Sunday, 5 February 2012

KISAH : CINTA Al-FARABI (2)

KISAH : CINTA AL-FARABI (1) (kliksini)


Hui... Assalamualaikum...

Sebelum ni aku kerja. Dan aku dah berhenti kerja akhir tahun 2011. Akibat kepenatan dan ketensionan melampau. Sekarang aku sedang berusaha mencari kerja baru dan masih dalam proses memikirkan nak sambung study semester akan datang atau tak... Ah, lupakan dulu pasal tu sume... 

Masa aku kerja, aku diletakkan di Unit Kewangan. Jawatan aku adalah sebagai Penolong Akauntan. Dan dibawah aku terdapat seorang kerani kewangan. Terdapat beberapa unit kat situ, antaranya Unit Hartanah, Unit HR, Unit Niaga. Setiap unit, ada ketuanya. Al-Farabi, a.k.a Encik Abi adalah Ketua Unit Hartanah. 

Memula kenal, aku tak berkenan sangat. Dia agak pendiam. Dan agak serius orangnya. Staff kat sana semua muda2. En. Abi orang ke-3 tertua dalam opis tu. Yang paling tua, Haji. Ayah kepada big boss. Hehehhee... 

Aku tak bercakap banyak pun dengan si En. Abi ni, kalau Ketua Unit lain aku selalu la jugak tegur2 buat lawak tak tentu hala kan. Kalau dengan aku, orang tegur, aku tegur balik. En. Abi tak pernah tegur. So, aku takot nak tegur. Maksud aku, bergurau. 

Satu hari, opis buat jamuan makan2. 

Tengah2 makan, opis boy opis kami, Apis memang kepoh mulut dia mai join skali (penah dia tegur aku kenapa aku ada misai. ceh!! itu roma la!) . Makan sambil sembang, biasalah! Tetiba Apis dengan lantangnya tegur En. Abi..

' En. Abi makan nak bawak bekal sampai ke lunch ke?'

Semua mata pandang En. Abi, baru perasan, ada seurat bihun kat janggut ciput En. Abi. Ada yang ketawa, ada yang diam aje. Yelah, En. Abi ni tak macam ketua unit lain suka buat lawak. Dan aku tau, ego En. Abi sedikit terguris disitu. Dan aku tak sanggup tengok dia dimalukan. Bukan sebab aku suka dia. Masa ni aku tak ada apa perasaan pun. Walau sapa pun dibuli kat situ, aku akan amik tindakan yang sama.

'Rileks la En. Abi, lunch dah tak lama dah, kedai makan depan tu aje...' usik Apis lagi.

En. Abi tersengih2 sambil meraba2 janggut dia. Mukanya merah. Malu mungkin. Seorang Ketua, bersikap matang, sesekali ego, dan sedikit berumur, disakat oleh budak opis yang 10 tahun lebih muda. Bayangkan.

'Apis, jangan nak kata orang la, tu suar kau basah, ko kencing eehhhhh!!!!'

Aku saja mengusik. Memang seluarnya basah. Aku nampak time dia nak ceduk bihun, seluarnya rapat terkena meja. Dan atas meja tu ada lelehan2 air limau yang tertumpah. Serentak tu, semua pandang tepat pada 'anu' Apis. Hahahahaha... Memang basah....

Apis pandang aku dengan mata terbeliak. Aku tau dalam hatinya mesti tengah sumpah seranah aku 'celaka kau chenta!!!'  Start dari situ, Apis tak habis2 nak kenakan aku. Ada2 aje benda nak suh aku sakit hati... Dia sembunyikan barang2 aku, kuncikan pintu toilet dari luar... Tapi aku tak heran setakat si Apis ni. Buang karan aje kalau melayan. 

Tapi yang aku takotkan ialah... Senyuman En. Abi. Errkk!!!

Ye, lepas kejadian tu Abi selalu tersenyum bila nampak aku. Mungkin tanda ucapan terima kasih sebab backup dia aritu? Tapi, senyuman tu buat aku rasa tak keruan lah! Huhuhuhu. Dah la aku ni cepat perasan!!!

malam esoknya Abi ajak semua staff yg pegi futsal mlm tu makan ABC
1st ABi belanja aku. walaupun bkn aku sorang dia belanja, tapi sukelah!

p/s : nanti kita sambung lagi ye!

3 comments:

delarocha said...

sedap ABC tu... manis


semanis ceita ini.. hihi

Hypo Chan said...

farabi dah mari..hehhee

Yana Libra said...

untungla..hehe~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...