Saturday 28 December 2013

RESEPI PUDING KARAMEL

Assalamualaikum,
Oleh kerana tak dapat merasa Kek Karamel Pelangi yang dibuat untuk opis Encik Rumate semalam tu, so aku nekad untuk buat lagi. Tekak ni terasa nak makan benda manis pulak. Sama masa mengandungkan si Aisyah tahun lepas. Asyik nak makan kek coklat petronas tu haaa...

So aku buat lagi sebijik tapi strawberry coklat. After that Encik Rumate tanya, boleh tak buat yang karamelnya sahaja. Tak nak kek. Kemudian aku tanya mama resepi puding karamel yang mama buat dulu. Sedap!

Maka semalam aku dah buat 2 benda sekaligus iaitu Kek Karamel Strawbery Coklat dan Puding Karamel. Buat petang, malamnya dua-dua habis licin. Ganas tak? Hahahaha...

Kek Karamel Strawberry Coklat

Puding Karamel.

Puding Karamel ni resepi mama. Sangat sedap. Tak la manis sangat sampai tak boleh telan. Kira boleh makan dengan selera la. Ceeee...

Jom semak resepi Puding Karamel...

Bahan-bahan :
2-3 sudu gula untuk dibuat karamel
8 bijik telor gred A (apa-apa saiz pun xpe)
1 tin susu cair
1 cawan gula
1 sudu kecik esen vanilla
1 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu tepung beras

Caranya :
1. Panaskan 2-3 sudu gula dalam loyang hingga cair. Ratakan, sejukkan dan biarkan.
2. Campurkan semua bahan-bahan lain. Kacau perlahan hingga gula larut. 
3. Tapis kan adunan campuran tadi ke dalam loyang gula hangus tadi
4. Kukus selama 45 minit - 1 jam
5. Bila dah masak, sejukkan kemudian terbalikkan.

p/s : kebanyakkan puding karamel tak guna tepung beras. Tapi my mum buh tepung beras untuk memejalkan puding. so puding tu tak la lembik dan tak muak sangat.


Haih, orang kata kalau suka makan manis maybe nak dapat anak pompuan. hahaha. redha aje la rezeki lelaki ke pompuan kan. tapi ikutkan nak boy la. hehehe... apapun syukur nikmat dan rezeki yang diberi.

Salam Sayang,

Friday 27 December 2013

MEMBAKING UNTUK LEPAS GIAN

Assalamualaikum,
Beberapa hari lepas Encik Rumate cakap kat opis dia ada majlis amal untuk anak2 yatim sempena nak buka sekolah. Ada penyerahan kelengkapan sekolah untuk anak2 yatim dan jamuan makan. Menunya nasi briyani. Dan masing2 boleh sumbangkan apa2 jenis kuih muih sebagai pencuci mulut atau sebagainya (potluck).

So, aku amik keputusan untuk buat kek karamel 2 bijik dan apam polkadot 300 biji untuk pencuci mulut. Itu aje lah yang aku reti buat hehehe. Kek Karamel Pelangi jadi pilihan. 

comot sikit. maklumlah dah lama tak masuk dapur.

akibat malas nak mengedot, try wat cmni lak.
ada 4 design. tapi snap yg ni je la.

siap packing.

penat. tapi rasa puas hati sebab boleh lepas gian nak membaking. alhamdulillah. cuma frust sebab tak dapat tengok kaler kat dalam. huhuhu. 

Salam Sayang,

KISAH IBU DAN ANAKNYA

Assalamualaikum,
Sebenarnya dah lama nak cerita tapi lupa. Kisah seorang anak yang sangat baik melayan ibunya. Sampai nak menitis airmata aku tengok. Encik Rumate kata benda camtu pun nak nangis. Tapi entah la, mungkin time tu aku dah 'berisi' kot tu yang emosi lebih. Hehehe.

Ceritanya gini, sebelum kami gerak ke Penang awal bulan 12 hari tu, kami singgah makan kat mana ntah. Tapi area Selangor. Restoran mamak. Meja belakang kami ade 2 orang mak ngan anak. Indian. Aku ni suka perhatikan orang.

Si anak duk perhati mak dia makan (depan dia xde makanan). Pastu senyum2 sambil sembang2. Then dia lap mulut mak dia dengan tisu bila ada makanan meleleh. Untie tu makan someting dalam mangkuk tak pasti sama ada mi sup, sup, tomyam atau ape. Pastu bila untie tu tak habis makan, baru la si anak tarik mangkuk depan dia dan makan makanan yang mak dia tak habis tadi.

Memang aku terharu bila tengok anaknya tarik mangkuk tu dan makan. Pastu bila habis makan, anak dia nak pi bayar. On da way pi bayar tu dia asyik pandang mak dia, senyum. Dan bila nak balik dia pimpin mak dia sampai keluar kedai makan. 

Serius aku sampai menitis air mata terharu dengan sikap anak dia. Aku tak pernah tengok sebelum ni.

p/s : semoga aku dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah dan semoga aku juga tergolong dalam golongan anak yang solehah. Amin

Salam Sayang,

Tuesday 24 December 2013

ALHAMDULILLAH REZEKI KAMI

Assalamualaikum,
Alhamdulillah rezeki kami lagi kali ini. Insyallah tak lama lagi Aisyah bakal dapat adik. Maka bertambahlah ahli keluarga kami. Hehehe. Encik Rumate suka lettew!

Seminggu dua sebelum ni dah rasa macam lain. Terus terlintas pasal pregnancy test. Bila beli rasa malas pulak nak test. Pagi 2 hari lepas try check, cepat je line tu keluar. So esoknya terus ke klinik untuk kepastian. 

Poyo kan? Macam 1st pregnant pulak excitednya. So doktor telah mengesahkan aku hamil 5 minggu dan jangkaan tarikh bersalin 23 August 2014. Aku bajet 3 minggu je rupanya dah 5 minggu. Kira sebulan lebih dah.

Doakan semuanya selamat hingga ke akhirnya ye!

p/s : lupakan segala fobia! erk!!!

