Aku bukan Dr. Cinta. Nak kata pengalaman aku dalam cinta tu banyak, tak la jugak. Tapi aku dah jumpa bermacam2 orang, bermacam2 ragam. Aku pulak bukan lah jenis menggoda sangat. Aku betul2 'gedik' dengan yang tersayang aje. Tapi yang ada ni pun belum terserlah lagi gedik aku. Betul2 aku nak simpan semuanya. Sabar!
Mungkin jenis aku yang sempoi, outspoken, huha-huha buat ada yang nak rapat dengan aku. Time tu aku dah 'in relationship'. Dan dia mula jeles tak tentu pasal. Dah jenuh explain tapi langsung tak nak dengar. (Dia bukanlah En. Abi. Tp dolu2 punya cer). Nak tau macam mana nak handle masalah ni?? Pakwe or makwe yang jeles tak tentu pasal? n susah nk explain??
Cara Menangani Pasangan Cemburu Buta...
Situasi contoh : Renion bersama2 teman with pasangan. Tiba2 bekas kekasih lama pasangan anda pun juga berada di situ. Bekas kekasih masih simpan perasaan pada anda dan diketahui oleh pasangan anda. Namun hati tetap pada si dia. Or anda kena ngorat. Pasangan jeles.
Kenalpasti perubahan.
Pasangan mungkin akan berubah sikap. Simptomnya seperti pasangan tak banyak cakap, jadi pendiam, tak mesra, tak ceria, emosi, kerap perli2, tacing dan sebagainya. Dia mungkin tak bagitau hal sebenar. Tapi cara2 macam ni la dia nak tunjuk perasaan/protes. Pendam perasaan dengan harapan kita dapat bau perubahan sikap dia.
Kenalpasti masalah.
Sebelum tanya dia masalah, kenalpasti dulu apa punca dia bersikap demikian. Kemana last keluar, apa yang dh jadi. Rewind balik apa yang dah jadi. Perhatikan betul2 apa yang menyebabkan dia macam tu. Bila dah kenalpasti, konpem itu puncanya, baru tanya dia mintak dia terus terang.
Berhadapan, berterus-terang.
Berhadapan dengan pasangan. Or sms pun ok jugak. Tanya dia :
- Kenapa lain macam-mintak penjelasan. If tak nak mengaku, ceritakan semuanya. Jelaskan perubahan dia yang ketara.
Dengar penjelasan
Bila pasangan mengaku dan ceritakan semuanya. Dengar betul2 luahan hati dia. Mungkin dia jeles. Yela pasangan dia 'hot' kan. Hahaha. Time ni dia akan rendahkan diri dia. Emo mungkin terlebih. Menyalahkan diri sendiri. Menyerlahkan kekurangan yang ada. Melebihkan bekas kekasih pasangan. Jeles la tu!
'Saya ni kerja bawak teksi je. Tak hensem/cantik. Awak ramai peminat. Mungkin dia terbaik utk awk... Saya tak kisah. Asalkan awak bahagia....'
Salah satu dialog yang selaluuuuuuuuuuuuuu sangat digunakan...!!
Terangkan hal sebenar
Then mintak diberi laluan utk berterus terang. At first :
- Ingatkan pada dia yang kita sayang dia sorang aje.
- Terangkan kenapa syg dia. Bagitau kelebihan dia. Kenapa syg dia (romantik, baik hati, penyabar, kelakar etc)
- Then terus terang pada dia yang kamu tak sesekali curang. Pada majlis tu buktikan kamu tak main mata dengan orang lain.
Tunggu respond dia.
Lepas terangkan segala, tunggu respond si dia. Selalunya pasangan masih berdegil. Masih keras kepala. Mahukan perhatian mungkin. Atau mahukan kasih sayang lebih. Cemburu, emo, rendah diri bermain2 dalam kepala mungkin.
Dan ada juga pasangan yang terima penjelasan kamu. Tapi secara tak langsung masih terasa seperti ada jurang antaranya. Means masih tak banyak cakap, masih diam, tak ceria. Padahal dah terus terang. Apa lagi nak dibuat??
Sabar layan kerenah
If kamu ni jenis yang suka layan2 kerenah pasangan, ha lantak kamu la nak layan sampai bila2 pun. Dah pasangan jenis suka merajuk, cemburu tak tentu pasal, lagi dilayan lagi la besar kepala. Benda2 remeh macam ni boleh jadi stress tahu!! Baru kapel kot. Bukan suami isteri lagi. Nampak sangat dia tak percaya kan kamu. So, what for?? Dah jelaskan semuanya kan?
Kat sini aku nak tegaskan, setiap manusia ada pendirian masing2. Jangan kamu nak jaga hati orang smpaikan hati kamu sendiri yang terabai. Bukan budak2 umur 4 tahun nak pujuk2 bagai. Nak manja pun agak2 la... Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.
Ada 2 jenis manusia je yang suka buat perangai macam ni :
- Nak perhatian pasangan. Konon nak manja2 la. Gedik2. Kena pujuk2. Tapi agak2 la. Masing2 ada komitmen masing2. Kalau nak layan kehendak pasangan je 24jam, mampos la.
- Saja2 buat perangai sebab dah ada calon lain!! Ini yang bahaya. Kadang2 ada yang saja2 cari pasal. Sebab nk mintak putus or dh ada yang lain. Time ni ko pujuk 27jam sehari pun mmg tak jalan. Alih2 ko yang makan hati, dia mengilai2 kat sana.
Tegas!!
Kena ada pendirian. Bertegas.
'Saya dah tak tau mcm mana lagi nk explain kat awk. Awk langsung tak nak percaya ckp sy. Saya dah buntu. Terpulang la pada awk nk menilai apa yang sy dah jelaskan kat awk. Cuma apa yang awk perlu tau, saya cuma ada awk, dan sayangkan awk. Tak ada yang lain. Kalau awk masih tak percaya tak apa lah. Terpulang. Assalamualaikum'
Contoh je ni...
Korang send sms or ckp la macam yang aku ckp tu. Lepas tu korang diam. Kalau nak balik, balik la. Aku berani kerat jari, kalau dia betul2 syg ko, kalau dia merajuk ngada2 je dengan ko, dalam masa tak sampai 5 jam, dia akan reply mesej ko balik. Then pujuk ko balik.
Tapi sekiranya dia sengaja buat pasal sebab nak mintak putus or niat dia memang jahat, lepas ko cakap macam tu, ko akan dapat feedback negatif! Means dia memang nak jauhkan diri dari ko! So time ni, ko nangis air mata darah sekalipun, xgune derrr!! Buang maseee....
p/s : pengalaman mematangkan aku!
1 comment:
Wow contoh bagus hehe
Post a Comment