Showing posts with label farabi. Show all posts
Showing posts with label farabi. Show all posts

Monday, 10 February 2014

JONG JONG INAI SIAPA SAKIT NAIK ATAS?

Assalamualaikum,

Beberapa minggu lepas, kami keluar untuk makan malam. Tapi sebelum tu kami membeli-belah. Mempersiapkan bilik tamu untuk menerima kunjungan tetamu iaitu mertua dan bakal bibik.

Aisyah pulak duk meragam dalam kereta. Tak nak duk diam. Dengan penat bershopping lagi kan. Then Encik Rumate tanya...

"Nak makan apa?"

Jawap aku "ape2 je lah. anything"

Pastu lagi sekali dia tanya "nak makan ape ni, kat mana?"

Dan lagi sekali aku jawap "tak tau la, ikutla kat mana pun"

So aku dah membuatkan si dia bengang. Hehehe. Terus muncung mulutnya then terus patah balik rumah. huhuhu. Mood tak ok lettew. Sampai rumah diam je semuanya... Pastu tak lama lepas tu ada benda yang membuatkan kami pecah perut gelak dan keadaan kembali normal... Haaaa bila dia main ngan Aisyah...

Dia angkat Aisyah buh atas leher dia pastu nyanyi...

"Jong jong inai sapa sakit naik atas... Jong jong inai sapa sakit naik atas..." dengan tone lagu enjit2 semut...

Dah nak habis lagu baru dia pasan dia salah nyanyi... Kahkahkahkah.. Terus mood kembali ok dan dia terus pergi beli satey!! Hahahahaha....

Salam Sayang,

Wednesday, 9 January 2013

KE KECEMASAN HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

Assalamualaikum,
Makin hari makin malas pulak nak menaip. Tapi kalau dah lama sangat tak menaip nanti semakin malas pulak nak update entry. So mana ada cerita nak share, mana ada benda nk kongsi kita kongsikan terus. Emmm... Alkisahnyaaa....

Petang semalam aku dan Encik Rumate dah pakat nak gi jenguk kawan kat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Dah siap2 then call tanya tingkat berapa dan ward berapa. Last2 isterinya bagitau dia dipindahkan ke Hospital Daerah Kuala Berang. Dipindahkan sebab kes Ribut Tropika Sunomu yang kecoh baru2 ni. So, alang2 dah siap, kami suami isteri pi la jalan2 Mydin.

Then balik sebelum maghrib, Encik Rumate nak angkat kain kat penyidai. Tetiba dia masuk rumah dengan muka yang penuh darah, baju2 yang dia angkat pun penuh darah. Menggigil lutut tengok. Then nak tak nak aku yang takut darah ni lap jugak darah nak tengok lukanya. Dia terhantuk besi penyidai. Huhuhu...

So after solat maghrib siap2, aku tak tukar pun baju ke Mydin tadi, terus ke klinik berhampiran. Staff kata malam2 diorang tak buat jahitan. So kami ke klinik 1Malaysia, diorang pun tak buat jahitan. Then ke HSNZ untuk pesakit luar, punnnnn tak buat jahitan. Terus ke HSNZ bahagian KECEMASAN! Sampai kat situ abang ensem bahagian amik i/c tu nak sorong wheelchair kat aku. Hehe, bukan i la bang, suami i ni haaa... Hahahaha...

Lepas daftar sana, cek sini, bayar sana, duk sini, then Encik Rumate masuk bilik rawatan. Manakala aku duk kat luar. Encik Rumate suh duk luar sebab kat dalam tu macam2 la orang sakit itu ini. Lama juga, dekat 45 minit. Sementara tunggu macam2 la ragam manusia. Ada yang budak tu tersepit zip kat anunya. Ada kakak tu meraung2 kat wheelchair tak tau sakit apa. Huhuhu... Tapi keadaan HSNZ tenang.

After 45 minit, keluar la Encik Rumate. Doc tak jahit, juz buh gam. Doc kata luka agak dalam tapi sikit sangat nak jahit. Sakit pulak tu. So gam aje. Apa pun tak kisah, asalkan semuanya ok. Hehehe...

p/s : manja jugak Encik Rumate ni sebenarnya... hahahahaha...

Salam Sayang,

Sunday, 29 April 2012

KISAH : CINTA Al-FARABI (10)



Hurm,


Hujung minggu aritu En.Abi ajak aku pi breakfast esok pagi tu. Then aku pikir, alang2 nak pegi breakfast baik pegi jogging terus. Tak de la kuar semata2 nak pi makan je kan. At least boleh gak buang2 masa secara sihat. Hehehehe... Dia nak datang amik, tapi aku tak nak. Ekceli aku segan sebenarnya berdua je dalam keta dengan dia. 


Aku joging kat Pantai Batu Burok. Ramai jugak yang joging tapi semua makcik2 la. Stok yang dah lewat usia dah. Pukul 7 start joging, exercise sikit, pastu berlenggang sikit, pukul 9 siap. Then pegi makan Mcd breakfast tu. 


Sambil2 makan, tetiba En.Abi cakap...


'Mak saya cadang bulan 6 ni nikah terus...'


Uihhhh gile!! Lebih kurang sebulan aje lagi tau... Memang gila la kalau nak nikah terus. Persiapan semua tak buat ape pun. Macam kalut je... Hape laa... Nanti ape pulak kata orang. Angin tak de ribut tak de tiba2 nikah. Tak ke pelik....


Alasan dia, cuti sekolah nanti kebetulan mak cik dia dari Ireland balik Malaysia. Pastu ramai sedara2 dia free time tu. Tambahan pulak memang orang duk tunggu2 la majlis kawin dia. Yela kan, dah lanjut usia. Dia spatutnya kawin 10 tahun lepas dh. Hahahaha... kejamnye aku.


