Monday, 18 November 2013

CEKODOK PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR

Assalamualaikum,
Minggu lepas pulun makan pisang. Cantik pisangnya. Gemuk2, manis. Tatau la pulak pisang jenis apa. Beli sesikat. Banyak sangat, ada la dalam 20 biji kot. Ingat balance nak buat la cekodok. Alih2 tengok habis licin duk makan camtu aje. Then beberapa hari lepas mintak Encik Rumate belikan pisang lagi. Kali ni betul2 nak buat cekodok. 

Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji dibawak lari. Ehhhh?? Hehehe... Pisang emas dibelinya. Tengok2 petang 2 3 hari lepas dah masak so apa lagi, lenyek punya lenyek, terus jadi cekodok. Makan waktu petang dikala hujan yang turun bagaikan mutiara... Hehehehe... 
Jom semak resepi CEKODOK PISANG SIMPLE TAPI SEDAP...

Bahan2 :

10-12 biji pisang emas (kalau pisang lain yang lebih besar, dalam 8 biji je kot)
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecik baking powder
1 sudu makan gula
Secubit garam

Caranya :

1. Lenyek pisang2 tu dengan belakang gelas sampai hancur
2. Masukkan tepung, baking powder, gula, garam.
3. Gaul sebati. Then goreng!

p/s : cekodok tak perlu tambah air. dulu 1st time buat pi tambah air, terus keras jadinya.

Salam Sayang,

4 comments:

Pakcik Belog said...

pandai je buat cekodok
malas nak lenyek pisang tu je tapinya...

Arra Ahmad said...

bestnya..hujan2 best makan cekodok.:P

Lydia Miza said...

Mkn cekodok pisang time hujan mmg best

Yana Libra said...

cekodok pisang xde letak air ke? sy buat cekodok pisang letak air sejuk, lembut je..huhu~

pasni leh try tak letak air lak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...