Salam Sayang,

Sunday 22 December 2013

JERUK MADU PAK ALI (JMPA)

Assalamualaikum,
Hari terakhir kami di Penang, matlamat utama nak cari Jeruk Madu Pak Ali (JMPA). On da way jalan nak balik tu dah jumpa gerai JMPA kat tepi tu, tapi kami gigih nak ke Medan Suri Sungai Nibong. Katanya kat sana lagi banyak. 

Berbekalkan GPS via henpon Encik Rumate, so kami pi la 2 buah kereta. Bersama family kakak. Yang lain-lain nak naik feri katanyaaaaa so ikut jalan lain. 1st abang ipar (suami kakak) follow kami sebab dia tatau jalan. Alih-alih Encik Rumate tersilap amik jalan. Sepatutnya amik lorong kiri terus ke Georgetown tapi Encik Rumate terlaju dan terambik lorong kanan dan terus naik ke Jambatan Pulau Pinang. Hailaaaaa....

Dan tak boleh nak patah balik. Frust terlepas JMPA. Pastu abang ipar call cakap suh follow dia plak. Katanya dekat area Tesco ada kedai JMPA. So follow la dia pas turun jambatan. Follow punya follow dia call balik cakap dia lupa jalannn. Hahahahaha...

Pastu Encik Rumate kata takpa, follow dia pulak kita pi makan nasi kandar best pulak. Terus exit Simpat Ampat. Lama jugak la, tetiba Encik Rumate kata, terlupaaaa. Adoiii tanya orang sana sini, masuk sana keluar sini, masuk simpang keluar balik. Pastu jumpa! Tapi sayangnya kedai tu dah tutup! So makan aje la kat kedai berhampiran. 

Balik tu Encik Rumate dan abang ipar tak puas hati. Katanya nak cari jugak JMPA sampai dapat. Terus Encik Rumate call kawan dia. Katanya kat Econsave Jawi ada jual jeruk. Kami terus la ke sana. Tapi bukan JMPA. Tanya orang kedai tu, dia kata kat Pekan Parit Buntar ada la. So pi la kami ke Pekan Parit Buntar hanya berpandukan signboard! 

Punya la lama pusing2 nak cari busten, akhirnya jumpa!! Dan jumpa lah JMPA!!! Borong!!!! Hahahahaha... Baru puas hati. Then baru la kami masuk highway dan balik....




jauh kan perjalanan nak cari Jeruk Madu Pak Ali. Dari Penang mencari alih-alih kat Parit Buntar baru jumpa! Penangan Jeruk Madu Pak Ali

Salam Sayang,

Thursday 19 December 2013

NASI KANDAR BERATUR

Assalamualaikum,
Nasi Kandar beratur. Pada mulanya Encik Rumate sebut-sebut pasal Nasi Kandar Line Clear. Tapi Pak Cik Ben (PCB) kata kat sana kotor so dia cadangkan ke Nasi Kandar Beratur. Jalan Kapitan Keling, berhampiran Masjid Kapitan Keling. Malam baru kedai ni bukak.

So lepas turun dari Batu Feringgi dalam pukul 11.30 kami terus ke Jalan Kapitan Keling. Cari punya cari akhirnya jumpa jugak! Eksaited nak beratur. Hehehehe. 

Memang sedap! Lain dari yang lain. Dan murah! Habis kami makan, kedai tu dah penuh. Nasib baik kami datang awal. Beratur pun dah panjang dah. Pukul 2 baru kami sampai resort, mandi-mandi dan terus tido kekenyangan. Hehehehe...

Salam Sayang,

Wednesday 18 December 2013

MEDAN SELERA PADANG KOTA LAMA PENANG

Assalamualaikum,
Ok sambung cerita pasal bercuti ke Penang. Lepas turun dari Bukit Bendera kami terus ke Padang Kota. Follow sedara yang tau jalan. Sampai sana kami terus ke Medan Selera Padang Kota yang berada di tepi pantai tu. 

Sampai aje kat Medan Selera kami terpaksa satukan meja sebanyak 6-7 buah meja. Disebabkan kami datang ramai sekaligus, 6 buah kereta. Tak sempat nak hilangkan penat, kami diserbu oleh pelayan kedai-kedai.

Terkejut, terpinga-pinga, bengang, pening semua ada. Tak tau nak dengar menu yang mana. Hampir 10 orang mai serbu meja kami duk sebut menu itu dan ini sekaligus. Masing-masing diam terpinga-pinga. Dalam keadaan bingung macam tu sempat la oder air dulu. 

Dah jenuh buat muka sebab serabut tapi depa tetap tak reti bahasa mai sebut menu tak berhenti-henti berkerumun kat kami. Semua pelanggan dah pandang-pandang meja panjang kami. Alih-alih Encik Rumate aku yang boleh dikatakan agak pendiam tu bersuara...

"Takpe takpe, kami nak minum je!!!"

Dan tak semena-mena abang yang meja sebelah tepuk tangan. Dia kata "haaa baguih!! Hat tu yang saya nak dengaq dari tadi... Depa mai amik oder menakutkan customer...bla bla bla..." abang tu bebel kat tukang amik oder. Kehkehkeh. 

Then lepas tau nak makan apa baru kami panggil "haa!! mana nasi goreng ayam tadi, mai sini..." pastu "haaa!! mana char kueytiaw tadi, sini!!" haaa kan senang macam tu? Tak payah kalut nak mai amik oder. Biaq la kami survey apa dulu kami nak makan.

Yang geramnya, nak amik oder tudia keliling meja berpuluh-puluh kali tu. Tapi bila time hantar air, depa buh hujung meja. Kami pulak kena pas-pas ke hujung belah sana pulak. Hadaaaa ka macam tu. 

Aneka jenis makanan memang banyak. Tapi yang tak bestnya cara depa amik oder tu sangat menakutkan. Rasa hilang selera pulak. 
pasembuq, teringin nak makan tapi hilang selera.

