Sunday, 20 May 2012

STORY BAKAL ISTERI : 16 DAYS TO GO

Aktiviti Bujang
Tinggal lagi 16 hari untuk aku bergelar si bujang. Terasa waktu mcm ni nak buat segala2 aktiviti bujang yang dah tak boleh buat after bergelar isteri. Aku nak melepak2, nak tgk wayang midnite, nk melalak dgn kawan2 aku. Tapi sayangnya, kawan2 aku sumenye duk jauh2. Ada yang dah kawin, ada yang tgh mengandung, ada yang dah pindah sana sini. So, smua aktiviti bujang aku zaman dulu2 dah tak boleh nak buat lagi. Mesti rindu sangat saat2 tu nnti

Stop Outstation Pleaseee
Maka aku perlu mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk semua ni. Tapi, belum apa2 mental aku dah diuji. Makin hari aku rasa makin serabut. En. Abi sibuk outstation. Tapi kalau dia ada pun, serabut tak hilang jugak. Mungkin outstation dia ke Melaka ni last untuk bulan ni. Harap2 untuk bulan June dia akan stop kesana sini buat sementara waktu. Hurm, tapi semakin hari dh nak dekat ni, aku rasa macam En.Abi dah makin sombong dengan aku. Mungkin dia pun tengah serabut.

Persiapan Hantaran
Sekarang tengah kalut tentang persiapan. Barang hantaran pun masih belum beli lagi. Kalau beli pun kat sini mana ada pilihan sangat. Takkan aku nk beli kasut BATA kot buat hantaran. Takkan aku nak beli set perfume AVON je kot atas dulang hantaran. Hope cuti nanti akhir bulan ni dapat la beli mana patut.

Family Planning
Ops!! Masihkah terlalu awal untuk aku fikirkan hal ni. Agak awal la. Hari tu time aku ke opis lama jumpa Tuan Haji. Haji duk usik cakap nanti lepas kawin tak payah ada anak dulu. Dia suruh honeymoon dulu dalam 2, 3 tahun. Katanya kami ni dah la bercinta tak lama, tetiba nak kawin, so bercinta dulu puas2. Hahahaha. Bengong betul... Tetiba En.Abi cakap kat haji, lebih kurang mcm ni la ayatnye:

"Skrg pun dh umur 34, lagi 3 tahun dah 37, kalau 38 baru dapat baby, paling awal kalau dapat menantu pun 58..Itu paling awal kalau la anak tu kawin umur 20. Buatnye bapak borek anak rintik, xsempat la saya timang cucu, menantu pun belom tentu..."

Erkkk... Sebenarnya aku setuju jugak apa yang Tuan Haji cakap. Tapi bila En.Abi dah cakap macam gitu, so aku tetiba rasa betul jugak apa yang dia cakap. Kesian la pulak kat dia. Huwaaa... Ape pun, kalau ada rezeki tu nanti ada lah. Kita yang syok nak PLANNING, tapi tuhan yang DETERMINING kan.......

1 comment:

Unknown said...

adikku, nampak sangat kakakmu tak BW kesini, maafkan kak ya dik....

Moga y baik2 bt kamu dan bakal suami kamu, org johor kannnnnn? Ahaksss, siap kamu, nanti kak buli cukup2, bt tempe dan lontong bkuah.. Waka..waka..
Pasal anakkan, mmg betul.. Tak yah rancang2, klu ada rezeki awal teruskan ya.....

Sayang kamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...