Bila balik aku bagitau kat mama. Kebetulan abah pun ada sama. Dan tak sangka pulak diorang pun cadang benda yang sama! Arghhh!!! Ape ni ape ni... Mama pulak cakap kalau dah nikah senang sikit sekaligus terus. Sebab nak balik Kulim pun bukan ada masa sangat. Pastu nak kumpul sedara2 lagi.


Alamak...


So, sekarang ni masih dalam perbincangan antara dua family. Kalau dua2 cakap bulan 6 ni nikah terus, maknanya lagi sebulan la aku pegang status Cik Chenta. Lepas ni Puan Chenta la pulak ye.


Tapi, 


Aku rasa macam kalut je. Macam belum ready. Aku dengan En. Abi pun bukan rapat sangat. Aku masih tak biasa lagi dengan dia. Aku tak biasa lagi nk bergurau nak mesra2 dengan dia. At least kasi la masa aku sesuaikan diri dulu kan. Hish, tapi... Aku dah mula rasa sayang kat dia cuma belum luahkan je.


p/s 1 : erm... masa nak lintas jalan ke padang joging tu, 1st time dia pgg tgn aku...ekekeke... asal la jln tu 2 lane je... kalo lintas highway kan bagus!!! wakakakaka...


p/s : kursus kawin pun belum attend!!!



Wednesday, 4 April 2012

KISAH : CINTA Al-FARABI (9)



Dah lama tak updated pasal Cinta Al-Farabi kan... 

Emph... Episod kali ni la bermula nya detik2 and saat2 bagaimana aku dan En.Abi boleh terbukak cerita pasal jodoh. Sebelum ni kami tak pernah sembang pun betul2 berdua2. Yelah sebab kerja kan. Memang mustahil la nak keluar makan malam berdua. Aku sapa, dia sapa. Maksud aku, kami xpenah rapat pun.

Suatu hari, tengah duk rileks2 baca paper kat ruangan menunggu, tiba2 pintu bilik bigboss terbukak. Aku dengar riuh 2, 3 orang duk tergelak2. Tak tau ape cerita. Tempat aku baca paper dengan bilik bos tu sebelah aje. Bila boss nampak aku, dia terus cakap...

'Ha, Chenta... Kamu bizi tak skrg?' terkejut aku bila tetiba aje dia tanya mcm tu...

'Err... Tak... Tengah tunggu Kak Maria bawak balik report...' jwp aku cover. Kot la dia kata aku tak buat kerja.

'Owh, Maria tengahari jap lagi baru balik. Ha, pagi ni kamu ikut Abi eh...' Aik, tetiba aku pelik. Ikut kemana pulak. Kena ikut En.Abi pegi buat presentation ke?

'Ha, Abi, bawak Chenta pegi dengan ko. Cepat skit nanti tak sempat pulak' Boss aku ni... Aku tak de hal. Setakat nk gi presentation tu, teman aje boleh la.

'Ok jom Chenta. Tunggu saya kat kereta eh. Nak amik kunci jap.' En.Abi terus masuk bilik dia. Aku lak pegi amik handbag dan terus turun bawah. Dalam 10 minit jugak baru En.Abi turun. Ehhh???? Xde bawak fail ape2 ke?

Then dalam kereta baru lah aku tau, destinasi kami ke Hotel Tanjong Vista. Boss ada dapat voucher breakfast kat hotel tu. So, dia suh En.Abi pegi. En.Abi mula2 tak nak sebab En.Jam outstation. Last2 boss suruh bawak aku. Laaaa....

On da way pegi sana, slow aje En.Abi bawak keta. Santai2 aje kan. Kalut nak pegi mana kan. Sampai sana, amik2 makanan buffet, amik kopi dah duduk tu aku mula gabra. Sebab aku duk bertentangan dengan En.Abi buat kali pertamanya!!Sejuk kaki tangan. Yelah, meja makan kat hotel tu kan kecik aje.

Lepas makan, baru sembang2 sikit2. 

'Tak keluar dengan Safwan ke?' tetiba En.Abi wat keluar topik Safwan.

'Err... Tak. Dah lama tak contact dia...' Pengakuan aku jujur. Memang dh lama kami tak contact. 

So terbukak cerita pasal Safwan ni. Dia tanya, aku jawap. Aku tanya, dia gelak. Emph. Sembang2 pasal Safwan. Dia tanya aku jadi ke dengan Safwan. Aku terus terang la cakap tak kot. Sebab rasa mcm tak boleh ngam. Pastu bila dh konpem aku dengan Safwan tak ada apa2, baru la En.Abi cakap yang aritu time dia pegi umah Safwan (umah makcik dia la) ada kenduri. Safwan ada bawak awek. Aku tak pegi. Mama aku je pegi.

Owh, aku tak kisah pun. Mama pun ada cakap Safwan ada bawak kawan pompuan. Then mama tanya aku, bila pulak nak bawak kawan tunjuk kat dia. Aku malas lagi nak pikir kawin2 lagi. Sebab dah tak ada yang berkenan kat aku kan. Hehehe. Then aku bagitau la kat En.Abi yang aku dah tau dah. Mama aku pun ada cakap benda yang sama. Tiba2 En.Abi pun tanya benda yang sama...

'Awak pulak bila nak bawak kawan tunjuk kat mak....' 

'Hahaha... Belum jumpa yang sesuai. Tak de orang nak....' aku gelak2 aje. Tapi dalam hati ni hanya tuhan je yang tau macam mana rasa dia. Macam nak pecah jantung! Aku tak tau kenape aku rasa lainnnn sangat2. Rasa berdebar2. Rasa tak tau nak gambarkan! Tapi aku perasan En.Abi pandang aje aku. Tu yang aku hishhhh!!!!! Jangan pandang aku boleh tak!!!