Salam Sayang,

Tuesday 17 December 2013

BUKIT BENDERA PENANG

Assalamualaikum,
Ok sepanjang Cuti-Cuti Malaysia ke Penang bersama family selama 3 hari 2 malam ni, banyak benar cerita nak dikongsi. Hari pertama kami tiba di Penang tengahari baru check- in. Malam tu juz bbq. Penat travel so banyak rehat. 

Hari kedua petang baru kami gerak ke Bukit Bendera. Nak beli tiket naik kena bawak i/c a.k.a kad pengenalan ye. Naik atas sana, emmmm tak ada apa yang best pun sebenarnya. Itu pada pendapat aku aje lah. Yang nampak hanyalah bangunan-bangunan yang padat dari pandangan atas. Tu je. 


Apa yang ada kat atas sana? Emmmm ada teropong boleh tengok bawah tapi kena bayor RM1 untuk tengok. Then atas lagi ada ular, boleh amik gambor ngan ular. Ada India jual belalang dibuat dari daun kelapa, ada yang lukis inai corak kat tangan. Ada muzium burung hantu, ada mcm rumah dinosor, ala2 rumah hantu gitu. Agak membosankan jugak lah. Hampir 2 jam kat atas sana, then turun bawah.

Shopping magnet fridge kat kedai cenderamata tu. 4 ketul RM10. So eksaited la aku nak borong banyak-banyak nak kasi kat kawan-kawan, jiran-jiran dan sebagainya. Alih-alih Encik Rumate kata....

"kita datang Penang aje oiiiii, bukan kita pegi Itali ke Rusia ke nak beli kasi kat orang...." 

Hehehehe iye tak ye jugak kan. Orang lain dan jemu datang sini, buat malu aje kasi. Hahahhaa. So kalau orang ajak aku naik Bukit Bendera lagi, aku takmau dah kot. Huhuhu. 

Salam Sayang,

Sunday 15 December 2013

EYELINER MAC YANG MURAH DAN BEST

Assalamualaikum,
Kali ni nak mereview barang baik lagi. Pasal eyeliner. Aku ni pemakai eyeliner tegar. Nak kemana-mana haruslah ber eyeliner. Sebelum ni aku pernah up pasal eyeliner yang terbaik dari Maybelline iaitu Masterliner. Kali ni satu lagi eyeliner yang boleh tahan jugak.

Kalau Maybelline tu agak mahal sikit, yang murah pun ada iaitu dari M.A.C. Warnanya boleh tahan dan ke'waterproof'an dia pun boleh tahan. Hehehe. Dah try calit Maybelline dan M.A.C dan try gosok. Dua2 tak comot tapi yang Maybelline lagi tahan. Gosok 3-4 kali pun masih ada. Yang M.A.C pulak dia hilang tapi tak comot macam eyeliner lain.

So secara keseluruhan, M.A.C okey, warna pekat sama macam Maybelline cumaaaa cepat tanggal (itupun aku tenyeh2, kalo duk kat mata watpa nak tenyeh kan). Tapi dia tak comot. Gud!

Harganya murah. RM5 sebatang. Kalau beli 10 ke atas dapat RM3. Camne nak dapatkan? Hubungi Zaitul di talian 018-3195458

Ini untuk pakai sekejap okey. Tapi kalau nak keluar dari pagi sampai malam, better bawak satu dalam handbag. Tapi sangat senang nak oles kat mata.

Untuk dapatkan Eyeliner M.A.C murah:
Zaitul 018-3195458

Salam Sayang,

Tuesday 10 December 2013

MENCARI BISKUT TERBAIK UNTUK BAYI

Assalamualaikum,
Okey nak review tentang biskut untuk bayi berusia 6 bulan dan ke atas. Memandangkan aku ada terbeli beberapa jenis biskut yang masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya maka aku kongsikan apa yang aku rasa terbaik.
Mula-mula aku beli biskut jejari ni. Biskut ni beli main timbang kilo. Rasanya lemak-lemak manis. Cepat cair dimulut. Tapi ayah Ecah tak galakkan makan biskut ni sebab tak tau apa kandungan dalamnya. Kalau orang dewasa boleh la kan. Tapi biskut ni Ecah suka. Aku pun suka!

Then aku beli biskut bayi teething. Ingatkan lembut la. Kot la Ecah boleh hisap2 then cair dalam mulut if dia gigit2. Rupanya aku tersalah beli. Bila aku try nak rasa macam mana, keras la teramat sangat. Sehabis tenaga gigit baru la patah. So biskut ni elok untuk baby yang gatal gusi. Boleh la dia tonyoh-tonyoh kat gusi dia macam Ecah sekarang ni. 

Kemudian aku beli pulak biscotti ni haa. Tak ada la keras macam yang atas tadi. Memang cair tapi lambat sikit la. Rasanya pulak agak manis. So kemanisannya agak ketara jugak. Ecah pun tak berapa makan sangat. Kasi sekeping dia hisap sekejap then campak mcm tu aje. Lagipun bila biskut tu dah basah dia melekit kat tangan.


After that aku belikan benda ni pulak. Biskut ni tak manis. Tak melekit kat tangan. Kalau baby makan pun dia tak jatuh or tumpah-tumpah berselerak atas lantai. Macam biskut beras gitu. Tapi bila kena airliur baby dia akan lembik. Tapi Ecah makan sekeping aje time mula-mula beli. Now dia tak suka dh. Don't know why. 

Now masih mencari-cari biskut yang kena selera dengan Ecahku yang mucuk ni. Dan kesimpulannya aku rasa, yang paling sedap adalah biskut jejari tu. Tapi yang lebih elok untuk anak biskut  baby bites tu. Sebab tak manis.


p/s : ibu-ibu boleh la terai cuba ye. kot la Ecah tak suka tapi anak2 ampa suka, mana tau kannn... Sejak2 dh ada blockquote ni macam syiokkk aje kannnnn hahahahaha..

Salam Sayang,

Monday 9 December 2013

TERTUKAR TROLI LA PULAKKK

Assalamualaikum,
Tertukar troli? Pernah tak jadi kat korang? Sama ada orang terambil korang punya troli atau korang yang amik troli orang lain. Hahahaha. Pernah terjadi kat aku tau. Banyak kali gak kot. Tapi tak la sampai kat rumah baru perasan. Kadang2 tolak tu rasa lain macam, tuan punya troli tak sedar pun. 

