Tuesday, 14 May 2013

CEMBURU


Assalamualaikum,
Cemburu/Iri hati. Pernah tak rasa cemburu tak tentu pasal? Cemburu tak semestinya pada pasangan. Tapi dengan sapa aje. Contoh jiran beli keta baru, jeles tak? Hahaha. Jiran cat rumah kalerful, jeles tak? Hehehe...

Cemburu budak2 terus merajuk. Tapi cemburu orang dewasa? Jauh hati. Kekadang dh motivasikan diri, buat apa nak cemburu. Allah dah kasi yang terbaik untuk kita. Buat apa nak cemburukan seseorang yang abaikan kita, sedangkan lebih ramai lagi insan lain yang sayangkan kita.

Tapi, itulah cemburu ni kekadang syaitan yang tolong bawakan. Dan aku pulak tak terlepas dari godaan syaitan durjana tersebut. Maka aku pun terhasut dengan hasutan syaitan iaitu cemburu. Cemburukan apa? Hehehe malu nak cakap.

Cemburukan perhatian seseorang. Hehehe. Yela, bila kita berkawan tetiba kawan kita tak layan kita pastu rapat ngan kawan kita lagi satu, jeles la kan. Kekadang ingat nak jauh hati nak diam aje. Tapi kalo diam, rasa macam xlepas pulak. Hahaha. So, cara terbaik ialah, buat lagi terbaek dari kawan kita tu ha... Kalau dia tak nampak, korek biji mata. Hahahaha. 

Ntah la. Nampak macam tak matang aje. Tapi sebenarnya bukan la nk perhatian sangat pun. Tapi tatau la. Mama kata aku ni jenis yang tak boleh tengok orang dapat lebih. Mula la aku nak lebih jugak. Tapi aku tak buat cara kotor. Aku akan usahakan jugak sampai dapat. Hehehe boleh tak gitu??

Haishhh ape la yang duk bermain di pikiran aku ni ha...

Salam Sayang,

Sunday, 12 May 2013

SELAMAT HARI IBU MUDA

Assalamualaikum,
Selamat Hari Ibu aku ucapkan buat ibu2 dan bakal2 ibu. Buat mama yang aku sayangi, semoga mama sentiasa dalam rahmat Allah swt. Terima kasih atas nikmat kehidupan yang telah mama berikan pada anak mama ni. Tanpa mama, takkan lahirnya ibu kepada Nur Aisyah Humairah ni kan. Hehhee..

Kalau dulu aku yang wish kat mama, kat semua mak2 tak kira makcik ke ak sedara sapa pun walaupun bukan makcik aku hahahaha. Tapi hari ni, ucapan Selamat Hari Ibu tu memang khas untuk aku. Rasa macam tua sangat la pulak kan. Hahahaha.

Apapun, aku bangga jadi seorang ibu. Kadang2 aku agak bangga jadi diri aku. Walaupun dah ramai yang umur 25 ke bawah yang sudah bergelar ibu, aku adalah salah seorangnya. Tak semua yang mampu menggalas title ibu diusia muda kan? Dan ramai yang agk terkejut dan tak sangka aku mampu melakukannya. 

Jadi seorang ibu diusia muda. Sebenarnya tak adalah muda sangat. Tapi mgkin sifat 'noty2' aku yang buatkan org rasa aku ni masih budak2. Tapi sebenarnya dah matang. Hahahhaa. (matang la sangatttt). Tapi aku pun dapat rasakan yang aku makin lama makin matang. (mmg la, kan dah jadi mak org). Dah banyak perubahan berlaku dalam kehidupan aku. Semuanya dah berubah. 

Sebenarnya, jadi ibu dalam usia yang muda bukan mudah. Tak ada benda yang mudah dalam dunia ni. Tapi ianya bukan penghalang. SUSAH tak semestinya KALAH. SENANG tak semestinya MENANG.

Salam Sayang,

Wednesday, 8 May 2013

M.E.R.A.J.U.K

Assalamualaikum,
p/s : mcm comel je kalau budak2 merajuk kan... kalau org tua merajuk, huh nauzubillah!!

p/s : motif pic ni tak ada apa2 pun. saja melukis2 tangan yg keras gileeee ni... tata!

Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...