Then aku ubah topik. Selama ni aku tak banyak cakap. Oleh kerana nak ubah topik, haritu aku rasa aku banyak cakap sangat2. Pantang jumpa something, mesti aku komen. Nampak sangat aku gabra. Dan memang aku sedang gabra... Aku tak tau kenapa jantung aku lain macam.

Lepas sampai opis, aku rehat2 dulu jap. Sebelum aku wat keje skit2. Dalam 2 jam lepas tu baru aku bukak handbag amik handphone. Then aku nampak ada satu mesej. Erk!!!! En. Abi mesej....

'Kalau saya nak, boleh saya suruh makcik saya pegi mintak?'

OMG!!!!! aku tengok time, aku dapat sms tu dalam 5 minit lepas masuk opis. OMG!!! OMG!!! OMG!!! Aku nak jawap ape ni??? Nak jawap ke nak diam je??  Memang waktu tu, tangan aku menggeletar gila2. Tak pernah aku rasa macam gini. 

'Saya serahkan semuanya pada mama...' itu la yang aku reply. Sebijik huruf pun aku tak tinggal. 

Aku tak tau nak cakap hepi ke, sedih ke, terkejut ke. Aku ke toilet, tengok2 aku 'datang bulan'. Mybe bercampur2 dengan hal yang tu kot. Jadi emosi sikit. Terus aku ke surau, call kakak aku. Aku tak tau nk kongsi cerita dengan siapa lagi waktu tu. Sambil2 cerita, aku duk nangis. Kakak aku pun pelik. Sampai tanya aku ni sedih ke hepi sangat ke ape... Aku cakap, aku xpernah rasa macam ni. Aku takot!!



Wednesday, 21 March 2012

TUJUAN 5 DALAM 1



Bersawang dah blog aku... 

6 hari aku kat Bangi, umah Abah. Tapi 5 tujuan dalam 1. 

  • Tujuan utama nak pi melawat anak abah baru lepas bersalin. Dah tak baru. Lama sangat dah. Baru pi tengok. Kejam kan? Eh, anak abah, so kakak aku la ye? Tak. Abah ni 2nd husband mama aku. Baru 2 tahun kawin. Adik bongsu aku ni hasil diorang la. Dats why la aku sayang sangat sebab 22 tahun beza umurnya.
  • Tujuan kedua pulak sebab family sebelah En. Abi nak kenal2 pulak dengan aku. Heran sungguh, beriya2 benor la yang belah2 sana nun. Hari kedua ke sana aku terus ke Seremban dengan family2 2, 3 kerat ni ha. Hamboiii bukan main macam dah kenduri pulak. Rasa terharu pulak bila family aku disambut macam gitu. Sekali rasa macam tengah buat sidang akhbar. Hahahaha. Tapi best la... (sembang punya sembang, rupanya En.Abi sepupu kepada wife ex-husband mama. Memang kebetulan. Kitorang tak kenal pun sapa wife ex-husband mama a.k.a papa aku tu. Kalau boleh nak elakkan, tapi bila dah jadi macam ni, emmm... )
  • Tujuan ketiga ialah nak beli persiapan untuk majlis nanti. Banyak beli bunga2, dan bekas hantaran. Pastu beli baju kerawang2 kaler baby blue dan grey. Mama pulak duk sibuk beli karpet. Boleh pulak dia nak beli bekas telur. Bukan kenduri kawin mama oiii... Majlis bertunang aje kot. Huhuhu... 
  • Tujuan keempat pulak sebab nak tukar kereta. Anak bongsu abah baru beli keta jugak. Pastu dia segan pulak nak bawak ke kampus dia. Adoi. Then hegeh nak tukar dengan aku pulak. Dia beli Vios, nak tukar dengan aku Myvi. Tapi okey jugak. Boleh aku berpoya2 sikit dengan Vios dia kan... Ekekeke... Cuma tak best sebab cermin keta dia macam akuarium. Tak tinted langsung. Tapi aku tak kisah sebab keta aku tu pun abah yang hadiahkan. Abah tiri aku tu, abah kandung dia. So, aku tak nak la lebih2. Aku okey ajee....
  • Tujuan terakhir adalah, melawat anak buah aku laaa. Danial dan Tasha. Dah besar dah diorang. Dulu depa duk panggil aku 'Ucu' sekarang mama suh tukar. Sebab adik aku yang bongsu ni akan dipanggil 'Ucu'. Aku pulak ditukarkan kepada 'Uteh'.
6 hari aku kat sana, memang jenuh tak tau nak pi jalan kat mana. Jumaat, Sabtu dan Ahad aje aku leh ronda2, selebihnya duk umah je sebab tak de orang nak guide aku nk kuar. Mama pulak tak kasi lepas nak pi jumpa kawan2 kat sana. Katanya aku baru lagi, so bahaya. Kalau ikutkan, memang nak je aku buat gath kecik2 kat sana. Ekekeke nak gath ngan sapa ntah kan...

Dah la, penat naip. Jari aku dah kaku nak naip.

p/s : opsss... awal bulan 4 aku dh start keje. company lama dulu tapi department lain pulak. lagi best!! so xde la aku jumpa dengan En. Abi sangat. Dia company sama jugak tapi department len2... Ekekeke... Selamat... ( mesti ada yang pelik kan, org len mintak doa supaya dapat lagi dekat dengan si dia, tapi aku pulak mintak duk jauh2, bukan ape, nak simpan dulu semuanya. tak nak keluarkan lagi apa2 perasaan. tunggu lepas kawin...)


Saturday, 10 March 2012

KISAH : CINTA Al-FARABI (8)


Lamanya tak updated. Last 20 February 2012. Harini March tapi masih 2012 kan... Sangat sibuk dengan urusan sendiri. Tak ada masa nak menaip entry. Hurm. Lagi kisah Al-Farabi 8. 