Tapi yang paling teruk pernah sekali kat Giant K. Terengganu ni ha. Time baru lepas kawin, konon nak cari barang rumah kan. So kebetulan time tu aku bagitau kat Encik Rumate, nak ke bahagian masak2. Then berpecah manakala troli dengan dia la.

Lepas aku pilih-pilih bahan-bahan nak membaking aku taruk segala apa yang aku kutip kat dalam troli berhampiran yang aku sangka troli aku. Nampak ada banyak barang termasuklah Maggi. Ada 3, 4 pack Maggi kalau tak silap. Dalam hati cakap "banyaknyaaa dia amik Maggi!!" Aku siap tolak troli pegi kat rak Maggi then taruk balik Maggi tu. Tinggal 1 pack aje la. 

Lepas tu mata melilau kat rak-rak makanan lagi. Tiba-tiba aku dengar orang duk bising troli dia hilang "Ehh!! mana troli mak??" pastu anak dia cakap "mak letak kat mana tdi.." pot pet pot pet, aku siap mengumpat dalam hati "hapee la bising-bising, pegi je la amik troli baru..." hehehehe...

Pastu bila aku stop kat rak makanan ringan tu, aku tinggal troli kat situ then berjalan kat depan sikit sebab ada pekerja tengah susuh barang. Bila aku nak pegi kat troli tu aku nampak ada orang dah amik troli aku tinggal tadi "ni kot troli mak!!" terus pegi sambil bebel2.

Hahahaha, terus aku berlari pegi kat laki aku dengan tangan kosong je, tadi beriya nak beli barang baking kan, semua barang tu dlm troli makcik tu dah. Nak cerita tapi malu. So diam aje la. Pastu aku elakkan dari bertembung dengan makcik tu sebab takut dia perasan aku yang amik. Sampai rumah baru aku cerita kat laki aku. Hahahahaa.
Salam Sayang,

Friday 6 December 2013

GULAI KUNING IKAN TENGGIRI

Assalamualaikum,
Haaaa harini buat pertama kali aku wat lauk gulai. Sebelum ni pernah buat tapi bukan wat sendiri. Bukan apa, aku tak reti sikit bila bab menggunakan santan ni. So bila tanya mak mertua macam mana, terus cuba sendiri kat rumah.
sumber foto : masakan.asia
Gambar sendiri tak sempat nak snap. Dah siap makan baru teringat nak amik gmbr. 
So pinjam aje la. Tapi resepi sendiri. 

Gulai Kuning Ikan Tenggiri
Bahan-bahan :
5-6 ketul ikan tenggiri (taburkan 2 sudu makan garam halus dan perapkan selama 2 hingga 3 jam sebelum masakkan)
6-7 ulas bawang merah *kisar
2-3 ulas bawang putih *kisar
10 bijik cili api (merah) *kisar
1 inci halia *kisar
1/2 inci lengkuas *kisar
1 sudu makan cili boh/cili kisar
1 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu kecik serbuk kunyit
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat
5-6 cawan air

Caranya :
1. Panaskan santan + air hingga mendidih (sentiasa kacau hingga didih) jangan tinggalkan.
2. Bila dah mendidih terus masukkan bahan kisar + cili boh + rempah kari + serbuk kunyit dan kacau perlahan dalam 2 minit atau mendidih.
3. Kemudian masukkan ikan (basuh dahulu saki baki garam). Bila dah masukkan ikan, tak perlu kacau sangat dah.
4. Masukkan asam keping dan perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Siap!!

Kalau lah aku tau mudah macam ni, dah lamaaaaa aku buat tauuu!!! Itulah orang kata, tak cuba tak tahu!!

Salam Sayang,

Wednesday 4 December 2013

MENGHALANG NYAMUK DARI MENDEKATI ANAK

Assalamualaikum,
Sekarang musim hujan. Syok tido kan. Nyamuk pun syok hisap darah. Musim hujan macam ni memang banyak nyamuk. Paling kesian kat anak-anak. Bangun pagi tengok berbiji-biji kat muka, lengan. Alahai kesian. Padahal sebelum tido dah sembur ridsect. Nak tido pun pasang ubat nyamuk elektrik tu. Tapi tetap kena gigit.

Maka aku pun mencari alternatif lain bagi mengelakkan nyamuk menggigit kulit sensitif anakku Ecah tersebut. Bukan tak tau kulit Ecah tu, Kena gigit nyamuk tapi parutnya lambat hilang. 

So kakak aku mencadangkan aku menggunakan yang ini...

Macam koyok aje benda ni. koyak satu, then tampal kat seluar or belakang baju (supaya anak tak cabut) or kat cadar atau kat mana-mana bahagian yang boleh menghalang nyamuk dari mendekati. Kat walker bahagian bawah or kat basikal anak.

Baunya bukan macam ubat nyamuk pun. Baunya macam minyak urut. Hahahaha. Bau macam herba daun-daun kayu. Macam Ecah suka tido mengiring, so aku tampal kat seluar dia bahagian peha berhampiran punggung bila dia dah tido. Alhamdulillah setakat ni masih belum ada tanda nyamuk menggigit. 

Kalau elok, nak borong la banyak-banyak. Harganya dalam RM10.++/sahaja. Boleh didapati di MANJAKU, KASIH IBU atau mana-mana kedai yang menjual peralatan bayi. 

p/s : kalau untuk orang dewasa plak boleh try tampal koyok yg orang sakit kepala tu kat baju atau sapu minyak cap kapak kat bahagian terdedah mcm lengan.

Salam Sayang,

Monday 2 December 2013

MERAWAT RUAM PADA KULIT BAYI

Assalamualaikum,
Aisyah anakku sayang aritu naik ruam pada muka dan badan selepas baik dari demam. Risau jugak kalau-kalau kena demam campak. Tapi doc kata, kadang2 ada jugak bayi yang akan naik merah2 selepas baik demam. Kata Kak Lydia mungkin panas ubat. Betul juga tu.

