah pihak, maka majlis nikah dibuat terus.

p/s : tapi kenapa nikah dirumah pengantin lelaki? bukan ke spatutnya nikah dirumah pengantin perempuan? ye memang sepatutnya dan selalunya org buat mcm tu, tapi disebabkan nenek pengantin lelaki sudah agak uzur dan lanjut usia, maka kedua2 belah pihak bersetuju dinikahkan dirumah pengantin lelaki.

p/s : kendurinya bila? kenduri sebelah pengantin perempuan insyallah akan dibuat selepas raya nanti. Coz waktu tu sanak saudara rmai bkumpul. So, majlis nikah dan kenduri di sebelah pengantin lelaki dibuat terlebih dahulu. Sebab tu la nikah kat rumah pengantin lelaki. Takkan la nikah kat Kedah then balik Seremban nk kenduri.... Jauh kan?

p/s : dah ready ke? takot sebenarnya....


Sunday 6 May 2012

CARA HANDLE PASANGAN KUAT CEMBURU


Aku bukan Dr. Cinta. Nak kata pengalaman aku dalam cinta tu banyak, tak la jugak. Tapi aku dah jumpa bermacam2 orang, bermacam2 ragam. Aku pulak bukan lah jenis menggoda sangat. Aku betul2 'gedik' dengan yang tersayang aje. Tapi yang ada ni pun belum terserlah lagi gedik aku. Betul2 aku nak simpan semuanya. Sabar!

Mungkin jenis aku yang sempoi, outspoken, huha-huha buat ada yang nak rapat dengan aku. Time tu aku dah 'in relationship'. Dan dia mula jeles tak tentu pasal. Dah jenuh explain tapi langsung tak nak dengar. (Dia bukanlah En. Abi. Tp dolu2 punya cer). Nak tau macam mana nak handle masalah ni?? Pakwe or makwe yang jeles tak tentu pasal? n susah nk explain??



Cara Menangani Pasangan Cemburu Buta...

Situasi contoh : Renion bersama2 teman with pasangan. Tiba2 bekas kekasih lama pasangan anda pun juga berada di situ. Bekas kekasih masih simpan perasaan pada anda dan diketahui oleh pasangan anda. Namun hati tetap pada si dia. Or anda kena ngorat. Pasangan jeles.

Kenalpasti perubahan.
Pasangan mungkin akan berubah sikap. Simptomnya seperti pasangan tak banyak cakap, jadi pendiam, tak mesra, tak ceria, emosi, kerap perli2, tacing dan sebagainya. Dia mungkin tak bagitau hal sebenar. Tapi cara2 macam ni la dia nak tunjuk perasaan/protes. Pendam perasaan dengan harapan kita dapat bau perubahan sikap dia.

Kenalpasti masalah.
Sebelum tanya dia masalah, kenalpasti dulu apa punca dia bersikap demikian. Kemana last keluar, apa yang dh jadi. Rewind balik apa yang dah jadi. Perhatikan betul2 apa yang menyebabkan dia macam tu. Bila dah kenalpasti, konpem itu puncanya, baru tanya dia mintak dia terus terang.

Berhadapan, berterus-terang.
Berhadapan dengan pasangan. Or sms pun ok jugak. Tanya dia :
  • Kenapa lain macam-mintak penjelasan. If tak nak mengaku, ceritakan semuanya. Jelaskan perubahan dia yang ketara. 
Dengar penjelasan
Bila pasangan mengaku dan ceritakan semuanya. Dengar betul2 luahan hati dia. Mungkin dia jeles. Yela pasangan dia 'hot' kan. Hahaha. Time ni dia akan rendahkan diri dia. Emo mungkin terlebih. Menyalahkan diri sendiri. Menyerlahkan kekurangan yang ada. Melebihkan bekas kekasih pasangan. Jeles la tu!

