Thursday, 10 May 2012

STORY BAKAL ISTERI : 27 DAYS TO GO...


Lagi 27 hari sebelum aku bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki bernama suami. Perasaan susah nak cakap. Kadang2 rasa hepi. Kadang2 rasa berdebar, takot, serabut. Semua bercampur2. Majlis yang dulunya dirancang hanya untuk pertunangan bakal bertukar menjadi majlis pernikahan.

Semuanya terlalu cepat sangat. Nak kata belum bersedia, insyaallah aku akan lakukan yang terbaik. Benda boleh belajar kan?

Secara jujurnya perasaan excited tu memang ada. Nak nak bakal en.suami adalah orang yang kita minat. Pernah aku cerita dlm entry lepas2 macam mana aku boleh terminat pada ketua unit satu opis sendiri. Semuanya secara kebetulan. Mungkin ni la orang kata kalau dah jodoh tak kemana.

Tapi aku tak pernah cakap yang aku suka pada dia, aku sayang dia. Maklumlah aku tak nak luahkan lagi sebelum apa2. Kalau boleh nak simpan semuanya. Aku tak nak jadi macam yang lepas2. Kami jumpa pun tak selalu. Gayut pun tak selalu. Ada aku cerita kat kawan, terkejut besar dia...

Tapi aku yakin, mungkin dia lah jodoh aku. Sebab aku sangat teruja!!

Tadi satu sms aku dapat dari dia... Mungkin ragu2 dengan keputusan aku nak kawin kot...

"Awak terima saya coz mama awk suruh kawin atau awk terima sy krn sy?"

Ouch! Tersentap la jugak jiwa dan raga skejap. Yelah, seolah2 aku ni diragui pulak. Macam mana aku nak buktikan yang aku memang suka dia sebelum apa2 lagi. Aku suka dia sebelum mama kenalkan aku dengan Safwan lagi. Nasib baik blog buruk ni ada!!

Aku tak jawap apa2 pada dia. Cuma aku sms link blog ni. Dan mintak dia baca entry dari bawah... Entry2 lepas yang aku coretkan mungkin boleh buktikan pada dia semuanya. Macam pernah aku katakan, mungkin suatu hari nanti, dia juga salah seorang reader blog ni. Semuanya aku coretkan apa yang terdetik dihati aku. Untuk aku kenang2 pd masa akan dtg.  Semoga smuanya tak luput dari ingatan.

Dan tak lama lepas tu, aku dpt lagi sms...

"semoga smuanya dipermudahkan, sayang.."

Menitis air mata bahagiaku...


p/s : 1st time en.abi pggil aku sayang... sbb tu aku terharu..

3 comments:

aDisH.sHidA said...

alhamdulillah....semua dah terjawab semoga awk dan bakal suami bahagia hingga akhir hayat

Yana Libra said...

semoga semuanya berjalan dengan lancar ye :)

best baca..hehe~

Pakcu Sofi said...

Semoga berbahagia..

Tahniah!!! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...