Then doc kasi calamine lotion untuk sapu dan ubat alergic. Hari ni merah2 ruam tu dah tak ada kat badan dan muka Aisyah. Alhamdulillah. Lega sangat. Kiera ada tanya macam mana buat, anak teruna dia Uwais pun naik ruam. So aku suggest dia try calamine lotion...

Ini Drapolene Cream. Untuk ruam juga tapi khas untuk nappy rush. Ruam lampin. Maksudnya untuk ruam kat punggung dan celah-celah kelangkang. 

Ini Calamine Lotion. Macam air aje. Sapu selepas mandi. Ini sesuai untuk ruam kat badan dan muka. Sebab dia terus menyerap dan bukan macam cream. 

Dan lagi petua traditional yang aku dapat ialah dengan menggunakan tepung ubi. Bancuh dengan air dan sapu dekat ruam. Lagi bagus sebab tak ada bahan kimia kan. Insyallah boleh guna kalau keadaan terdesak. Tapi dapatkan nasihat doktor kalau semakin teruk.

Salam Sayang,

Saturday 30 November 2013

DEODORANT SYAHIRAH YANG BEST

Assalamualaikum,

Okey kali ni nak me'review' something best. Hehehe. Kata orang, benda yang elok haruslah dikongsi, kannnn... Kali ni pasal deodorant. Korang pakai deodorant apa? Brand apa? Okey tak? 

Aku pernah try pakai Rexona. Yang spray pernah, yang roll-on pun pernah. Tapi Rexona ketiak aku tak boleh tahan. Pakai sekejap aje, then dia dah start keluar bau kurang menyenangkan. Nivea pun pernah. Tapi lama-lama ketiak makin menebal dengan daki. Hahahaha. Sebab bila siap mandi, masih terasa deodorant tu kat ketiak macam tak tanggal. Padahal dah sental kuat2.

Tawas? Pun pernah. Yang seketul tu mungkin aku tak reti nak guna. Yang air pun minggu pertama pakai okey, tapi minggu seterusnya tak jadi apa. 

Yang terbaik aku guna ialah DEODORANT SYAHIRAH.
Without alcohol. Tanpa alkohol. Tak melekit. Tanpa meninggalkan kesan kuning pada bawah lengan baju. Yang pastinya terbaik! Rasa macam pakai air aje. Ada macam-macam kaler, biru, oren, kuning dan sebagainya.  Harganya murah, dalam RM 3 lebih. 

Kat mana nak dapatkan? Haaa ini susah sikit. Hanya kat Mydin yang aku jumpa. Puas cari kat Giant, kt Tesco kat mana-mana lah, tapi susah nak jumpa. Tapi kalau kat Mydin, konpem ada! Yang susahnya deodorant ni itu lah dia, susah nak jumpa. Cubalah!


Salam Sayang,

Wednesday 27 November 2013

TETAMU DAH PULANG

Assalamualaikum,
Hari ni rumah kembali sunyi. Tetamu dah balik ke kampung halaman masing-masing. Selama seminggu tetamu datang bertandang kat rumah kerana majlis pertunangan anak buah kepada abang ipar a.k.a anak buah kepada suami kakak aku. 

Dari Johor mai sini 3 buah kereta termasuk family kakak aku. Tak la ramai pun, dalam 10 orang ja la. Tapi sangat seronok sebab depa semua kaki melayan aku menyembang. Walau tak berapa kenal sangat depa sebelum ni tapi rasa mesra dah. Best sangat.

Syiok bawak depa jalan-jalan. Pi sana-sini. Pastu kalut pulak last minute kena cari hantaran pertunangan. Sebelum pihak perempuan kata nak buat simple ja. Alih2 nak hantaran jugak. Time pi tu, tudiaaa haih, dah macam majlis nikah. Pelamin siap lampu merelip. Baju bersimpang siur. Adeiii...

Pada pandangan aku la, rasa macam tak perlu kot majlis tunang nak beriya bagai. Dan pandangan aku jugak, majlis tunang ni just untuk sedara-mara ja dan sahabat BFF. Nanti dah majlis kawin baru la nak jemput 1Malaysia ponnnn... 

Macam over je, macam membazir je, macam poyoooooo je!!
Tetamu diibarat sebagai rezeki,
Layanan diberi bak raja sehari,
Segala kekurangan harap dimaafi,
Moga lain masa bertemu kembali.

Salam Sayang,

Monday 25 November 2013

BEKERJA ATAU BERHENTI KERJA? DILEMA PARA ISTERI?

Assalamualaikum,
Bagi mereka kaum ibu-ibu yang sedang bekerja mesti tak cukup rehat kan? Bangun awal, sibuk uruskan hal anak-anak then baru pikir hal sendiri. Pagi-pagi dah pi kerja. Balik lewat petang, penat. Malam layan kerenah anak-anak lagi. Mesti best kalau duk rumah goyang-goyang kaki kan?

Best ke?

Bagi pendapat aku la sebagai seorang ibu muda, yang pernah bekerja dan sekarang surirumah sepenuh masam masa. Semua perkara kita buat dalam dunia ni ada pro and contra nya. Ada baik buruknya. Duk rumah goyang kaki memang la best. Tapi harus tahu, goyang kaki tu hanya orang nampak dari luar rumah. Dalam rumah tak sapa yang tau kita buat apa. 

Bangun pun sama macam orang pegi kerja. Kadang2 lagi awal sebab baby bangun awal. Lagi penat jaga baby dari mengemas satu rumah tahu! Kalau diberi pilihan, nak kemas satu rumah ke nak jaga baby? Aku akan pilih, awak jaga baby jap, saya kemas rumah! Tapi tatau la kan sebab aku bukan jenis yang suka duk saja2 mcm tu.