Tak lama lepas perkenalan persahabatan aku dengan Safwan, pastu masing2 busy. Nak nak bila akhir bulan dan awal bulan. Kerja berlambak2 nak buat. Aku pun sibuk urus kan hal adik bongsu aku tu.

Suatu hari,

En. Abi tanya aku kenal ke dengan Safwan time minum pagi kat pantry. Aku dah terdetik dah. Tapi aku cuba buat2 tak kenal, cuba berfikir2. 'Emm, Safwan mana?' walaupun aku dah tau Safwan yang dia maksudkan tu siapa. Lama2 baru aku buat2 ingat. Ekekeke...

'Safwan tu nakal sikit. Tapi dia baik...'

Eh... Tetiba pulak puji sedara sendiri kan. Eleh, mak cik dia dah bagitau la tu tengah kenen kat Safwan. Ceh! Tak sabar2 nak bagitau pun. Benda belum tau hitam putih, tak perlu la nak hebohkan. Emph, then serius aku cakap, Safwan tu bukan taste aku la. Aku ni agak nakal2 jugak. Kalau Safwan pun nakal2, habis laaaaaaaa habisss!! Hahahaha...

'Kitorang kawan2 je. Tak de pape la. Lagipun belom ready la nak kawin, muda lagi'

Yup aku masih belum ready nak kawin sebab aku belum jumpa yang betul2 bersesuaian dengan citarasa aku. Aku bukan nk memilih yang hensem, kaya atau sebagainya. Tapi biar yang betul2 paham dengan perangai aku yang tak menentu ni ha. Tak kisah la kau kerja apa pun, if kau boleh terima segala2nya pasal aku, come with me! Tapi emmm, muda lagi, dah 24 tahun. Emmphh... Muda lagi kan?

'Muda bkn masalah nak kawin. Asalkan matang...'

Ish, banyak songeh pulak En. Abi ni. Habis kau tu belom kawin2 takkan tak matang2 lagi... Hahahhaaha...

'Saya blom matang agi lah. Habis tu En. Abi takkan belom matang lagi kot... Hahahaha...'

Hambik kau. Sibuk sangat nak suh orang kawin kan. Kan dah kena batang idung sendiri. Tersengih aje dia dengar aku usik camtu. Time ni ada jugak staff lain masuk. Dia pun join sekaki sembang mengusik aku.

'En. Abi kalau belom matang, jawapnya kena sunat lagi skali. Ha, ko nak cepat matang tak Cik Chenta? Aku ada petua...'

Dah masuk bab sunat2 pulak. Termalu skejap. Diorang dah la laki kan. Tapi aku buat2 tak dengar aje la....

'Kalau ko nak cepat2 matang, ko kena cari pasangan yang matang... Konpem ko cepat matang..'

Eleh, petua ke macam tu? Nak tergelak aku dibuatnya.

'Masalahnya orang lelaki zaman sekarang susah nak cari yang matang. Kalau ada pun dah kawin la. Tinggal yang tak berapa nak center aje otaknya. Lelaki zaman skrg kan gatal2. Bab kawin cepat aje....'

Dua laki lawan ngan aku sorang pompuan. Takut gak aku dibuatnya kalau aku yang kalah. Diorang konpem nak menangkan kaum diorang kan. Adeh, dah la Ketua Unit plak tu. Mampoih akuu.... Tetiba En. Abi bersuara...

'Saya ada lagi ni belum kawin. Ni janggut duk ada ni, kira dah matang la kan... Tak nak?'

Haaaa sudah!!! Time ni aku tatau nak cakap apa dah. Kan korang pun tau aku pun ade la jugak ati skit2 kat En. Abi ni. Tapi ada hati sebab aku suka dengan perwatakan dia aje. Tapi bila dah jadi macam ni aku dah berderau!! Arghhh!!!!...

'Nak,boleh jugak. Try la masuk minang kalau berani... Dah la, mengarut, nak masuk opis dulu...'

Tetiba pulak aku terberani cakap macam tu kat dia. Terus aku cepat2 masuk opis. Dan berharap dia anggap apa yang aku cakap tadi tu gurauan aje. Dan sememangnya aku bergurau aje. Tapi kalau betul pun, ok la jugak. Dats time aku rasa macam mustahil la. Aku ni sapa aje.... 


BACA KISAH CINTA AL-FARABI DARI AWAL... KLIK SINI

Monday, 20 February 2012

KISAH : CINTA Al-FARABI (7)



Kisah sebelumnya : KLIK SINI


Huii... Assalamualaikum...

Dah lama senyap menaip. Agak busy dengan urusan harian. Walaupun entry ni mungkin tak ada siapa yang akan baca. Tapi mungkin suatu hari empunya nama Al-Farabi sendiri akan membacanya. If ada jodoh, if xde jodoh sekalipun. Mungkin empunya nama Al-Farabi masih ingat situasi2 yang dah diceritakan sebelum2 ni.

Setelah perkenalan aku dengan Safwan, esoknya dia mesej aku, bagitau dia punya sedara belah ayah dia kerja area tu jugak. Katanya company engineering. Uikkk... Setahu aku, company engineering area situ juz company tempat aku keje aje. Yang lain bukan engineering... Bila aku tanya nama sedara dia, dia kata 'Arab'. Ada ke company aku tu nama 'Arab'? Lama2 aku duk pikir emm.. Al-Farabi a.k.a Abi a.k.a Arab... Keciknya dunia...

Dalam seminggu jugak Safwan duk mesej2 aku. Mesej pun xde plak tanda2 dia suka kat aku. Dia bahasakan dia tu 'aku' dan 'ko' untuk aku. Ganas gak la bahasa dia. Dia ganas2 aku pun ganas la jugak. Xde deeee aku ni nk kontrol2 gedik2 pulak. 

