Wednesday 22 July 2015

TAK ADA REZEKI (MISCARRIAGE)

Asssalamualaikum

Belum terlambat untuk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua readers kan. Tahun ni beraya kat Terengganu je huhuhu.

Hajatnya raya kedua baru nak bergerak balik ke Bangi sebab hari Khamis still kerja. Nak gerak balik raya pertama macam tak sampai hati pulak, takkan raya pertama dah seharian dalam kereta kan. 
So, hari pertama raya tu duk mengemas barang nak balik kampung, mengemas rumah sikit. Tiba2 time nak mengangkat beg, rasa sakit plak bawah perut. Wat ileks je la. Maybe makan banyak sangat kot pagi raya kan. Pastu wat itu wat ini, rasa sakit lagi. Makin sakit, pi toilet tengok2 darah penuh kat seluar. Ok, pikir period ja. Sebab bulan pose ni period memang tak datang. Mungkin senggugut.

Makin lama, sakit sampai rasa tak boleh nk luruskan badan. Berpeluh dahi ni. Terus masuk toilet lagi, cangkung atas lantai tiba2 something jatuh. Macam cicak pun ye, darah ketul pon ye. Terus panggil suami. 1st soalan dia "Pregnant ke??" mana la tau kan. Terus call makcik (nurse) tanya dia. Dia kata dah keluar kantung tak? mana la tahu kantung tu macam mana. Then dia suh pi spital bawak skali 'benda' yg jatuh tu.

Sebelum pi spital, aku masuk toilet lagi skali nk check kot la ade lagi. Tapi takda, ada darah biasa ja. Dalam sakit2 pon aku try teran sikit, kalau betul miscarriage, if keluar semua tak payah cuci. Orang kata cuci tu sakit! Takmooooo.... Teran slow2 ja pastu keluar darah ketul lagi. Lega sangat. Then terus pi spital. Klinik tak bukak raya2 ni.

Gi spital, doc scan, dia kata bersih dh. Doc kata estimated baby tu dalam 7 minggu. Huhuhu. Langsung tak pikir yang pregnant lagi. Adoyai. Tapi nak wat macam mana, tak ada rezeki. So tak balik mana2 la tahun ni.

p/s : kesian ecah tak dapat raya huhuhu.


Saturday 11 July 2015

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA!

Assalamualaikum

Bersua kembali setelah 2 bulan berlalu. Hehehe. Aduyai hampir terlupa pulak diri ini ada blog kan. iHai lah blog, nasib lah kau masih wujud lagi. Ade la jugak tempat aku nak cerita2 kan...

Tapi nak cerita apa pun tak tau. Pasal puasa? Emmmm... Dah nak raya dah minggu depan, tapi aku masih penuh lagi puasanya. Hehehe. Bulan lepas punya pun miss jugak. Adoyai. Mungkin makin gemok kot. Jangan bende lain sudah. Harris baru nak masuk setahun ni oii, hahaha.

Aisyah sekarang 2 tahun 4 bulan. Mulut macam budak 5-6 tahun. Tak berhenti bercakap. Pengaruh kuat Upin Ipin. Tapi okey la jugak dia belajar sambil tengok kartun. Jangan tengok saja2 tapi tak dapat input apa2. Yang hairannya bila dia tiba2 nyanyi lagu raya. Terkejut beruk ibu dia ni. Ntah bila laaa dia hapal. 

Harris pulak nak masuk setahun la Ogos ni. Dah pandai bertatih selangkah dua. Dah besar dah anak2 aku ni. Sekejap aje kan? Diam tak diam 3 tahun dah aku bergelar isteri. Sekejap sangat rasanya.

Sempena bulan mulia ni, aku ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA buat kawan2 yang terbaca entry ni. Entah bila pulak la aku nak update kan. So wish siap2. 

Hmmm, ok bai..

Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...