Bila baby start tido dalam sejam dua, aku terus start buat kerja rumah. Kemas bilik, dapur, ruang tamu. Basuh baju, sidai. Kadang-kadang tak sempat siap tapi baby dah bangun. Kadang-kadang baru aje letak punggung nak duduk tapi dia dah terjaga. So kena layan baby pulak. Mandikan, susukan, mainkan. Then bila dia tido balik buat kerja lain lagi macam masak ke, nak mandi ke ape ke. Rehat? Takde.

Dan bagi aku, sesiapa yang tengah bekerja dan yang terlintas nak berhenti kerja tu, pikir la dulu. Before 35, kerja la sehabis daya. Umur muda rugi sangat kalau tak kerja. At least boleh la buat simpanan. In case apa-apa yang kita tak tau apa akan jadi kan. Lagipun kita perempuan, perlu ada something yang kita boleh bergantung. 

Tapi terpulang lah atas budi bicara keluarga masing-masing. Bagi aku kalau kerja minda lebih berkembang. So tak ada la terperap dan buat gosip mesyuarat tingkap aje kejenyeeee, then asyik nak mencari salah orang aje... 

Aku? Opkos la tak keje, tapi masih menyahut cabaran En. Rumate. Katanya kalau nak kerja sangat dia akan izinkan if gaji yang dapat melebihi elaun yang dia kasi. Or dia akan kasi aku kerja if aku ada ijazah. So now, tengah  pikir2 untuk sambung degree! Degree in accounting?? OMG...

p/s : pendapat masing-masing. jangan ada yang melatah sudah!

Salam Sayang,

Tuesday 19 November 2013

ACAR MASAK MASAM MANIS

Assalamualaikum,
Okey hari minggu aritu aku masak untuk lunch. Dah lama sangat tak masak lauk-lauk. Selalu masak mee, bihun, kuewtiaw... Diet nasi la katakannn... Oleh kerana hari minggu so masak la untuk En. Rumate ku yang tersayang... Ceeee... Menunya Ayam Masak Kicap, Sup Sayur, Ikan goreng dan Acar Masak. Lauk yang semua orang boleh buat, tapi Acar Masak? Penah dengar?

Mai ceq nak habaq mai. Hehehe. Acar Masak ni famous kat Pantai Timur tau. Aku start suka pun masa bekas pembantu rumah (time duk ngan mama) yang buatkan. Serius aku suka sangat. So, benda baik lagi elok dikongsi bersama. Hehehe.

RESEPI ACAR MASAK.
Bahan-bahan :
5 biji bawang merah (bukan bawang besar)*kisar
2 ulas bawang putih*kisar
2 sudu cili boh
1/2 cawan cuka
5-6 sudu besar gula
1/2 sudu kecik garam
3 cawan air
10 batang kacang panjang dipotong-potong dalam 3 inci
7 batang kacang bendi
1 batang timun dipotong2
1 batang lobak merah

Caranya :
1. Tumis bahan dikisar bersama cili boh sehingga kering.
2. Masukkan cuka dan seterusnya masukkan air secawan dahulu.
3. Masukkan lobak,kemudian sayuran lain selepas 2 minit.
4. Kemudian masukkan air sehingga 3/4 paras sayuran.
5. Perasakan dengan gula, garam dan ajinamoto sikit. 
6. Biarkan sehingga mendidih dan sehingga kacang panjang agak lembut.

p/s : acar ni dia masam2 manis. kalau kurang masam, tambah cuka. kalau terlalu masam tambah gula. 

p/s : sayuran optional. yang wajib timun atau kacang panjang sahaja. yang lain2 tak ada pun tak apa. tapi lagi sedap kalau ada. hehehe.

Salam Sayang,

CPUV NUFFNANG?

Assalamualaikum,
Haaa... Alkisahnyaaa... Memandangkan sifu aku yang pakar dalam bidang nuffnang ni up status pasal dia dapat CPUV, maka dengan rasa jeles yang teramat sangat aku pun nak buat jugak. Hahahaha... 

Serius sepanjang berblog tak pernah pikir pasal nuffnang. Letak iklan bagai pun sebab nampak macam smart aje. Hehehe. Bukan kisah pasal  earning pon. Tapi sejak akhir-akhir ni tengok kawan2 duk post kat FB cakap nak cashout. Alahai tetiba rasa geram. Then terpikir jugak why not kalau aku cuba jugak. Alang2 berblog, biarlah dapat hasil kan. Pernah sekali aje dapat cashout. Pastu last earning blog dulu RM37 kalau tak silap. Pastu pi delete account. Hehehe.

Now duk try petua dapatkan BE dari nuffang dengan mengamalkan petua dari sifu aku. Hehehehe. Dah 2 kali hantar tiket tanya pasal BE, alih2 En. Nuff jawap CPUV. Hape benda laaa CPUV tu kan. Study punya study, rupanyaaaaa aku dah dapat CPUV sebelum ni. Dapat 2 CPUV tapi tak perasan. Dapat masa bulan March 2013. Time tu kan tengah bersalinkan si Aisyah. Mana la layan sangat blog. So earning pun dapat secoet aje lah! Rugi kan??

Sekarang tengah bodek nuffnang untuk dapatkan CPUV/BE lagi. Harap2 dapat la lepas ni. Kot la boleh lepas nak beli helikopter ke. Hahahaha.

p/s : entry bodek. nampak tak permainan dia?? hahahahaha

Salam Sayang,

Monday 18 November 2013

CEKODOK PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR

Assalamualaikum,
Minggu lepas pulun makan pisang. Cantik pisangnya. Gemuk2, manis. Tatau la pulak pisang jenis apa. Beli sesikat. Banyak sangat, ada la dalam 20 biji kot. Ingat balance nak buat la cekodok. Alih2 tengok habis licin duk makan camtu aje. Then beberapa hari lepas mintak Encik Rumate belikan pisang lagi. Kali ni betul2 nak buat cekodok. 

Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji dibawak lari. Ehhhh?? Hehehe... Pisang emas dibelinya. Tengok2 petang 2 3 hari lepas dah masak so apa lagi, lenyek punya lenyek, terus jadi cekodok. Makan waktu petang dikala hujan yang turun bagaikan mutiara... Hehehehe... 
Jom semak resepi CEKODOK PISANG SIMPLE TAPI SEDAP...