Suatu hari, dia usik aku....

'Ko tak kenan ke ngan sedara aku tu....' 

Aku time tu dah slow down dengan En. Abi. Sebab dah xde scene2 yang buat aku terkesima kan. Hahahaha... So aku just fikir yang tu sume aku je yang feeling sorang2.

'Ahhhh... Dah la tua, serius... Takot aku...' 

banyak gile aku kutuk sedara dia tu. Memang duk bergelak sakan aku mesej dengan Safwan kutuk2 sedara dia. Dan paling mengejutkan aku... Bila Safwan cakap...

'Kalo Arab suka kat ko, ko xnk ke....'

masa tu aku xtau nk cakap ape dah. Nak kata tak suka tu, memang la ada gak perasaan tersuka. Tapi tak ada la sampai tergila2 terhegeh2 kan. Tak de la excited gila.... Untuk jawapan kepada soalan Safwan, aku gelak2 dan ubah topik lain...

Start dari hari tu, Safwan selalu usik aku dengan En. Abi, sedara dia. Aihhh jangan En. Abi cite macam2 dah la kat Safwan tuh! Dah la suka menyakat si malaun tu... Adeeiiii...


p/s : mak dia nak kenenkan dia ngan aku, dia lah sibuk nak kenenkan aku ngan sedara dia!!



Tuesday, 14 February 2012

KISAH : CINTA Al-FARABI (6)


Huii... Assalamualaikum...

Lagi aku nak cite pasal Kisah Cinta Al-Farabi... Ha, ada lagi yang tanya Sapa Al-Farabi? Klik sini okey....

Suatu hari, duk menyembang dengan mama. Tetiba mama tanya pasal kawin. Erkkk!! Berderau jugak la darah ni naik ke muka. Ekceli tak pernah pun sembang2 pasal pakwe2 kawin2 ni sume. Tetiba rasa malu sendiri kan. Mama tanya sama ada saya ni ada 'kawan laki' ke tak nak kenalkan dgn dia.

Hishhhh... 

Malu ai. Ada tu ada time tu tapi tak serius la. Then mama kata, dia ada kawan. Kawan dia ada sorang anak laki yang belum kawin. So, dia nak suh saya dgn budak laki tu kawan2 dulu kenal2. Ceh, kire nak kenenkan aku dengan anak kawan dia la tu kan... Aku tak kenal pun sapa orangnya... Tapi boleh gak nak kenal pun. Mana la tau kot2 hensemmmm!! Wachaaa!!!

Suatu hari...

Ada call, emmm dari si lelaki tu nama dia Safwan. Ajak kuar lunch. Halamak... Dah la tak kenal muka. Macam mana nak jumpe. Kira blind date la ni kan. So aku on aje la. Dia kata dia datang pkul sekian sekian, bawak keta sekian sekian... (waja). Bila sampai waktu, aku kuar pintu opis. Tunggu kot2 ada dia tunggu. Jalan jammed, so dia lambat sikit.

Dalam 5 minit lepas tu baru la Safwan sampai. Emmm... Seram sejuk aku naik keta dia. Keta dia rock sangat la. Ekzos besar, conteng2 lagi, cermin gelap, seat mcm keta F1 eeeiiii... Macam suka idop enjoy aje budak ni. Bukan taste kot camni... Then pegi la aku makan dengan si Safwan. Siyes berlagak gile... 

Soalan pertama dia tanya aku...

'Lame ke ko tunggu? Jalan sibuk ah...' Seee!!!!! 1st time nak kenal ni, dah ber aku ko... Hahaha... rock beb!!!

Biasa la jalan sibuk waktu lunch. Dia pulak duk membebel mencarut gila2 marah kat jem. Tak respect langsung aku kat sebelah. Yela, dia amik aku, then jalan jem. Macam nak salahkan aku aje. Dah dia macam celupar sangat mencarut sebut pompuan punya ehem2... Aku naik darah la... Macam la aku ni penyabar sangat kan...

'Eh, asal ko suka sebut mcm tu eh?' 

'Eh, sori2.... tak pasan.....' tau pun!!!

Then aku dapat rasa, dia tak sesuai untuk aku. Tapi dia sangat sesuai jadi kawan! Sporting gila. Siyes. Makan pun aku nak terbelahak aku duk tergelak. Walaupun dia bajet2 poyo mcm tu, tapi bila sembang macam dh kenal lama. Seorang yang open. 

Eh, aku dah suka kat Safwan ke? Oh no no no no....

Eh, takde kisah En. Abi pun kali ni kan... Haah, xde... 


Sunday, 12 February 2012

KISAH : CINTA Al-FARABI (5)




Huii... Assalamualaikum...

Lagi aku nak cerita kisah cinta En. Abi. Sapa En. Abi, apa hubungan aku dengan En. Abi, dan segala macam persoalan, sapa yang nak tau klik aje link kat atas nu haaa.... Takkan aku nk story dari mula. Bila la nak habis kan....

Okey jom aku nak memulakan bicara kisah seterusnya...

Setelah beberapa hari dari kejadian lepas. Seperti yang aku cakapkan pada entry lepas, aku pun dah tak ingat sangat selang tempoh masa antara satu kejadian ke satu kejadian yang lain. Sebab tempoh perkenalan aku dengan En. Abi tak la terlalu lama. Aku mula kerja pada awal bulan Jun 2011 dan resign pada akhir Disember 2011. Ianya berlaku terlalu cepat dan tak terduga...

En. Abi, selalu buat aku rasa macam main tarik tali....

Suatu hari, 

Aku ke bilik En. Abi... Errr maksud aku, bilik opis dia la. Nak mintak tandatangan untuk.... Untuk.... Ah, tak payah la nak tau. Kalau aku cite pun korang tatau jugak. Masa aku tunggu dia nak sign, baru la dia tanya aku ni orang mana, umur brapa, tinggal kat mana... Duk ngan sapa, study kat mana... Aku pun tak de la nak cepat sangat sign tu, so boleh la menyembang2 skejap... 