'Saya ni kerja bawak teksi je. Tak hensem/cantik. Awak ramai peminat. Mungkin dia terbaik utk awk... Saya tak kisah. Asalkan awak bahagia....'

Salah satu dialog yang selaluuuuuuuuuuuuuu sangat digunakan...!!

Terangkan hal sebenar
Then mintak diberi laluan utk berterus terang. At first :
  • Ingatkan pada dia yang kita sayang dia sorang aje. 
  • Terangkan kenapa syg dia. Bagitau kelebihan dia. Kenapa syg dia (romantik, baik hati, penyabar, kelakar etc)
  • Then terus terang pada dia yang kamu tak sesekali curang. Pada majlis tu buktikan kamu tak main mata dengan orang lain.
Tunggu respond dia.
Lepas terangkan segala, tunggu respond si dia. Selalunya pasangan masih berdegil. Masih keras kepala. Mahukan perhatian mungkin. Atau mahukan kasih sayang lebih. Cemburu, emo, rendah diri bermain2 dalam kepala mungkin. 

Dan ada juga pasangan yang terima penjelasan kamu. Tapi secara tak langsung masih terasa seperti ada jurang antaranya. Means masih tak banyak cakap, masih diam, tak ceria. Padahal dah terus terang. Apa lagi nak dibuat??

Sabar layan kerenah
If kamu ni jenis yang suka layan2 kerenah pasangan, ha lantak kamu la nak layan sampai bila2 pun. Dah pasangan jenis suka merajuk, cemburu tak tentu pasal, lagi dilayan lagi la besar kepala. Benda2 remeh macam ni boleh jadi stress tahu!! Baru kapel kot. Bukan suami isteri lagi. Nampak sangat dia tak percaya kan kamu. So, what for?? Dah jelaskan semuanya kan?

Kat sini aku nak tegaskan, setiap manusia ada pendirian masing2. Jangan kamu nak jaga hati orang smpaikan hati kamu sendiri yang terabai. Bukan budak2 umur 4 tahun nak pujuk2 bagai. Nak manja pun agak2 la... Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. 

Ada 2 jenis manusia je yang suka buat perangai macam ni :
  • Nak perhatian pasangan. Konon nak manja2 la. Gedik2. Kena pujuk2. Tapi agak2 la. Masing2 ada komitmen masing2. Kalau nak layan kehendak pasangan je 24jam, mampos la.
  • Saja2 buat perangai sebab dah ada calon lain!! Ini yang bahaya. Kadang2 ada yang saja2 cari pasal. Sebab nk mintak putus or dh ada yang lain. Time ni ko pujuk 27jam sehari pun mmg tak jalan. Alih2 ko yang makan hati, dia mengilai2 kat sana. 
Tegas!!
Kena ada pendirian. Bertegas.

'Saya dah tak tau mcm mana lagi nk explain kat awk. Awk langsung tak nak percaya ckp sy.  Saya dah buntu. Terpulang la pada awk nk menilai apa yang sy dah jelaskan kat awk. Cuma apa yang awk perlu tau, saya cuma ada awk, dan sayangkan awk. Tak ada yang lain. Kalau awk masih tak percaya tak apa lah. Terpulang.  Assalamualaikum'
Contoh je ni...
Korang send sms or ckp la macam yang aku ckp tu. Lepas tu korang diam. Kalau nak balik, balik la. Aku berani kerat jari, kalau dia betul2 syg ko, kalau dia merajuk ngada2 je dengan ko, dalam masa tak sampai 5 jam, dia akan reply mesej ko balik. Then pujuk ko balik.

Tapi sekiranya dia sengaja buat pasal sebab nak mintak putus or niat dia memang jahat, lepas ko cakap macam tu, ko akan dapat feedback negatif! Means dia memang nak jauhkan diri dari ko! So time ni, ko nangis air mata darah sekalipun, xgune derrr!! Buang maseee....


p/s : pengalaman mematangkan aku!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...