Bahan2 :

10-12 biji pisang emas (kalau pisang lain yang lebih besar, dalam 8 biji je kot)
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecik baking powder
1 sudu makan gula
Secubit garam

Caranya :

1. Lenyek pisang2 tu dengan belakang gelas sampai hancur
2. Masukkan tepung, baking powder, gula, garam.
3. Gaul sebati. Then goreng!

p/s : cekodok tak perlu tambah air. dulu 1st time buat pi tambah air, terus keras jadinya.

Salam Sayang,

FAIZUL AF 2013 - SEPASANG SAYAP LIRIK

Assalamualaikum,
Single Faizul (Juara Akademi Fantasia 2013)
FAIZUL – SEPASANG SAYAP

Bagiku satu masa
Untukku berkata
Bagiku seribu masa
Untuk bicara

Tak pernah sama maksud
Atau ketika
Kerna sungguh aku mengerti

Dibelai angin menutup kalbu
Hijab ditutup tanda setuju

(Chorus)
Terbanglah…dengan sepasang sayap
Kan ku bawa hingga akhir…angkasa

Terbanglah…..kan ku pegang erat
Hatimu yang telah jadi milikku…selamanya

Bagiku satu masa
Untukku berkata
Bagiku seribu masa
Untuk bicara

Tak pernah sama maksud
Atau ketika
Kerna sungguh aku mengerti

Terimalah aku yakini aku
Sungguh pun aku ular berbisa

(Ulang chorus 2x)
Terbanglah…dengan sepasang sayap
Kan ku bawa hingga akhir…angkasa

Terbanglah…..kan ku pegang erat
Hatimu yang telah jadi milikku…selamanya

Terbanglah…..dengan sepasang sayap.. (2x)

Salam Sayang,

FAIZUL JUARA AKADEMI FANTASIA 2013

Assalamualaikum,
Wahh, hebat sungguh persaingan Akademi Fantasia. Pada mulanya malas nak layan. Tapi bila makin lama makin kurang pesertanya makin teruja pulak. Peberet aku adalah Nabila, Faizul dan Aisyah. Dan aku layan Akademi Fantasia pun sebab adanya Nabila.

Tahniah buat Faizul, JUARA AKADEMI FANTASIA 2013!! Memang anda layak sebenarnya. Naib Juara Azhael. Ketiga Amira, Keempat Indah, Kelima Nabila dan keenam Aisyah... 

Kedudukan Juara Akademi Fantasia 2013 :
1. Faizul
2. Azhael
3. Amira
4. Indah
5. Nabila
6. Aisyah

Jangkaan peribadi (peberet):
1. Nabila/Faizul
2. Faizul/Nabila
3. Aisyah
4. Amira
5. Indah
6. Azhael

Jangkaan yang sepatutnya (performance):
1. Indah 
2. Faizul
3. Aisyah
4. Amira
5. Azhael
6. Nabila

TAHNIAH UNTUK FAIZUL, NABILA DAN AISYAH... hehehee tahniah untuk peberet ajeee.... tata!!

Salam Sayang,

Sunday 17 November 2013

PETUA MENGURANGKAN MASALAH BAU BADAN

Assalamualaikum,
Hye frens... Ceee speaking pulak. Hahahaha. Kali ni nak share tips mengurangkan bau ketiak/badan. Dulu masa aku mula-mula nak up sebagai seorang remaja, aku mengalami masalah bau badan. Mungkin pertukaran hormon kan... 

Jadi, arwah uwan aku ada ajar la petua/tips untuk mengurangkan bau badan. Dan yang mengejutkan, sepupu aku dari dulu sampai sekarang umurnya 28 tahun tak pernah pakai deodorant! Sebab dia amalkan petua dari uwan. 

Petuanya : Sebelum mandi, ambil limau nipis dipotong dan gosokkan pada ketiak. Biarkan setengah jam, kemudian baru mandi. Time mandi jangan gosok ketiak dengan tapak tangan tapi gosoklah dengan belakang tapak tangan. Gituuuuuu... Kalau dilakukan sehari sekali sangat bagus atau selang sehari. 

p/s : amalkan dari umur 13 tahun. Insyallah masalah bau badan tak ada. 

Tips lain yang boleh diguna pakai ialah...

1. Kerap mandi. Kalau berpeluh-peluh tu silalah mandi.
2. Pastikan rerambut pada ketiak selalu dibuang. 
3. Gunakan deodorant yang sesuai. (kena selalu try and error)
4. Memastikan fabrik baju yang dipakai sesuai. Kadang2 jenis kainnya boleh mendatangkan bau badan yang kuat. Terutamanya t-shirt hitam yang kain tebal.
5. Kalau boleh gunakan sabun mandian yang berbentul gel bukan tongkol/buku. Kenapa? Anda cuba guna dan anda akan tau apa perbezaannya. 

pinjam pic dari : http://ourlittlesmarties.com

p/s : Lifebuoy Lemon fresh, aku sarankan untuk mereka yang mempunyai masalah bau badan. 

Salam Sayang,

Friday 15 November 2013

TRIP GILA KE CAMERON HIGHLAND

Assalamualaikum,
Semalam lepas makan sambil tengok TV duk bercerita-cerita dengan En. Rumate. Cerita pasal zaman study a.k.a zaman remaja2 time nakal-nakal dulu-dulu. Lepas satu-satu kenangan keluar dari ingatan. Bila dikenang-kenang balik, indah sungguh! Bak kata pepatah, benda yang sangat jauh dari kita dan tak mungkin kita akan sampai padanya ialah masa lalu. Antara cerita yang tak boleh dilupakan…

Trip Ke Cameron Highland

Mid Sem
Time tu last exam midsem. Petang tu lepas semua housemate balik, duk menyembang. Plan malam tu nak enjoy kat mana. Ada yang plan nak midnite kat Jusco, Ipoh. Tiba-tiba ada pulak sorang ni tercakap ‘jom pi Cameron nak?’ Haaa masing2 buat dono je tapi tiba2 masing2 berpandangan. Haishh, biar betuiii?? Bila semua dah senyum apa lagi, semua pakat packing barang. Cari tiket ondaspot!