Rupanya En. Abi ni orang nogori. Dulu penah blajar kat overseas, tapi family xcukup duit, balik Malaysia sambung kat UTM. Oh, begitu.... Tak details sangat la aku tau pasal En. Abi. Yang pastinya dia single dan duk sorang2 kat bumi Ganu ni. Ekekekeke... Dan aku rasa dia tu tak de la pendiam sangat. Cuma maybe 'bercakap bila perlu'. Dan dalam banyak ketua2 unit, bilik dia la aku tengok paling kemas!

Then tak lama tu baru la dia sign kat surat tu. Itu pun lepas ada call masuk mintak dia cek apekebenda ntah. Pas dapat sign aku pun kuar la. Sambung buat kerjaa.... Dalam 10 minit lepas tu, telephone dalam bilik unit aku bunyik. Kebetulan aku yang ada dekat, aku pick up la.....

'Chenta, petang karang free x...?' Uikkk En. Abi nak ajak aku kuar ke... Huiiii huiiiiii....

'Petang balik opis free la... Nape En. Abi...' jiwa dan ragaku dah hampir mengecutttt..

'Ok la tu, nak ajak gi makan... ok ke?' huiiiiiiiiiiiii En. Abi nak ajak aku kuar weiiii

'Emm... ok. Kat mana...' serius aku tak caya

'Mcd kat Giant... datang eh...' Mcd tuuuuuuuuuuu

'ok...' yessssssssssss!!!

Lepas letak phone memang aku tak tentu arah. Duk kat meja termenung muhasabah diri. Betul ke En. Abi ajak aku kuar ni. Siyes macam tak caya. Sebab sebelum ni tak pernah pulak aku dengar En. Abi kuar dengan staff opis ni. Hishhh ni kalau Apis kepoh tu tau, konpem aku kena usik kaw kaw ni.... 

Dan soalan yang sering bertandang dalam kepala hotak aku....

'En. Abi suke kat aku ke?' emphhh....

Lunch pun aku makan sikit aje. Dek rasa terlalu hepi gila baban. Dek rasa tak percaya. Buat kerja pun kadang2 laju, kadang2 slow. Slow tu akibat sibuk duk pikior ate betui ke idak ni... Hahahaha.... Bila 15 minit waktu opis nak habis. Aku pi solat asar dulu, then boleh la cuci muka, touch up2 skit kan... 

Dah sampai Mcd, aku cari parking. Keta En. Abi dah ada dah. Huihhh laju gileeee... Siot ahhh...  Takkan ada bunga ros, lilin bagai kot kat atas meja... Huii... Dah check taik mata tak dak, aku masuk aje la. Pasrah la apa yang akan jadi. Tup2 aku nampak......

Nampak......

Aku nampak.....

Erkkkk.....

Biar betuiii...

Aku nampak Apis kecoh, Siti, En. Jam dan beberapa staff yang lain pun ada jugak kat situ... Cehhhhh!!! Cehh!!! Cehhh!!! dan cehhh!!!!

Tak suke Abi, tak suke abi, tak suka abi, tak suka abi!!!!! eeeeeiiiiii


malu mak nokkkkk!!!


moral of this story : aku memang cepat perasan!!!

Friday, 10 February 2012

KISAH : CINTA Al-FARABI (4)



Hui... Assalamualaikum...

Lagi sambungan kisah tentang aku dan En. Abi. Siapa En. Abi? Ikuti kisah sebelumnya melalui entry yang dah di 'link' kan kat atas tu haaa.....

Ekceli aku pun tak tau la selang berapa hari kan kejadian ni semua. Apa yang aku cerita ni kisah2 yang aku masih ingat antara aku dan kenangan kat tempat kerja aku dulu... Tempoh masa, selang masa antara satu kejadian aku tak berapa pasti sangat... Sebab aku dah lupa...

Suatu hari, aku ke opis agak awal sikit dari biasa. Selalu aku sampai opis pukul 8.15. 8.20 macam tu. Sebab opis aku start pukul 8.30 pagi.  Tapi hari tu aku sampai pukul 8.00 pagi... Masa aku sampai, aku dah nampak keta En.Abi kat parking. Dan aku nampak dia masih dalam keta. Aritu aku parking keta kat belakang opis. Sebab banyak ruang kosong. Yang lainnya cuma ada keta opis, dan bengkel welding untuk kerja2 engineering. Cuma kena lalu jauh sikit la nak sampai belakang opis tu. Ikut jalan lain pulak. Ekceli aku baru 2, 3 hari parking kat belakang. Selalu aku parking kat depan aje. 

Bila dah parking aku pun kuar keta. Sempat aku senyum kat En. Abi. Aku tatau la dia tengah buat apa duk kat dalam keta tu. Tapi aku rasa dia tengah dengar radio. Aku pun terus ke pintu belakang opis nak masuk.

Aku tengok pintu kaca tu tertutup. Selalu aku datang dah terbukak luas2. Aku try tolak, tak boleh. Sah! Berkunci lagi. Laaa patutla, aku kan sampai opis awal arini... Jap lagi ada la kot orang bukak kan pintu ni. Owh!! Patutla En.Abi tak masuk opis lagi.... Pintu tak berbukak lagi.... Aiseh!!! Bukan nak bagitau aku awal2 tadi. Kalau tak leh aku join sekaki dengar radio kan... Tak de la aku melangut macam ni....

Jam dah pukul 8.25, hampir 20 minit aku tercegat kat situ. Masih tak ada sapa datang bukakkan pintu. Ish... Ke kunci ada dengan En. Abi?? En. Abi kot yang pegang kunci pintu opis kat belakang ni??  Hish, habis dah tau pegang kunci, dah tau aku dah datang tadi, kenapa tak datang bukak kunci dulu......

