Thursday, 24 May 2012

STORY BAKAL ISTERI : 12 DAYS TO GO


Semalam aku meeting dari pagi sampai petang. Hari ni start after lunch sampai balik. Tapi hari ni punya meeting melibatkan staff opis lama. Tuan Haji, and beberapa Ketua Unit termasuk En. Abi. Berbunga2 kecik jugak la aku punya hati ni, dapat jumpa dengan my future imam. Maklum lah, dia baru balik dari Melaka semalam. Sempat jugak la main mata… Ouch!!

Tapi baru setengah jam bunga2 rindu mekar dalam bilik meeting, tiba2 aku terpaksa menanggung malu, bengang, dan sebagainya. Aku ditengking dalam bilik meeting tu dihadapan semua orang, termasuk my future imam, En. Abi! Malu bukan kepalang. Memang silap aku, lupa buat slide. Sebab manager aku tu tak cakap bila dia nak. Minggu ni saja aku dah buat 5 report siap dengan slide.

“Eh, mana slide renovate tu??”

“Erkkk… Yang tu saya belom buat lagi…”

“Haa!!!!! Tak buat lagi??Habis nak present ape??Ingat kita nk karaoke kt dlm bilik ni!??!!”

Gitu lah lebih kurang aku kena tengking. Aku duk jap kt kerusi, tapi aku xtahan sebak sangat, aku terus kuar. Tak masuk2 sampai ke sudah. Jamuan ringan pun aku tak pegi. Aku sembunyi dalam surau. Dalam pukul 5.30 mcm tu, En. Abi call, tapi aku tak jawap. Aku malu. Aku kena marah, kena tengking depan2 dia. 3 kali dia call. Lepas tu dia mesej tanya aku ok ke x. Pun aku xjawap.

Pukul 6.45 aku dh yakin sume orang opis dah balik. So baru aku kuar dari tempat persembunyian. Baru aku nak balik. And, buat kali pertamanya aku rasa terharu dengan En.Abi my future imam. Car park dah lengang, kecuali kereta aku dan sebelahnya kereta dia. Mungkin dia nampak kete aku tak balik lagi.

Bila aku dah smpai kat kete, aku isyaratkan jari letak kat mulut. Means aku tak nak dia tanya apa2, aku tak nak dia cakap apa2 pasal tadi. Mujur dia paham. Dia juz tanya malam ni ada kat umah ke tak. Nak hantar barang mak dia kirim. Aku tak cakap banyak terus balik. Then malam tadi lepas maghrib dia mai umah, bawak telekung solat hadiah dari mak dia. Pastu sekotak eskrem perisa coklat… Ingat lagi kisah En. Abi marah aku dulu? Kalau tak, KLIK SINI… 

Bila dia dah balik, baru dia mesej aku, dia suh aku makan eskem kasi ‘sejuk’. Hehehe. Terlupa pulak kisah kena marah petang tadi. Terubat sikit hati ni. Thanks awak. Makin lama, terasa makin sayang. Moga2 terus berkekalan kasih sayang ini hingga ke akhirnya….

p/s: pasal manager aku tu, dari awal aku masuk kerja lagi aku rasa dia tak suka aku. Sebab…. Hehehe, nanti la cerita.  Lepas peristiwa yang itu la ada2 je kesalahan aku yang dia nampak. Aku dah cuba buat apa yang dia nak, tapi still tak memenuhi citarasa dia…

3 comments:

Citarasa Rinduan said...

taj profesional...
Marah dihadapan semua staff, sanggup dia jatuhkan maruah awak...

Jahatnya, nak terajang jer rasa hatiku nan panas....

Tak apa dik, thinks positive. Eh!! Bukan aku ker y tlebih emo.... Hahahaahah

klu tak berlaku mcm nie, sure tak dapat aiskrem free.. Hehhehe..
Lariiiii

Zuemiey Khairuddin said...

memang boss selalu rasa dia betul,sabar jelah awak. en.abi yang memahami, awak bertuah~!

Yana Libra said...

sabar ye..banyaknye report wat minggu ni, tu pun dia nak marah2 gak ke..cam tak patut je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...