Teksi
Masalah kedua kami ialah teksi. Memandangkan kami berlima. Sorang kat depan, lagi empat kat belakang. Uncle teksi pada asalnya tak terima 5 orang. Takut kena saman. Then aku bagitau kat uncle tu ‘tak pa uncle, uncle tolong kami, kami tolong uncle. Saya menyorok…’ gelak aja uncle tu. Gila menyorok aku kat belakang celah2 kaki housemate. Cameron punya pasai.

Puasa
Ekceli time tu bulan puasa. Sebelum naik bas dalam pukul 6 petang kot kalau tak silap, siap2 beli roti untuk berbuka dalam bas in case tak sempat sampai atas time waktu berbuka nanti. Memang tak sempat pun. Sampai atas sana tinggal kami berlima aje dalam bas. Takut bukan main. Masing2 1st time naik sana tanpa guide family. Tapi Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Lagi syiok!

Hotel
Sampai atas sana uncle bawak bas tu recommend hotel murah kat sana. Memang murah. RM60 sahaja untuk 1 malam, untuk 5 orang. Bilik ada 2 katil queen, ada tv, ada aircond, ada toilet yang airnya sejuk gilaaaaa!! Memandangkan dah agak lewat time tu, kami juz keluar makan ja area2 situ. Then balik mandi2 (cuci muka ja sbb sejuk sangat airnya) then tido sebab esoknya nak berjalan2.

Kea Farm
Pagi tu kami terus check out, sbb nak jalan2 then terus nak balik petang tu. So cuci mata kat kedai2 jual souvenir area2 Tanah Rata. Then singgah galeri makcik tu. Tumpang tanya makcik tu tempat yang jual sayur2 tu (Kea Farm) kat mana. Jauh ke? Makcik tu kata tak la jauh sangat. Lepas selekoh bukit tu terus jumpa katanyaaaaa… Kalau jalan kaki berapa minit? Memandangkan kami tak ada transport kan. Makcik tu kata dalam 10 minit ja aihhh kalau jalan kaki. Tudiaaa. Nak naik bas tapi bas dh terlepas. Yang pakej bas pun ada. Depa bawak round satu Cameron termasuk la ladang teh. Tapi oleh kerana kesuntukan masa sebab dah beli tiket bas siap2 untuk balik ke Ipoh petang tu. Kang tak sempat kejar bas balik pulak.

Jalan Kaki
So, kami amik keputusan untuk jalan kaki dari TANAH RATA ke KEA FARM. Sebab bas yang bawak pi Kea Farm tu dah terlepas. Malas nak tunggu. Lagipun makcik tu kata 10 minit ja. Jalan punya jalan, dah lepas selekoh. Aikkk?? Mana Kea Farm. Jalan lagi. Lagi, lagi. Berapa juta selekoh ntah, masih belum nampak bayang Kea Farm. Kiri kanan hutan. Kereta lalu lalang, asyik hon-hon. Lama2 jalan, jumpa kebun strawberry. Jalan lagi jumpa kebun kaktus. Sempat beli kaktus 3, 4 pasu kecik tu. Tapi Kea Farm masih tak jumpa.

Masih Berpuasa
Then jalan lagi kami jumpa tempat rehat. Macam gerai makan tapi cina punya. Kami tumpang berehat kat situ. Walaupun bulan puasa, penat, dahaga berjalan jauh tapi kami tetap sabar berpuasa tau! Then kami nampak sorang mamat tu, syokkk makan. Sokseksoksek kami berbisik sesama sendiri. Then after dia makan, dia mai sapa. Rupanya dia bukan Islam. Orang Sarawak. Dia bawak van penjara kalau tak silap masa tu. Kami perasan gak ada van penjara lalu then duk bersorak2 time lalu kat kami tu. Tapi wat tatau ja. Rupanya dia pi hantar staff dari penjara ke Kea Farm atas nu, then turun makan kat situ. So kami tumpang van penjara dia untuk ke Kea Farm.

Jungle Tracking
Abang van penjara tu kata depa ingat kami duk jugle tracking! Pelik jugak katanya berjalan kat tempat macam tu. Hahahaha. Then sampai kat Kea Farm terus shopping bunga2 dan sayur2. Yang kelakarnya dengar orang2 kat sana bisik2 “eh, bukan budak2 ni ke yg berjalan td?”, “eh? Sampai sini dah?” hahahahaha… Mesti depa nampak kami duk berjalan celah hutan tu kan. Or depa yang duk hon2 tu. Ceh!

Black Rose
Time beli bunga, housemate ada tanya untie tu, ‘blackrose ada tak untie’ untie tu siap bisik cakap ada, tapi jangan bising2 sebab bunga blackrose ni limited edition. Apa lagi, excited la housemate aku tu beli. Bunga rose biasa sekuntum RM0.50 (kalau beli/kuntum) kalau beli se baldi dalam 50 kuntum dapat murah sikit la. Kami beli sebaldi bunga rose kuning. Nak bagi kat kawan2 kat class. Then housemate beli blackrose 2 kuntum. Sekuntum RM1.50. After shoping kami nekad nak naik ke Tanah Rata dengan bas. Takmo jalan dah. Penat. Then time tu pulak hujan rintik2. Sampai tanah rata tengok2 blackrose housemate turun kaler!! Kahkahkahkah!! Kaler merah pekat nkooo… Dah kena kencing… Blackrose la sangatttttttt…
Then pukui bapa ntah naik bas terus balik Ipoh. Pengalaman best gila yang ntah apa-apa ke Cameron Highland. Time tu umur masing-masing dalam 20 tahun. Camera pon pakai kodak lagi tau. Hahaha. Tapi sayang aku tak ada simpanan gambar2 kenangan tu. Nak tau bajet aku ke sana untuk dua hari satu malam tu? RM50 termasuk hotel, makan2, tambang dan souvenir. Jimat kan??

Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...