Then En. Abi datang tak lama lepas tu dengan lenggang2 kangkungnya.... 

'Eh, awak buat ape kat sini? Nape tak masuk lagi?'

'Saya tunggu En. Abi la...'

'Tunggu saya? Waaa bagusnya kalau dapat 'anak buah' macam ni...' 

Tanpa keluarkan kunci, dia terus tarik pintu, then kasi ruang aku masuk 1st ke opis! Ternganga aku!! Yelaaaa.... Pintu tu tak berkunci sebenarnye!! Aku pi tolak2, mana nak terbukak, rupanya kena tarik kottt.... Aisehhh..... Aku tak terkata apa2. Malu gilaaa... Yela sebab aku cakap aku tunggu dia tadi kannn.... Aduhhhh...... Agak2 time tu dia pikir bukan2 tak?




Thursday, 9 February 2012

KISAH : CINTA Al-FARABI (3)


Sambungan kisah aku dengan En. Al- Farabi. Sejak peristiwa aku 'backup' Abi melalui ENTRY INI (klik sini) Dia selalu senyum. Eh, ke lepas kejadian tu aku yang selalu pandang dia? Dah dia nampak aku pandang, dia senyum la kan? Takkan nak masam pulak. Huhuhu, maybe aku la yang perasan! Hahahaha...

Suatu hari, En. Abi kena pi out-station. Unit hartanah la paling banyak kerja luar. Sebab nak pi nilai apekebenda pun aku tak tau. Kebetulan kerani bawah Unit Hartanah cuti. So, En. Abi mintak tolong aku check email2 yang masuk dan bagitau dia. Lagipun email2 tu sume berkaitan jugak dengan Unit Kewangan (unit aku). Dengan senang hatinya, aku amik tugas tu. Walaupun berlambak lagi task yang aku kena buat. 

Dalam 2 minggu lepas tu, En. Abi kena pi outstation lagi. Aku pun dah lupa ke mana. Sebab banyak sangat dia kerja luar. So, aku ingatkan yang check2 email tu sume kerani bawah dia la. Tup2 bila dia balik opis 3 hari lepas tu, dia panggil aku masuk bilik dia. 

Rupanya dia marahkan aku sebab aku tak bagitau dia ada email urgent!! Hari kedua dia outstation, dia kena pi kursus kat tempat lain pulak. And dia tak pergi sebab tak dapat email! Dengan muka yang serius. Nak nak pulak sebelum2 ni aku macam dah tersuka kat dia kan. Pastu tetiba kena marah. Sapa la tak kecik hati. Padahal itu bukan tugas aku. Lagipun dia tak pesan. Lain la kalau aku ni bawah unit dia. 

Dah aku jadi tak suka balik kat En. Abi. Baru nak tersuka kan... Pagi2 dah buat aku badmood kat opis. Dah la hari Ahad. Mood hari 1st kerja memang kelaot... 

Tapi, tengahari tu aku dengan opismate nak pi makan. Kitorang cadang nak makan kat bawah tu aje. Elok turun, tetiba En. Abi hon2 keta dia suh naik skali. Dah hon2 tak nak la dia malu. So, naik aje la. Cepat2 aku maik seat belakang. Tak nak aih aku, dah la tengah menyampah dengan dia.  Destinasi kami, ke Pasar Payang.

En. Abi suruh kami naik dulu. Dia nak beli keropok2, kerepek2, asam2 untuk saudara dia ada mai umah dia. So, aku dengan opismate aku pi la naik atas ke foodcourt. En. Abi kat bawah. Katanya jap lagi dia naik la. Dah lambat sangat, kami ni makan la dulu. Dah siap makan, turun bawah, En. Abi tak siap lagi membelinya. Dah lambat dia tak jadi makan. Dan aku diam aje. Malas la nak suggest dia tapau ke apa kan. Dan bukan jenis aku nak caring2 orang ni. Nkoo dah besau kot...

Terus nak balik. Ondaway nak pi kat parking, dia singgah kedai jual2 kat situ. En. Abi amik 4 aiskrim drumstick. Kami makan dalam keta. Dah orang kasi, aku amik aje la. Tup2 dia kata....

' Ada balance satu, kita kasi kat orang belakang. Kasi dia sejuk sikit... ' 

Aku nak tergelak senanya dia kata macam tu. Tengah2 menyampah aku rasa nak tersenyum. Sebab dia tau aku tengah bengang sebab kena marah oleh En. Al-Farabi pagi tadi!!


sebelum naik opis, aku habiskan dulu kat bawah.. 
kongsi dengan opismate aku, siti.


Sunday, 5 February 2012

KISAH : CINTA Al-FARABI (2)

KISAH : CINTA AL-FARABI (1) (kliksini)


Hui... Assalamualaikum...

Sebelum ni aku kerja. Dan aku dah berhenti kerja akhir tahun 2011. Akibat kepenatan dan ketensionan melampau. Sekarang aku sedang berusaha mencari kerja baru dan masih dalam proses memikirkan nak sambung study semester akan datang atau tak... Ah, lupakan dulu pasal tu sume... 

Masa aku kerja, aku diletakkan di Unit Kewangan. Jawatan aku adalah sebagai Penolong Akauntan. Dan dibawah aku terdapat seorang kerani kewangan. Terdapat beberapa unit kat situ, antaranya Unit Hartanah, Unit HR, Unit Niaga. Setiap unit, ada ketuanya. Al-Farabi, a.k.a Encik Abi adalah Ketua Unit Hartanah. 

Memula kenal, aku tak berkenan sangat. Dia agak pendiam. Dan agak serius orangnya. Staff kat sana semua muda2. En. Abi orang ke-3 tertua dalam opis tu. Yang paling tua, Haji. Ayah kepada big boss. Hehehhee... 

