Wednesday 9 May 2012

STORY BAKAL ISTERI : BERSEDIAKAH AKU?

Dah tak sampai sebulan pun... Semakin hari aku rasa semakin berdebar. Macam tak caya pulak nak bergelar isteri orang dah. Persiapan pun belum sepenuhnya. Itu yang aku takut. Walaupun bakal kakak ipar aku tu dah siap pesan, jangan risau apa2, datang kawin je. Huhuhu tapi takkan semua benda nak letak atas family dia.

Sekarang aku cuma kena buat persiapan untuk hantaran. Maybe semuanya nak tempah or beli yang dah siap. Dah tak sempat. Baju majlis pun aku tak tau warna apa, macam mana bentuknya. Tapi aku dah siap dipesan suh makan banyak2. Kasi muat2 baju. Orang lain dah dekat majlis duk ikat perut, aku disuruh makan lagi. Adeh!!

2, 3 hari ni aku asyik duk pikir macam mana la jadinya lepas dh kawin nanti. Aku ni tak la reti sangat bergaul dengan orang2 tua. Nak2 pulak sebelah family dia semua dh tua2. Ha, tengok aje la bakal en.somi aku. Pun tua jugak kan. Hahahaha... Adoi, susah susahhh...

Itu bab bergaul. Semalam set bilik tidur yang kakak aku hadiahkan sempena majlis aku dah sampai. Pi beli minggu lepas time dia balik sini aritu. Tapi mintak hantar semalam. Bila dh susun dalam bilik pasang cadar sume, haihhhh.... Seriau la pulak bila aku tengok bilik tu. Huhuhu... Rumah yang aku duk sekarang ni bakal diduduki aku bersama en.abi. Mama akan balik Ipoh.

Tapi...

Boleh ke aku jalankan tanggungjawap aku sebagai seorang isteri... Huhu.. Masak lauk pun bertatih lagi. Lauk peberet en. abi pun aku tak tau!!! Nak tanya kang nanti dia kata aku tak sabar nak jadi bini dia pulak... Xley jadi... Banyak la pulak yang aku kena belajar.... Takpe, slow2... Mudah-mudahan semuanya baik2 saja...

p/s : aku masih tertunggu2 "kepulangan" sahabat baikku... kuk, dah tak sampai sebulan dah kuk :( kuk kat mana...

2 comments:

aDisH.sHidA said...

kena bersedia dr segi mental dan fizikal ni..hehehe...

Anonymous said...

semoga berbahagia.. :)

amin.

pantun khas untuk empunya blog:

carik-carik kainnya sari
namun tetap dipakai sami
cantik-cantik empunya diri
semoga bahagia dengan suami

-penulis kata

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...