Aku tak bercakap banyak pun dengan si En. Abi ni, kalau Ketua Unit lain aku selalu la jugak tegur2 buat lawak tak tentu hala kan. Kalau dengan aku, orang tegur, aku tegur balik. En. Abi tak pernah tegur. So, aku takot nak tegur. Maksud aku, bergurau. 

Satu hari, opis buat jamuan makan2. 

Tengah2 makan, opis boy opis kami, Apis memang kepoh mulut dia mai join skali (penah dia tegur aku kenapa aku ada misai. ceh!! itu roma la!) . Makan sambil sembang, biasalah! Tetiba Apis dengan lantangnya tegur En. Abi..

' En. Abi makan nak bawak bekal sampai ke lunch ke?'

Semua mata pandang En. Abi, baru perasan, ada seurat bihun kat janggut ciput En. Abi. Ada yang ketawa, ada yang diam aje. Yelah, En. Abi ni tak macam ketua unit lain suka buat lawak. Dan aku tau, ego En. Abi sedikit terguris disitu. Dan aku tak sanggup tengok dia dimalukan. Bukan sebab aku suka dia. Masa ni aku tak ada apa perasaan pun. Walau sapa pun dibuli kat situ, aku akan amik tindakan yang sama.

'Rileks la En. Abi, lunch dah tak lama dah, kedai makan depan tu aje...' usik Apis lagi.

En. Abi tersengih2 sambil meraba2 janggut dia. Mukanya merah. Malu mungkin. Seorang Ketua, bersikap matang, sesekali ego, dan sedikit berumur, disakat oleh budak opis yang 10 tahun lebih muda. Bayangkan.

'Apis, jangan nak kata orang la, tu suar kau basah, ko kencing eehhhhh!!!!'

Aku saja mengusik. Memang seluarnya basah. Aku nampak time dia nak ceduk bihun, seluarnya rapat terkena meja. Dan atas meja tu ada lelehan2 air limau yang tertumpah. Serentak tu, semua pandang tepat pada 'anu' Apis. Hahahahaha... Memang basah....

Apis pandang aku dengan mata terbeliak. Aku tau dalam hatinya mesti tengah sumpah seranah aku 'celaka kau chenta!!!'  Start dari situ, Apis tak habis2 nak kenakan aku. Ada2 aje benda nak suh aku sakit hati... Dia sembunyikan barang2 aku, kuncikan pintu toilet dari luar... Tapi aku tak heran setakat si Apis ni. Buang karan aje kalau melayan. 

Tapi yang aku takotkan ialah... Senyuman En. Abi. Errkk!!!

Ye, lepas kejadian tu Abi selalu tersenyum bila nampak aku. Mungkin tanda ucapan terima kasih sebab backup dia aritu? Tapi, senyuman tu buat aku rasa tak keruan lah! Huhuhuhu. Dah la aku ni cepat perasan!!!

malam esoknya Abi ajak semua staff yg pegi futsal mlm tu makan ABC
1st ABi belanja aku. walaupun bkn aku sorang dia belanja, tapi sukelah!

p/s : nanti kita sambung lagi ye!

Friday, 3 February 2012

KISAH : CINTA Al-FARABI (1)

Hui... Assalamualaikum...

Disebabkan bulan ni adalah bulan 'cinta' romantika de amor la katekan, saya nak kongsikan sikit tentang status relationship saya. Dan bagaimana ianya bermula dan bagaimana pula pengakhirannya. Maybe its juz like a novel but, its a true story about me and him since we know each other. 

Status saya... Pre engaged. Means, sudah dirisik. Siapakah orangnya. Nama dia Al- Farabi a.k.a Encik Abi kat opis or gelaran oleh kawan2nya Abi. Salah seorang Ketua Unit ditempat saya bekerja beberapa bulan lepas. Umurnya... Emph, 10 years after me! I'm 24 for this year. 

Sebelum2 ni saya pernah bercinta, tapi tak serius. Banyak main2. Yela remaja2. But bila dengan Abi, dia seorang yang agak serius. Susah nak ketawa. Honestly, kami tak bercinta. Langsung tak pernah ber 'love u, love u too'. Tak pernah 'miss u or miss u too...'  Kalau tak, sebelum2 ni, saya la orang paling gedik gila, terkinja2 mintak perhatian.

Dengan Abi, saya jadi malu. Malu nak bersayang2 di phone, realiti lagi la. Nak2 Abi seorang yang serius. Maybe dia 'nak' tapi dia takot saya tak suka. Sebab bila dengan Abi, ego saya agak tinggi (jual mahal la). Kami cuma ber 'awak' dan ber 'saya'. Biarlah semuanya bersederhana. 

Dating?

Sepanjang kenal dia selama 6 bulan ni, baru beberapa kali kot keluar sama2 tu pun lepas habis kerja sebelum balik pi melantak Mcd. Then lepas tu keluar pun dia bawak adik dia. Tak de la nak berdua2. Lepas saya berenti kerja akhir tahun lepas, tak pernah lagi jumpa. Call pun jarang2. Mesej pulak kadang2.

Dah tu, macam mana dia melamar? 

Itu nanti saya ceritakan macam mana kisah kami berdua. Walaupun tak menarik macam kisah cinta orang lain, tapi sangat menarik pernah terjadi dalam hidup saya. Mungkin ini la kot dikatakan C.I.N.T.A?


Hahahahaha.... Tetiba pulak rasa nak ketawa lah! Ishhhh asal terasa diri ni macam terlalu matang pulaksss adehhh!!!! 


bintang di atas pasir, walaupun tiada kelipan namun masih indah dipandang


p/s : macam tak caya pulak dah nak kawin!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...